24 September 2013

Pemilihan Umno Kota Belud: Ramainya Calon-Calon Ketua Bahagian dan Timbalan

RAMAINYA calon-calon yang menawarkan diri merebut kedudukan Ketua Bahagian dan Timbalan; dikatakan untuk menggambarkan bahawa demokrasi sangat subur pada bahagian itu.

OKB, membulak balik berbagai rujukan untuk mencari pengertian demokrasi; namun tidak tertulis mana-manapun, bahawa pengertian demokrasi dicerminkan oleh ramainya calon.

Bagi OKB, ramainya calon yang menawarkan diri, ada dua sebab. Pertama ada yang tidak puas hati perjalanan Bahagian, kerana tidak sesuai dengan tuntutan zaman; kedua calon-calon itu mempunyai matalamat sendiri, bukan untuk kepentingan parti.

Untuk yang pertama: Apa kah yang boleh digambarkan bahawa ada beberapa pihak tidak berpuas hati terhadap perjalanan parti; sedangkan pencapaian utama sesebuah parti adalah pada piliharaya umum. 

Pada pilihanraya umum lalu, semua calon daripada Umno bukan sahaja menang, malah telah menambah jumlah majoriti, ertinya rakyat secara umumnya menerima calon-calon yang dikemukan parti.

Daripada segi penyertaan dalam kerajaan, para wakil rakyat daripada Umno diberikan penghargaan baik di peringkat negeri mahupun kebangsaan. Daripada segi pembangunan, para wakil rakyat atau pemimpin yang sedia ada mampu membawa berbagai pembangunan ke daerah Kota Belud.

Projek Jelapang Padi, Projek Agropolitan, Projek Pusat Minyak dan Gas, projek pelancongan, selain itu kemudahan infrastrukutur seperti kemudahan jalanraya, bekalan litrik dan bekalan air.

Untuk kemudahan pendidikan pula, berbagai sekolah menengah telah dibangun, bangunan sekolah-sekolah rendah yang lama, digantikan dengan bangunan yang moden dan sudah tentunya dilengkapi berbagai kemudahan.

OKB, tidak nampak, kegagalan para pemimpin yang menerajui parti jika dilihat daripada kemajuan makro; walaupun daripada segi kemajuan mikro, memang diakui, Kota Belud memerlukan sekurang-kurangnya sedekad lagi untuk mencapainya.

OKB melihat, berasaskan kepada keadaan semasa Daerah Kota Belud, hakekatnya, perjalanan parti adalah sesuai dengan tuntutan zaman; dengan itu membawa erti, bahawa pemimpin yang menerajui parti telah menjalankan tugas dan amanah sesuai dengan matalamat parti. 

OKB tidak melihat ketimpangan, atau kecacatan ketera kepada perjalanan parti, sehingga memerlukan penggantian pemimpinnya. Kecualilah, ada matalamat atau agenda tersendiri, maka itu semua hak individu, bukannya untuk tujuan penambah baikan parti.

Dalam pertandingan parti kali ini, OKB melihat, tindakan Timbalan Ketua Bahagian Saudara Awadnir Mantanggal menentang Datuk Dr Salleh Tun Said bagi kedudukan Ketua Bahagian, adalah semata-mata berasaskan emosi, kerana kemasukan Datuk Musbah Jamli bertanding pada jawatan itu.

Awadnir telah membaca, jika beliau mempertahankan jawatan Timbalan, beliau akan kecundang kepada ADUN Tempasuk itu; walaupun Awa dada rekod pernah mengalahkan Pembantu Menteri Pertanian dan industri Makanan Negeri itu. Untuk itu, beliau tiada pilihan, selain melakukan tindakan Kamikazi menentang Salleh bagi merebut kedudukan Ketua Bahagian. Di sudut hati beliau, memang akan kalah, mungkin atas prestij diri sendiri, maka sebaiknya kalah jawatan lebih tinggi berbanding jawatan nombor dua. Berasaskan kepada scenario ini, sebenarnya kemasukan Awad bertanding, bukannya bertujuan penambah baikan parti, tetapi lebih bertujuan pribadi.

Sementara itu, kemasukan calon-calon lain yang kurang ternama bagi kedudukan Ketua dan Timbalan, lebih berunsur kepada “marketing” diri sendiri dan mungkin juga ada unsur kepentingan diri sendiri. OKB, tidak nampak, atas asas apakah para calon-calon itu boleh memberi pimpinan alternatif kepada Salleh atau Musbah.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels