8 September 2013

Kuasa Ketiga Dalam Umno Kota Belud

Apabila memerhatikan keputusan-keputusan pemilihan cawangan-cawangan peringkat Bahagian Kota Belud, nampaknya wujud kuasa ketiga dalam bahagian itu, di mana ketua-ketua cawangan yang baru dipilih tidak berafiliasi dengan pemimpin-pemimpin tertentu.

Perkembangan ini, seharusnya tidak disalah tafsir oleh pihak-pihak tertentu, kerana kewujudan kuasa ketiga dalam bahagian itu, menunjukkan satu kematangan politik secara amnya di kawasan itu.

Sementara semakin ramai ahli akar umbi berbicara berkaitan dengan “warlord” di sesebuah bahagian, cawangan-cawangan Kota Belud berani tampil, dengan menjauhkan diri daripada kuasa “warlord” dengan memilih sebagai kuasa ketiga.

Tidak perlulah disebutkan, cawangan-cawangan mana memilih sebagai kuasa ketiga, kerana bagi mereka yang mengikuti perkembangan Umno bahagian itu, dengan mudah dapat meneka, cawangan-cawangan mana yang memisahkan diri daripada “warlord” di bahagian itu.

Apa kah kewujudan kuasa ketiga itu, mampu mencorak bahagian itu pada pemilihan 19 Oktober ini? kerana sebagai rekod sejak bertapaknya Umno di Kota belud pada tahun 1991, mereka yang menganggotai bahagian, adalah terdiri daripada mereka yang bertuankan pemimpin-pemimpin tertentu; atas sebab itu, siapapun yang diluar lingkaran itu, sukar untuk menang sebarang jawatan dalam pemilihan.

Apa kah pemilihan pada kali ini, bahagian itu mampu melahirkan pemimpin di peringkat AJK yang berwibwa, bertenaga dan mempunyai aspirasi? sama-sama kita tunggu.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels