Selepas pemilihan Umno, maka suhu politik Kota Belud telah reda. Hampir lima tahun, ramai mencongak-congak siapa bakal bertanding Ketua Bahagian untuk merebut kedudukan itu daripada Datuk Salleh Tun Said.
Nama yang paling dekat selama lima tahun itu adalah mantan Ketua Bahagian itu, Datuk Musbah Jamli yang kalah tipis pada pemilihan tahun 2008.
Namun, semua spekulasi itu tidak menjadi, apabila Musbah hanya bertanding Timbalan Ketua Bahagian, manakala Salleh pula dicabar penyandang jawatan itu Awadnir Matanggal.
Sebelumpun pengundian dijalankan, ramai yang sudah memutuskan, bahawa Salleh akan kekal, kerana Awad bukanlah tandingan Salleh.
Kini, Salleh dan Musbah merupakan satu pasukan. Ertinya politiking di Kota Belud tidak lagi sepanas dahulu.
Semalam, mesyuarat pertama Ahli Jawatankuasa Bahagian Kota Belud yang pertama berlangsung di bilik Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Sabah.
Dengan redanya suhu politik Kota Belud, apakah berimpak positif kepada pembangunan dan pengembangkan politik Kota Belud? Kerana keadaan semulajadi apabila keadaan tenang, maka faktor lainpun tenang. Ertinya, semua yang terlibat akan lebih suka mengambil pendekatan tunggu dan lihat.
Jika keadaan tenang berlaku, dikhuatirkan keadaan tahun 1975 akan berlaku. Pada masa itu, keadaan sungguh tenang, kerana USNO yang memerintah, langsung tiada saingan atau tiada pencabar. Namun tiba-tiba air yang tenang rupanya menyimpan buaya yang ganas. Tertubuhnya Berjaya pada awal tahun 1976, adalah penyebab tumbangnya kerajaan Usno. Penyebab tumbangnya Usno, kerana wakil rakyat dan pemimpin masa itu, telah merasa selesa, atas sebab itu, perhatian kepada rakyat telah dikurangkan ataupun diabaikan.
Bukti nyata, rakyat mendapat pembelaan, apabila BN tidak mempunyai kuasa 2/3 di Dewan Rakyat. Bukti telah nyata, kaum cina mendapat habuan yang sungguh banyak, apa kah melalui PRK atau PRU, kerana kaum itu tidak menyokong Bn. Akibat keadaan politik yang tidak tenang, maka biasanya rakyat dipedulikan. Sebaliknya berlaku, apabila keadaan tenang, maka rakyat kurang mendapat perhatian, malah langsung diabaikan.
Apakah rakyat terabai, kerana keadaan politik Kota Belud telah reda? Sama-sama kita tunggu apa yang berlaku dalam 4-5 tahun akan datang.