12 April 2013

TATAP BN BAH: Tema Gelombang BIRU BN Sabah

Datuk Musa setibanya di KDCA semalam
Bertempat di KDCA Penampang semalam, meskipun kurang publisiti pelancaran Gelombang Biru BN yang bertemakan TATAP BN BAH mendapat sambutan puluhan ribu.

Majlis pelancaran itu dihadiri semua Presiden Komponen BN Sabah termasuk Pengerusi BN Sabah Datuk Musa Haji Aman.

Dalam ucapan pelancarannya Datuk Musa berkata, rakyat Sabah perlu menyokong BN kerana gabungan berbagai parti itu telah menunaikan tanggugjawabnya sebagai sebagai parti yang membentuk kerajaan lebih setengah abad di negara ini.

BN yang memerintah negara ini melalui sokongan rakyat telah meletakan asas kepada pembangunan negara, dan mengisi asas itu untuk menjadikan negara maju pada tahun 2020.

Membangun sesebuah negara bukan mudah, kerana latar belakang negara daripada negara dijajah, yang tidak mempunyai kepakaran dalam teknologi pada awal kemerdekaan, dan merupakan negara agraria. Disebabkan ketekunan dan diterminasi kepimpinan negara, maka negara berjaya menjadi negara industri yang pesat membangun.

Di samping itu, akibat perancangan dan kebijaksanaan para pemimpin negara, maka sumber pertanian seperti kelapa sawit yang pada mulanya tiada pasaran di luar negara, malah ditentang habis-habisan oleh negara maju, kerana bersaing dengan minyak soya, tetapi kini menjadi komoditi primadona negara.

Sabah dengan dengan keluasan tanahnya, menjadi penyumbang terbesar pengeluaran minyak Sawit negara. Sumber daripada kelapa sawit telah menggantikan kayu-kayan di mana satu ketika merupakan sumber utama negeri di bawah bayu itu.

Selain itu, berbagai industri dan penjanaan ekonomi, dan kemampuan Datuk Musa Aman mengurus negeri sejak tahun 2003, telah membuat rekod apabila bajet negeri Sabah melepasi RM4 bilion setahun. Rekod ini dibuat dikala Sabah tidak mempunyai kekayaan semulajadi lagi seperti kayu.

Sabah di bawah BN, untuk 5 tahun yang lepas, telah berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada 19.7% pada tahun 2009 kepada 8.1% pada tahun 2012. Kadar kemiskinan ini akan terus menurun apabila berbagai projek luar bandar seperti agropolitan, POIC di Lahad Datu berjalan sepenuhnya.

BN apabila membuat janji maka ditunaikan. Sebelum pemberian BR1M, bantuan pra persekolahan, pembangkang memandang sinis janji itu, namun selepas dua tahun diberikan berturut-turut; pembangkang pula gusar, sehingga mereka mengemukakan berbagai teori tidak berasas berkaitan bantuan kepada rakyat itu.

Kini BR1M dijadikan acara tahunan sebagai bonus kepada rakyat berpendapatan di bawah RM3,000 dan tahun depan jumlahnya menjadi RM1200 naik RM700 daripada jumlah asal RM500.

Sebenarnya banyak lagi faedah kepada rakyat akan mengalir jika BN meneruskan pemerintahan. Sebenarnya BN mengetahui kemahuan rakyat dan tahu apa keperluan rakyat dan negara.

Untuk itu, sebagai pengundi, berilah sokongan tidak berbelah bagi kepada BN untuk masa depan negara dan rakyat. SABAH TATAP BN BAH.

19 comments:

Teruterubozu said...

Barisan Nasional (BN) negeri menjanjikan komitmen dan iltizam tinggi untuk meneruskan kesinambungan membela nasib rakyat Sabah serta masa depan generasi akan datang di bawah kerajaan BN.

Teruterubozu said...

Sehubungan itu, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman meminta rakyat Sabah agar tidak bereksperimen dalam memilih kerajaan kerana jika tersilap pilih, kesannya berpanjangan dan dirasai generasi akan datang.

Teruterubozu said...

Musa, yang juga Pengerusi BN negeri, meminta jentera BN menjalankan tanggungjawab bagi membuktikan kepada rakyat bahawa parti komponen itu sentiasa di hati rakyat dalam melaksanakan pelbagai projek dan program pembangunan untuk mereka.

Teruterubozu said...

“Kitalah yang paling banyak masuk kampung dan turun padang membantu dan membela nasib rakyat, dan kita mempunyai rekod prestasi dan fakta pencapaian serta kejayaan kita sudah terbukti sejak sekian lama,” katanya.

Teruterubozu said...

Beliau berkata rakyat Sabah harus sedar negara memiliki pemimpin berwibawa dan berjiwa rakyat seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga dihormati pemimpin dunia, selain wawasan yang jelas serta iltizam politik tinggi.

Teruterubozu said...

Musa turut mengingatkan agar tidak berlaku pertindihan dari segi gerak kerja dan jentera, sebaliknya kekuatan berkenaan perlu digembleng dan digerak sepenuhnya di setiap kawasan.

Teruterubozu said...

Dalam manifesto bertema ‘1Malaysia, Janji Ditepati Membawa Harapan’ yang dilancar Najib selaku Pengerusi BN pada Sabtu lepas, Sabah dan Sarawak mendapat perhatian dengan pelbagai projek infrastruktur dijanjikan untuk dibangun di kedua-dua negeri.

Unknown said...

TAHNIAH BN! TERUSKAN USAHA MULAI ! JANGAN JADI MACAM PEMBANGKANG...
Dari Perlis Hingga Ke Sabah… Pakatan Pembangkang Makin Kalut Tikam Menikam


Perebutan kerusi kalangan parti pembangkang nampaknya bukan semakin reda malah semakin berkecamuk dan makin kronik apabila terdapat pertindihan sesama mereka di beberapa kawasan di beberapa negeri.

Di Pulau Pinang, Pas turut mengumumkan calonnya untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sg Acheh sedangkan sebelum itu PKR telah menamakan Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Cikgu Bad di kawasan berkenaan.

Di Kedah pula, DAP negeri berkenaan dilaporkan memberi kata dua kepada PKR agar memberi laluan kepada mereka untuk bertanding di kerusi Parlimen Alor Setar pada pilihan raya umum akan datang jika ingin mengelakkan berlaku pertembungan tiga penjuru menentang BN.

Unknown said...

TAHNIAH BN! TERUSKAN USAHA MULAI ! JANGAN JADI MACAM PEMBANGKANG...
Dari Perlis Hingga Ke Sabah… Pakatan Pembangkang Makin Kalut Tikam Menikam


Ini belum lagi tindakan PKR di Pahang yang isytihar akan menjadi calon Bebas di kawasan yang ditandingi PKR sendiri. Malah di Sabah juga difahamkan pembahagian kerusi masih belum ada penyelesaian. Begitu juga di Perlis Pas, PKR dan DAP sudah mula berperang merebut kawasan yang didakwa milik masing-masing.

Mengulas mengenainya Ketua UMNO Kota Bharu Datuk Fatmi Salleh berkata perebutan seumpama itu sememangnya sudah dijangka dan bukannya sesuatu yang mengejutkan kerana asas parti-parti pembangkang bukanlah berjuang untuk rakyat.

Menurut beliau perjuangan yang tidak meletakkan prinsip keikhlasan menyebabkan senario berkenaan terus berlaku dan kemelut tersebut jelas memberikan petunjuk kepada rakyat bahawa parti pembangkang itu mempunyai agenda untuk menjadi dominan antara satu sama lain.

Unknown said...

TAHNIAH BN! TERUSKAN USAHA MULAI ! JANGAN JADI MACAM PEMBANGKANG...
Dari Perlis Hingga Ke Sabah… Pakatan Pembangkang Makin Kalut Tikam Menikam


“Sekarang ini kalau lihat mereka ini bercelaru. Tiak pelik pun…. Perebutan kerusi dalam gabungan mereka semua ini kita sudah jangka kerana asas mereka bergabung itu tidak berpaksikan keikhlasan dan kejujuran.

“Masing-masing ada agenda sendiri. PKR ada agenda sendiri, Pas ada agenda sendiri dan begitu juga DAP. Kalau kita lihat Pas sendiri banyak mereka telah kompromi dari segi prinsip perjuangan kerana untuk memenangkan kawasan demi untuk sesuatu. Namun belum tentu kuasa itu digunakan untuk rakyat”, katanya kepada UMNO-Online di sini.

Unknown said...

TAHNIAH BN! TERUSKAN USAHA MULAI ! JANGAN JADI MACAM PEMBANGKANG...
Dari Perlis Hingga Ke Sabah… Pakatan Pembangkang Makin Kalut Tikam Menikam


Beliau seterusny mengakui kuasa amat penting untuk bantu rakyat namun hari ini terbukti apabila melihat Pas berkuasa 23 tahun di Kelantan tetapi banyak yang mereka laksanakan tidak mengutamakan rakyat.

“Kesejahteraan rakyat banyak terbengkalai. Di Kota Bharu contohnya masih ada yang ramai tidak mampu untuk miliki rumah dan tidak ada perancangan untuk ke arah itu sehingga Datuk Seri Najib turun ke Kelantan luluskan pembinaan perumahan rakyat….. tetapi terdapat cubaan untuk menghalangnya,”ujarnya.

Unknown said...

TAHNIAH BN! TERUSKAN USAHA MULAI ! JANGAN JADI MACAM PEMBANGKANG...
Dari Perlis Hingga Ke Sabah… Pakatan Pembangkang Makin Kalut Tikam Menikam


Kata beliau lagi tidak ada keikhlasan serta tidak mendahulukan rakyat menyebabkan apa yang menimpa kalangan parti pembangkang hari ini boleh dijadikan iktibar oleh semua pihak.

“Masing-masing ada agenda….Sebab itulah mereka bercelaru…. maka apabila nak meletakkan calon mereka pun akan bercakaran, berebut serta masing-masing mencari jalan untuk dominan sesama mereka.

“Perjuangan adalah berpaksikan kepada keikhlasan kalau tidak ikhlas itulah jadinya,” akhiri beliau.

unknown said...

I think that's a good theme.

unknown said...

Kimanis Barisan Nasional (BN) Chief Datuk Seri Anifah Aman is optimistic of winning the Kimanis parliamentary seat and its two State seats in the May 5 general election.

unknown said...

BN election machinery has been fully prepared since several months ago to face the crucial election

unknown said...

that BN is a capable government to deliver and cater to their needs based on a good track record of its performance.

unknown said...

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has outlined four strategies to step up surveillance in the country’s waters.

unknown said...

Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said his ministry had never forbidden any undergraduate to be a candidate in the upcoming general election.

unknown said...

Barisan Nasional yakin menang lebih 160 kerusi Parlimen berikutan masalah pengagihan kerusi oleh pakatan pembangkang.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels