UNTUK menubangkan Kerajaan Warisan, pembangkang memerlukan 13 ADUN lagi, kerana jumlah majoriti mudah daripada 65 DUN adalah 33 kerusi.
Untuk sementara, kerusi pembangkang adalah 20, 9 kerusi Bersatu, 4 PBS, 3 STAR, 1 Umno; 2 bebas dan 1 ADUN dilantik.
ADUN asal BN yang telah melompat ke Warisan kekal 12. Jika mereka ini kembali ke pangkal jalan, maka perlu seorang ADUN lagi untuk menumbangkan kerajaan Warisan yang diterajui Datuk Shafie Apdal.
Pada 15 Jun, 2020, dua ADUN asal Bn yang menyokong kerajaan Warisan-UPKO, telah mengistiharkan diri sebagai ADUN Bebas, tetapi mesra kerajaan Perikatan Nasional.
Dua ADUN tersebut telah merintis jalan kepada 12 ADUN asal BN untuk kembali ke pangkal jalan.
Politik Sabah penuh dengan serba kemungkinan, walaupun Shafie begitu yakin, bahawa kerajaan beliau kukuh kerana mempunyai kuasa 2/3, akan tetapi senario politik semasa, boleh menjadi pendorong, untuk menumbangkan kerajaan negeri.
Mungkin, para ADUN tersebut menunggu keputusan mahkamah Persekutuan, berkaitan kemelut Ketua Menteri sah Sabah, atau persidangan Parlimen pada 13 Julai.
Jika persidangan parlimen, PH Plus gagal menadapat sokongan, maka ianya menjadi katalis kepada para ADUN yang sedang menyokong Shafie akan membuat keputusan menyokong kerajaan PN.
Kerajaan Sabah akan rugi besar, jika membangkang kerajaan Persekutuan, kerana pengalaman kerajaan parti PBS semasa menjadi Kerajaan Negeri yang membangkang Persekutuan, bukan sahaja kemajuan dan pembangunan negeri ketinggalan, akan tetapi ramai rakyat jatuh miskin, kerana lembabnya aktiviti ekonomi dalam negeri.
No comments:
Post a Comment