19 September 2013

Pemilihan Umno: Malang Sungguh Nasib Minoriti

Nasib kaum minoriti terutama dalam parti yang besar seperti Umno, adalah senantiasa akur dengan keputusan majoriti. Tidak seperti di Semenanjung, meskipun ahlinya daripada berbagai kaum, namun semuanya dikategorikan sebagai Melayu.

Ada juga daripada etnik yang minoriti, mampu berbicara dalam Umno, malahan menjadi pemimpin kawakan. Faktornya, adalah latar belakang pemimpin itu yang telah berjaya dalam dunia perniagaan atau bisnes lain sehingga mempunyai kekuatan kewangan sebelum mencebur diri dalam arena politik.

Nampak sangat pada hari ini, sesiapa sahaja pemimpin Umno daripada golongan minoriti yang berjaya menjadi pemimpin , atas sebab kekuatannya dalam segi kewangan. Hakekat yang perlu diterima, bahawa sebahagaian besar pemimpin yang ada, adalah sebab sokongan kaumnya yang majoriti.

Ambil contoh di Kota Belud, disebabkan tiadanya kaum minoriti yang berjaya sebelum menyertai politik, maka sepanjang masa, mereka itu, hanya merupakan pemimpin pelengkap, bukan pemimpin utama. Ertinya, keberadaan mereka itu, boleh langsung tiada, boleh juga ada. Penyertaan mereka dalam kumpulan pemimpin, hanya kerana ikhsan dan gimik politik.

Pemilihan Umno Bahagian pada 19 Oktober ini, walaupun sebulan lagi baru berlangsung, namun keputusannya sudah pun ada. Para pemenang yang bakal diumumkan adalah daripada kalangan penduduk majoriti. Keadaan ini, akan berterusan, sehinggalah ada individu daripada kaum minoriti timbul kelak, dengan segala kemampuan, mengatasi serba serbi kemampuan pemimpin yang ditonjolkan oleh kaum majoriti.

Persoalannya bila kah kemunculan pemimpin yang berasal daripada kaum minoriti itu? Kata orang seperti harapan setengah fanatik agama.. menunggu ketibaan imam mahadi.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels