19 November 2009

Nizar-Khalid: Kenapa Anwar Dibayar RM 1.00!!

Belum sampai sebulan Dato Seri Anwar bin Ibrahim menjadi Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor, sudah kedengaran "dentuman" menghentam dan mempersoal keupayaan DSAI merubah keadaan Ekonomi Selangor.

Tun Mahathir Mohamad, bekas ketua DSAI sudah memulakan pandangan sinisnya dengan mengatakan bahawa DSAI hanyalah pakar berhujah tetapi bukan pakar ekonomi.

Bagi Tun Mahathir, “Jika kamu mahu lihat negeri Selangor muflis, dia (Anwar) seorang penasihat yang bagus untuk itu,”

Tun M merujuk formula yang diketengahkan DSAI berhubung dengan tindakan IMF dan kegiatan spekulator matawang yang ladeni George Soros pada tahun 1997-98, tahun krisis ekonomi Malaysia, akibat angkara penyangak dan spekulator matawang.

Nyatanya Tun M, dalam soal ini, memang tidak sependapat dengan Margaret Thatcher, semasa menjadi PM Britain, yang pernah mengatakan bahawa jika dia diberi kebebasan memilih Penasihat Kewangan Kerajaan Britain, sudah tentu dia pilih DSAI.

Barangkali juga kerana Margaret Thatcher menyedari bahawa dia tidak memiliki kebebasan itu maka dia berseloroh mengungkapkan perkataan yang mustahil sekadar untuk mengusik atau menyenangkan hati DSAI dan rakyat Malaysia di Britain dan di Malaysia.

Budget Kerajaan Negeri Selangor 2010 sudahpun dibentangkan. DSAI pun sudah ditauliahkan sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor dengan gaji RM1.00 sebulan sebelum itu.

Jika DSAI sendiri TIDAK perform sewajarnya, rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor TIDAK boleh menyalahkan DSAI kerana gaji itu tidak memadahi. Malah lebih jauh rendah dari gaji pembantu rumah Indonesia, Nirmala Bonet, yang pernah di dera majikannya di Selangor.

Dengan gaji RM1.00 (Ringgit Malayia: satu sahaja) sebulan, btak bisa DSAI dipersalahkan jika berlaku sesuatu yang "kurang enak" dalam ekonomi Selangor?. Tugas berat dengan permainan yang lecek!

Pembentang Bajet Selangor menyaksikan Datuk Mohamed Satim bakal dihadapkan ke SELCAT kerana mengungkit hutang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebanyak RM66.6 juta kepada Bank Islam.

Soal ini dikaitan dengan keputusan Kerajaan Negeri Selangor " to buy over " hutang Talam Corporation yang bernilai RM392 Juta kepada agensi-agensi kerajaan Negeri Selagor.

Mohamed Satim diusulkan untuk diadili SELCAT, kerana dia pembangkang. Samada memang privillegenya atau tidak, kerajaan Selagor memang sengaja cari alasan untuk menyahkan dia dari DUN Selangor..

Bagaimanapula dengan cerita ini. Setiausaha Agung PKR, Datuk Sallehuddin Hasyim yang membuat kenyataan berikut::-


"We must get Khalid to answer," .."Was this matter ever discussed in detail with PKR state exco? This is an old trick used by the crooks in the corporate sector. Are we using them as consultants?" ...."Have we totally forgotten our promise to the rakyat? Or is it politics as usual for us who promised change and yet perpetuate old tricks? ...."I am embarrassed even for this matter to have seen the light of day. Either we are totally ignorant or we don't care!"-Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim. Datuk Salehuddin sendiri pernah diuar-uarkan dan dispekulasikan meninggaklan PKR sedikit masa lalu.

Jika orang kuat PKR sendiri menuduh tindakan Abdul Khalid itu sebagai "old trick used by crook" dalam sektor korporate, apakah dia juga akan terpaksa dihadapkan ke SELCAT?. Atau barangkali Mr. Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor telah memberikan nasihat ekonomi yang silap kepada Kerajaan Negeri Selangor. Dia sudah tentu TIDAK boleh dipersalahkan kerana dia underpaid, RM1.00 sebulan!!.

Nizar News: Keputusan Nik Aziz Batal Ke Mekkah Untuk Selesaikan Isu Penajaan

Keputusan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan hasrat mengerjakan haji ke Makkah tahun ini dianggap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz boleh menyelesaikan isu. “Tindakan Menteri Besar Kelantan mengambil keputusan membatalkan hasrat mengerjakan haji memudahkan kerja kami.

“Memang penajaan sebenarnya bukan rasuah, tetapi memandangkan Tuan Guru seorang Menteri Besar, ia tidak boleh berlaku perkara sedemikian.

“Tidak ada masalah sesiapa pun nak menaja Tok Guru pergi ke Makkah, tetapi kedudukannya sebagai Menteri Besar,” ujarnya kepada media selepas mengunjungi Menteri Besar, di pejabatnya petang tadi.

Jumaat lalu Tuan Guru Nik Abdul Aziz membatalkan hasrat menunaikan haji disebabkan isu ada pihak memperbesarkan isu tajaannya untuk ke Makkah.

Nazri berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selaku badan bebas melakukan siasatan berdasarkan laporan dalam akhbar dan bukannya melalui mana-mana individu.

Katanya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sendiri mengeluarkan kenyataan beliau ditaja seseorang ke Makkah.

“Pada saya, Nik Aziz mengeluarkan satu kenyataan tanpa rasa bersalah kerana kalau tok guru nak pergi, dia tak perlu cakap, tetapi dalam hal ni dia cakap dan dia sendiri bukan ada niat apa-apa.

“Kalau dia betul nak pergi, dia tak payah cerita daripada mana dia dapat duit, kita pun tahu dia ada duit, tapi Tok Guru ni seorang yang lurus,” ujarnya.

Beliau juga berkata, sebagai contoh jika seseorang itu memberikan rasuah dan meletak wang di atas meja tanpa diusik orang yang ingin dirasuah, ia belum boleh dikaitkan dengan rasuah.

18 November 2009

Nizar News: Jalan Lorong Kaki 100 Meter Ke Rumah Telah OK: Dapat Peruntukan ADUN Tempasuk

Semalam Pegawai Kemajuan Rakyat Kota Belud Saudara Bagdad Haji Turogan telah menghubungi saya melalui telepon bimbit bahawa menimbun batu kasar untuk lorong kaki ke persimpangan jalan dekat rumah mentua saya di kampung Rampayan Ulu Kota Belud telah mendapat peruntukan sebanyak RM6,000.00 daripada ADUN Tempasuk Datuk Haji Musbah Jamli.

Lorong kaki ke persimpangan jalan dekat rumah mentua saya tersebut digunakan pakai oleh jiran-jiran yang rumah mereka berada non jauh di dalam telah wujud sejak lebih 50 tahun lalu. Walaupun jaraknya hanya 100 meter, akan tetapi peruntukan untuk menimbus dengan batu kasar tidak pernah kunjung tiba.

Hanyalah selepas bulan puasa lepas apabila secara kebetulan saya berkunjung ke rumah ADUN Tempasuk tersebut, walaupun dalam suasana hariraya, saya sempat berbisik,perihal keadaan lorong kaki di persimpangan jalan tersebut. Sekiranya lorong kaki tersebut masih boleh dilalui oleh kenderaan walaupun berlumpur, saya tidak akan membisikkan kepada ADUN tersebut, namun kerana tidak dapat dilalui lagi, dan saya dan jiran-jiran terpaksa menyadaikan kereta di tepi jalan kampung, dan jalan kaki ke rumah, maka saya membuka mulut.

Ternyata permintaan tersebut telah mendapat perhatianADUN Tempasuk itu dan telah mengarahkan PKRnya untuk menyenaraikan lorong kaki tersebut dan dimasukkan dalam peruntukan ADUN Tempasuk dan perlu dilaksanakan pada tahun ini juga.

Syukur, walaupun projek tersebut belum dibuat, namun peruntukan telah ada.. adalah dirasakan sebelum tahun ini ditutup, persimpangan jalan tersebut tidak berlumpur lagi dan saya boleh memandu kereta saya akan "nyepi" ke tangga rumah!.

Terima kasih banyak.

Nizar News: MCA Tolak EGM: Liow Tiong Lai Tinggal Keseorangan

Jawatankuasa pusat (CC) MCA - selepas mengadakan undian - menolak mesyuarat agung luar biasa (EGM) 28 November, manakala sembilan penyokong Datuk Seri Liow Tiong Lai digugur daripada majlis presiden. Jawatankuasa itu memutuskan EGM yang dicadangkan itu, dan resolusinya untuk mengadakan pemilihan baru parti adalah cacat dan bercanggah dengan perlembagaan parti.

Keputusan untuk menolak EGM itu dibuat selepas undian dijalankan di mana 23 anggota CC menolak EGM itu, 10 menyokong dan dua berkecuali.

Cadangan untuk mengadakan EGM itu dibuat oleh kumpulan yang menyokong Datuk Seri Liow Tiong lai. Mereka menentang pelan damai Ong dan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Mesyuarat CC itu juga memutuskan untuk merombak semula majlis presiden, dengan menggugurkan penyokong setia Liow - Datuk Wee Ka Siong dan ketua Wanita, Datin Paduka Chew Mei Fun.Mereka adalah antara sembilan penyokong Liow yang digugurkan daripada menganggotai majlis presiden.

Kini hanya tinggal Liow sahaja tanpa seorang pun penyokongnya, yang menganggotai majlis tersebut.

Manakala empat daripada pengganti mereka adalah terdiri daripada penyokong Ong dan Chua.

Dalam reaksinya, Liow berkata beliau kecewa dengan keputusan parti menggugurkan penyokongnya daripada menganggotai majlis presiden.

Nizar News: Ramai Pertikai Perlantikan Anwar Penasihat Ekonomi Selangor

Perlantikan DS Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi negeri Selangor mendatangkan pelbagai persepsi yang kebanyakannya negatif. Gaji beliau sebanyak RM1 menjadi bahan sindiran walau pun nilai tersebut cuba ditonjolkan kononnya Anwar Ibrahim tidak meminta-minta atau pun 'ikhlas' untuk menjawat jawatan tersebut.

Akan tetapi, belum sempat Anwar Ibrahim melakukan 'ajaib' beliau untuk 'memakmurkan negeri Selangor', TS Khalid Ibrahim sudah menjanjikan lebih daripada RM1. Anwar Ibrahim akan diberi kereta, pejabat dan pelbagai jenis elaun!

Kenapakah mereka berdua itu perlu bersandiwara dengan gaji RM1 dan kemudiannya bercerita tentang elaun, kereta dan sebagainya?

Apakah rakyat terlalu bodoh dan kagum dengan 'keikhlasan' Anwar Ibrahim bergajikan RM1 untuk memegang jawatan tersebut?

Kita semua tahu bahawa gaji RM1 adalah permulaan kepada pelbagai kesenangan yang akan datang kemudian hari dan firasat kita betul dengan tawaran kereta, pejabat dan sebagainya untuk Anwar Ibrahim.

Penulis tidak faham betapa mereka memandang kecil kemampuan rakyat untuk berfikir dan memahami perkara yang tersurat dan tersirat. Perlantikan Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi negeri Selangor juga menimbulkan satu persoalan yang utama iaitu apakah perlantikan beliau mendapat restu DYMM Sultan Selangor?

Jika kita rujuk carta organisasi kerajaan negeri Selangor, DYMM Sultan Selangor adalah yang tertinggi sekali dan baginda perlu dirujuk dahulu di dalam kerajaan negeri Selangor.



Makanya, Menteri Besar Selangor tidak boleh dengan sewenang-wenangnya melantik orang luar di dalam organisasi kerajaan negeri Selangor dan proxynya.

Tindakan Pakatan Rakyat yang melantik tanpa protokol yang yang sah di Selangor ini bukannya yang pertama dilakukan. Kita tentu masih ingat dengan ura-ura perlantikan ADUN Permatang Pasir yang kononnya akan dilantik sebagai YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) pada hal DYMM Yang Dipertuan Agung telah berkenan dengan perlantikan orang bukan politik untuk mengganti YDP MAIPP yang sedia ada!

Penulis berharap agar ada pihak yang dapat menerangkan dengan lebih lanjut mengenai kesahihan perlantikan Anwar Ibrahim tersebut. Dan jika berpandukan carta organisasi kerajaan negeri Selangor, Khalid Ibrahim sudah terlupa tentang DYMM Sultan Selangor!

Malah penulis musykil dengan pengiktirafan portal negeri Selangor yang mendapat 5 bintang oleh Penilaian Portal dan Web Kerajaan sedangkan titah DYMM Sultan Selangor masih bertarikh 6 Disember 2006 !

Nizar News: Jeffery Kitingan Buat LAWAK Pula

DSAI sudah menilai dan menghitung syarat-syarat yang dikenakan Dr. J dalam pelan damai yang ditawarkan Dr. J. Bagi DSAI, syarat-syarat Dr. J tiada tujuan lain melainkan “cari pasal”. Mana mungkin DSAI mengubah keputusan kolektif PKR Pusat yang melantik Ahmad Thamrin Haji Zaini dan Datuk Kong Hong Ming sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah. Mana mungkin Dr. J seorang cuba sewenang-wenangnya “over rule” keputusan kolektif PKR Pusat itu.

Sejak awal PKR memasuki Sabah, DSAI tidak pernah memberi penekanan utama ke atas DEKLRASI TAMBUNAN. Dalam PRU12 pun DSAI membisu mengenai Deklarasi Tambunan. Tetapi Dr. J insist Deklarasi Tambunan ini untuk diterima PKR Pusat sebagai salah satu pra syarat bagi Dr. J mematuhi “plan damai ” dengan PKR bersabit krisis kepimpinan PKR Sabah yang terkini.

Isu lain, mengenai Royalti Minyak 20%, Autonomi PKR Sabah, Kebebasan membuat keputusan PKR Sabah untuk Sabah tanpa campur tangan PKR Pusat. Itulah antara keistemewaan yang Dr. J gariskan. Bagi kebanyakan, permintaan Dr. J memang sukar dan kelihatan sekadar “cari pasal” untuk menghancurkan PKR dari dalam sebelum meninggalkan PKR sepenuhnya. Jelas Dr. J tidak lagi mahu mematuhi displin dan ideologi PKR.

Berikutan dengan itu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggelar ahli yang gagal mematuhi disiplin dan ideologi parti itu sebagai ‘pengacau’ di dalam PKR. Dengan ini Dr. J adalah tergolong dalam kategori “PENGACAU”.

“Saya dengan tegas memberi amaran kepada seluruh anasir-anasir ‘pengacau’ dalam parti yang gagal patuh kepada disiplin dan ideologi parti, mereka harus undur sebelum disingkirkan,” DSAI -di sini

Episod, di mana Dr. J mengenakan syarat-syarat yang sukar dipenuhi PKR pusat ini, malah di luar bidang kuasa PKR sendiri, dilihat sebagai episod terakhir dalam drama Dr.J dalam PKR. Sebagai “pengacau” Dr. J tiada pilihan melainkan BERUNDUR ATAU DISINGKIR. syarat-syarat Jeffrey kepada PKR….. .http://sabakita-ii.blogspot.com/

Nizar News: Saya Tidak SALAH: Dr Asri: Perbicaraan 5 Januari 2010

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin tidak mengaku salah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pagi ini atas tuduhan mengajar agama tanpa ditauliah.

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin tidak mengaku salah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pagi ini atas tuduhan mengajar agama tanpa ditauliah.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 kerana mengajar agama atau perkara mengenai Islam di negeri itu tanpa tauliah daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.Sebelum ini, Dr Mohd Asri telah ditahan Jais kerana didakwa mengajar agama di Ulu Kelang tanpa tauliah pada 1 November lalu.

Mahkamah membenarkan beliau diikatjamin sebanyak RM3,000 dengan dua orang penjamin.

Mahkamah juga menetapkan perbicaraan kes ini didengar pada 5 Januari depan di mahkamah yang sama.

Dr Mohd Asri tiba di mahkamah kira-kira jam 8.30 pagi bersama dengan bekas menteri besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Turut hadir memberi sokongan ialah kira-kira 80 pengikut dan bekas anak murid Dr Mohd Asri.

Mahkamah mula mendengar 9.18 minit dalam dewan mahkamah yang sesak dengan orang ramai.

Turut hadir ialah Datuk Paduka Marina Mahathir.

17 November 2009

Nizar News: Kali INI Azmin Ali Betul-betul Kena Lanyak


oleh agenda daily

Jika selama ini ia hanya cakap-cakap, pagi Selasa bekas Setiausaha Sulit (SUS) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan (1996-1998), Anuar Shaari tampil mengemukakan salinan asal dokumen pemilikan saham dan penyata akaun bank Azmin Ali dan isterinya Shamsidar Tahrin.

Dengan dokumen itu, beliau kemudiannya membuat laporan polis kepada Bahagian Jenayah Perdagangan PDRM di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur.

Pada sidang media sebelum membuat laporan polis, Anuar berkata, dokumen yang mengandungi bukti pemilikan saham sebanyak RM2 juta milik Azmin dan Shamsidar serta penyata akuan bank Shamsidar sebanyak RM8 juta akan diserahkan kepada polis untuk menetukan kesahihan dokumen terseut dan seterusnya melakukan siasatan.

“Saya datang pada hari ini untuk mencari kebenaran bukannya hendak menghukum. Masyarakat hendak tahu kebenaran isu yang kini hangat diperkatakan termasuk para penyokong Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah dan Azmin.

“Wan Azizah sendiri mesti hendak tahu kenapa Shamsidar boleh mempunyai saham dan wang sebanyak itu,” katanya.

Anuar tampil membuat laporan polis berkenaan ekoran isu pemilikan saham yang didakwa melibatkan Azmin dan Shamsidar heboh diperkatakan kebelakangan ini. Anwar dan Azmin sebelum telah tampil menafikan ada memiliki saham seperti yang didakwa.

Anuar selain pernah menjadi SUS bagi tempoh 1996 hingga 1998, juga pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Wan Azizah dan Ketua Bahagian PKR PErmatang Pauh sebelum keluar meninggalkan parti itu pada tahun 2007.

Menurut Anuar beliau membuat pendedahan ini kerana ia juga ada kaitan dengan Anwar memandangkan semasa perolehan saham dan wang tersebut yang berlaku pada tahun 1992 hingga 1994, Azmin bertugas sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Anwar yang pad ketika itu Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

“Saya minta kepada nama-nama yang disebut ini jangan panik kerana kita hendak mencari kebenaran. Jangan nanti timbul pula dakwaan wujudnya konspirasi atau saya dibayar untuk membuat pendedahan ini,” ujar beliau.

Mengenai pendedahan itu, Anuar berkata, jumlah yang dinyatakannya itu adalah selari dengan apa yang diperkatakan sekarang.

Ditanya kenapa setelah sekian lama baru pendedahan ini hendak dibuat, Anuar berkata, beliau hanya akan membuat penjelasan itu kepada pihak polis. – 17/11/2009

Nizar-Najib: BN Siap Sedia Bertanding DUN Kota Seputih-Kedah

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa berkata Barisan Nasional (BN) sudah bersedia untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri(DUN) Kota Siputeh jika mahkamah menolak rayuannya.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata BN akan menghormati keputusan mahkamah yang mengisytiharkan kerusi Kota Siputeh kosong dan akan bertindak mengikut undang-undang.

"Jika kami (BN) boleh merayu, kami akan merayu. Apa juga yang diputuskan oleh mahkamah, kami perlu akur," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan dan Pameran BioMalaysia 2009 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Pada Isnin, Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah kosong, menyatakan Datuk Abu Hassan Sarif bukan lagi wakil rakyat BN berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan dewan secara berturut-turut tanpa kebenaran speaker.

Hakim Alizatul Khair Osman Khairuddin turut memerintahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil di DUN Kota Siputeh.

Sementara itu, anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata Umno Kedah bersedia untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yakin BN mampu memenangi kerusi DUN itu dengan majoriti yang lebih banyak.

"Kalau ikut sejarahnya kita tak biasa kalah di Kota Siputeh walaupun majoritinya turun naik tetapi kali ini pun saya yakin dengan perkembangan terkini dan saya dapat sedikit gambaran bahawa sentimen di Kota Siputeh, khususnya di Jerlun dan secara keseluruhannya di Kedah agak memihak kepada BN.

"Jadi kita kenalah berusaha untuk menterjemahkan sentimen tersebut dalam bentuk undi dalam pilihan raya kecil sekiranya itulah yang berlaku dan berusaha dengan lebih giat untuk menyakinkan rakyat bahawa BN adalah pilihan yang terbaik bagi DUN Kota Siputeh," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Abu Hassan penyandang kerusi DUN Kota Siputeh untuk penggal keempat dan merupakan Ketua Umno Bahagian Jerlun telah menewaskan calon PAS Ismail Wan Teh pada pilihan raya umum pada Mac tahun lepas dengan majoriti 495 undi.

Sementara itu Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim berkata isu politik yang berlaku di Kedah sebelum ini dapat dikendalikan dengan baik dan bakal memberi kelebihan kepada BN sekiranya berlaku pilihan raya kecil di kawasan itu.

"Saya rasa daripada perkembangan pentadbiran yang baru di peringkat nasional kita boleh nampak ada perubahan angin sokongan rakyat cumanya tak pasti dari segi berapa besar jumlah tersebut.

"Saya juga tidak membayangkan penurunan kepada sokongan yang ada, tetapi berapa besar pun pertambahan saya tak berapa pasti cuma ia bergantung kepada berapa ramai keluar mengundi," katanya.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata PAS pastinya akan bertanding dan meletakkan calonnya sekiranya berlaku pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.

"PAS akan bersedia untuk hadapi pilihan raya kecil jika berlaku dan atas nama Pakatan Rakyat oleh kerana kerusi itu sudah pun ditandingi oleh PAS dalam pilihan raya umum lalu," katanya.

Nizar News: Siapa Kah Regu Datuk Salleh? Sesuatu Persoalan Yang Perlu Dicari Jawabannya

Dalam Umno bahagian Kota Belud tiada seorang figurpun yang mempunyai kaliber seperti Datuk Salleh, TS Pandikar, Datuk Yahya Lampung, Datuk Mohd Noor Mansor apa tah lagi sehebat Tun Mustapaha.

Datuk Haji Musbah mantan Ketua Bahagian, sekarang ini hanya Ketua Cawangan Umno Taun gusi Padang, Datuk Rahman Dahalan bukan pun ahli Umno Kota Belud, hanya Datuk Japlin Akim Naib Ketua Bahagian, itupun ada "pekong".

Persoalan yang berlegar-legar di kepala saya, siapa kah gerangan yang boleh memimpin rakyat Kota Belud yang berjiwa kental rakyat, mati hidupnya untuk rakyat.

Figur-figur yang ada kini tiada seorangpun yang menonjol di ketengahkan sebagai pemimpin rakyat, bukan kerana mereka tidak mampu memimpin, tetapi jiwa mereka bukan merakyat. Jiwa mereka hanya sosok tubuh yang mempunyai pendidikan dan pelajaran yang mencari nafkah untuk kesejahteraan diri dan keluarga mereka. Tuntutan ini memang tidak boleh dinafikan, kerana kesejahteraan diri dan keluarga perlu diutamakan, ini tuntutan agama.

Pemimpin yang dicari adalah sosok tubuh yang membakar dirinya untuk rakyat, seperti lilin, dikala gegelapan malam, maka lilin walaupun hanya sebatang, tetapi mampu menyinar kegelapan itu.

