7 April 2013

Manifesto BN: Bukan Memperdaya Pengundi- Tapi Sebagai AKUJANJI


Mulai pukul 9 malam tadi, berjuta-juta pengundi di Malaysia mula berpeluang untuk membaca manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan manifesto BN itu di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur dalam satu perhimpunan politik yang disemarakkan dengan lagu patriotik Inilah Barisan Kita dan lagu Anak Kampung yang telah diubah suai untuk menggambarkan semangat manifesto tersebut.

Membuka halaman manifesto itu memberikan kita gambaran mengagumkan tentang Najib dan BN: Najib menyedari betapa beratnya tugas untuk memimpin negara dan gabungan BN yang diterajuinya sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

Membaca manifesto itu membolehkan kita menginsafi betapa banyaknya kejayaan yang telah kita ukir selama di bawah pemerintahan BN: Ia memperlihatkan begitu kompleksnya perjuangan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang hebat, dengan pendekatan keterangkuman menyatukan semua rakyat daripada pelbagai kaum, agama, budaya, negeri dan wilayah.

Meneliti manifesto itu mendedahkan kita kepada suatu persepsi yang begitu penting kepada kemanusiaan dan politik: Najib dan BN mempunyai rekod menepati janji yang tidak dapat disangkal, amat komprehensif, bersifat nasional dan mendahului zaman dari segi cara pemikirannya, adil dalam pelaksanaan dasar-dasar serta realistik dalam berjanji.

Najib selaku Pengerusi BN tidak menjanjikan sesuatu yang tidak dapat ditepati. Tidak seperti mainan kata pemimpin parti pembangkang, Perdana Menteri dan BN tidak berjanji untuk memperdayakan pengundi.

Berbeza dengan para pemimpin pembangkang yang berpolitik untuk merobohkan apa yang telah dibina, kuasa yang ada, kepada Najib dan BN, adalah kesinambungan. Beliau tidak menjanjikan apa sahaja yang ada di langit dan di bumi semata-mata untuk mendapatkan kuasa.

Kandungan manifesto Menepati Janji Membawa Harapan setebal 32 muka surat itu adalah refleksi pegangan politik Najib dan corak perjuangan BN di bawah kepimpinannya. Melalui manifesto itu, kita dapat merasakan bahawa Najib ialah seorang yang dapat diyakini dan kepadanya dapat kita letakkan harapan untuk menentukan untung nasib anak cucu di tanah air yang tercinta ini.

Manifesto itu dimulakan dengan warkah Najib sebagai Perdana Menteri kepada para pengundi yang mencerminkan keperibadian dan latar belakang politiknya sebagai anak sulung Perdana Menteri kedua Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein.

Dengan Dewan Rakyat telah pun dibubarkan pada 3 April lalu dan PRU-13 bakal diadakan beberapa minggu lagi, Najib memulakan warkah dalam manifesto itu dengan ayat “rakyat Malaysia yang dikasihi”.

“Masanya telah tiba untuk kita membuat keputusan. Laluan demokrasi menetapkan bahawa masa depan negara ini berada dalam tangan rakyat. Kuasa rakyat itulah cerminan pilihan raya yang bebas dan adil.

“Allahyarham ayahanda saya, Tun Abdul Razak Hussein pernah berkata, ‘Tugas kamu kepada negara adalah untuk memenuhi amanah rakyat dengan segala daya upaya’.

“Saya melangkah masuk ke bidang politik 37 tahun lalu dan ini adalah kali pertama saya memimpin gabungan BN untuk menghadapi pilihan raya umum. Ia menjadi satu cabaran besar dan tanggungjawab yang berat,” kata Najib.

Sebenarnya, tiada perkataan manifesto tertera pada dokumen manifesto yang dilancarkan oleh Najib malam tadi, tetapi beliau menegaskan dalam warkahnya bahawa para pengasas negara ini menekankan betapa pentingnya komitmen serta pengorbanan.

Rekod kerajaan BN menunaikan janji cukup jelas, tegas Najib, dan inilah rekod transformasi yang beliau mahu dikupas, direnungi dan dihayati oleh 13.29 juta pengundi pada PRU-13 nanti.

“Daripada transformasi ekonomi, politik dan sosial, sehingga kepada menjunjung hak asasi manusia dan demokrasi, kita mara dengan penuh yakin dan mantap bagi mencapai liberalisasi yang lebih menyeluruh.

“Perubahan sebenar telah pun berlaku dan dirasai, tetapi perjalanan ke arah transformasi sepenuhnya akan mengambil masa,” kata beliau.

Dokumen manifesto Menepati Janji Membawa Harapan mengandungi tujuh bahagian.

Pertama, warkah Najib kepada pengundi; kedua, prinsip-prinsip politik BN dan kenapa pengundi perlu pilih BN; ketiga, huraian dasar umum BN untuk 17 sub topik daripada menangani kos sara hidup, menguruskan ekonomi, keselamatan dan ketenteraman awam sehingga kepada pengurusan sumber alam; keempat, apa yang telah dilakukan BN setakat ini; dan kelima, janji BN kepada rakyat dalam tempoh lima tahun akan datang.

Dokumen itu juga mengandungi dua lagi bahagian tambahan iaitu renungan petikan kata-kata Najib yang menggariskan pendekatan, gaya kepimpinan, penekanan dan keprihatinannya serta penggunaan gambar-gambar dan visual yang relevan dengan setiap sub topik manifesto tersebut.

Daripada halaman pertama manifesto itu, pendekatan BN yang mengotakan janji dan memupuk politik konsensus sejak dari zaman Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Razak jelas mendominasi tema kempen pilihan raya BN pada PRU-13. Politik perpaduan dan integriti pemimpin inilah yang menyalakan semangat jentera pilihan raya BN yang digerakkan oleh parti-parti yang mewakili rakyat pelbagai kaum, budaya dan agama.

Ungkapan kata-kata Najib mengenai muhibah, persefahaman, kemajuan, kemakmuran untuk semua rakyat, perpaduan kaum dan kestabilan nasional menjadikan dokumen Menepati Janji Membawa Harapan itu suatu manifestasi iltizam politik Perdana Menteri.

Najib mengharapkan manifesto yang ditampilkan oleh BN malam tadi akan menjadi topik perbincangan rakyat sebelum mereka keluar mengundi pada PRU-13. Katanya, rakyat perlu menilai BN berdasarkan merit dan apa yang BN telah sumbangkan kepada negara selama ini.

Najib menawarkan kepada rakyat gabungan BN yang begitu berpengalaman, telah teruji, satu gerakan kesederhanaan yang berkongsi kuasa secara harmoni bersama semua kaum serta memiliki rekod pencapaian yang hebat dalam memenuhi kehendak rakyat.

Dalam tempoh lima tahun akan datang, misalnya, manifesto itu menggariskan komitmen kerajaan BN untuk menarik pelaburan sebanyak RM1.3 trilion dan mencipta 3.3 juta peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini. Dalam pada itu, golongan minoriti dan terpinggir tidak dilupakan.

Manifesto itu juga mengandungi 24 petikan kata-kata Najib, termasuk satu ungkapan yang mencerminkan falsafah kepimpinannya. Ketika membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat pada bulan Oktober lalu, Najib menegaskan prinsip keadilan sosial pentadbiran kerajaan BN dengan rangkap kata-kata berbunga yang puitis dan membawa maksud yang amat mendalam.

Beliau mengimpikan untuk melihat Malaysia digemblengkan oleh segenap lapisan masyarakat untuk menjadi sebuah negara yang istimewa: “Sebuah negara yang mana yang susah dibantu, yang lemah dilindungi, yang berada membantu, yang kuat melindungi, yang muda dikasihi, yang tua dihargai, yang memerlukan dikhidmati dan yang berbakat digilap.”

Najib, dengan pengalamannya mentadbir negara begitu lama dan liku-liku politik yang dilaluinya, telah berpuluh tahun melakukan tanggungjawab yang tersimpul dalam rangkap kata-kata itu sejak beliau menceburi bidang politik pada tahun 1976 selepas kematian Allahyarham Tun Razak.

Setelah lebih tiga dekad bergelumang dalam politik, beliau ditakdirkan menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009 selepas setahun PRU-12 berakhir. Tempohnya berkhidmat sebagai Perdana Menteri amat mencabar kerana PRU-12 pada Mac 2008 menyaksikan BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen dan gabungan parti itu gagal menguasai lima buah negeri.

Apabila Najib membubarkan Dewan Rakyat pada 3 April lalu, beliau sedar betapa rapuhnya politik negara selepas Mac 2008 dan dengan rendah diri beliau mengakui bahawa mandat rakyat di peti undi yang akan menentukan kedudukan BN pada PRU-13.

Inilah kali pertama Najib, 60, mengetuai BN menghadapi pilihan raya umum dengan agenda besar mengembalikan imbangan dalam politik Malaysia dan mencorakkan semula landskap politik negara yang sejak 2008 diwarnai perbalahan, konflik dan pertarungan.

Dalam manifesto BN, Presiden Umno yang juga Ahli Parlimen Pekan itu memohon mandat daripada rakyat supaya diberi peluang untuk memimpin sebuah kerajaan yang mendahulukan kepentingan dan kebajikan rakyat bagi menjayakan Agenda Transformasi Negara.

Melalui rekod pencapaian dan komitmen BN yang disenaraikan dalam manifesto yang dilancarkan malam tadi, beliau amat mengharapkan rakyat untuk turut memberi sokongan besar kepada kesemua 222 calon BN di peringkat Parlimen dan 505 di peringkat Dewan Undangan Negeri yang akan bertanding pada PRU-13 nanti.

Kenapa mandat besar diperlukan?

Najib menulis dalam manifesto BN: “Sebagai Perdana Menteri Malaysia, mandat yang saya mohon ini amat penting demi kelangsungan dan kesinambungan. Kita perlu bergerak ke hadapan meninggalkan jalan mundur yang menghalang perpaduan, kestabilan, keharmonian serta kemakmuran. Kita mesti menolak pecah belah, kelembapan, pergolakan, kekacauan, perbalahan dan krisis.

“Mandat daripada anda adalah sebuah janji yang membawa harapan, mandat untuk mencapai kecemerlangan bersama-sama sebagai satu bangsa, satu negara dan satu wawasan. Berilah peluang kepada saya untuk meneruskan khidmat bakti ini sedaya upaya saya. Saya ingin meyakinkan anda bahawa kegemilangan akan menyusul!”

Dengan aspirasi rakyat yang tergaris jelas dalam manifesto BN itu, cita-cita Najib untuk melihat penubuhan kerajaan yang lebih kukuh diharapkan akan terjelma pada PRU-13 bagi membawa Malaysia ke mercu kegemilangan baharu. — Baharom Mahusin Mingguan Malaysia

24 comments:

Blackforest said...

Manifesto BN bertemakan “Menepati Janji Membawa Harapan” diakui ramai antara yang terbaik walaupun tidak bersifat populis tapi impak positif pelaksanaannya kelak bakal memberi manfaat besar kepada pelbagai peringkat anggota masyarakat.

Blackforest said...

17 perkara utama meliputi 150 komitmen penting yang sedang dan akan terus dilaksanakan sebagaimana termaktub dalam Manifesto BN merupakan satu bukti jelas keprihatinan BN dalam menghalusi denyut nadi rakyat.

Blackforest said...

Inti patinya lebih realistik, lengkap dengan matlamat hala tuju dan merangkumi hampir segenap bidang dari hal agama, ekonomi, keselamatan, pendidikan, perumahan dan sebagainya.

Blackforest said...

Penambahan insentif BR1M umpamanya dari RM500 kepada RM1,200 untuk ketua keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah ia tidak dilakukan sewenang-wenangnya, sebaliknya setelah diambil kira kajian menyeluruh kesan positifnya dalam merancakkan ekonomi negara.

Blackforest said...

Ini memberi gambaran jelas betapa penyediaan Manifesto BN dilakukan dengan penuh persediaan dengan mengetepikan soal populariti sebagai sandaran. Fokus Manifesto BN lebih kepada meningkatkan khidmat bakti kepada rakyat setelah mengambil kira keperluan semasa dan akan datang.

Blackforest said...

Berbeza sekali dengan Manifesto PR yang dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa dan perubahan kandungannya dilakukan berkali-kali selepas dilancarkan, seolah-olah tiada keseriusan dan kurangnya komitmen untuk merealisasikannya.

Blackforest said...

Misalnya janji royalti untuk Kelantan hanya dimasukkan selepas Manifesto PR siap dicetak manakala pelbagai janji penghapusan cukai dan tol pula dilakukan tanpa mengambil pertimbangan soal implikasi kepada kedudukan kewangan negara.

Blackforest said...

Janji bulan bintang yang dinukilkan dalam Manifesto PR tampak jelas lebih kepada matlamat mengejar populariti tanpa mengukur baju di badan sendiri, tidak realistik kerana terlalu melangit dan penuh fantasi.

Blackforest said...

Tapi ia tidaklah menghairankan sangat kerana sudah menjadi pegangan PR bahawa manifesto bukannya satu perjanjian, jadi soal realistik atau pun logik bukannya satu perkiraan besar bagi mereka.

Blackforest said...

Yang penting bagi PR, selagi janji manis itu dirasakan boleh mempopularkan mereka demi meraih undi sokongan selagi itu mereka galak menabur janji. Ini nyata berbeda dengan BN yang tahu berpijak di bumi nyata dan bijak mengukur baju di badan sendiri.

Unknown said...

Manifesto Barisan Nasional (BN) bertajuk ‘Menepati Janji Membawa Harapan’ yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Putra Bukit Jalil, ternyata menggembirakan rakyat.

Rata-rata mereka yang ditemui selepas pelancaran akujanji oleh Datuk Seri Najib itu mengalu-alukan komitmen BN yang meletakkan rakyat di hadapan dalam usaha membela kepentingan dan kebajikan seluruh rakyat di seluruh pelusuk tanah air.

Unknown said...

Bagi Riza Hamzah, 42 seorang pengamal undang-undang daripada Nilai, Negeri Sembilan ternyata teruja dengan apa yang terkandung di dalam aku janji tersebut khususnya dalam soal agenda pendidikan negara yang diberi perhatian khusus.

Katanya kerajaan sebelum ini telah pun menunjukkan keseriusan dalam soal berkenaan apabila memperkenalkan beberapa pembaharuan yang antara lain bertujuan meningkatkan mutu pendidikan negara ke tahap yang lebih cemerlang.

Unknown said...

Saya sokong apa yang dirancang dan apa yang terkandung di dalam ak ujanji BN ini untuk kepentingan masyarakat kampung. Inilah parti yang perlu rakyat sokong dan perlu diberikan kepercayaan. Kita perlu percaya pada kesungguhan dan komitmen PM serta seluruh barisan kepimpinan BN untuk melaksanakan apa yang terkandung di dalam akujanji berkenaan -- Riza Hamzah

Unknown said...

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyelar pakatan pembangkang yang seringkali melakukan provokasi dan menuduh kerajaan tidak berlaku adil serta ada campurtangan dalam urusan Pilihan Raya Umum (PRU) termasuklah PRU ke-12 yang lalu.

Unknown said...

Tegasnya, jika benar UMNO dan Barisan Nasional (BN) ada mencampuri kerja-kerja dalam pilihan raya dan berlaku penipuan maka tentulah pembangkang tidak akan menang sampai lima negeri dalam PRU yang lalu.

“Pembangkang membuat tuduhan dengan mengatakan PRU tidak telus dan berlaku penipuan sedangkan mereka sendiri telah membentuk kerajaan dan berkuasa di lima negeri selain memenangi 82 daripada 222 kerusi Parlimen. Sekiranya kita tidak telus adakah kita akan memberikan mereka peluang untuk menang,” soalnya yang juga Setiausaha Agung BN.

Unknown said...

Datuk Seri Najib Razak said the people will be the judge on his promises to shape a brighter future for all Malaysians.

Unknown said...

The Prime Minister, who is also BN chairman, reiterated the assurance that the BN government would fulfill all the promises given to the people.

Unknown said...

He insisted the next general election should bring greater benefits to the people than ever before.

Unknown said...

"Changing just to see change is unwise. Instead, we need to bring changes that will produce far greater benefits than the current situation that we have, "said Najib when asked how certain parties who want to be given the opportunity to dominate the opposition administration.

Unknown said...

He said the question should be asked whether the opposition can run the country better when they appreciate the variety of opinions among themselves and could not reach a consensus on the direction and policies of the foundation.

mantera said...

manifesto BN kali ini adlah yang terbaik

jackie said...

Bn telah membuktikan bahawa mereka berjaya membawa banyak kemjuan kepada Negara.

jackie said...

Manifesto BN adalah yang terbaik.

jackie said...

Tidak perlu tukar.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels