21 September 2013

Pemilihan Bahagian Umno Kota Belud: Macam Majlis Kenduri

RAMAINYA calon-calon yang bertanding bagi semua jawatan Bahagian Umno Kota Belud, bagaikan kenduri.

Untuk jawatan Ketua Bahagian Penyadang Jawatan itu berdepan tiga calon, sehinggakan pertandingan itu melibatkan empat penjuru, manakal Timbalan Ketua Bahagian yang ditandingi Datuk Musbah, berdepan dengan dua pencabar, menjadikan pertandingan tiga penjuru, manakala Naib Ketua Bahagian yang ditandingi Datuk Japlin Akim sebagai penyandang dicabar tiga calon lain, termasuk oleh mantan Pengerusi PKR Negeri Sabah- Datin Saidatul Badru Tun Said.

Diperingkat jawatan Ahli Jawatan Kuasa bahagian, hampir 50 calon mendaftar diri untuk bertanding, manakala Jawatan Ketua Pemuda Bahagian Arshad Bistrai bedepan dengan empat calon lain.

Bagi Ketua Wanita, sehingga tulisan ini ditulis, hanya dua calon mendaftar untuk merebut jawatan itu.

Manakala Ahi Parlimen Kota Belud, yang merupakan ahli Umno Bahagian Tuaran, menang tanpa bertanding bagi Jawatan Timbalan Ketua Bahagian, selepas Datuk Aliasgar memberi laluan kepadanya.

Melihat kepada keupayaan calon yang bertanding, saingan sengit hanya akan berlaku di peringkat Naib Ketua Bahagian. Penyertaan Datin Saidatul Badru mencuba nasib merebut jawatan itu daripada Japlin, memaksa mantan ADUN Usukan itu berkerja keras. 

Pengamat politik tempatan menyifatkan ramainya calon-calon yang bertanding di Bahagian Kota Belud, menunjukkan kesuburan demokarsi di bahagian itu. Namun, ada yang juga melihat, bahawa calon-calon yang bertanding adalah sebagai promosi diri, agar supaya dikenal di bahagian akar umbi.

Namun, penyertaan Awadnir Matanggal bagi merebut jawatan Ketua Bahagian, ada unsur kekecewaan. Meskipun beliau, adalah orang lama, dan merupakan mantan pemimpin di zaman Usno lagi, namun melihat perkembangan politik semasa, penyertaannya bertanding dan cuba merebut jawatan Ketua Bahagian, sudah tidak relevan lagi.

Bagi OKB, adalah sesuai beliau (Awad) bertanding Sebagai Pengerusi Bahagian, bukannya sebagai Ketua Bahagian. Tindakan beliau itu boleh sifatkan sebagai KAMIKAZI politik, dan mahu bersara daripada bidang politik melalui kekalahan. Mungkin itulah caranya beliau berundur, kerana sejak Umno bertapak, di Kota Belud, beliau senantiasa menjadi Timbalan Ketua Bahagian, samada semasa Musbah menjadi Ketua ataupun Datuk Salleh.

Sebelum berlakunya pertembungan antara Awad dan Salleh, sebelum ini telah diuar-uarkan bahawa perundingan telah disepakti, bahawa Salleh akan mempertahan jawatan Ketua Bahagian, manakala Musbah akan bertanding Timbalan, manakala Awad bertanding Naib; sementara itu, penyandang Naib- Japlin Akim akan dilantik sebagai Ketua Penerangan.

Disebabkan pertandingan Free For all sudah berlaku, besar kemungkinan perundingan itu tidak disepakti oleh yang lain.

Walau apapun, pengalaman politik Kota Belud, meskipun pertembungan berlaku antara pemimpin yang satu dengan yang lainnya, selepas pertandingan itu, mereka bertaut semula. Inilah cantiknya Umno Kota Belud.

OKB mengucapkan SELAMAT BERTANDING. Kepada PERWAKILAN, pilih lah pemimpin yang boleh menjulang PARTI. Jangan jadikan PARTI sebagai LONJAKAN untuk mendapat kekayaan.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels