2 September 2009

Sidang DUN Perak Batal: Nizar Terhalang

Sivakumar tidak berjaya menghalang SUK Perak melarang sidang DUN Perak. Namun begitu, Pakatan akan meneruskan sidang tersebut, entah berlokasi di mana. Yang pasti bukan di bangunan SUK Negeri Perak.

Pihak polis telah mengatakan bahawa jarak 30 meter dari pagar bangunan SUK adalah kawasan larangan. Yang pasti dewan undangan negeri yang terletak dalam bangunan SUK kerajaan Perak dilarang digunakan untuk persidangan dewan anjuran Pakatan.

Sekiranya hari ini, hanya beberapa jam lagi Pakatan rakyat memasuki kawasan bangunan SUK Perak dapat dipastikan pihak polis akan melarang, sesiapa yang ingkar pasti ditahan atau ditangkap.

Perkiraan awal bahawa akan terjadi pergaduhan antara Nizar dan Zambry rupanya tidak menjadi, sangkaan awal juga Nizar akan buat hal tidak menjadi, kalau pun Nizar buat hal hanya dengan pegawai keselamatan yakni polis.

Yang pasti dan kawan-kawannya akan dihalang memasuki bangunan SUK itu sebentar lagi, kerana kawasan tersebut adalah kawasan larangan dari pukul 6.00 pagi hingga 11 malam hari ini.

Akan terjadikah sidang DUN BAWAH POKOK KE-2. JIKA INI TERJADI, MAKA KEJADIAN INI AKAN MENGISI BERITA DUNIA!.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels