8 September 2013

Pemilihan Umno Kota belud

TIDAK boleh dinafikan, untuk Umno Kota Belud, hanya ada dua nama yang menjadi perhatian perwakilan- Datuk Dr Salleh Tun Said dan Datuk Musbah Haji Jamli.

Sebabnya adalah kedua-dua pemimpin itu pernah menyandang jawatan ketua bahagian, malah Salleh kini adalah penyandang jawatan itu.

Pada awal bertapaknya Umno di Kota Belud, Salleh adalah Ketua Bahagian, walaupun diperingkat penyajaan, Tun Mustapaha adalah Ketua Bahagian penyaja.

Semasa Salleh menjadi Ketua Bahagian, Musbahlah Timbalannya, walaupun satu ketika ADUN Tempasuk itu pernah tewas merebuat jawatan itu; namun selepas itu, Musbah kekal pada jawatan itu sehingga tahun 2004. 

Apabila Salleh tidak mempertahankan jawatan Ketua Bahagian pada tahun 2004, Musbah bertanding jawatan itu berdepan dengan Datuk Yahya Lampong. Keputusan pertandingan itu Musbah menang dengan majoriti besar.

Pada pemilihan tahun 2008, Salleh kembali bertanding jawatan Ketua Bahagian, dalam pertandingan itu, beliau menang walaupun dengan majoriti tipis.

Pada pemilihan yang bakal berlangsung 19 Oktober ini, dikatakan, bahawa kedudukan lama dalam bahagiam itu akan kembali, di mana Salleh akan bertanding Ketua Bahagian, manakala Musbah bertanding Timbalan. Sementara untuk kedudukan Naib, akan ditandingi mantan ADUN Usukan, Datuk Japlin Akim.

Di atas kertas, ketiga-tiga calon itu, akan mudah menang, walaupun dikhbarkan untuk kedudukan Naib Ketua bahagian, akan berlaku pertandingan berbagai penjuru.

Pemilihan Umno bahagian, dirasakan sepi dan kalem-kalem saja, kerana pertembungan bagi kerusi Ketua antara Salleh dan Musbah yang disebutkan tidak akan berlaku, tujuannya adalah untuk pemantapan parti secara keseluruhannya.

Bagi OKB, apa yang perlu bagi bahagian Kota Belud, adalah terpilihnya ramai calon-calon di peringkat Ahli Jawatan kuasa bahagian, yang mewakili akar umbi dan sudah tentunya calon-calon yang bakal menang itu mampu membantu, Ketua dan timbalannya dalam memertabatkan parti.

Kepada perwakilan, inilah masanya keluar daripada kepompong di mana yang menang, yang itu-itu juga, supaya jangan berulang.

Pilihlah pemimpin yang mempunyai wawasan dan mampu mengetengahkan berbagai idea untuk kemajuan parti.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels