16 June 2020

PRU-14: BN SABAH PILIHAN RAKYAT

PENULIS ingin mengulas hujah Tun Dr Mahathir "Di waktu Malaysia memilih sistem demokrasi, harapan rakyat ialah Kerajaan Malaysia akan terdiri oleh mereka yang dipilih oleh rakyat" dalam tulusan terbaharu beliau menerusi BLOG beliau hari ini 16 Jun,2020.

Jika benarlah demikian, mengapa beliau memberi ancaman dan dakwaan bahawa Kerajaan Sabah yang dibentuk pada 10 Mei, 2018 akan disiasat, malah salah seorang anggota kabinet disiasat oleh pihak SPRM, sedangkan kerajaan yang dibentuk itu adalah kerajaan yang dipilih rakyat menerusi piihanraya.

Ekoran ancaman bahawa kerajaan Sabah yang baru dibentuk bakal disiasat, maka menyebabkan 6 ADUN BN Sabah-4 ADUN UMNO dan 2 ADUN UPKO melompat menyokong Datuk Shafie Apdal. 

Selepas Shafie dilantik sebagai Ketua Menteri pada 12 Mei, 2018, Tun memberi ucapan tahniah pula.

Oleh kerana perlantikan Shafie melanggar Perlembagaan Negeri Sabah, maka Tan Sri Musa Aman yang telah mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri pada 10 Mei, 2018 kerana disokong majoriti ADUN Sabah berasaskan keputusan PRU-14 telah menyaman TYT dan Shafie. 

Selepas hujah peguam Musa di dengar mahkamah pada 25 Oktober, 2018, keputusan ditetapkan pada 7 November, 2018. Namun, untuk memberi tekanan kepada Musa dan memberi isyarat negatif terhadap beliau, beliau dihadapkan ke mahkamah pada 5 November, 2018 dengan berpuluh-puluh tuduhan kes lampau yang telah diselesaikan oleh pihak berwajib, bahawa Musa tidak terkaitpun.

Oleh kerana tindakan cuba menghalalkan perlantikan Shafie, Mahkamah Rayuan, menolak rayuan Musa secara teknikal, tanpa memertimbangkan hujah pihak yang menyaman. Oleh kerana matlamat Musa untuk meneggakkan kandungan Perlembangaan Negeri Sabah, maka beliau meneruskan rayuan ke Mahkamah Persekutuan, dan masih menunggu pendengaran dan atau keputusan.

Kini, Tun Dr Mahathir sangat obses terhadap keputusan PRU-14, kerana kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang pada 24 Februari, 2020, selepas memerintah 22 bulan, ekoran Tun sebagai Perdana Menteri meletakkan jawatan.

Sebenarnya, Kerajaan PH masih dapat diselamatkan, jika Tun ikut nasihat YDP Agong agar beliau tidak meletakkan jawatan.

Seperti yang semua kita ketahui, Tun dilantik sebagai Perdana Menteri Interim pada 24 Februari, 2020, sehingga Perdana Menteri ke-8 dilantik.

Selepas YDP Agong meminta semua 222 ahli parlimen menghadap Baginda pada 26 & 27 Februari, Baginda mendapati tiada pemimpin yang mendapat majoriti ketara, termasuk Tun, ertinya tiada pemimpin yang dinamakan sebagai calon PM-8 mendapat sokongan sekurang-kurangnya 112. 

Apabila Tun mengetahui, bahawa beliau tidak mendapat sokongan untuk dilantik sebagai PM-8, beliau mengumumkan persidangan khas parlimen untuk menentukan PM-8, namun cadangan tersebut ditolak YDP Agong, sebaliknya Baginda memberi peluang kali ke-2 kepada presiden-presiden parti yang mempunyai MP DI Dewan Rakyat. Pada peluang ke-2 ini, seperti mana yang ketahui, 114 MP menyokong Tan Sri Muhiyiddin Yassin, mankala Tun baki daripada 222.

Ekoran kekalahan Tun, maka timbul lah berbagai dakwaan terhadap kerajaan yang diterajui TSMY, yang diketuai sendiri oleh Tun.

Kalau lah dihayati betul-betul demokrasi yang diamalkan di negara kita, pemilihan Perdana Menteri dilakukan oleh wakil-wakil rakyat.  Rakyat memberi mandat kepada wakil-wakil rakyat memilih Perdana Menteri dan PM mengetuai Kerajaan.

Memang benar, kerajaan yang diterajui TSMY bukan hasil PRU-14, akan tetapi pembentukan kerajaan yang beliau terajui adalah kerajaan yang terbentuk dalam keadaan luarbiasa. 

Kerajaan kerajaan yang terbentuk luarbiasa tersebut, maka tindakan-tindakan juga luarbiasa. Tindakan-tindakan luarbiasa oleh kerajaan PN, rupanya sebuah kerajaan yang diidam-idamkan oleh sebahagian besar negara ini.

Kerana sokongan rakyat tersebut, walaupun mereka yang membangkang khususnya penyokong PH plus, membuat berbagai dakwaan negatif, khususnya perlantikan ke jawatan-jawatan politik,  rakyat majoriti tidak termakan dengan berbagai dakwaan negatif tersebut, atas sebab, jawatan-jawatan yang diisi adalah jawatan-jawatan politik, bukannya jawatan awam.

Sejak azali lagi, jawatan-jawatan politik diisi oleh orang politik, walaupun ada juga individu profesional yang dilantik, seperti Menteri Kewangan. 

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels