18 June 2020

SEJAUH MANA SHAFIE KAWAL ADUN-ADUN?

JELAS separuh daripada ADUN-ADUN yang menyokong Shafie, kurang setuju keputusan Kerajaan negeri yang membangkang Kerajaan Persekutuan.

Selain itu tindak tanduk Naib Presiden parti itu- Datuk Peter Anthony, memalitkan imej buruk kepada mereka.

Cara bertindak Shafie semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang mendapat rungutan majoriti rakyat mendorong para ADUN tersebut keluar beramai-ramai.

Dalam senario sekarang, khususnya selepas kerajaan PH tumbang, Shafie mengikat para ADUN dengan berbagai janji, termasuk menjanjikan ADUN yang berusia, bahawa anak kepada ADUN tersebut bakal dicalonkan pada PRU-15 sebagai pengganti.

Selain itu, menjanjikan para ADUN yang kekal bersama beliau akan terus dicalonkan pada PRU akan datang. Shafie memberi tahu mereka, jika pindah parti, belum tentu mereka dicalonkan.

Shafie juga memberi tahu mereka, bahawa kerajaan PN akan tumbang pada julai, sebaik sahaja sidang parlimen bermula.

Kerana berbagai janji tersebut, para ADUN yang sepatutnya ikut jejak ADUN Sugut dan Kuala Penyu, terpaksa tekan brek untuk sementara waktu, sementara menunggu sidang parlimen atau keputusan Mahkamah Persekutuan, siapa Ketua Menteri sah Sabah.

Memang di atas kertas, Kerajaan Warisan yang disokong 45 ADUN, sukar ditumbangkan, kerana memerlukan 13 ADUN berpaling tadah.

Tetapi, berasaskan senario politik semasa, jumlah 13 ADUN berpaling tadah, bukan sesuatu yang mustahil.

Sebagai rekod, daripada 45 ADUN yang masih menyokong Shafie, 12 adalah ADUN yang berasal daripada Barisan Nasional.

12 ADUN ini perlu berhijrah berjemaah semula atau mengistiharkan kedudukan mereka sebagai ADUN-ADUN bebas, akan tetapi mesra PN. Mereka juga boleh berhijrah semula ke pangkuan UMNO Sabah, kerana Pengerusi Perhubungan Umno Sabah- Datuk Bung Moktar Radin, sudah membuka pintu seluas-luasnya.

Memang, para ADUN yang bakal meninggalkan kerajaan Shafie, sangat bergantung kepada apa kah PH plus berjaya mendapat sokongan sebelum atau pada persidangan Dewan Rakyat, kerana masa itu akan ada usul tidak percaya kepada Kerajaan Tan Sri Muhiyiddin Yassin, atau kah menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan berkaitan Ketua Menteri sah Sabah.

Keputusan siapa Ketua Menteri sah Sabah, kerana sifatnya yang segera, maka diperkirakan akan didengar dan diputuskan dalam masa terdekat.

Kalau bukan kerana PKP, pendengaran rayuan Tan Sri Musa mungkin sudah selesai, sebab itu sebelum PKP, ramai yang telah menjangkakan, bahawa Musa diputuskan sebagai Ketua Menteri sah Sabah selewat-lewatnya pada pertengahan bulan Jun, 2020.

Kes saman Tan Sri Musa bersifat segera kerana mempunyai kepentingan awam, atas sebab itu, pada bila-bila masa antara sekarang dan awal bulan Julai, mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan itu secara pembicaraan penuh. Kerana kes ini mempunyai kepentingan awam, maka keputusaan segera akan diketahui.

Pemimpin Warisan, cuba mengelirukan rakyat, kononnya kes saman Musa akan mengambil masa yang lama, tujuannya, supaya para ADUN yang bakal keluar daripada parti itu berfikir semula.

Penulis yakin, bagai mana pun kuatnya Shafie mengikat para ADUN progresif tersebut, tidak akan berjaya. Tiba masanya akan terlepas daripada ikatan.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels