26 September 2013

Pemilihan Umno Kota Belud: Ulasan OKB

HANYA dalam tempoh 72jam; ura-ura untuk mengalahkan calon Timbalan Ketua Bahagian- Datuk Musbah Jamli tidak kesampaian, apabila tiga calon yang mendaftar diri pada 21 September lalu menarik diri. Aca itu, kononnya untuk membuka mata calon hasil muafakat antara para pemimpin utama Kota Belud; bahawa tidak semestinya hasil maufakat dipersetujui. Namun, aca itu tidak mengikut peribahasa alang-alang memeluk pekasam biar sampai ke penggal lengan. 

Kini selepas tempoh bertenang, Musbah menang tanpa tanding; dan tindakan yang serupa terhadap calon Ketua Bahagian- Datuk Salleh Tun Said, nampaknya diteruskan oleh mantan Timbalan Ketua Bahagian- Awadnir Matanggal dengan seorang yang tidak ternama.

Di atas kertas, Salleh tiada masalah mempertahankan jawatan Ketua Bahagian, meskipun berlakunya kerjasama antara calon yang menarik diri bagi kedudukan Ketua Bahagian- Rosmin Kasan dengan Awadnir.

OKB matang sangat dengan keadaan dan tindakan para perwakilan Umno Kota Belud; untuk masa dan ketika ini, mereka melihat bahawa Awadnir bukanlah pemimpin alternatif kepada Salleh. Ertinya penyertaan Awad, hanya untuk mencukupi syarat demokrasi dalam parti.

Dari awal-awal lagi OKB sudah menulis, bahawa tindakan segilitir ahli Umno Kota Belud, menentang Timbalan dan Ketua Bahagian, bukannya atas asas penambahbaikan parti, sebaliknya ada unsur "memalukan" dua calon teratas itu, yang sememangnya diketahui akan terus menerajui bahagian, sekurang-kurangnya dalam tempoh 2 penggal lagi.

Pada PRU-13 lalu, pengundi Kota Belud sudah membuat keputusan, dengan memenangkan Salleh dan Musbah dalam pilihanraya. Kita tahu, bahawa pengundi Kota Belud bukannya semua ahli Umno, melainkan ada juga yang tidak berparti.

Penentangan terhadap wakil rakyat yang diterima oleh pengundi secara umumnya, seolah-olah tidak dihargai oleh calon-calon tersebut; namun akhirnya, mereka yang mendaftar sebelumnya menyedari bahawa mereka hanya keseorangan, manakala majoriti pengundi termasuk majoriti ahli Umno mahu mengekalkan wakil rakyat itu sebagai pemimpin parti. Namun, Awadnir dan seorang yang tidak ternama yang menentang Salleh, seolah-olah menidakan kemauan pengundi dan ahli Umno yang majoriti. Mereka berdua ini, seolah-olah dalam kotak mereka sendiri, sehingga tidak nampak langsung apa yang berlaku, di luar sana.

OKB bukan anti pertandingan, namun kena juga analisa sendiri, apa maksud pertandingan itu. Kalaulah parti tidak diurus sesuai dengan matalamat parti, dan perjalanan parti tidak sesuai dengan tuntutan zaman dan lari daripada perjuangan parti, maka OKB sangat setuju, penyandang atau calon yang dikira membawa kemusnahan kepada parti ditandingi malah perlu dicegah daripada kemenangan. 

Perlu diingat oleh ahli parti, bahawa sokongan terhadap parti apabila calon-calonnya menang pilihanraya umum; itulah ukuran kekuatan parti. Tiada gunanya gah dengan kedudukan dalam parti, tetapi ditolak oleh pengundi semasa pilihanraya umum.

Sebagai contoh, parti yang ditolak oleh pengundi, Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee; beliau gah dengan kedudukan sebagai Presiden partinya, namun tiada erti di mata pengundi.

Untuk itu, bagi para perwakilan Umno Kota Belud, agar melihat semua ini, dan perlu mengundi dengan bijaksana untuk memilih calon yang mempunyai kredibiliti dan berwibawa serta berkemampuan memikul tanggungjawab.

Semua perwakilan, samada peringkat wanita, pemuda mahupun putri, perlu memilih calon yang mampu memikul tanggungjawab untuk membawa parti maju ke depan. 

OKB melihat, bagi pergerakan wanita, perwakilan sayap Umno itu, perlu menampilkan pemimpin yang baru sesuai dengan kehendak transformasi parti. Masa Eyung Latun, sudah berlalu, kini masa untuk Halimah Sibil atau Sharifah Gundah. Sayang antara Halimah dan Sharifah bertembung sesama sendiri, alangkah cantiknya, jika mereka berbincang sebelum ini, salah seorang tanding Ketua dan seorang lagi sebagai Naib.

Halimah dan Sharifah merupakan pemimpin pelapis yang perlu diketengahkan dan diperlukan oleh Umno Kota Belud khasnya dan Umno Sabah amnya, malah diperingkat nasional. Mereka berdua mempunyai kemampuan untuk maju lebih ke hadapan, malah di peringkat yang lebih tinggi, berbanding penyandang jawatan itu yang masih mempertahankannya dan terus bertanding.

Bagi Pemuda pula, walaupun ramai yang bercakap, sayang calon No-1 sayap itu, tidak berpendidikan; namun kejayaannya dalam memperkasa pemuda semasa menjadi Naib, merupakan testimoni bahawa kekurangannya di atasi dengan kerja kerasnya. Sabutan Hari raya pemuda Sabah yang diadakan di Kota Belud, merupakan usahanya; melihat kepada faktor itu; Arshad Bistari mengatasi kekurangannya dengan tindakannya.

Apa yang penting bagi Pemuda, adalah sayap itu mampu menampiikan AJK yang berwibawa, kerana melalui AJK itu, akan terpilih nanti, sebagai Ketua seterusnya.

Ambillah iktibar daripada Umno Bahagian Tawau, di mana Ketuanya sekarang adalah pemimpin pemuda yang bermula daripada bawah; atas sebab kemampunannya, kewibawaannya, maka sejak tahun 2004, kekal sebagai Ketua Bahagian itu sehingga kini tanpa tanding. Pemimpin yang bermula daripada pergerakan pemuda itu adalah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, calon No.8 Ahli Majlis Tertinggi Umno pusat pada pemilihan kali ini.

Sebenarnya, pada kebiasaannya, pemimpin masa depan untuk bahagian, perlu dilahirkan daripada pemuda, namun; barangkali, di masa lalu, perwakilan pemuda kurang melihat perkara ini. Untuk itu, pada pemilihan kali ini, pilihlah AJK yang boleh digilap untuk menjadi pemimpin akan datang.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels