17 June 2020

RAKYAT SABAH SUNGGUH MALANG


TIDAK dinafikan sebahagian kecil rakyat Sabah bernasib baik dalam Kerajaan yang diterajui Datuk Shafie Apdal, dan jumlah mereka itu kurang daripada 400,000 daripada 2.9juta.

<400,000 atau < 14% rakyat Sabah yang bergembira, kerana kehidupan harian mereka cukup, lifestyle hebat, akan tetapi >2.5juta atau > 86% berduka, kerana diperintah oleh pemimpin yang tidak berkemampuan memerintah.

24 bulan atau 2 tahun memerintah Sabah, tiada hala tuju yang jelas membantu rakyat Sabah (oops jangan sebut membantu, kerana perbuatan meminta bantuan itu perbuatan keji). Rakyat jangan bergantung bantuan kerajaan, rakyat kena berdikari, kerana kerajaan yang diperintah Shafie, hanya untuk orang-orang kerajaan, mereka yang bekerja dengan kerajaan, dan yang pasti, mereka itu adalah penyokong atau ahli Parti Warisan.

Adalah lumrah, setiap rakyat sesebuah negeri yang merdeka, mengharapkan, memerlukan, jika dalam keadaan susah, maka kerajaan lah yang membantu, menolong, kerana kerajaan itu, ibarat bapa kepada anak-anaknya, bapa lah yang menyediakan makan minum bagi anak-anaknya.

Amat malang, bagi seorang bapa, yang bertindak seperti bapa ayam, bapa yang tidak bertanggungjawab. Itu lah yang dialami oleh sebahagian besar rakyat Sabah semasa wabak Covid-19.

Atas sebab itu, jika ada wakil rakyat penyokong kerajaan Shafie, kemudiannya menolak kepimpinan beliau, jangan kutuk mereka itu, kerana mereka tidak sanggup melihat rakyat yang mereka wakili hidup dalam keperitan, kais pagi makan kais petang makan petang.

Jika ada menteri kerajaan Shafie mengutuk wakil rakyat yang tiada jawatan apa-apa dalam kerajaan, kemudiannya tidak lagi menyokong atau keluar parti, kononnya kerana mendapat projek daripada Persekutuan, jangan kutuk mereka, jangan persalah mereka,  kerana projek itu lah, mereka dapat membantu kawasan yang mereka wakili. Atas sebab projek Persekutuan itu lah, maka dapat lah mereka bergerak, dapat menyantui rakyat yang mengundi mereka.

Wakil rakyat yang menyokong Shafie yang berjawatan menteri, pembantu menteri, dan pengerusi syarikat berkaitan kerajaan, boleh lah membantu pengundi yang pernah mengundi, namun jumlah mereka itu hanya sebahagian kecil.

Sebenarnya, apa yang diperlukan oleh rakyat daripada sesebuah kerajaan, adalah aktiviti ekonomi yang membolehkan rakyat menjadi sebahagian daripada aktiviti ekonomi tersebut. Oleh kerana kerajaan yang dipimpin Shafie, tiada kemampuan mencipta aktiviti ekonomi, maka rakyat secara umum yang menderita.

Jangan sebut janji pilihanraya, kerana semua janji itu hanya janji bulan bintang, kerana sehingga tiada janji yang tertunaikan. Rakyat sebenarnya, tidak tersalah pilih, kerana kerajaan Warisan, bukan lah pilihan rakyat Sabah, kerajaan tertubuh kerana khianat.

Sebenarnya, tiada alasan bagi 6 ADUN BN membelot pada 11 Mei, 2018, selepas Kerajaan BN membentuk kerajaan Sabah. Tindakan itu, hanya Shafie dan 6 orang ADUN tersebut, yang tahu sebab musababnya.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels