8 April 2013

PRU-13: Apa Yang Orang Iranun dapat lakukan?

AWAL-AWAL lagi Perdana Menteri menekankan, bahawa kriteria calon-calon BN adalah "winnable candidate" ertinya calon-calon itu selain diterima rakyat juga merupakan pemimpin akar umbi pada satu-satu kawasan.

Winnable candidate adalah seseorang pemimpin yang berjasa kepada rakyat secara amnya dan khususnya akar umbi, selain dekat dengan rakyat.

To the point sahaja.. untuk sementara adakah kalangan kaum iranun memenuhi kriteria itu? Setahu penulis individu yang benar-benar berkerjaya sebagai ahli politik adalah Tan Sri Pandikar, pun demikian, pada PRU-13 ini, Speaker Dewan Rakyat itu telah membayangkan tidak akan menyertainya.

Memang ramai kalangan kaum iranun yang suka dan berminat dalam politik, namun kaki mereka tidak sepenuhnya dalam politik, kaki mereka sebahagian terikat dengan majikan. Mereka rata-ratanya bukan ahli politik tetapi berminat bermain politik.

Bagaimana kah rakyat dapat menilai mereka? sedangkan kalau adapun sumbangan kepada rakyat, bukannya berpunca daripada kerjaya politik, tetapi iksan daripada majikan, atas sebab mereka menggunakan kedudukan jawatan mereka untuk berpolitik.

Penulis bukannya merendahkan keupayaan suku iranun, kerana penulis juga daripada suku itu, tetapi penulis kena mengukur baju di badan sendiri.

Penulis yakin, dalam sanubari suku iranun, berkecamuk apa yang penulis tulis, kerana mereka juga tidak dapat lari daripada kenyataan ini.

Senario di atas adalah jika dalam barisan nasional, akan tetapi jika bercakap di pihak pakatan, maka terdapat beberapa orang yang benar-benar berkecimpung dalam politik sepenuh masa. Dalam pakatan tidak timbul rayuan agar suku iranun perlu dicalonkan, kerana memangpun salah satu pemimpin iranun itu adalah pilihan utama untuk bertanding. Ambil contoh Setiausaha PAS Sabah- Saudara Laiman Haji Ikin, sudah pasti beliau akan menjadi pilihan partinya bertanding; demikian juga Saudara Safian Saluddin Timbalan bendahari PKR Sabah, merupakan pilihan partinya untuk bertanding.

Di pihak BN, setakat ini hanya ada Datuk Almudin Kaida yang benar-benar berkerjaya sebagai ahli politik, namun disebabkan beliau mewakili  parti komponen yang dianggap daripada KDM, maka sukar baginya dipilih bagi kawasan yang bukan bermajoriti kaum KDM.

Berasaskan kepada ulasan di atas, apapun desakan kaum iranun, untuk sementara belum dapat dilayan, kerana belum ditemuinya individu iranun yang benar-benar berkerjaya sebagai ahli politik, dan juga  mempunyai sumbangan dan jasa kepada rakyat. 

Pemilihan calon daripada suku iranun, tidak boleh menggunapakai  slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan sepertimana ungkapan WARIS yang baru ditubuhkan.Fikir-fikirkan lah

43 comments:

Hidup Di Sabah said...

saya berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menjadi pemerintah di negara ini merupakan sebuah kerajaan yang amat prihatin tanpa mengamalkan perbezaan suku kaum dan kepercayaan agama.

Hidup Di Sabah said...

Pada saya tidak ada satupun kerajaan di dunia ini yang sebaik kerajaan yang ada di negara Malaysia.

Hidup Di Sabah said...

Ini terbukti dengan pelbagai program yang dianjurkan oleh kerajaan BN yang membabitkan seluruh rakyat di negara ini tanpa membezakan suku kaum dan kepercayaan agama.

Hidup Di Sabah said...

Kerajaan Barisan Nasional merupakan kerajaan yang mewakili semua kaum, semua agama di negara Malaysia, ini tidak terkecuali rakyat yang di daerah Kota Belud.

Hidup Di Sabah said...

Di daerah ini sendiri, semua suku kaum samada bangsa bajau, dusun, iranun dan cina yang mempunyai pelbagai anutan agama mendapat perhatian yang sewajarnya dari kerajaan yang ada sekarang.

Hidup Di Sabah said...

Dengan pasukan yang mantap dari berbagai kaum dan agama ini, kerajaan kita di peringkat pusat, di peringkat negeri dan di peringkat daerah ini akan bekerja kuat memastikan kebajikan rakyat dijaga sebaik mungkin.

Hidup Di Sabah said...

Apa sahaja yang ada dihadapan mata rakyat samada dalam bentuk pembangunan fizikal atau bantuan yang lain disumbangkan oleh kerajaan BN dapat dinikmati oleh semua suku kaum di daerah ini.

Hidup Di Sabah said...

Antara contoh salah satu bantuan yang diberikan oleh kerajaan tanpa membezakan suku kaum dan kepercayaan agama adalah skim subsidi.

Hidup Di Sabah said...

Semua suku kaum yang mempunyai pelbagai anutan agama bukan sahaja di daerah ini malah di seluruh negara turut sama menikmati skim subsidi tanpa sebarang diskriminasi.

Hidup Di Sabah said...

Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak ADRA yang telah berjaya menganjurkan program kebajikan seumpamanya.

Hidup Di Sabah said...

Saya berharap lebih banyak badan-badan Ngo’s yang akan tampil ke hadapan menganjur program seperti yang telah dilaksanakan oleh pihak ADRA di masa hadapan.

Hidup Di Sabah said...

Saya merasa cukup bangga dengan program kebajikan yang telah berjaya dilaksanakan oleh pihak ADRA dan program sumpamanya perlu dicontohi oleh badan-badan Ngo’s lain yang ada di daerah ini.

Hidup Di Sabah said...

Bereksperimen dalam memilih kerajaan bukanlah tindakan bijak kerana jika tersilap pilih kesannya berpanjangan dan dirasai generasi akan datang.

Hidup Di Sabah said...

Pembentukkan sebuah kerajaan baharu ibarat mendirikan sebuah rumah tangga bagi menjamin kestabilan hidup pada masa depan.

Hidup Di Sabah said...

Dalam pembinaan sesebuah negara, rakyat tidak patut membuat eksperimen kerana soal masa depan negara tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak.

Hidup Di Sabah said...

Rakyat perlu sedar keadaan hari ini sudah stabil walaupun pelbagai dugaan dan tohmahan dihadapi kerajaan.

Hidup Di Sabah said...

Kerajaan Barisan Nasional(BN) telah membuktikan mereka mampu menjalankan pemerintahan yang mantap demi kebaikan rakyat.

Hidup Di Sabah said...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) semalam mengingatkan rakyat jangan bereksperimen dengan masa depan kerana amat sukar untuk bangkit dan pulih dari kepunahan akibat pilihan yang salah.

Hidup Di Sabah said...

Walau apapun manifesto yang dijanjikan oleh pembangkang, rakyat mahu melihat bukti dan inilah yang telah ditunjukkan BN melalui pemerintahan yang berintergriti dan pemimpinnya yang bijak.

Hidup Di Sabah said...

Apa yang dinikmati hari ini sudah memadai dan rakyat tidak perlu menukar kepimpinan negara kepada kepimpinan baharu.

Sebagai bekas pesara kerajaan, penulis selalu berpegang kepada "benda" yang lama, jangan mengharapkan pada perkara yang dijanjikan yang masih belum pasti.

Program GTP ini perlu diberi masa, saya takut apabila bertukar kerajaan kelak, segala program kerajaan sekarang untuk membantu rakyat belum tentu diteruskan.

Amanda Lovely said...

IRANUN HARUS BERHATI- HATI KERANA PEMBANGKANG BOHONGI RAKYAT

Rakyat di negeri ini diminta tidak terpengaruh dengan dakyah kerajaan pakatan pembangkang Pulau Pinang kerana mendakwa mereka memperuntukkan wang yang banyak untuk melaksanakan projek keagamaan di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Rosman Saidin berkata, dakwaan itu jelas untuk mengelirukan rakyat kerana masjid, surau dan sekolah agama sedia ada telah dibina oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130404/po_04/Pakatan-pembangkang-bohongi-rakyat#ixzz2PwgDG1jF
© Utusan Melayu (M) Bhd

Amanda Lovely said...

IRANUN HARUS BERHATI- HATI KERANA PEMBANGKANG BOHONGI RAKYAT

"Mana ada yang kerajaan pakatan pembangkang bina di negeri ini dan semua projek keagamaan yang ada itu adalah hasil kerajaan BN terdahulu.

"Ini jelas satu pembohongan apabila mereka memasang papan tanda untuk memberitahu rakyat apa yang mereka buat sedangkan rakyat faham apa yang dilakukan oleh kerajaan BN," tanya ketika ditemui selepas mengadakan demonstrasi secara aman bersama sekumpulan 50 penduduk di Kampung Paya Keladi dekat sini hari ini.


Amanda Lovely said...

IRANUN HARUS BERHATI- HATI KERANA PEMBANGKANG BOHONGI RAKYAT

Roslan berkata, pihaknya akan memasang sepanduk di kawasan Parlimen itu untuk memberitahu kebenaran apa yang dibuat oleh kerajaan BN agar rakyat dapat melihatnya.

"Kita akan memberitahu rakyat dan pengundi perlu menolak kerajaan negeri sekarang dan memberikan mandat kepada kerajaan BN untuk mentadbir negeri ini dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang," katanya.


Amanda Lovely said...

IRANUN HARUS BERHATI- HATI KERANA PEMBANGKANG BOHONGI RAKYAT

Janji RM700 juta untuk Sarawak satu sen pun tiada


KUCHING 8 April - Rakyat negeri ini tidak akan melupakan penipuan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang satu ketika dahulu pernah memungkiri janji untuk menyalurkan peruntukan RM700 juta bagi pembinaan jalan pesisir pantai Bintulu-Miri.

Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, perbuatan Ketua Pembangkang itu sewaktu bergelar Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan sangat memalukan kerana janji itu diumumkan secara terbuka.


Amanda Lovely said...

IRANUN HARUS BERHATI- HATI KERANA PEMBANGKANG BOHONGI RAKYAT

Janji RM700 juta untuk Sarawak satu sen pun tiada


Katanya, sebahagian peruntukan yang dijanjikan itu hanya diterima apabila Tun Daim Zainuddin dilantik sebagai Menteri Kewangan.

"Dia membuat janji secara terbuka hendak bagi RM700 juta tetapi satu sen pun tiada. Syukur Alhamdulillah, berkat kepimpinan Ketua Menteri dan komitmen kita, jalan pesisir itu berjaya dilaksanakan, kalau hendak tunggu Anwar mungkin tiada langsung," katanya.

Amanda Lovely said...

IRANUN HARUS BERHATI- HATI KERANA PEMBANGKANG BOHONGI RAKYAT

Janji RM700 juta untuk Sarawak satu sen pun tiada


Beliau yang juga Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II negeri berkata demikian dalam sidang akhbar berkaitan status terkini projek pembangunan di negeri ini di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Awang Tengah menasihatkan penduduk negeri ini supaya tidak meletakan harapan kepada Anwar yang hanya pandai bercakap kerana beliau sudah banyak memungkiri janjinya.


Amanda Lovely said...

IRANUN HARUS BERHATI- HATI KERANA PEMBANGKANG BOHONGI RAKYAT

Janji RM700 juta untuk Sarawak satu sen pun tiada


"Banyak lagi yang dia janji dahulu di Sarawak, hendak bagi macam-macam tetapi yang kecil pun tidak ada.

"Dalam manifestonya, dia berjanji lagi tetapi hakikatnya elaun ibu tunggal yang dijanjikan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor pada 2008 pun tidak mampu dibuat, sedangkan kosnya hanya berapa sangat," katanya

Akeem Sri said...

I said the Barisan Nasional (BN), which became the country's government is a government that is concerned without practicing tribal differences and religious beliefs.

Akeem Sri said...

This is evidenced by the various programs organized by the BN government is involving the people in the country regardless of tribal and religious beliefs.

Akeem Sri said...

With a strong team of all races and religions, our government at the federal level, at the state level and at the district level will work hard to ensure the welfare of the people cared as much as possible.

Akeem Sri said...

Some examples of one of the assistance given by the government regardless of tribe and religious beliefs are subsidy schemes.

Akeem Sri said...


In this area itself, all whether the Bajau tribe, village, Iranun and china that have multi-religious society gets the attention it deserves from the present government.

Blackforest said...

BN dijangka meletakkan lebih ramai calon wanita di Sabah pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini selaras dengan dasar parti untuk meningkatkan penyertaan kaum hawa dalam politik.

Blackforest said...

Menurut sumber yang dipercayai, antara calon yang dikatakan telah disenarai pendek ialah Ketua Wanita UMNO negeri, Datuk Armani Mahiruddin, Ketua Wanita MCA negeri, Datuk Agnes Shim, tokoh guru Datuk Mary Yap Kain Ching, Jornah Mozihim (Parti Bersatu Sabah - PBS), Ketua Wanita UMNO Semporna, Manis Muka Dara, Ketua Wanita UMNO Silam, Saleha Abdul Wahid dan Ketua Puteri UMNO Kalabakan, Noraini Abdul Ghapur.

Blackforest said...

Pada PRU 2008, BN meletakkan enam calon wanita termasuk dua bagi kerusi Parlimen iaitu Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (UMNO) dan Datuk Chua Soon Bui (Parti Maju Sabah - SAPP) yang masing-masing bertanding di Papar dan Tawau.

Blackforest said...

Empat calon yang bertanding bagi kerusi dewan undangan negeri ialah Datuk Melanie Chia (SAPP/Luyang), Datuk Jainab Ahmad (UMNO/Karambunai), Datuk Hamisa Samat (UMNO/Tanjung Batu) dan Anita Baranting (PBS/Tandek).

Blackforest said...

Bagaimanapun, Chua dan Melanie bersama pemimpin SAPP bertindak keluar daripada BN pada 17 Sept 2008.

Blackforest said...

Pada 2010, BN meletakkan Datin Linda Tsen Thau Lin daripada PBS untuk bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dan beliau menang dengan majoriti 6,359 undi. Kerusi itu kosong susulan kematian penyandang Datuk Edmund Chong Ket Wah yang juga suami Tsen.

Blackforest said...

Sementara itu, Ketua Wanita PBS, Senator Datuk Jamilah Sulaiman berkata beliau optimis lebih ramai calon wanita akan bertanding di Sabah pada pilihan raya kali ini.

mantera said...

hnya trbaik akan dicalonkan

jackie said...

Kerajaan memastikan keperluan rakyat di utamakan.

jackie said...

BN tidak pilih kasih untuk memberi bantuan kepada rakyat. Setiap suku kaum di layan dengan adil.

jackie said...

Jangan terpengaruh dengan janji pembangkang yang cuba mengaburi mata rakyat.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels