Telah diumumkan oleh SUK Kerajaan Perak bahawa sidang DUN Perak yang cuba diadakan oleh Nizar Jamaludin mantan MB Perak tak menjadi. Speaker Pakatan Sivakumar tak berjaya mendapat perintah mahkamah untuk mengetepikan arahan SUK kerajaan Perak yang menghalang sidang DUN Perak hari ini.
Ramalan awal bahawa sidang kali ini akan terjadi TIT AND TAT antara Nizar dan Zambry tidak sempat disaksikan ekoran halangan SUK kerajaan, supaya sidang itu dibatalkan.
Persoalannya sekarang bila kah sidang DUN Perak akan diadakan? 7 Mei lalu terlalu lama berlalu. Semua negeri telah mengadakan sidang DUNnya kecuali Perak. Berjaya kah Zambry melalui arahan speaker lantikannya Datuk M. Ganesan mengadakan sidang, kalau berjaya terjamin kah tanpa kekecohan?
Kejadian hari ini rakyat akan bertambah mual, mungkin bukan semua, tetapi setidaktidaknya 51% rakyat Perak mual dan selilitan. Tak tahan lagi. Mereka hanya dapat menahan geram. Geram yang berpanjangan.
No comments:
Post a Comment