3 September 2009

Khabar Angin bertiup kencang: Ramai ADUN Pakatan ikut Jejak ADUN Lunas!!!

Berita berita angin bertiup kencang bahawa ramai ADUN Pakatan akan ikut jejak ADUN Lunas Muhammad Radzhi Salleh. Perkembangan ini ada kaitan dengan reshuffled exco kerajaan negeri yang dilakukan MB Azizan Razak hari ini.

Kerajaan Pas Kedah terutama MB besarnya masih curiga bahawa ADUN Pakatan terutama dari PKR akan bertukar arah. Walaupun Lim Soo Nee dilantik sebagai exco menggantikan Muhammad Radzhi Salleh, khabarnya ADUN ini masih tidak berpuas hati. Di khabarkan juga Adun Bukit Selambau yang baru sahaja dipilih akan mengikuti jejak Muhammad Radzi.

Terjadikan pertukaran arah ADUN-ADUN ini? kemungkinan itu tetap ada. Muhammad Radzhi tidak akan mahu memperjudikan kedudukan sebagai exco, jika tiada kebenaran tentang berita ini.

Di khabarkan MB Azizan Razak, tidak dapat mengawal ADUN-ADUN terutama dari PKR, kerana MB ini menganaktirikan mereka.

Datuk Azizan dikhabarkan selalu membuat keputusan berat sebelah, di mana ianya lebih mengutamakan kawasan-kawasan PAS dalam mengagih-agihkan projek pembangunan. Kawasan-kawasan yang dimenangi oleh PKR dan DAP selalu dianak tirikan. Faktor-faktor ini lah yang memyebabkan Muhammad Radzhi Keluar, selain faktor kepimpinan PKR yang selalu condong kepada kaum cina dibanding kaum melayu ataupun india.

Berapa lama lagi kerajaan Pas Kedah akan bertahan? sekiranya angin pertukaran arah ini terus berlanjutan, maka diperkirakan dalam masa-masa terdekat kerajaan Pas Kedah akan TUMBANG!

1 comment:

Norkifli Abdul Hamid said...

Nampaknya semakin banyak ler katak2 dalam Dewan Rakyat.Mcm2 berita palsu tersembur.Yg kata 6 adun Kedah nak lompat pi BN .Ada yg kata 9 adun Terangganu nak lompat pi PAS. Ada juga kata 4 adun PAS Selangor nak lompat pi BN.Buat pa ler nak lompat2.Berkhidmat dahulu untuk kawasan2 sendiri.PRU 13 bukan nyer lama mana lagi.Inilah akibat pangkah calon yg berkepentingan peribadi.Kerja tak tera mana,sembang jer lebih.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels