2 January 2014

Krisis LDP: Pembatalan Pendaftaran Parti itu Diambang Pintu Kecuali….

Parti tertua komponen Barisan Nasional Sabah- Parti Liberal Demokratik (LDP) berdepan dengan pembatalan parti itu oleh Pendaftar Pertubuhan, ekoran krisis yang melanda parti itu bermula Ogos 2013.

Dua kumpulan yang terwujud dalam parti itu, ekoran perebutan jawatan Presiden Parti yang disandang Mantan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk VKLiew, ekoran pusingan 360 darjah Setiausaha Agong parti itu- Datuk Teo chee Kang mengambil keputusan merebut jawatan itu, walaupun sebelumnya beliau menyokong penuh bahawa pada Mesyuarat Pemilihan Parti itu yang dijadual pada Oktober 2013, bahawa jawatan Persiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Sebelum pemilihan; Presiden disandang oleh Datuk VKLiew sementara Timbalannya Datuk Chin shu Phin.

Meskipun sesebuah parti seperti LDP tertubuh kerana kelulusan pendaftar pertubuhan (ROS), agensi itu juga mempunyai kuasa membatalkan pendaftaran sesebuah parti.

ROS hanya mempunyai kuasa meluluskan atau membatalkan sesebuah parti; agensi itu tidak mempunyai kuasa campur tangan berhubungan dengan perjalanan parti, sesuai dengan seksyen 16(1) pertubuhan itu. Ertinya, jika berlaku pertelingkahan antara para pemimpin parti, ROS tiada kuasa berpihak kepada mana-mana pihak, atau mengiktraf mana-mana pihak sebagai barisan kepimpinan.

Kuasa ROS hanya meminta pihak yang bersengkita untuk tempoh sebulan untuk menyelesaikan krisis dalaman mereka; jika gagal; maka ROS berhak membatalkan pendaftaran sesebuah parti.

Krisis seperti LDP, telah dialami oleh Sarawak National Party (SNAP) yang dibatalkan pendaftarannya kerana krisis yang sama yang berlaku dalam LDP.

Sebuah portal berita awal minggu ini telah memuatkan satu tulisan yang berupa satu spekulasi, bahawa ROS akan mengiktiraf kumpulan Teo Chee Kang sebagai barisan kepimpinan LDP, mengenepikan kumpulan VKLiew.

Sebenarnya, pihak ROS tidak akan sanggup membuka ruang kepada pihak-pihak yang bertelegah untuk menyaman pertubuhan itu, jika membuat satu keputusan yang berpihak, kerana keputusan seperti itu bukanlah bidang kuasa pertubuhan itu sesuai dengan seksyen 16(1) dan dibaca bersama seksyen 13 undang-undang pertubuhan itu.

Apa yang boleh dilakukan oleh ROS hanya terhad kepada menghantar surat TUJUK SEBAB kepada pihak-pihak yang bertelegah dan memberi tempoh sebulan untuk menyelesaikan sebarang krisis, jika tidak; ancaman membatalkan parti boleh diambil oleh pertubuhan itu.

Sebenarnya krisis dalaman LDP boleh diselesaikan, jika kedua belah pihak saling berkompromi dan kembali kepada hubungan biasa yang telah mereka bina selama 20 tahun. Selain itu, mereka juga perlu melihat, bahawa LDP merupakan sebuah parti komponen BN Sabah yang tertua.

Sudah tiba masanya, semua jajaran kepimpinan parti itu kembali kepada keadaan semula sebelum krisis berlaku.

Dalam keadaan sekarang, salah satu pihak yang menganggap pihaknya adalah barisan kempimpinan parti iaitu kumpulan Teo. Teo adalah Menteri Tugas-Tugas Khas dalam kabinet Sabah. Antara tugas-tugas beliau adalah untuk menyatupadukan masyarakat cina dan seterusnya untuk menyokong barsian nasional. Namun dalam keadaan sekarang, masyarakat itu khasnya melihat, bagaimana beliau boleh menyatupadukan masyarakat cina, sedangkan sesama rakan dalam parti sendiripun tidak dapat di satu padukan.

Sementara dipihak VKLiew pula, sejak awal-awal lagi telah membuka ruang untuk penyatuan semula; dengan itu, pada penghujung tahun lalu, dua kumpulan itu telah berjumpa dengan pihak pendaftar pertubuhan; dan satu persetujuan telah diambil, bahawa kedudukan semua barisan kepimpinan perlu dikembalikan sebelum sebarang mesyuarat pemilihan dilakukan. Namun persetujuan itu, telah diingkari kumpulan Teo, dan mereka meneruskan Mesyuarat Khas pemilihan.

Nampak keadaannya, jika dua kumpulan dalam parti itu mempertahankan ego masing-masing; dan apabila tunjuk sebab daripada ROS, tidak mendorong dua kumpulan itu untuk rekonsiliasi, maka BN Sabah akan kehilangan satu lagi komponen partinya, selepas SAPP keluar daripada gabungan itu pada September 2008, dan pada kali ini atas sebab pembatalan. Untuk itu, LDP akan berakhir seperti SNAP dan PBDS di Sarawak.

Krisis dalaman Parti liberal Demokratik (LDP) yang bermula Ogos 2013 berkaitan dengan perebutan jawatan Presiden, sehingga menyebabkan dua kumpulan, kumpulan Presiden- Datuk VKLiew dan kumpulan mantan Setiausaha Agong, Datuk Teo Chee Kang.

Punca krisis, apabila Teo tidak menghormati keputusan Majlis Tertinggi Parti yang diadakan selepas PRU-13; bahawa pada Mesyuarat Pemilihan Parti pada Oktober tahun yang sama, tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

Latar belakang kepada keputusan itu, apabila Presiden Parti itu VKLiew gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sandakan, maka beliau dengan hati terbuka berbincang dengan Timbalan Presiden dan Teo sendiri, untuk menawarkan jawatan Presiden kepada Teo, kerana tradisi parti, apabila Presiden melepaskan jawatannya, maka Setiausaha Agonglah yang bakal mengambil alih jawatan itu. Namun tawaran Liew itu ditolak Teo, atas sebab beliau lebih selesa sebagai Setiausaha Agong parti.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels