11 May 2010

Wahai Pengundi Kota Belud Jangan Sampai Tertipu

PRU-13 hanya 2 tahun lagi. Walaupun masih 2 tahun namun persiapan parti yang akan mengangambil bahagian sudah bersiap-siap dari sekarang. BN misalnya walaupun beberapa komponen partinya ada yang dilanda krisis namun para pemimpin Bn terutama DS Najib dan TS Muhiyiddin telah memulakan langah untuk untuk mengatasi dan memulihkan keadaan parti-parti yang berkrisis tersebut.

Parti MCA yang berkrisis ekoran pemecatan Timbalan Presidennya  dan sirnanya Presiden yang memecatnya kini kelihatan sudah pulih, walaupun perapatan barisan kempimpinan mereka masih pincang, terutama  keputusan PRK Hulu Selangor, dimana 80% pengundi cina masih  menolak MCA.

Mantan Perdana Menteri Tun Mahathira pada satu ketika melalui blognya telah memparkan bahawa UMNO hanya ada 2 tahun lagi memperbetulkan keadaan,kerana menurut Tun Mahathir ada kalangan mantan pemimpin Umno yang dianggap kanan telah menyuarakan kekecewaan terhadap Umno. Umno dikatakan telah busuk tubuh badannya sehingga ke usus.

Paparan Tun Mahathir ini tidak boleh diambil ringan, kerana Umno perlu ingat diambang PRU-12 Tun Mahathir juga ada menyuarakan tentang kelemahan parti masa itu semasa di pimpin Tun Abdullah Badawi. Masa itu ramai yang mengambil enteng teguran Tun Mahathir, namun setelah keputusan Pru-12 diketahui dimana BN hampir keceundang, maka barulah pimpinan Umno dan Bn tersedar, bahawa memang benar apa yang diperkatakan oleh Negarawan tersebut.

Umno dan BN perlu akur dengan keadaan bahawa selepas Pru-12 melalui beberapa PRK gabungan parti terbanyak tersebut terus kecundang, walaupun Bagan Pinang melalui Isa Samad sedikit mengubati kepedihan dan mampu juga menikmati kemenagan.

Konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan belum menunjukkan kejayaan. Pencetus idea ini masih terabah-rabah apakah slogan ini sudah diterima atau mulai diterima masih dalam tandatanya besar.

Diperak misalnya Februari lalu sempena sambutan jatuhnya kerajaan Pakatan Perak para pemimpin utama DAP memijak gambar ADUN Katak diketuai oleh Lim Kit Siang sendiri. Sekiranya konsep 1Malaysia diterima pakai, peristiwa seumpama ini seharusnya telah kendur atau reda. Politik adalah politik, kemerdekaan memilih afiliasi politik adalah hak mutlak individu merdeka. Tidak ada unsur paksaan. Namun hak ini tidak dapat diterima oleh Pakatan, kerana itu peristiwa memijak gambar telah berlaku.

Semangat masyarakat terlihat berbeza - beza dalam menyikai pesta demokrasi . Tak jarang yang kenampakan apatis, mungkin kerana kecewa dengan kondisi politik di negera ini, tak kurang pula yang memiliki fanatisme berlebih sehingga memandang orang lain yang berbeza partai sebagai musuh yang harus dibasmi.

Melihat kejadian diatas, masyarakat sepertinya sudah lupa dan mabuk hingga tidak tahu cara menyalurkan aspirasi dengan benar. Masyarakat seharusnya sadar, semua partai politik memiliki kepentingannya masing - masing, masyarakat jangan sampai dijadikan alat dalam mendapatkan kepentingan itu.

Seharusnya masyarkat kembali merenungi jejak - jejaksejarah masa lalu, bagaimana Negara ini mencapai kemeredekaan. Bagaimana pemimpin terdahulu menolak Malayan Union dan bagaimana Negara ini berjuang untuk membasi pemberontakan komunis. Jangan lupa bagaimana ramainya rakyat Negara ini terkorban hanya untuk mempertahankan kemerdekaan

Jangan sampai masyarakat terjebak dan tertipu lagi dengan janji - janji palsu partai politik. Entah itu dengan slogan - slogan seolah partai itu adalah partinya rakyat kecil, partinya orang Pakatani, atau slogan yang lain.

Dan yang lebih aneh terlihat adanya partai agama yang sudah jelas - jelas berdasarkan pada agama tertentu mencuba mempromosikan dirinya seolah partai nasionalis padahal sebelumnya terlihat jelas kalau partai ini sebagai salah satu pelopor yang mencuba menggiring Nehara ini kepada paham sebuah aliran.

Ada pula parti agama yang memapang propagnadaya dengan pakaian tertentu, walau memang sampai saat ini tidak berarti pakaian itu adalah pakaian agama, namun masyarakat mungkin saja tertipu dengan trik seperti ini.

Setelah memendam sedikit kekecewaan terhadap partai politik, kini rakyat Negara ini hanya boleh berharap kepada perwakilkan dewan rakyat yang mewakili negeri masing-masing.

Wahai rakyat Negara ku, jangan sampai tertipu janji - janji palsu.

13 comments:

2718 said...

rakyat sekarang lebih bijak dan matang dalam menentukan siapa yang layak jadi pemimpin. pengalaman2 sebelum ini akan menjadi kayu pengukur dalam setiap pertimbangan atau penilaian terhadap kemampuan mana2 parti atau pemimpin.

2718 said...

sejak kebelakangan ini, banyak aktiviti2 kerajaan yang telah dan masih dalam pelaksanaan. ini menunjukkan kerajaan berusaha menerapkan konsep 1malaysia kepada seluruh rakyat. pasti dengan kesungguhan ini rakyat akan dapat menerima konsep ini.

somboi said...

keada npolitik sekarang adalah berbeza daripada politik masa lalu, rakyat malaysia perlu bijak dalam memilih pemimpin mereka. pemimpin yang dipilih akan menentukan nasib rakyat pada masa akan datang.

karaabau said...

gunakanlah hak kita sebagai pengundi dengan bijak...kita adalah penentu masa depan negara.....

somboi said...

ya.. kita harus bijak dala mmemilih pemimpin kita. kita haruslah memilih pemimpin yang berkemampuan, bertangguhjawab, beragama dan adil. kesilapam memilih pemimpin memberi kesan tarhadap rakyat sendiri

Paquin said...

Ya btl tu 2718. Matang sudah ba masyarakat sekarang. Dorang tahu juga tu menilai siapa yg layak jd pemimpin Sabah.

Paquin said...

Ya kan man... Kitalah yg p mengundi ba nanti. So maksudnya kita juga lah yg tentukan nasib kita sendiri kan. hehee

Paquin said...

Sokong ko karaabau :)
Kita mmg patut jadi pengund yg bijak. Jgn belakang hari baru mau bising2 nda puas hati.. maka sendiri juga yg p memangkah.. hehheee

tombolo said...

di malaysia, kita diberi kebebasan untuk memilih pemimpin kita sendiri. pemilihan dilakukan melalui pilihanraya. kita hrus bijak dalam memilih pemimpin kita. jangan smapai salah pilih.. so fikirlah sebelum mengundi.. he..

2718 said...

perbaiki kesilapan dan belajar berdasarkan pengalaman masa lalu...

yakin pada diri sendiri dan buat keputusan tanpa dipengaruhi orang lain... buatlah pilihan yang terbaik untuk masa depan sabah..

karaabau said...

kepada yang belum mendaftar sebagai pengundi, tunaikanlah tanggungjawab anda...mendaftarlah sebagai pengundi kerana masa depan daerah, negeri, negara adalah di tangan anda...undilah dengan bijak dan telus....

kitakita said...

Undilah dengan bijak. Masa depan negara ditangan anda

kitakita said...

Pilih pemimpin yang mampu mempertahankan dan membangunkan negeri ini. Terima apa saja sumbangan yang diberi tapi undi anda adalah rahsia. Undi yang tepat akan memberi manfaat kepada diri dan negeri ini.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels