18 November 2009

Nizar News: Jalan Lorong Kaki 100 Meter Ke Rumah Telah OK: Dapat Peruntukan ADUN Tempasuk

Semalam Pegawai Kemajuan Rakyat Kota Belud Saudara Bagdad Haji Turogan telah menghubungi saya melalui telepon bimbit bahawa menimbun batu kasar untuk lorong kaki ke persimpangan jalan dekat rumah mentua saya di kampung Rampayan Ulu Kota Belud telah mendapat peruntukan sebanyak RM6,000.00 daripada ADUN Tempasuk Datuk Haji Musbah Jamli.

Lorong kaki ke persimpangan jalan dekat rumah mentua saya tersebut digunakan pakai oleh jiran-jiran yang rumah mereka berada non jauh di dalam telah wujud sejak lebih 50 tahun lalu. Walaupun jaraknya hanya 100 meter, akan tetapi peruntukan untuk menimbus dengan batu kasar tidak pernah kunjung tiba.

Hanyalah selepas bulan puasa lepas apabila secara kebetulan saya berkunjung ke rumah ADUN Tempasuk tersebut, walaupun dalam suasana hariraya, saya sempat berbisik,perihal keadaan lorong kaki di persimpangan jalan tersebut. Sekiranya lorong kaki tersebut masih boleh dilalui oleh kenderaan walaupun berlumpur, saya tidak akan membisikkan kepada ADUN tersebut, namun kerana tidak dapat dilalui lagi, dan saya dan jiran-jiran terpaksa menyadaikan kereta di tepi jalan kampung, dan jalan kaki ke rumah, maka saya membuka mulut.

Ternyata permintaan tersebut telah mendapat perhatianADUN Tempasuk itu dan telah mengarahkan PKRnya untuk menyenaraikan lorong kaki tersebut dan dimasukkan dalam peruntukan ADUN Tempasuk dan perlu dilaksanakan pada tahun ini juga.

Syukur, walaupun projek tersebut belum dibuat, namun peruntukan telah ada.. adalah dirasakan sebelum tahun ini ditutup, persimpangan jalan tersebut tidak berlumpur lagi dan saya boleh memandu kereta saya akan "nyepi" ke tangga rumah!.

Terima kasih banyak.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels