16 September 2013

Betapa Manisnya Kemerdekaan

50 Tahun sudah KITA Merdeka.50 tahun juga kita merasakan pahit manisnya kemerdekaan. Bagi yang lahir sebelum hari merdeka, sudah tentunya bagaikan semalam, wajah-wajah hari gelap itu masih terbayang-bayang.

Penulis mula bersekolah pada tahun 1966, lambat setahun daripada sepatutnya. Bukan kerana tidak mahu ke sekolah, akan tetapi kemudahan itu, memang belum ada.

Jalan tanah berwarna merah, kalau musim kering sudah tentunya berdebu, musim hujan sudah tentunya berlumpur; merupakan jalan yang dilalui, berdekad lamanya. Hanya tahun 1990, jalan itu diaspal dan tetap beraspal hingga kini.

Jika dahulu, sehari suntuk, belum tentu dapat melihat kenderaan, namun di kala ini, selang 5 minit, malah lebih singkat daripada itu, kenderaan mendrom silih berganti.

Jika dahulu, tiba sahaja magrib, seluruh kampung bergelap, hanya kelihatan dari kejauhan, nyala lampu pum atau pelita minyak tanah dari rumah-rumah penduduk. Di sepanjang jalan, hanya kelip-kelip sebagai teman.

Kini, nostalgia itu, tiada lagi, kawasan kampung terang benderang, bagaikan siang. Itulah limpahan kemajuan yang dikecapi, akibat kemerdekaan.

Kalau dahulu, biasa di lihat penduduk berjalan kaki dari satu kampung ke kampung lain, kini fenomina itu, jarang ada lagi, kalaupun keliahatan mereka yang berjalan, bukan kerana kemahuannya, akan tetapi berjalan demi kesihatan. Malah ada kawan di facebook berkata, jarak 100 meterpun perjalanan yang ditempoh, perlu kenderaan. Sungguh manjanya badan kata teman itu. Itulah erti kemerdekaan, rakyat ikut maju dan badan ikut manja.

Jika dahulu, menunggu esok hari mengetahui berita-berita daripada kawasan-kawasan lain, kerana surat khabar akan terbit keesokannya, namun kini, boleh dikatakan, apa sahaja bentuk berita, baik di kawasan sejagad, seolah-olah on time. Maklumat hanya di hujung jari. Jika dahulu menunggu jam-jam tertentu siaran berita baik melalui radio mahupun TV, kini, masa-masa itu tidak ditunggu-tunggu lagi. Betapa manis kemajuan, betapa manisnya kemerdekaan.

Jika dahulu, terlalu sukarnya pendapat dikongsi dengan orang lain, malah jarang sekali berlaku perkongsian pendapat antara warga, namun kini, ontime, perkongsian pendapat dapat berlaku, kerana hanya mengisi wall Facebook atau uodate twitter atau menulis dalam blog, secara online-perkongsian pendapat boleh berlaku. Jika dahulu, jika mahu ada perbincangan, diperlukan meja bulat dan perlu bertemu empat mata, namun kini, keadah itu seolah-olah tidak perlu lagi; alam maya menjadi meja bulat persidangan. Manisnya kemajuan, manisnya kemerdekaan.

Kini mereka yang menyesali kemerdekaan, adalah mereka-mereka yang memanfaatkan kemerdekaan itu, dengan mempergunakan semua kemudahan yang tersedia, mengungkit proses kemerdekaan itu. Mereka memandamkan hasil kemajuan kerena kemerdekaan, dan mengajak orang lain menyempitkan minda, agar supaya tidak membuka mata, melihat hasil kemajuan kerana kemerdekaan.

Jika dahulu, merentas antara benua, antara negara, hanya boleh dilakukan sekali seumur hidup untuk mereka yang berkesempatan atau berpeluang, malah ada di antara mereka, sampai kembali ke liang lahadpun, belum merasakan suasana negara lain, namun kini, bila-bila masa sahaja, jika ada hasrat, semua itu boleh dilakukan merentasi waktu. Betapa manisnya kemajuan. Betapa manisnya kemerdekaan.

Jika dahulu, menunggu berminggu-minggu malah bulan, mendengar khabar daripada keluarga yang merantau, kini, khabar boleh diketahui, bila-bila masa, tanpa mengira waktu. Malah dapat bercakap, berkomunkiasi seolah-olah berdepan, waima, berjauhan beribu batu. 

Bagi mereka yang mempersoal kemajuan Kita selama 50 tahun, sebenarnya disudut hati mereka, mereka bangga, namun kerana ego, menafikan segalanya. Inilah warga mederka yang munafik dan hipokrit.

Syukur, kerana jumlah mereka itu, hanya debu-debu dijalanan, dan tidak signifikan untuk diberi perhatian.

Selamat MENYAMBUT USIA NEGARA YANG KE 50.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels