26 June 2020

SALLEH PERLU DIBERI PELUANG

DATUK Salleh sejak pengelibatan beliau dalam dunia politik belum diberi peluang sebagai penaraju, kecuali semasa penggiliran Ketua Menteri 1994-1996, itu pun hanya sementara. 

Salleh belum pernah diberi peluang mengetuai sebarang parti, sebagai ketua, kecuali dalam persatuan.

Sokongan beliau yang tidak berbelah bahagi kepada Dato Seri Najib Razak pada PRU-14, dan isu yang berbangkit masa itu, bahawa jika BN menang PRU tersebut, Salleh bakal dilantik sebagai Menteri Kewangan, satu kedudukan kanan yang "sangat berkuasa" telah mendorong "musuh-musuh beliau" dalam politik berganding bahu termasuk lah daripada Tun Dr Mahathir, untuk memastikan beliau kalah dalam pilihanraya.

Walaupun demikian, selepas PRU tersebut kepimpinan Umno telah melantik beliau sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Sabah, apabila Tan Sri Musa Aman melepaskan jawatan tersebut. Namun, Salleh mencadangkan kepada pucuk pimpinan, agar Datuk Hajiji Haji Noor dilantik, kerana beliau merupakan wakil rakyat.

Dalam kepimpinan Hajiji,berlaku meninggalkan Umno secara beramai-ramai, khususnya yang melibatkan semua wakil rakyat, ketua-ketua bahagian, dan tindakan itu dimuktamadkan pada 12 Disember, 2018.

Keluarnya para wakil rakyat Umno Sabah kerana menyertai parti PPBM (Bersatu) pimpinan Tun Dr Mahathir. Namun, Salleh dan Tan Sri Pandikar, yang merupakan pengerak utama kemasukan PPBM ke Sabah ditolak oleh Tun Dr Mahathir.

Penulis tahu betul, 2 hari sebelum 6 April, 2019, kemasukan PPBM secara rasmi ke Sabah, Salleh dan Pandikar masih terlibat dengan mesyuarat persedian akhir pelancaran parti itu di Sabah.

Mungkin atas rasa "kecewa" Salleh "bercuti" dalam arena politik.

Percutian Salleh, memang baik untuk diri beliau dan keluarga beliau, akan tetapi rakyat lah yang rugi, rakyat kehilangan pemimpin yang boleh menyatupadu rakyat secara umumnya.

Penulis yakin, kerana "politik" telah mendarah daging kepada mantan Menteri Multimedia dan Komunikasi itu akan terpanggil untuk aktif semula.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels