PENULIS menganggap berehatnya Datuk Salleh Tun Said daripada dunia politik sebaik sahaja PRU-14 melabuhkan tirainya, bagi penulis ianya semacam bercuti, kerana sekian lama beliau menghabiskan masa, tenaga, fikiran, kewangan dalam dunia politik.
Bercutinya Salleh dalam dunia politik, secara amnya kerugian pada negara dan khasnya kepada Sabah.
Salleh adalah pemimpin yang boleh mencipta sokongan kepada sesebuah parti secara umumnya.
Kekalahan pada PRU-14, sebenarnya bukan kekalahan secara peribadi sebagai pemimpin politik, akan tetapi kekalahan tersebut kerana situasi dan kondisi ketika kempen dan pembuangan undi, yang menyebabkan pengundi keliru malah tertipu dengan janji-janji bulan bintang. Selain itu, arahan daripada Tun Dr Mahahir pada PRU-14 tersebut untuk memastikan beliau kalah yang mempergunakan pemimpin akar umbi.
Jangan lupa, Tun Dr Mahathir pun pernah kalah dalam pilihan raya, akan tetapi kembali dengan hebatnya.
Kekalahan Salleh lebih kepada sabotaj daripada berbagai pihak semasa PRU-14, dalam rangka mencatas kelibat beliau supaya tidak menjadi pesaing utama bagi jawatan menteri kanan di peringkat Persekutuan.
Salleh adalah mangsa pesiang yang inginkan kedudukan. Malangnya tindakan pesaing tersebut, membawa malapetaka kepada rakyat khasnya Sabah dan amnya negara. Sebab itu, jika beliau kembali ke dunia politik, halangan-halangan daripada kumpulan ini, memang bagaikan tembok besar China, ibarat dalam permainan bolasepak, penyerang hebat, pasti dikawal, dihalang, dijatuhkan, dikasari supaya tidak dapat menyumbat bola.
Selepas 2 tahun, rakyat sudah menyedari apa yang telah berlaku, maka penulis mengharapkan Salleh kembali semula ke dunia politik, kalau bukan peringkat nasional, maka di peringkat negeripun memadai.
Salleh perlu berganding bahu dengan rakan-rakan sepasukan era kerajaan lalu, bagi mengembalikan kegemilangan negeri.
No comments:
Post a Comment