Siapa kah regu Datuk Salleh pada Pru-13 akan datang? Tidak dapat dinafikan, siapapun yang diletakkan di Usukan, Tempasuk atau parlimen Kota Belud akan menang. Sebabnya daerah ini belum sanggup mengorbankan dirinya diwakili pembangkang. Daerah ini perlu wakil kerajaan, kerana terlalu banyak keperluan rakyat yang masih belum terpenuhi. Hanya melalui parti kerajaan sahaja boleh membawa kemajuan untuk daerah ini.

Regu Datuk Salleh tersebut mampu diketengahkan, setidak-tidaknya sebagai pembantu menteri atau timbalan menteri di peringkat persekutuan. Kalau hanya sebagai YB biasa, lihat sahaja MP kita sekarang ini, tidak dapat berbuat banyak, kerana tidak mempunyai net working yang kuat, hanya sebagai backbencer kerajaan.

Saya rasa, Datuk Salleh juga rasa, siapa kah regunya?

16 November 2009

Nizar News:Anwar Akui Ada Kemelut Antara Parti Pakatan Pembangkang Di Peringkat Bawahan

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujudnya perselisihan antara parti dalam pakatan pembangkang di peringkat bawahan berikutan tiada titik persetujuan yang dicapai ketika membincangkan perihal perbezaan prinsip parti masing-masing.

Beliau berkata jika tiada titik persetujuan dicapai di peringkat bawahan dalam membincangkan isu tertentu, ada pihak daripada PKR yang tidak memberi sokongan padu kepada parti dalam pakatan pembangkang "Dalam pakatan tidak semua mesti setuju.

Tetapi ada di peringkat cabang PKR jika berlaku perkara yang tidak dipersetujui mereka mula hendak marah dan macam hendak perang seluruh Malaysia.

"Saya ingatkan kepada peringkat bawahan bahawa kita mempunyai ruang kita sendiri untuk salurkan pandangan," katanya semasa berucap merasmikan konvensyen PKR Kelantan hari ini.

Dalam sidang medianya, Anwar turut menjelaskan mengenai pelantikannya sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor dengan gaji RM1 sebulan kerana beliau tidak mahu menerima sebarang kelebihan, termasuk kenderaan kerajaan negeri. "Saya hanya minta pejabat dan pegawai untuk saya bekerja, yang lain saya tidak mahu," katanya.

Nizar: Anwar Kata Azmin Tiada Kes! Najib Putih Mata Tawan Selangor

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan naib presiden parti Azmin Ali yang didakwa terlibat dalam pembelian saham mencecah RM8 juta dengan dua individu lain yang dibangkitkan pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia S.A. Vickneswaran.

Anwar berkata siasatan berkenaan dakwaan itu telah dibuat pada 1998 di mana Azmin telah ditahan dan kemudian dibebaskan.

"Azmin pun sudah mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan itu dan akan ambil tindakan. Kita kena bezakan antara fakta atau fitnah, saya tidak tengok dokumen itu tapi saya tahu sebab siasatan telah dibuat sejak awal dan tidak ada tindakan, bahkan dilepaskan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada konvensyen PKR Selangor yang dirasmikan oleh isterinya dan juga presiden parti Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail di sini pada Ahad.

Mengenai pelantikan beliau sebagai penasihat ekonomi Selangor, Anwar berkata ia antara lain bertujuan membantu memperkukuhkan kedudukan pakatan pembangkang di negeri itu selain mempertahankan Selangor daripada dirampas semula oleh Barisan Nasional (BN).

Selain itu, fokus utamanya ialah untuk membantu Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam beberapa isu yang wajar diberi perhatian seperti soal dana pertumbuhan ekonomi, pengurusan dan pelaburan di negeri itu.

"Kita juga akan fokuskan kepada beberapa isu lain juga seperti rangsangan ekonomi, beberapa isu yang masih dirundingkan dan percepatkan proses pelaksanaan projek yang tertakluk kepada peraturan dan syarat yang ketat. Apapun tujuan saya lebih banyak membantu kedudukan Menteri Besar untuk terus mantap," katanya.

Jumaat lepas, Abdul Khalid mengumumkan pelantikan Anwar sebagai penasihat ekonomi kepada kerajaan negeri Selangor dengan elaun bulanan tetap pada RM1 pada sesi penggulungan perbahasan bajet negeri 2010.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels