3 September 2009

Aku tanya: Bilamana pula Rakyat pilih Zambry jadi Menteri Besar??

Zambry tidak pernah dipilih oleh rakyat Perak jadi menteri besar. Zambry jadi menteri besar kerana Nizar beri kepadanya. Nizar tak jaga orangnya, kerana dia asyik dengan urusannya sendiri.

Akibat perbuatan Nizar rakyat Perak jadi kucar kacir. Kerajaan yang tidak menentu. Kecoh sana kecoh sini. Wakil rakyat yang sepatutnya membela rakyat terpaksa tidak peduli rakyat, kerana sibuk berebut tempat bersidang lah, berebut kereta camry lah, dan macam-macam lagi.

Sekiranya Nizar yang dipilih rakyat untuk menajdi MB menjaga wakil-wakil rakyat di bawah kepimpinannya, sudah tentu 3 orang ADUN Pakatan tidak menjadi bebas. Nizar selama 11 bulan jadi MB hanya sibuk mengurus kepentingan Datuk Ngo dan Ngeh, kerana dua ADUN DAP ini adalah remote control Nizar. Nizar alfa kepada remote control ini, sehinggakan 3 orang rakan hilang di rimba.

Zambry walaupun pada awalnya bukan pilihan rakyat jadi MB, terpaksa akur dengan rezeki yang bergolek di depannya. Rezeki jangan ditolak. Rezeki datang sambut lah dengan shukur.

Nizar baru terngada apabila baton kekuaasaan terpaksa diserahkan. Dah terlambat Nizar.. tunggu pru-13 tahun 2012.

Khabar Angin bertiup kencang: Ramai ADUN Pakatan ikut Jejak ADUN Lunas!!!

Berita berita angin bertiup kencang bahawa ramai ADUN Pakatan akan ikut jejak ADUN Lunas Muhammad Radzhi Salleh. Perkembangan ini ada kaitan dengan reshuffled exco kerajaan negeri yang dilakukan MB Azizan Razak hari ini.

Kerajaan Pas Kedah terutama MB besarnya masih curiga bahawa ADUN Pakatan terutama dari PKR akan bertukar arah. Walaupun Lim Soo Nee dilantik sebagai exco menggantikan Muhammad Radzhi Salleh, khabarnya ADUN ini masih tidak berpuas hati. Di khabarkan juga Adun Bukit Selambau yang baru sahaja dipilih akan mengikuti jejak Muhammad Radzi.

Terjadikan pertukaran arah ADUN-ADUN ini? kemungkinan itu tetap ada. Muhammad Radzhi tidak akan mahu memperjudikan kedudukan sebagai exco, jika tiada kebenaran tentang berita ini.

Di khabarkan MB Azizan Razak, tidak dapat mengawal ADUN-ADUN terutama dari PKR, kerana MB ini menganaktirikan mereka.

Datuk Azizan dikhabarkan selalu membuat keputusan berat sebelah, di mana ianya lebih mengutamakan kawasan-kawasan PAS dalam mengagih-agihkan projek pembangunan. Kawasan-kawasan yang dimenangi oleh PKR dan DAP selalu dianak tirikan. Faktor-faktor ini lah yang memyebabkan Muhammad Radzhi Keluar, selain faktor kepimpinan PKR yang selalu condong kepada kaum cina dibanding kaum melayu ataupun india.

Berapa lama lagi kerajaan Pas Kedah akan bertahan? sekiranya angin pertukaran arah ini terus berlanjutan, maka diperkirakan dalam masa-masa terdekat kerajaan Pas Kedah akan TUMBANG!

2 September 2009

Gambar-gambar suasana Sidang DUN Perak!!!






















Hishamudin punya tugas berat di Terengganu: khabarnya 9 ADUN anti Ahmad Said jumpa Anwar

10 Adun Bn yang tidak hadir persidangan DUN Terengganu yang diketuai oleh mantan MB Idris Jusoh dikatakan telah berjumpa Anwar untuk merintis membentuk kerajaan Terengganu bersama ADUN PAS.

Pokok tidak akan bergoyang tanpa tiupan angin. Asap tak akan berkempul tanpa api. Keadaan 10 DUN yang anti MB Ahmad Said dikatakan memendam rasa seperti api dalam sekam. Mereka terlalu geram dengan Ahmad Said yang dirasakan menikam dari belakang dengan mempergunakan istana semasa merebut jawatan MB.

Idris Jusoh yang dikatakan MB berjaya, selain mengetuai merampas kerajaan daripada Pas pada PRU 11 (2004),juga dikatakan membawa banyak perubahan kepada negeri tersebut.

Merampas jawatan MB daripadanya (Idris Jusoh) dengan mempergunakan istana dan menidakkan surat tauliah daripada PM (Abdullah Badawi) merupakan usaha tikam belakang. Faktor ini lah yang membuatkan 10 ADUN tersebut hingga kini sukar bertembung 4 mata dengan Ahmad Said.

Usaha 10 ADUN ini membentuk kerajaan bersama PAS memrupakan tantangan besar kepada Naib Presiden N0.2 Hishamudin. Apa kah Hisham dapat mengaharungi badai angin monson timur ini? Sama-sama kita tunggu.

Persidangan DUN Pakatan NIZAR: Seperti anjing menyalak bukit

Kata orang anjing menyalak bukit, itu namanya kerja sia-sia. Mereka sebenarnya tahu apapun keputusan persidangan itu tidak membawa makna undang-undang. Barang kali gimik politik dan gimik bagaimana suasana jadi kelam kabut. Siapa yang kelam kabut mereka juga kelam kabut. Polis memang tugas mereka demikian, polis tidak akan merasa kelam kabut.

Mereka akan merasa gah kerana kehadiran FRU dan polis yang ramai. Apa hasilnya naih.

Hotel Hertiage senang hati kerana dapat bisnes. Bisnes F&B tiadalah, sebab bulan puasa, mungkin juga ada untuk bukan islam. Sivakumar pasti menegok jus limau atau sekurang-kurangnya ice lemon tea!

Persidangan DUN Pakatan hari ini adalah kerja sia-sia, tidak akan dapat merubah pemerintah an negeri, Zambry tetap MB.

Sayang seorang yang pendidikan seperti Nizar dan Sivakumar, tidak dapat menggunakan akal dan fikiran. Sebaliknya nafsu dan hati yang menguasai jiwa mereka. Nafsu kuasa, mabuk kuasa adalah nawaitu mereka, dengan label KONON NYA untuk rakyat!.

Bagi mereka persetan dengan undang-undang, kerana menurut mereka undang-undang ditangan mereka. Undang-undang untuk diri sendiri, membuat keputusan untuk diri sendiri, membuat peraturan untuk kepentingan sendiri-sendiri.

Kalau dah tahu minoriti berlagak alah sebagai minoriti, jangan paksa majoriti ikut. Jangan amalkan tabiat ANJING MENYALAK BUKIT.

Kecoh Cari Tempat: DUN Perak Bersidang di Hotel

Suasana persidang DUN wakil rakyat Pakatan di ballroom Hotel Hertiage
Sivakumar duduk atas podium


Halangan SUK Kerajaan Negeri Perak kepada wakil rakyat Pakatan untuk masuk ke bangunan SUK terpaksa berpindah ke sebuah Hotel di Ipoh. Ballroom Hotel Heritage jadi pilihan.

Dalam gambar kelihatan Sivakumar duduk di tempat Speaker dan sebelah kanannya adalah barisan wakil rakyat Pakatan, manakala sebelah kiri ada lah tempat duduk wakil rakyat BN. Namun seluruh kerusi wakil rakyat BN Kosong, kerana persidangan ini adalah persidangan dewan wakil rakyat Pakatan.

Dari segi undang-undang tubuh kerajaan Perak, persidangan wakil rakyat Pakatan ini terletak dalam clause mana? mungkin penasihat undang-undang negeri dapat merungkainya.

Sejak kerajaan Pakatan Jatuh di Perak, sejarah terus diukir. Sejarah bersidang bawah pokok, sedang sidang di ballroom hotel. Sidang ke-3, entah di mana agak nya?

Sidang DUN Perak di Heritage Hotel 11:30 Pagi: SIVAKUMAR

Setelah wakil rakyat Pakatan yang diketuai oleh Nizar gagal masuk bangunan SUK Perak, yang mengakibatkan beberapa ADUN ditangkap termasuklah ADUN Sitiawan Ngeh Koo Han, ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai serta ADUN Malim Nawar Keshvinder Singh.

Ekoran kegagalan ADUN Pakatan memasuki bangunan SUK Perak untuk mengadakan sidang Dewan, maka speaker Pakatan Rakyat mengarahkan, bahawa sidang DUN Perak akan diadakan di Heritage Hotel pukul 11:30 pagi ini juga.

Ada kemungkinan kah sidang di Heritage hotel ini akan di halang polis, kita tunggu bersama.

Sidang DUN Perak: Gaduh Nizar-Zambry tak menjadi

Telah diumumkan oleh SUK Kerajaan Perak bahawa sidang DUN Perak yang cuba diadakan oleh Nizar Jamaludin mantan MB Perak tak menjadi. Speaker Pakatan Sivakumar tak berjaya mendapat perintah mahkamah untuk mengetepikan arahan SUK kerajaan Perak yang menghalang sidang DUN Perak hari ini.

Ramalan awal bahawa sidang kali ini akan terjadi TIT AND TAT antara Nizar dan Zambry tidak sempat disaksikan ekoran halangan SUK kerajaan, supaya sidang itu dibatalkan.

Persoalannya sekarang bila kah sidang DUN Perak akan diadakan? 7 Mei lalu terlalu lama berlalu. Semua negeri telah mengadakan sidang DUNnya kecuali Perak. Berjaya kah Zambry melalui arahan speaker lantikannya Datuk M. Ganesan mengadakan sidang, kalau berjaya terjamin kah tanpa kekecohan?

Kejadian hari ini rakyat akan bertambah mual, mungkin bukan semua, tetapi setidaktidaknya 51% rakyat Perak mual dan selilitan. Tak tahan lagi. Mereka hanya dapat menahan geram. Geram yang berpanjangan.

Sidang DUN Perak Batal: Nizar Terhalang

Sivakumar tidak berjaya menghalang SUK Perak melarang sidang DUN Perak. Namun begitu, Pakatan akan meneruskan sidang tersebut, entah berlokasi di mana. Yang pasti bukan di bangunan SUK Negeri Perak.

Pihak polis telah mengatakan bahawa jarak 30 meter dari pagar bangunan SUK adalah kawasan larangan. Yang pasti dewan undangan negeri yang terletak dalam bangunan SUK kerajaan Perak dilarang digunakan untuk persidangan dewan anjuran Pakatan.

Sekiranya hari ini, hanya beberapa jam lagi Pakatan rakyat memasuki kawasan bangunan SUK Perak dapat dipastikan pihak polis akan melarang, sesiapa yang ingkar pasti ditahan atau ditangkap.

Perkiraan awal bahawa akan terjadi pergaduhan antara Nizar dan Zambry rupanya tidak menjadi, sangkaan awal juga Nizar akan buat hal tidak menjadi, kalau pun Nizar buat hal hanya dengan pegawai keselamatan yakni polis.

Yang pasti dan kawan-kawannya akan dihalang memasuki bangunan SUK itu sebentar lagi, kerana kawasan tersebut adalah kawasan larangan dari pukul 6.00 pagi hingga 11 malam hari ini.

Akan terjadikah sidang DUN BAWAH POKOK KE-2. JIKA INI TERJADI, MAKA KEJADIAN INI AKAN MENGISI BERITA DUNIA!.

1 September 2009

Esok Sidang DUN Perak: Ramai Curiga Nizar buat Hal !!!

Ramai beranggapan esok Nizar buat hal. Peristiwa dewan rakyat dengan melaungkan BUBAR DUN dan lilitan kepala membuatkan speakar dewan rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menghalau Ahli Parlimen Bukit Gantang tersebut.

Sangkaan ramai ini ada benarnya, kerana semasa mengangkat sumpah, NIzar tidak menunjukkan apa-apa, akan tetapi sebaik sahaja menyelesaikan angkat sumpah, Nizar melaungkan BUBAR DUN dan diikuti oleh beberapa orang MP Pakatan.

Esok merupakan hari perhatian media elektronik maupun cetek, baik wartawan dalam negeri maupun luar negara. Kecoh kah persidangan DUN tersebut? Batal kah DUN tersebut? berlangsungkah sidang DUN tersebut, semuanya tergantung kepada SUK kerajaan Perak !!!.

Pas Mohon Agong Tidak Perkenan Lanjutan Jawatan Musa Hassan

PAS memohon Yang Dipertuan Agong supaya tidak memperkenankan cadangan kerajaan untuk menyambung perkhidmatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang akan berakhir 14 September ini.

Naib Presidennya Dato Mahfuz Omar berkata, Yang Dipertuan Agong berkuasa penuh untuk menolak cadangan tersebut. “Yang Dipertuan Agong berkuasa penuh untuk menolak cadangan ini.

Yang Dipertuan Agong pernah menolak cadangan Perdana Menteri sebelum ini untuk menyambung perkhidmatan Ketua Hakim Negara,” kata beliau dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Gesaan itu dibuat berikutan kegagalan pihak polis menangani kadar jenayah yang semakin meningkat di negara ini. Beliau juga mencadangkan satu penstrukturan semula dibuat terhadap pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk pembersihan ke atas semua anggota yang didakwa terlibat dengan kumpulan kongsi gelap seperti yang pernah didakwa.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut mendesak satu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat segala dakwaan yang membabitkan Musa sendiri.

Penubuhan suruhanjaya berkenaan penting ujarnya kerana pihak polis sendiri tidak berupaya menyiasat kes membabitkan pasukan polis dengan kumpulan kongsi gelap.

“Saya minta satu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat segala dakwaan membabitkan ketua polis negara sendiri.Ia tak boleh lagi disiasat oleh polis sendiri kerana polis sendiri tak dapat menyiasat kes yang membabitkan penglibatan polis dengan kumpulan kongsi gelap,” katanya.

Mahfuz juga yakin masih ramai calon yang layak menggantikan tempat Musa sebagai Ketua Polis Negara. “Saya percaya sudah tentu ada calon yang terbaik dalam negara kita dan itu kita serah kepada Yang Dipertuan Agong untuk mempertimbang calon-calon di kalangan pegawai polis yang mempunyai integriti yang tinggi,” katanya.

Pada 2007, Musa Hassan didakwa terbabit menerima suapan sebanyak RM2.1 juta bagi melepaskan sekumpulan gengster. Blogger Raja Petra Kamaruddin dalam blognya Malaysia Today Sabtu lalu pula menyiarkan akuan bersumpah yang didakwa dibuat seorang pegawai polis yang pernah menjadi pembantu peribadi Musa. Antara dakwaan pegawai polis itu, Musa membiarkan penjenayah memanipulasi kenaikan pangkat anggota polis dan jawatan mereka.

Beliau juga mendakwa diarahkan untuk menyelaraskan arahan mengenai pangkat dan jawatan para pegawai polis berdasarkan draf dan cadangan yang dibuat oleh (ketua sindiket) BK Tan.

Musa juga dituduh mengarahkan supaya diwujudkan blog tanpa nama pemiliknya untuk menuduh timbalan menteri dalam negeri ketika itu Datuk Mohd Johari Baharum menerima rasuah RM5.5 juta daripada tiga kepala penjenayah.

Sehubungan itu, Mahfuz meminta kerajaan mempertimbang cadangan untuk menyambung perkhidmatan Musa yang jelas tecalar dengan dakwaan-dakwaan negatif.

Rasa-rasa 8 Kosong: jika ada pilihanraya kecil

Jika DUN Seputih Kedah di istiharkan kosong kerana ADUN yang mengwakili kawasan tersbut telah gagal 2 kali menghadiri sidang dewan undangan negeri,maka PRK ke-8 akan diadakan.

Speaker DUN Kedah telah memaklumkan SPR mengenai kegaglan Datuk Abu Hassan Sarif menghadiri sidang dewan tanpa sebab dan kebenaran.

Dipercayaai hari ini SPR sedang bersidang untuk membincangkan isu DUN Seputih Kedah. Jika ada kekosongan, maka PRK mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.

BN sudah tentunya bertanding mempertahankan kerusi tersebut, kerana itu adalah kerusi BN, namun apakah BN mampu mempertahankannya. Lupakan angka PRU lepas, kerana dah hampir setahun masa berjalan. Sudah tentu banyak faktor yang telah mempengaruhi para pengundi, dan kecenderungan tersebut adalah kepada Pakatan, sebabnya BN tidak berjaya mengatasi prsepsi rakyat terhadap parti pemerintah tersebut.

Jika ada PRK di Kedah, kemungkian goal akan berubah kepada 8 KOSONG!!!!

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels