MEMANG parti mahu melaksanakan TRANSFORMASI. Dalam takrifan banyak ahli, TRANSFORMASI yang dimaksudkan adalah mengantikan pemimpin lama dengan yang baru, ertinya menggantikan pemimpin yang berumur dengan yang lebih muda. Mengganti pemimpin yang kurang pendidikan dengan yang berpendidikan. Menggantikan pemimpin yang kurang berdaya maju dengan pemimpin yang mempunyai wawasan. Menggantikan pemimpin yang hanya membawa HARAPAN, kepada pemimpin yang MAMPU mengwujudkan KENYATAAN. Setidak-tidaknya inilah PENGERTIAN ahli akar UMBI berkaitan dengan TRANSFORMASI yang ingin diwujudkan dalam parti, agar supaya parti terus kekal dan RELEVAN.
NAMUN, adalah juga MENGERTIKAN TRANSFORMASI dalam parti, melalui PERUBAHAN sistem pemilihan melalui pemansuhan KUOTA, bahawa setiap AHLI parti, dengan SESUKA HATI, boleh bertanding sebarang JAWATAN dalam pemilihan PARTI asalkan SESEORANG itu LAYAK berbuat demikian.
Individu yang bertanding itu, TIDAK mengambilkira PENGERTIAN transformasi itu sendiri, malah LEBIH cenderung kepada TUJUAN pribadi.
TELAH menjadi rahsia UMUM bahawa JAWATAN dalam parti boleh MENJADI sebagai BATU LONCATAN untuk mencapai HASRAT pribadi. Atas sebab itu, ADA niat untuk menduduk JAWATAN dalam parti melalui berbagai cara, malah yang cukup DIKESALKAN ada INDIVIDU yang MAHU membeli kedudukan itu.
Di BAHAGIAN UMNO Kota belud, sejak akhir-akhir ini WUJUD para individu yang MAHU menawarkan BERTANDING jawatan dalam pemilihan PARTI 19 Oktober ini, sebenarnya TIADA perjuangan SEBELUM INI, namun KERANA mereka merasakan MEMPUNYAI kekuatan daripada SEGI kewangan, maka MEREKA terfikir untuk MEMBELI kuasa DENGAN masuk bertanding bagi MEREBUT salah satu JAWATAN dalam Bahagian.
Kedudukan SESEORANG dalam mana-mana segmen Parti, baik daripada PERINGKAT cawangan, mahupun BAHAGIAN sebenarnya mempunyai NILAI tertentu, atas SEBAB partilah yang membetuk KERAJAAN. Di negara ini, parti adalah yang MEMBETUK kerajaan, atas sebab itu, kedudukan dalam parti SUNGGUH besar nilainya.
DENGAN pemahanan DEMIKIAN, maka individu yang BERTANDING sanggup mengeluarkan ratusan ribu ringgit untuk mendapatkan jawatan, malah dalam KES UMNO., pernah berlaku SESEORANG yang merebut JAWATAN ketua bahagian pernah membelanjakan RM6 juta, sehingga SESEORANG itu mendapat jolokan SIX MILLION DOLLAR MAN.
Malah, dalam pemilihan Peringkat CAWANGAN juga di Bahagian Kota Belud, SESEORANG calon yang bertanding itu, dikhabarkan menghabiskan wang lebih RM100 ribu, namun tetap tewas dalam perebutan Ketua Cawangan.
Dikhabarkan, pada PEMILIHAN Umno bahagian pada kali ini, ADA seseorang ahli INGIN bertanding JAWATAN, KERANA menghandalkan KEKUATAN KEWANGANNYA, hasil daripada PROJEK-PROJEK yang diperolehinya baik melalui KERAJAAN NEGERI mahupun KERAJAAN Persekutuan, terutama daripada KEMENTERIAN KKLW.
Pada SUATU masa yang lalu, individu itu PERNAH menyatakan, BAHAWA pemenang JAWATAN bahagian, akan tergantung KEPADA kekuatan KEWANGAN seseorang calon. Untuk itu, BELIAU sangat yakin, akan MENANG JAWATAN yang ditandinginya.
Selain itu, ada juga INDIVIDU yang mahu masuk GELANGGANG pertandingan ATAS sebab ALASAN pribadi, kerana TIDAK mendapat KEINGINAN kerana menyokong SESEORANG PEMIMPIN. Inilah KES yang berlaku, ke atas SAUDARA ROSMIN KASAN yang mahu BERTANDING JAWATAN KETUA BAHAGIAN.
ROSMIN, menurut SEORANG kawan, TELAH bersumpah dengan nama ALLAH, akan terus BERTANDING Ketua Bahagian, selagi PENYANDANG jawatan itu, DATUK DR SALLEH TUN SAID mempertahankan JAWATANNYA.
MASUKnya ROSMIN bertanding JAWATAN KETUA BAHAGIAN, bukan memenuhi SEMANGAT TRANSFORMASI dalam parti, melainkan AGENDA pribadi.
TIDAK salah, sesiapa sahaja AHLI boleh masuk BERTANDING asalkan memenuhi SYARAT, namun KENALAH difikirkan, BAHAWA TINDAKAN itu apakah MENCERIMINKAN kehendak TRANSFORMASI dalam parti?
TINDAKAN ROSMIN, bertanding JAWATAN Ketua Bahagian, KONONNYA, ramai PEMIMPIN besar pernah KALAH OLEH seseorang yang TIDAK bernama, SEPERTIMANA berlaku ke atas, Datuk Harris Salleh semasa PILIHANRAYA SABAH TAHUN 1985. Demikian juga, KEKALAHAN DATUK ALI RUSTAM DI PARLIMEN BUKIT KATIL PADA PRU-13 LALU.
Memang BERLAKU, kejutan pada SEBARANG pertandingan berasakan DEMOKRASI, tetapi KEJUTAN-KEJUTAN itu, jarang-jarang BERLAKU.
CALON-CALON yang BAKAL bertanding akan DIKETAHUI pada 21 September ini. APAKAH Rosmin akan MASUK bertanding? akan diketahui PADA HARI ITU.
Namun, bagi OKB, BUKAN faktor ROSMIN yang BAKAL menyemarakan PERTANDINGAN ITU, akan TETAPI akan BERLAKU KEJUTAN di mana SEORANG PEMIMPIN akan masuk GELANGANG pertandingan MEREBUT jawatan KETUA BAHAGIAN. Jika itu yang berlaku, maka SUHU pertandingan itu akan menjadi PANAS.
OKB, berpendapat, SEBAGAI penyandang KETUA BAHAGIAN Datuk Dr Salleh mempunyai STRATEGINYA yang tertentu untuk mengekalkan JAWATAN, namun, yang JELAS jika PERTANDINGAN BERLAKU BERBAGAI PENJURU BAGI jawatan KETUA BAHAGIAN, perhatian akan TERTUMPU kepada Datuk salleh dan Pemimpin itu. SAMA-SAMA KITA TUNGGU apa yang bakal terjadi pada 19 Oktober.
No comments:
Post a Comment