SENJATA Pembangkang adalah fitnah dan kemudian membuat janji retorik. Bagi pembangkang tiada yang betul di mata mereka, apapun kerajaan buat.
Strategi pembangkang adalah untuk tembus ke dalam akar umbi penyokong dan ahli umno dengan menabur berbagai fitnah, agar supaya rakyat bergaduh dan curiga antara satu sama lain.
Pembangkang mempunyai kepakaran melahirkan keadaan yang membolehkan rakyat saling bermusuh, umpamanya melalui Amanat Hadi Awang, sesama islampun termakan amanat itu, sehinggakan berakibat aqidah mereka terpesong.
Disebabkan strategi pembangkang adalah untuk melemahkan parti di peringkat akar umbi, maka untuk mengelak agar rakyat tidak termakan tipu helah mereka, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, merangkap Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri meminta rakyat terutama ahli-ahli Umno supaya memperkemaskan jentera parti termasuk mengenal pasti kelemahan khususnya di peringkat akar umbi.
Tambahnya, ia penting bagi membolehkan kekuatan parti tidak akan mudah dibolosi apatah lagi pembangkang kini berusaha menggugat BN dengan melempar dakyah-dakyah yang tidak berasas.
Kata beliau, pembangkang sanggup berbuat demikian kerana tiada cara lain melainkan hanya mendakwa kerajaan semata-mata untuk menarik sokongan rakyat.
Beliau yakin pembangkang bukannya kuat kerana mereka hanya tahu pandai berkata-kata dengan menabur pelbagai pembohongan seolah-olah kerajaan pula tidak bekerja.
Menurutnya, cara pembangkang berpolitik ini masih ditakuk lama apabila memainkan sesuatu pembangunan yang kerajaan BN sendiri sedangkan laksanakan demi kepentingan rakyat.
“Pembangkang cakap itu ini … macam mereka pula yang pandai. Semua pembangunan sedang dan telah kita laksanakan termasuk dari segi bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M, semua mendapat manfaatnya.
160 comments:
UMNO Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, sudah bersedia menghadapi pilihan raya umum walaupun jika diadakan secara mengejut.
UMNO Sabah akan berhempas pulas memberi kemenangan bagi membolehkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memperoleh mandat jelas dalam pilihan raya akan datang untuk terus mentadbir negara.
Jentera peringkat bawah UMNO Sabah sangat teguh.
Jentera kami di bahagian bawah sudah bersedia mempertahankan Sabah, dan bersama-sama parti komponen lain menjadi benteng kepada Barisan Nasional.
Perkembangan politik terkini lebih banyak melihat kepada isu-isu kitar semula yang dilaksanakan sebagai satu alternatif bagi membangun atau meneruskan populariti sesebuah parti atau individu tertentu.
Penganalisis politik tempatan, Dr. Noor Sulastry Yurni Ahmad melihat bahawa sewajarnya setiap parti mempunyai kematangan politik dan tidak terbawa-bawa kepada budaya politik lapuk yang mana suka menggunakan isu-isu lama bagi menjatuhkan satu-satu pihak.
“Agak menyedihkan apabila terdapat pihak tertentu khususnya pembangkang yang lebih gemar terhadap isu-isu lapuk untuk digunakan semula bagi menunjukkan mereka lebih hebat daripada Barisan Nasional (BN).
“Pakatan pembangkang hari ini dilihat berjuang bukan sekadar mendapatkan kuasa untuk memerintah tetapi mereka lakukan ini dalam keadaan terdesak untuk mempertahankan kerusi yang mereka ada,” katanya
Jelas beliau, pada era moden atau globalisasi ini bukan hanya parti-parti politik tetapi masyarakat juga sewajarnya sudah melangkah beberapa tapak ke hadapan yang mana seharusnya mengutip pengalaman-pengalaman atau pengajaran daripada negara-negara lain.
“Kita perlu melihat kepada negara yang lebih maju daripada kita atau yang pernah ditimpa kesusahan apabila parti-parti konvensional atau parti-parti dominan sudah jatuh atau sudah tidak memerintah lagi, maka pelbagai kerumitan berlaku,” katanya yang merujuk kepada Jepun, Thailand dan Filipina.
Beliau yang juga pensyarah di Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya menegaskan bahawa rakyat tidak boleh menafikan apa yang telah berlaku dalam negara sejak lebih 50 tahun yang lalu.
“Kita adalah satu-satunya negara yang lain daripada yang lain malah dalam tempoh lebih 50 tahun merdeka kita hanya mempunyai enam Perdana Menteri dengan pentadbiran kerajaan BN.
“Ada yang cuba menidakkan apa yang telah berlaku dalam negara selama ini sedangkan ia bukanlah sesuatu yang buruk sebaliknya ada perkara lebih baik yang mana kita boleh tengok hari ini.
Ujar beliau, jika ada pihak yang tidak berpuas hati maka sepatutnya yang dilakukan ialah mencari apa yang terbaik untuk diaplikasikan dalam pentadbiran negara hari ini dengan menambahbaik dengan keserasian bersama demi kesinambungan negara akan datang.
Pemimpin UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) senada dengan seruan Datuk Seri Najib Tun Razak agar Putrajaya dipertahankan pada pilihan raya umum akan datang.
“Sekiranya mencari kelainan maka tentunya ia akan mewujudkan satu peperangan politik yang akan membawa kepada kempen-kempen politik ataupun strategi politik kotor.”
bertekad untuk terus berjuang mempertahankan kedudukan lebih lima dekad BN berada di tampuk pentadbiran negara ketika pembangkang berusaha keras untuk mengambil alih Putrajaya.
Tegasnya lagi, kerajaan yang ada hari ini iaitu BN ternyata telah berjuang untuk kesejahteraan rakyat, kebajikan rakyat dan perbuatan melontar fitnah, memburukkan mana-mana pihak dan menggunakan isu-isu lama tidak menyumbang dalam pembangunan politik.
“Konteks transformasi politik yang diterapkan oleh BN telah membawa rakyat ke tahap atau anjakan pradigma yang lain daripada yang lain iaitu ke arah ketelusan, kesejahteraan dan politik yang bersih dari pelbagai aspek.”
Timbalan Presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan anggota UMNO dan BN bahawa mereka perlu berada pada tahap kesiapsiagan yang tinggi pada semua peringkat kerana senario politik sekarang tidak seperti dulu.
Cabaran yang dihadapi oleh BN kini lebih hebat kerana pihak satu lagi (pembangkang) sudah macam kemaruk kuasa politik.
Jadi ‘by hook or by crook’, pelbagai taktik kotor digunakan, termasuk mempertikai kewibaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Itulah yang kita dapat lihat dengan pembangkang .Tapi kenapa mereka boleh menang 4 buah Negeri kalau SPR main tipu?
ini merupakan isyarat jelas penuh bersemangat daripada Perdana Menteri agar semua bekerja keras bagi menentukan kejayaan parti, serta taat setia tidak berbelah bahagi dan mengelak perbuatan sabotaj.
Kita tidak boleh mempermainkan atau memperjudikan masa depan negara hanya kerana kita hendak mencuba, kerana masa depan bukan milik kita sahaja, tetapi juga melibatkan masa depan anak-cucu kita.
Tan Sri Joseph Kurup berkata amanat Najib menjadi panduan hala tuju kepada parti komponen BN.
hanya UMNO dan BN sahaja yang mampu mengemudi Sabah ke arah pembangunan berterusan serta meniup semangat harmoni kepada pelbagai suku kaum di negeri itu.
Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan pula berkata suasana politik sekarang berbeza berbanding dulu kerana teknologi yang semakin canggih.
BN perlu meningkatkan lagi kerjasama sedia ada bagi menghadapi cabaran pembangkang, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah itu.
Menyentuh mengenai kepimpinan Najib, beliau berkata Perdana Menteri tidak pernah meminggirkan rakyat di Sabah dan Sarawak, malah banyak perancangan terbaik diperuntukkan bagi membangunkan kedua-dua negeri itu.
Bagi Presiden GERAKAN Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Najib bukan sahaja menyuntik semangat, malah turut menyokong usaha pemimpin parti komponen ke arah memperkukuh kepercayaan rakyat terhadap BN.
Presiden Parti Liberal Demokratik Sabah Datuk Liew Vui Keong pula berkata Perdana Menteri membuka mata rakyat mengenai parti pembangkang yang tidak layak mentadbir negara.
pembangkang sendiri tidak bersatu dan tidak sependapat dalam banyak perkara jadi bagaimana hendak bina negara?
Tidak seperti UMNO dan BN yang sudah memegang tampuk pemerintahan lebih 50 tahun ini dengan berjayanya.
Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri Dr M. Kayveas pula menasihatkan rakyat jangan terpengaruh dengan budaya politik yang dibawa pakatan pembangkang kerana terlalu banyak penipuan dilakukan mereka.
Pembangkang tidak boleh diberi peluang mentadbir negara kerana mereka terbukti gagal mentadbir di empat negeri setelah diberi mandat oleh rakyat.
UMNO dan BN bukan menunjuk-nunjuk demi politik tetapi bagi membuktikan kepada anggota parti mandat yang diberi tidak dibazirkan.
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak sesekali melakukan cubaan menukar kerajaan kerana BN terbukti mempunyai rekod yang baik sepanjang mentadbir negara.
Kegagalan pembangkang mentadbir di negeri bukti mereka ‘incompetent’, mereka tidak mampu mentadbir walau hanya negeri.
Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin pula mahu parti komponen BN ‘membasuh sebersih-bersihnya’ tanggapan “jika mahu perubahan perlu tukar kerajaan” daripada minda golongan muda.
Ini kerana katanya kerajaan BN telah melaksanakan banyak perubahan, memenuhi kehendak rakyat.
Presiden Umno telah menjawab dan mengupas setiap isu yang sering dibangkitkan pembangkang bagi menghalalkan tohmahan mereka terhadap Umno.
Jawapan terhadap isu ini membolehkan rakyat memahami tomahan dan penipuan yang dilakukan pembangkang seterusnya membantu rakyat membuat keputusan tepat (pada PRU13) bahawa BN membawa masa depan cemerlang kepada mereka
Pilihan yang kita berikan kepada rakyat adalah pilihan kepada satu kuasa yang pastinya mendahului rakyat
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berpendapat calon boleh menang bagi sesebuah parti harus dapat diterima anggota parti dan rakyat.
Apa yang disebut oleh Perdana Menteri semasa ucapan perasmiannya, calon boleh menang bukan sahaja perlu bekerja keras untuk rakyat bahkan boleh melakukan satu pembaharuan oleh mereka kepada rakyat.
Pembaharuan itu juga bagi meraih kembali lebih banyak sokongan rakyat untuk kejayaan, sama ada kepada parti itu mahupun seluruh Barisan Nasional pada masa akan datang.
Najib amat bersemangat, menyentuh hati, menyedarkan dan menjadi sumber inspirasi kepada anggota UMNO untuk terus berpadu dan bekerja kuat bagi mendekati rakyat.
Muhyiddin Yassin mengarahkan semua parti komponen bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dan memperkemaskan jentera pilihan raya masing-masing mulai sekarang.
Katanya, PRU-13 adalah tumpuan utama BN kerana ia soal hidup atau mati dan disebabkan itu kesemua anggota parti diminta melupakan soal pemilihan parti masing-masing.
"Jangan fikir sangat soal lobi melobi atau siapa nak pegang jawatan kerana yang lebih penting ialah PRU-13 soal hidup mati parti, kita hendaklah lupakan soal pemilihan untuk sementara waktu," katanya.
BN perlu menggunakan pendekatan luar biasa untuk menyelesaikan masalah rakyat dan harus bersungguh-sungguh turun ke padang.
"Kalau BN negeri berhasrat untuk menebus kekalahan pada pilihan raya lepas, kita tidak harus memperkecilkan apa yang mereka (kerajaan negeri) buat."
"Sebaliknya, kita harus berusaha dan bekerja sebagai satu pasukan untuk mendapat balik sokongan rakyat," katanya.
Pemimpin BN perlu akur dan jujur bahawa sememangnya terdapat kelemahan dalam parti masing-masing dan disebabkan itu mereka haruslah merancang apakah yang perlu dilakukan untuk mendapat semula sokongan rakyat.
"Kita hendaklah bangun daripada kekalahan dan memperkukuhkan organisasi bukan sahaja Umno tetapi juga semua komponen lain seperti MCA, Gerakan, MIC, PPP dan lain-lain," katanya.
Katanya, sememangnya terdapat tanda-tanda sokongan orang Melayu kepada BN, orang India kepada MIC dan sedikit orang Cina terhadap MCA dan Gerakan.
Selamat berjuang untuk PRU-13!buat sehabis baik.
Banyak laporan serta tulisan mengenai krisis kepemimpinan yang berlaku di Pulau Pinang, negeri diperintah pembangkang yang kini menuju kepada perpecahan.
Ramai pemimpin kerajaan dan pembangkang sudah mengulas mengenainya. Masing-masing dengan hujah dan pendapat masing-masing.
apa yang berlaku di Pulau Mutiara itu menunjukkan ketidakupayaan pembangkang untuk bekerjasama menuju matlamat yang sama kerana ketiga-tiga parti, iaitu DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berlainan ideologi dan perjuangan.
Masing-masing mahu mengejar kepentingan dan `political mileage'. Krisis yang tercetus sememangnya sudah dijangkakan kerana sejak awal lagi ketiga-tiga parti berbeza pendapat dan berlainan fahaman biarpun dianggap "tidur sebantal."
Begitupun bagi BN, apa yang berlaku tidak harus melalaikan untuk terus bekerja demi rakyat. Pimpinan BN mesti bersikap proaktif supaya tidak terperangkap dan terlena dalam kemelut yang dihadapi oleh parti pembangkang itu.
BN mesti memperkasakan perjuangan secara berterusan kerana rakyat sentiasa memerhati dan mengikuti gerak-geri para pemimpin
Rakyat kini mempunyai pilihan, iaitu pakatan pembangkang dan Barisan Nasional.
Secara jelas, antara Barisan Nasional dan pakatan pembangkang, wujud jurang yang begitu ketara sama ada dari segi prinsip, fahaman, pendekatan mahupun agenda perjuangan.
Berbanding pembangkang yang tidak kelihatan wawasannya, Barisan Nasional kini telah mempunyai tonggak gagasan 1Malaysia, yang mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian.
Sementara krisis di Pulau Pinang itu membuka mata ramai orang terhadap senario politik kepartian pembangkang, ia tidak pula boleh dianggap sebagai satu kemenangan buat Barisan Nasional semata-mata.
BN mesti bekerja secara berterusan, tanpa henti.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata pakatan pembangkang kini semakin ketandusan modal untuk menyerang Barisan Nasional (BN) dan hanya bersandarkan "fitnah dan pembohongan" bagi meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun, beliau yakin rakyat terutama di Sabah tidak mudah terpedaya dengan taktik kotor pembangkang, sebaliknya menyokong kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang terbukti kemampuannya untuk membangunkan negara ini.
Rakyat Sabah tahu menilai kerajaan yang boleh membawa pembangunan untuk rakyat. Ada di kalangan pemimpin pembangkang yang pernah memegang jawatan timbalan perdana menteri, timbalan ketua menteri atau menteri...apa yang mereka buat untuk rakyat?
Pemimpin pembangkang kata tiada apa-apa pembangunan di Sabah di bawah kerajaan BN. Ini satu pembohongan untuk mengelirukan pemikiran rakyat. Apakah mereka tidak sedar jalan raya yang digunakan oleh pemimpin pembangkang pun adalah hasil usaha kerajaan BN.
Rakyat sendiri boleh melihat pembangunan termasuk kemudahan sekolah, hospital dan jalan raya...hanya orang buta sahaja yang tidak boleh melihatnya," katanya.
adanya keamanan dan kestabilan politik, ia akan merangsangkan lagi iklim pelaburan dan pembangunan industri pelancongan di negeri ini.
Anggota Pergerakan Puteri UMNO diingat tidak menggunakan emosi semasa berhadapan dengan serangan pembangkang terutama politik fitnah, sebaliknya mematahkan serangan itu dengan menggunakan fakta.
tiga senjata sebagai strategi mendepani politik fitnah iaitu ilmu, kebijaksanaan dan kesabaran.
Ketiga-tiga pendekatan ini harus diadaptasi mengikut situasi. Tanpa ilmu, kebijaksanaan tidak akan lahir, dan tanpa sabar, fitnah akan menyalakan api kemusnahan, membakar seluruh isi perjuangan.
Persepsi lawannya bukan persepsi, persepsi lawannya bukan emosi. Sebaliknya persepsi akan dipatahkan dengan hujah, persepsi akan dipatahkan dengan ilmu, persepsi akan dipatahkan dengan fakta.
Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah Datuk Jainab Ahmad membidas sikap pemimpin pembangkang yang lebih gemar menyebar fitnah bagi memburukkan kerajaan meskipun mereka sedar pencapaian kerajaan sedia ada cukup membanggakan.
parti pembangkang kini kelihatan seolah-olah tidak dapat membezakan "apakah yang baik dan tidak baik" khususnya yang dilakukan atau dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
Setiap hari mereka menjaja keburukan dan kelemahan kerajaan kepada rakyat bagi menanam kebencian sedangkan kerajaan BN bersungguh-sungguh menolong dan memperbaiki kehidupan rakyat.
eadaan ini amat mengecewakan kerana ketika kerajaan BN bekerja keras membela nasib rakyat, pembangkang pula bekerja keras memutar belit fakta untuk menfitnah kerajaan.
parti pembangkang hanya pandai mengkritik tetapi pada masa yang sama gagal membawa idea baharu untuk membantu meningkatkan taraf hidup rakyat dalam semua aspek termasuk aspek ekonomi dan sosial.
Rakyat negeri ini diminta menolak segala janji dan tidak terpengaruh dengan fitnah pihak pembangkang yang kini mencuba pelbagai cara bagi meraih sokongan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.
, pembangkang tidak mempunyai visi dan misi jelas jika ditakdirkan memerintah yang semata-mata mahu merampas kuasa tanpa mendahulukan kepentingan rakyat.
Pakatan rakyat kata yang penting dapat kuasa dulu, nak perintah macam mana itu cerita kemudian. Kita tak tahu, kalau ada kuasa, apa mereka nak buat. Ini berbahaya.
Buku Jingga yang diketengahkan oleh pakatan pembangkang hanya bersifat retorik "kerana bukan sahaja tidak logik tetapi juga boleh membawa musibah kerana negara.
rakyat Sabah bersatu dalam BN dan menolak pembangkang pada pilihan raya umum yang akan datang kerana kerajaan BN berupaya memperjuangkan nasib mereka.
Gear up the BN machinery.
BN masih relevant lagi masa kini dan rakyat kena memberi sokongan penuh demi untuk masa dpan Sabah.
Kita jangan berputus ada kerana semua usaha yang kita lakukan akan mendapat balasan satu hari nanti.
Harap keadaan tidak akan berubah dan rakyat akan tetap menyokong kerajaan BN.
Kerajaan tidak akan membairkan rakyat menderita dan mendapat susah. Apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah yang terbaik untuk rakyat.
pembangkang hanya tahu memainkan sesuatu isu untuk kepentingan politik mereka sahaja...
sedangkan pembangkang tiada apa2 sumbangan kepada pembangunan dan kebajikan rakyat sabah...segala usaha kerajaan untuk membantu rakyat dipersendakan dan diperlekehkan pembangkang dengan tujuan untuk mencipta kekeliruaan di kalangan rakyat.
rakyat haruslah sedar bahawa kerajaan sentiasa mendahulukan rakyat dalam semua aspek pembangunan dan keputusan yangg dibuat untuk kesejahteraan rakyat..
disebabkan itulah jentera BN sabah khususnya UMNO digesa oleh KM sabah untuk diperkemaskan bagi memberi penjelasan dan menolak tohmahan dakyah politik pembangkang di peringkat akar umbi agar kekeliruaan yang ditimbulkan oleh pembangkang dapat dipatahkan..
pembangkang sebenarnya memang tidak kuat seperti yang diperkatakan oleh KM sabah...disebabkan itulah pembangkang sedaya upaya melakukan apa saja untuk mengoyangkan keyakinan rakyat kepada kerajaan BN...pembangkang sudah terdesak di mana mereka sanggup menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat semata-mata untuk mendapatkan kepercayaan rakyat.
maka rakyat tidak patut memperjudikan masa depan di tangan pembangkang...
seperti kata KM sabah, pru13 bukanlah satu bahan uji kaji..tolak PR untuk masa depan yang terjamin..
Umno is going to win though.
Yang penting sokongan rakyat ada.
Yes need to.
This is important.
Nasihat ini patut diikuti.
People have done their best to preserve the government.
Perkemaskan la jentera BN.
Yang penting sokongan padu rakyat.
Have faith.
Make sure the election machinery is working well.
Semoga usaha kerajaan untuk rakyat membuahkan banyak hasil.
We should believe the government is here for us.
I think this is an opportunity for all of us to work harder.
Janji Ditepati.
Believe.
jentera yang sentiasa bersedia akan memberikan hasil yang memuaskan.
persedaan awal dalam menghadapi pru memang perlu dan ini akan membolehkan semuanya sentiasa bersedia.
apa yang penting tanggungjwab pada rakyat harus sentiasa dipenuhi sepanjang masa.
program-program pembangunan selama ini mendapat sambutan baik daripada golongan rakyat dan haruslah berterusan.
selain itu, program seperti BR1M, KR1M dan sebagainya lagi dilihat usaha kerajaan untuk membantu rakyat untuk menikmati kehidupan yang lebih baik.
pembangkang di Sabah pula dilihat tidak bersatu dan masing-masing ada egonya.
jika kerajaan meneruskan prestasi yang baik, rakyat pasti akan terus menyokong.
tidak mungkin pihak pembangkang dapat membangunkan Sabah dalam sekelip mata
jadi, rakyat perlu ada keyakinan dengan kerajaan yang ada sekarang
rakyat harus bersatu memberi sokongan padu kepada kerajaan yang ada sekarang demi masa depan yang terjamin dalam kesinambungan perancangan untuk pembangunan negara terutama Sabah.
seperti kata MA iaitu Kerajaan tahu apa yang terbaik dilaksanakan untuk rakyat..
lagipun, sesebuah kerajaan baru yang dipimpin oleh parti pembangkang sudah tentu akan mengalami lebih banyak masalah-masalah berbangkit
Pembangkang hanya boleh menggunakan cara kotor untuk menjatuhkan BN-UMNO.
Taktik seperti itu tidak begitu mudah menjatuhkan parti BN kerana sokongan terhadap mereka tetap kuat.
Mereka mengkritik apa saja yang kerajaan buat, tidak kira baik ataupun tidak baik.
Mereka sentiasa mencari kesalahan kerajaan tetapi tidak pernah mencermin diri.
Sebagai contoh, pembangkang mengesa kerajaan menubuhkan RCI, tapi setelah kerajaan membuat demikian, mereka pula berkata RCI itu hanya gimik.
Bagaimana mereka tahu RCI itu hanya gimik sebelum Panel RCI itu menyiapkan penyiasatan mereka?
Mereka juga sentiasa membuat cerita semasa berkempen di kawasan pedalaman bahawa kerajaan tidak membawa pembangunan.
Pihak pembangkang seolah-olahnya buta terhadap pembangunan yang dibawa oleh kerajaan selama memimpin negara ini.
Kalau pihak pembangkang begitu hebat, kenapa negeri-negeri bawah mereka masih belum membangun lagi? Kenapa masih banyak masalah yang berlaku?
Sebenarnya pembangkang bercita-cita besar dan penuh dengan pelbagai janji kosong.
Pembangkang sering menghasut rakyat supaya membenci kerajaan Barisan Nasional (BN).
Mereka hanya pandai membuat janji-janji populis yang bukan sahaja tidak realistik, tetapi tidak berpijak di bumi nyata umpama angan-angan Mat Jenin yang boleh memufliskan serta menghancurkan masa depan negeri dan negara.
Akibatnya rakyat juga yang akan sengsara dan menderita jika percayakan pembangkang.
Musa yang juga Menteri Kewangan negeri, berkata kerajaan di bawah BN tidak berani berjanji kepada rakyat seperti itu jika tidak mempunyai kemampuan untuk menunaikannya. Bukan macam pembangkang.
Harap rakyat pandai menolak hasutan pembangkang untuk menolak BN.
kerajaan seharusnya berbuat demikian jika masih inginkan sokongan dari rakyat
jika tidak tentunya pihak pembangkang akan cuba sedaya-upaya untuk memesongkan sokongan rakyat kepada pihak mereka
rakyat janganlah kisah sangat dengan pihak pembangkang ini
janganlah rakyat Sabah terpedaya dengan janji manis pembangkang
seru rakyat untuk mengundi dengan bijak bila tiba PRU13
The people remain a strong supporter of BN due to the achievement it made onto the state.
we all know that Sabah is still BN’s stronghold
Kerajaan mesti memupuk kepercayaan dan keyakinan pada rakyat supaya mereka mempunyai keyakinan terhadap kerajaan
kerajaan perlu bersikap telus dan jujur supaya sokongan rakyat sentiasa kekal
beginilah politik..kalau pilihanraya semakin dekat, banyaklah isu akan dimainkan..
Pihak pembangkang tidak dapat memberi kesenangan kepada rakyat.
PKR SABAH MENDEKATI PENGHUJUNG: MENANTI REBAH
Pergolakan yang berlaku dalam PKR semakin ketara bermula dengan pengumuman 'cuti politik' oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim selama enam bulan berkuatkuasa serta merta selepas Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan menghalangnya daripada menghadiri program parti itu di Sabah.
Malah laporan media sebelum ini juga ada menyebut kononnya hasrat Zaid untuk ke negeri itu tidak direstui oleh Naib Presiden PKR, Azmin Ali.
PKR SABAH MENDEKATI PENGHUJUNG: MENANTI REBAH
Bagaimanapun Azmin menafikan mengenai perkara itu dan dakwaan kononnya terdapat pergeseran antara beliau dan Zaid.
Lanjutan isu Zaid yang mendakwa beliau dihalang daripada menghadiri program parti itu di Sabah, timbul pula isu konflik kepimpinan yang melanda PKR Sabah yang pada ketika itu diterajui oleh Azmin sebagai Pengerusi PKR negeri.
PKR SABAH MENDEKATI PENGHUJUNG: MENANTI REBAH
Kepimpinan Azmin dikatakan ditolak oleh pemimpin negeri itu yang mahukan anak tempatan menerajui PKR Sabah.
Menyedari kesan yang bakal berlaku jika perkara ini berlarutan, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim segera membuat rombakan bagi jawatan pengerusi PKR negeri termasuk Sabah dan Sarawak yang sebelum ini dipegang oleh pemimpin dari Semenanjung.
PKR SABAH MENDEKATI PENGHUJUNG: MENANTI REBAH
Bagaimanapun kekalutan yang berlaku bukan sekadar 'ribut dalam cawan', apabila Datuk Dr Jeffrey Kitingan mengambil keputusan meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan anggota majlis tertinggi dan biro politik.
Tindakan Dr Jeffrey jelas sekali memberi satu tamparan hebat kepada PKR dalam usaha mereka untuk mengukuhkan kedudukannya di Sabah.
Adalah dipercayai majoriti ketua-ketua bahagian termasuk Dr Jeffrey sendiri, kecewa dengan keputusan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua parti yang baru di Sabah.
PKR SABAH MENDEKATI PENGHUJUNG: MENANTI REBAH
Ahmad Thamrin dinamakan sebagai pengerusi PKR negeri minggu lepas selepas sekumpulan ketua-ketua bahagian melahirkan rasa tidak percaya terhadap Naib Presiden PKR Azmin Ali menerajui PKR negeri.
Nampak permainan domino ini tidak terhenti begitu sahaja kerana dalam masa kurang 24 jam selepas Dr Jeffrey mengumumkan pendiriannya semalam, Ketua Bahagian Kota Kinabalu Christina Liew pula mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota majlis tertinggi parti hari ini.
Liew bagaimanapun berkata beliau kekal sebagai anggota parti dan mengekalkan jawatan ketua bahagian Kota Kinabalu.
PKR SABAH MENDEKATI PENGHUJUNG: MENANTI REBAH
Liew sebenarnya kecewa kerana selama ini beliau percaya yang parti itu adalah adil dan telus sehingga kedudukannya sebagai Timbalan Pengerusi PKR Sabah diambil alih oleh Datuk Kong Hong Ming atas sebab yang tidak diketahui.
Belum sempat isu Dr Jeffrey diselesaikan, timbul pula isu Liew.
Perkembangan ini semestinya memberi tamparan hebat kepada PKR kerana pengaruh kedua-dua pemimpin berkenaan terutamanya di peringkat akar umbi cukup kuat.
PKR SABAH MENDEKATI PENGHUJUNG: MENANTI REBAH
Tambahan pula Dr Jeffrey tidak menolak kemungkinan menyertai semula Parti Bersatu Sabah (PBS) yang diketuai abangnya Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan.
Jika Dr Jeffrey mengambil keputusan untuk kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN), tidak mustahil beberapa ketua bahagian PKR yang lain serta penyokongnya akan mengikut jejak langkahnya.
Post a Comment