3 September 2009

Aku tanya: Bilamana pula Rakyat pilih Zambry jadi Menteri Besar??

Zambry tidak pernah dipilih oleh rakyat Perak jadi menteri besar. Zambry jadi menteri besar kerana Nizar beri kepadanya. Nizar tak jaga orangnya, kerana dia asyik dengan urusannya sendiri.

Akibat perbuatan Nizar rakyat Perak jadi kucar kacir. Kerajaan yang tidak menentu. Kecoh sana kecoh sini. Wakil rakyat yang sepatutnya membela rakyat terpaksa tidak peduli rakyat, kerana sibuk berebut tempat bersidang lah, berebut kereta camry lah, dan macam-macam lagi.

Sekiranya Nizar yang dipilih rakyat untuk menajdi MB menjaga wakil-wakil rakyat di bawah kepimpinannya, sudah tentu 3 orang ADUN Pakatan tidak menjadi bebas. Nizar selama 11 bulan jadi MB hanya sibuk mengurus kepentingan Datuk Ngo dan Ngeh, kerana dua ADUN DAP ini adalah remote control Nizar. Nizar alfa kepada remote control ini, sehinggakan 3 orang rakan hilang di rimba.

Zambry walaupun pada awalnya bukan pilihan rakyat jadi MB, terpaksa akur dengan rezeki yang bergolek di depannya. Rezeki jangan ditolak. Rezeki datang sambut lah dengan shukur.

Nizar baru terngada apabila baton kekuaasaan terpaksa diserahkan. Dah terlambat Nizar.. tunggu pru-13 tahun 2012.

2 comments:

WARIS PURBA said...

Salam bro,

Nizar jadi balaci pada Sivakumar, Ngeh dan Ngoh saja nak cabar DYM Sultan Perak. Apa Sultan boleh buat walaupun sah dan nyata mereka dah menderhaka....

Norkifli Abdul Hamid said...

Gabungan Adun PR memang rapuh.3 parti tunggangan tetapi lain2 tuju hala dgn satu matlamat menjatuhkan Kerajaan BN sahaja.Persoalannya mengapa pengundi Perak memilih PR sebelum ini? Sememangnya separuh dari rakyat Perak ingin protes terhadap ketidak telusan pentakbiran terdahulu melalui undi.Pemimpin PR sepatutnya menyedari bahawa pengalaman bekerjasama dgn SEMANGAT 46 terdahulu akan kembali terjadi kembali lantaran kekukuhan jati diri kebanyakan adun Keadilan datangnya dari bekas org2 BN.Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.Nampak sangat BN lebih mementing kuasa berbanding moral pemimpin Adun lompat katak.Sudah jelas di mata rakyat bahawa Adun2 terbabit sedang dibicarakan kes2 rasuah. Apakah BN mampu menarik balik sokongan rakyat pada PRU 13 nanti jikalau disajikan dgn calon2 sebegini.Rakyat kini semuanya celik IT dan tidak lagi mampu disogokkan dgn kain pelikat @ duit ringgit.Mana perginya slogan BERSIH,CEKAP dan AMANAH yg di war2kan dahulu.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels