9 April 2014

Hudud Law By Kelantan-Unconstitutional : Datuk VKLiew


(Kota Kinabalu) Wednesday 9th April 2014 “The attempt by the PAS Government in Kelantan to table two private member bills soon in Parliament seeking a declaration that the Kelantan Syariah Criminal Court or HUDUD laws be implemented in the State must be rejected,” said Datuk V K Liew, the former Deputy Minister in the PM Department.

“We must understand that our Federal Constitution does not allow the implementation of hudud law by individual states in the Country. Hence, the passing of the enactment by the PAS-led Kelantan State Legislative Assembly way back in 1993 to implement Hudud in Kelantan is unconstitutional,” said Datuk VKLiew, who is also the Chairman of the Malaysia Law Reform Committee.

“Our Federal Constitution only gives individual states the power to enact laws creating offences by persons professing the religion of Islam, against the precepts of Islam and the punishments accorded for such offences.”

“In Islamic jurisprudence, hudud includes crimes such as rape, sodomy, theft, robbery, adultery, making unproven accusations of adultery, causing physical hurts, drinking intoxicants etc.”

“Essentially, Hudud laws are penal laws in nature.”

“And many of us are aware that Penal laws come under the jurisdiction of Parliament. Hence individual state such as Kelantan State Legislative Assembly has no power to pass or enact Hudud laws on its own. The enactment made in 1993 was void from the beginning.”

“It has no binding effect on Parliament.”

“It is impractical and unworkable for two systems to exist in a jurisdiction such as ours. Technically there will be two sets of system - one for the Muslims and another for the non-Muslims – covering the same offences.”

“It means that a Muslim who is charged in the Syariah Court for the hudud offences mentioned above (rape, sodomy, theft, robbery, adultery etc) can be charged again in the Criminal Courts as the offences mentioned fall within the Penal Code. This is double jeopardy and it is prohibited in any legal system.”

“Further complication may arise, as we have seen recently in some custodial cases involving a Muslim convert and a Non-Muslim wife. In our context, the existence of two sets of systems for Muslim and Non-Muslim will paralyse our criminal system.

“This is especially true when we have a situation where the offenders in the sexual offences mentioned above namely rape, sodomy and adultery involved non-Muslims.”

“For example, the complainant is a Muslim while the accused is a non-Muslim, or vice versa. The question is which court will the accused be charged? In the Syariah Court or the Criminal Court?”

“Technically, the accused can be charged in both courts.”

“Then we will have problems with procedure and evidential rules as in Hudud law requires 4 witnesses to be produced to prove a sexual offence while the criminal courts require corroboration and medical evidence, amongst others.”

“On punishment on adultery offences, media reports say that Hudud provides that a convicted adulterer will have to be stoned to death.”

“In essence, Hudud law cannot and should not be implemented in any state in Malaysia.”

“No state in the country should be given the power and the right to set up its own criminal system of law. It causes division and confusion in our multiracial society.”

“We should focus on strengthening our rule of law and uphold the sanctity of our Constitution.”

7 April 2014

Delimma Royalti Minyak Sabah

Kalaulah ditanya daripada 10 orang rakyat Sabah berkaitan Royalti Minyak apakah mahu kadar dinaikan ke paras 20 peratus, 8 orang akan bersetuju. Namun atas sebab politik, maka ramai yang berhujah dengan memberikan fakta, sehingga ada yang berkata permintaan 20 peratus adalah sesuatu yang tidak lojik, memandangkan pendapatan atau bajet Sabah bukan semuanya berpunca daripada bayaran royalti, sebaliknya ada juga berpunca daripada peruntukan daripada Kerajaan Pusat. Data tahun 2011 (tidak diuraikan dalam tulisan ini) ditunjukkan, bahawa hasil minyak dan berbagai hasil lain daripada Sabah, apabila dibandingkan dengan peruntukan yang diluncurkan kepada Sabah, ternyata hasil daripada negeri itu lebih kecil 4 bilion ringgit i.e. hasil daripada Sabah berjumlah 11 bilion ringgit tetapi dana yang diluncurkan 15 bilion ringgit.

Tetapi masalahnya, bukan pada data tahun 2011, tetapi data tahun-tahun sebelumnya, terutama tahun 1976 hingga tahun sebelum tahun 2011, apa kah benar, perolehan pendapatan daripada Sabah oleh Kerajaan Pusat termasuk daripada minyak senantiasa kecil, manakala dana yang diluncurkan senantiasa lebih besar? Kemudian, apa kah tahun-tahun selepas 2011, memang berlaku perolehan daripada Sabah senantiasa lebih kecil, sedangkan dana yang diluncurkan senantiasa lebih besar?

Pemimpin Sabah seperti Datuk Dr Salleh Tun Said, tidak akan sanggup mempertikaikan kadar royalti minyak, bukan sahaja sekarang, akan tetapi sejak tahun 2008, jika memang berlaku, bahawa dana yang diluncurkan kepada Sabah senantiasa lebih besar berbanding dana yang dihasilkan Sabah dan masuk ke perbendeharaan Persekutuan termasuk daripada minyak senantiasa lebih kecil.

Salleh menyuarakan mengenai royalti minyak, atas sebab untuk menjamin pendapatan negeri yang lebih mapan, tanpa bergantung kepada bajet tahunan kerajaan Persekutuan. Bajet pembangunan daripada Kerajaan Persekutuan, berubah-ubah setiap tahun, kadang besar kadang kecil.

Sabah memerlukan dana mapan, bukan sahaja untuk pembangunan akan tetapi memberi peluang kepada rakyatnya dalam soal-soal peluang pekerjaan.Tanpa dana yang mapan dan konsisten, maka kerajaan Negeri tidak akan mampu mengwujudkan berbagai agensi yang boleh membuka peluang pekerajaan bagi menampung generasi muda negeri itu, yang mana saban tahun semakin bertambah.

Tanah Sabah yang luas, memerlukan suntikan modal yang besar untuk dibangun. mengharapkan suntikan modal daripada asing, tidak selamanya boleh menjadi sandaran, atas sebab pemodal asing akan lebih suka kepada kawasan yang mempunyai infrastrukur yang lengkap dan tersedia, selain daya saing daripada segi upah dan skill.

Sabah sepatutnya sudah membangun, lebih 50 tahun merdeka, akan tetapi, masih banyak kawasan lagi, belum dibekalkan kemudahan asas yang sememangnya diperlukan oleh manusia yang bertamadun i.e. bekalan air bersih.

Ramai anak mudah lepasan sekolah menengah terpaksa meninggalkan kampung halaman yang gersang pembangunan, berhijrah bukan untuk memajukan dirinya, akan tetapi hanya sekadar untuk hidup. Berhijrah ke Lembah Klang, Pulau Pinang atau Johor hanya berkerja sebagai perkerja kilang atau pengawal keselamatan; itu bukan berhijrah demi memajukan diri, akan tetapi hanya untuk bertahan hidup.

Pada PRU-13, isu royalti Minyak dimasukan dalam manifesto BN Sabah. Baru-baru ini, Ketua Menteri Sabah, dalam satu kenyataan, bahawa usaha meminta kenaikan kadar royalti minyak merupakan usaha berterusan dengan kerajaan pusat. Satu nada yang penuh diplomasi, memandangkan Sabah juga diperintah BN, dan BN memerintah Kerajaan pusat.

Wisdom daripada kerajaan Pusat, hanya satu-satunya jalan untuk melihat kembali Perjanjian Petrolium bagi negeri-negeri pengeluar minyak; Sabah, Sarawak dan Terengganu.

Ironinya, keluaran minyak negara, adalah 85 peratus daripada Sabah dan Sarawak; namun, hak dua negeri itu, hanya 5 peratus. Satu pembetulan perlu dilakukan, once for all, sebelum ianya tidak terus menjadi duri dalam daging antara kerajaan dua negeri itu dengan kerajaan Persekutuan.

5 April 2014

Memali: Tiada Siapa Sanggup Membela Saya- Tun Musa Hitam

Pada jam 9.00 malam 27 Mac 2014, saya bersama YB Husam Musa adalah dua ahli panel dalam majlis diskusi anjuran kerajaan negeri Kelantan bertemakan “Politik Malaysia: Dahulu dan Sekarang”. Profesor Dr Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia berperanan sebagai moderator.

Format diskusi menyamai program “Hard Talk” BBC London yang meletakkan syarat bahawa ahli panel tidak dibenar menggunakan skrip atau nota lebih awal tetapi bersedia menghadapi apa
juga soalan yang diajukan oleh moderator.

Sepanjang dua jam, moderator diskusi bersikap combative, aggresive serta provocative. Dalam pada itu saya akui bahawa moderator memperlihatkan sifat saksama, berkecuali dan tidak partisan.

Di penghujung diskusi, saya telah diajukan soalan berkaitan peristiwa Memali yang dapat saya rumuskan berpusat kepada tiga perkara berikut:

1. Pengesahan saya bahawa pada hari peristiwa Memali berlaku, Tun Dr Mahathir berada di negara China dan saya adalah pemangku perdana menteri.

2. Saya bertanggungjawab sepenuhnya kepada peristiwa tersebut.

3. Bagaimanakah perasaan saya dengan peristiwa Memali.

Titik hitam karier politik

Saya telah memberi respons kepada soalan yang diajukan berteraskan empat aspek berikut:

1. Saya menegur moderator dengan mengatakan sebagai seorang profesor, sesuatu perkara yang disuarakan hendaklah berasaskan penyelidikan mendalam dan fakta yang tepat.

2. Pada hari peristiwa Memali (iaitu 19 November 1985) Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur dan saya bukannya pemangku perdana menteri.

Moderator menunjukkan reaksi terkejut dan dengan suara yang jelas melafazkan perkataan “my god” yang mengejutkan hadirin.

3. Sebagai menteri dalam negeri saya telah menggariskan panduan umum, memberi ingatan dan mengarahkan pihak polis tentang dua perkara:

(i) Proses undang-undang hendaklah dipatuhi.
(ii) Elakkan kekerasan (violence) dan pertumpahan darah.

Namun saya mengambil tanggungjawab dan akauntabiliti terhadap kejadian yang berlaku walaupun saya tidak terlibat secara langsung tetapi menyerahkan kepada budi bicara pihak polis untuk melaksanakan operasi dari segi menentukan waktu terbaik ianya dilakukan serta kaedah dan pendekatan untuk melaksanakan operasi.

4. Saya berterus terang dan dengan ikhlas serta penuh insaf mengaku bahawa titik hitam dalam sejarah karier politik saya ialah peristiwa Memali.

Dalam ruang masa yang diberikan oleh moderator, saya telah menghuraikan urutan peristiwa yang berlaku. Pada hari kejadian, saya bersama pemangku ketua polis negara (KPN) telah menemui perdana menteri di pejabat beliau dan pemangku KPN telah memberikan taklimat tentang perkara yang berlaku berikutan operasi polis di Memali yang melibatkan kematian empat anggota polis dan 14 orang awam.


Mohon Dr M tangguh lawatan

Dalam pertemuan tersebut saya memohon agar Dr Mahathir menangguhkan program lawatan ke Negara China atas tiga sebab:

1. Peristiwa ini berlaku di negeri Kedah; negeri perdana menteri sendiri.

2. Peristiwa ini melibatkan orang Melayu beragama Islam.

3. Dengan menangguhkan lawatan ke Negara China, Dr Mahathir memperlihatkan sifat ia mengutamakan dan mengambil berat terhadap peristiwa yang telah berlaku di dalam negeri.

Dr Mahathir membuat keputusan untuk tetap berlepas ke negara China. Saya telah memaklumkan kepadanya cadangan saya untuk membentangkan peristiwa Memali di Parlimen. Di samping itu, saya turut meminta agar semua media, termasuk media luar negara memberi saya ruang 24 jam untuk membolehkan saya mendapat gambaran lebih tepat lagi lengkap. Saya telah membentangkan peristiwa Memali di Dewan Rakyat pada keesokan harinya (20 November 1985) dan selanjutnya mengadakan perjumpaan media.

Kesimpulannya ialah:

1. Bukan niat saya mahu mencetuskan polemik baru berkaitan Memali. Ia dihidupkan semula berikutan respons saya kepada soalan yang diajukan oleh moderator dalam program diskusi yang diadakan.

2. Isu utama dalam perkara ini adalah fakta, sama ada pada hari peristiwa tersebut berlaku, saya menjawat jawatan pemangku perdana menteri kerana Tun Dr Mahathir berada di luar negara. Berdasarkan penyelidikan daripada bahan-bahan rujukan yang masih dapat saya temui, nyatalah Tun Dr. Mahathir berada di dalam negara pada hari tercetusnya peristiwa Memali, dan saya tidak memangku jawatan perdana menteri pada hari tersebut.

3. Sewaktu berlangsung prosiding kes dakwaan saya terhadap seorang penulis di Mahkamah beberapa tahun lalu di mana dalam kes ini saya berjaya, (ketika itu Tun Dr Mahathir masih perdana menteri), peguam bela bertanya dua soalan yang serupa, sama ada Dr Mahathir berada di dalam negara pada hari peristiwa Memali berlaku dan adakah saya memangku jawatan perdana menteri. Jawapan konsisten saya berikan bahawa beliau berada di dalam negara dan saya tidak memangku jawatan Perdana Menteri. Tetapi tidak ada media yang sedia melaporkan fakta ini.

Peluang dari Ilahi

Sekian lama saya dicerca, dicela dan dinista mengenai peristiwa Memali oleh pelbagai pihak terutama oleh parti PAS. Seingat saya, apatah lagi selepas saya berundur daripada jawatan menteri; tidak ada pihak baik daripada kerajaan, begitu juga parti Umno yang saya anggotai bersedia menyuarakan fakta yang benar.

Saya pernah menawarkan diri untuk mengadakan wawancara eksklusif dengan media khusus atas subjek peristiwa Memali, tetapi tidak ada pihak media yang bersedia berwawancara dengan saya. Saya sedar dan memahami ketika itu tidak ada pihak yang bersedia berhadapan risiko untuk bercakap perkara yang boleh dianggap menyentuh kedudukan dan batang tubuh seorang perdana menteri yang sedang berkuasa.

Sekian lama saya berseorangan untuk mendapatkan keadilan namun saya terus berdoa dan akhirnya program diskusi di Kelantan saya sifatkan sebagai anugerah ilahi memakbulkan doa saya. Ruang tersebut memberikan saya peluang untuk memperbetulkan fakta sejarah akan peristiwa penting yang melibatkan diri saya.

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi yang telah memberikan peluang tersebut kepada saya.

Saya sedar perkembangan terbaru ini telah menjemput pelbagai ulasan dan pandangan secara positif dan secara negatif, tidak terkecuali yang berbentuk tohmahan, tuduhan dan fitnah baru ke atas diri saya. Saya serahkan segala-galanya kepada Allah yang Maha Mengetahui akan kebenaran dan kepada-Nya saya memohon petunjuk dan keadilan.

2 April 2014

Minyak dan Gas Sabah: Minta Naik Royalti Kah atau Minta Dikembalikan Hak?

Telah 40 tahun penubuhan Petronas. Dalam perjalannya, dalam tempoh masa itu syarikat milik negara itu telah termasuk dalam Forutne 500 Company di dunia. Juga, dalam perjalanannya, syarikat itu mampu membina Menara Berkembar Petronas. Terima kasih kepada Sabah dan Sarawak, kerana hasil minyak dan gasnya, syarikat berkaitan  dengan kerajaan itu menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan negara.

Kini, Rakyat Sabah dan Sarawak merasakan sudah tiba masanya, syarikat yang berkembang atas sebab hasil bumi dua negeri itu, perlu mempunyai hak bukan hak dalam bentuk bayaran royalti seperti yang berlaku sekarang, akan tetapi hak dalam syarikat.

Kerajaan Pusat perlu mengkaji kedudukan ini, demi masa depan rakyat kedua negeri itu. Atas sebab Akta Petrolium 1974 artikel 4, sebenarnya menghapus hak-hak Sabah dan Sarawak untuk mencatur hasil buminya. Seharusnya perkara itu tidak berlaku, kerana perkara itu adalah asas utama penyertaan dua negeri itu bersama Malaya membentuk negara.

Tempoh masa 40 tahun, adalah masa yang cukup panjang. Atas sebab itu, tiba masanya hak sebenar  hasil bumi dua negeri itu dikembalikan. Tempoh masa 40 tahun, dua negeri itu membiarkan hasil buminya digunakan untuk membangun Malaya, namun keadaan negeri pengeluar hasil ketinggalan serba serbi.

Bukan sahaja  penguasaan hasil minyak dan gas bukan di tangan dua negeri itu, malah daripada segi peluang pekerjaanpun tidak positif kepada dua negeri itu. Apa lagi kalau bercakap berkaitan dengan pengurusan, jauh api daripada panggang. Kalaupun ada, akan tetapi rationya cukup kecil. 

Hasil minyak dan gas sepatutnya adalah peluang anak watan dua negeri itu untuk memajukan diri sendiri, umpamanya melalui peluang mendapatkan biasiswa, namun, terpaksa berkongsi dengan rakyat negeri-negeri lain, kalau adapun anak watan dua negeri itu mendapat peluang, akan tetapi jumlahnya kecil sekali.

Kini sebahagian besar rakyat dua negeri itu, merasakan bahawa hak milik selama 40 tahun yang terpaksa diserahkan atas sebab tertakluk kepada Akta Pembangunan Petrolium 1974, yang dianggap berat sebelah; seharusnya diperbetulkan, dan mengembalikan hak sebenarnya kepada pemiliknya.

Atas sebab itu, rakyat dua negeri itu, sebenarnya tidak perlu merayu akan tetapi para pemimpin pusat perlu melihatnya, demi keadilan kepada rakyat dua negeri itu.

Para pemimpin Sabah dan Sarawak dan juga rakyatnya perlu berjuang ke arah itu, melalui saluran yang sedia ada, agar supaya tiada yang merasa kecil hati, malahan ianya satu pembetulan kepada tindakan yang silap.

1 April 2014

Isu Royalti Minyak Sabah: Apa Kah Bakal Menyatukan Semua Rakyat?

Kini suara Kerajaan Sabah dan Pembangkang hampir seia sekata, sebabnya hanya satu passward ROYALTI MINYAK.

Semalam Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Dr Musa Haji Aman dalam satu kenyataan, kerajaan negeri terbuka untuk menerima/mendengar sebarang pendapat berakitan isu itu.

Pada Sabtu Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah  Datuk Dr Salleh Tun Said yang juga Speaker Dewan undangan Negeri Sabah, menyuarakan agar kerajaan pusat perlu mendengar hasrat daripada generasi muda negeri itu, berkaitan royalti minyak.

Juga, pada Ahad Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan persekutuan, Dato Rahman Dahlan pada prinsipnya bersetuju dengan permintaan kenaikan royalti minyak asalkan sesuai dengan kerangka dan mekanisme yang menyeluruh.

Pada PRU-13 lalu Pembangkang memenangi 12 kerusi DUN  dan 3 kerusi Parlimen.  
 
Melihat kepada kecenderungan yang berlaku antara BN yang rata-rata disokong oleh bumiputera Sabah dan 9 kerusi DUN yang dimenangi pembangkang adalah kawasan bumiputera, maka pada PRU-14 kemungkinan besar semua kawasan bumiputera akan dimenangi oleh suatu "gabungan" pengundi bumiputera hanya disebabkan oleh passward Royalti Minyak. Selain itu, kecederungan pemimpin BN terutama Datuk Salleh Said yang mengangkat isu perkara 20, di mana isu itu juga merupakan isu utama pembangkang, maka melalui passward ke-2 itu, memungkinkan akan berlakunya kesepakatan bahawa demi Sabah dan rakyatnya, maka "satu" entiti baru akan wujud,  tujuannya adalah untuk menyatupadukan rakyat demi faedah pembangunan negeri.

Dalam politik mesti ada satu titik temu. Bagi politik Sabah, titik temu itu adalah royalti minyak dan perkara 20. Jika dua perkara ini menjadi rakyat Sabah bersatu, maka ianya sesuatu yang perlu disokong oleh semua pihak. 

Para pemimpin di Semenanjung jangan lah khuatir apatah lagi menaruh curiga, titik temu yang dicapai itu adalah dalam kerangka bernegara, sesuai dengan semengat pembentukan negara tahun 1963.

Perkara asas perlu diselesaikan once for all, agar supaya derap langkah membangun negara terus berjalan sesuai dengan peredaran zaman.  Semua ketidak puas hatian, unek-unek dalam hati perlu diselesaikan berlandaskan kerangka yang ada, agar tiada siapa yang kalah, melainkan semua dalam keadaan kemenangan.

Royalti Minyak : Kerajaan Sabah Cenderung Kadar Dinaikkan

Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Dr Musa Haji Aman memberi isyarat bahawa Kerajaan Negeri cenderung kepada kenaikan royalti minyak yang dibayar kepada negeri itu.

Menurut Ketua Menteri Sabah itu, sebenarnya isu royalti minyak merupakan salah satu manifesto BN Sabah pada PRU-13 lalu.

Sabtu lalu, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Dr Salleh Tun said juga telah membayangkan kehendak kerajaan negeri semasa mengulas kenyataan bersama pergerakan pemuda daripada komponen BN Sabah PBS, UPKO dan PBRS.


Dalam perkembangan yang sama,MP Kota Belud Dato Rahman Dahlan yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan, pada prinsipnya bersetuju dengan kecenderungan itu, namun menurut beliau, kerangka atau mekanismenya perlu jelas dan menyeluruh.

Sebenarnya Isu kenaikan royalti minyak adalah isu lama malah menjadi isu on and off dalam kanca politik Sabah.

Sejak tahun 1985, isu royalti minyak sudah menjadi bualan berbagai pihak di Sabah. Malah pada tahun 2008, Datuk Dr Salleh Tun Said pernah menyentuhnya dan mencadangkan bahawa sudah tiba masanya kadar royalti itu dikaji semula. Pada tahun 2012, Dewan Undang Negeri Sabah, pernah diberitahu, bahawa perjanjian Petrolium Tahun 1976 adalah penghambat kepada mengkaji semula berkaitan kadar royalti yang dibayar kepada negeri-negeri pengeluar minyak.

Sementara itu Rahman sebelum ini pernah menjelaskan secara panjang lebar dengan mengunapakai data sebenar berkaitan operasi carigali dan industri minyak negara, bahawa jika syarikat Petrolium negara itu dibebankan dengan bayaran royalti 15 peratuspun, maka syarikat itu akan kehilangan daya maju dan lambat laun akan muflis.

Membicarakan kadar royalti minyak, perlu juga menyedari, bahawa pendapatan negeri selain daripada bayaran royalti juga mendapat peruntukan yang besar daripada kerajaan pusat melalui berbagai saluran antaranya melalui bajet pembangunan.

Namun BN adalah parti yang senantiasa mendengar degup jatung rakyat, atas sebab itu sebarang permintaan dan hasrat rakyat akan diperjuangkan demi faedah rakyat dan negeri.

Nota: Usul kenaikan Royalti minyak telah dihantar kepada Speaker dewan undangan Negeri Sabah untuk persidangan bulan April. Apa kah usul itu akan diterima? sama-sama kita tunggu.Related Story sila klik

31 March 2014

Kenaikan Royalti Minyak: Prinsipnya Saya Setuju Tetapi... Rahman

" Saya setuju pada prinsipnya, tetapi perlu perbincangan menyeluruh" demikian ulasan MP Kota Belud Dato Rahman Dahalan yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan di Kota Belud semalam. Ulasan itu ada hubungan dengan desakan Pemuda PBS, Upko dan PBRS agar kerajaan Persekutuan menaikan royalti minyak yang dibayar kepada Sabah daripada 5% kepada 20%. Sebelum itu pada Sabtu di Kota Belud juga, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri- Datuk Dr Salleh Tun Said menyarankan kepada kerajaan Persekutuan agar jangan mengambil mudah desakan pemuda parti KDM itu (tanpa pemuda Umno).

Sebelum ini, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, menyuarakan kemungkinan besar, negeri itu akan meminta kerajaan Pusat melihat kembali kadar royalti minyak yang dibayar kepada negeri itu.

Dalam perkembangan yang sama, walaupun Rahman bersetuju secara prinsip berhubungan dengan desakan kenaikan royalti minyak, namun ianya perlu berasaskan satu mekanisme dan kerangka yang jelas.

Menurut MP Kota Belud itu, apakah melalui kenaikan royalti tidak menganggu penyaluran peruntukan kepada Sabah dan Sarawak? kerana sebagaimana yang kita ketahui melalui bajet sejak tahun 2009, peruntukan besar diberikan kepada Sabah dan Sarawak melebihi pendapatan yang dikutip daripada dua negeri itu. Sejak Dato Seri Najib dilantik sebagai Perdana Mneteri, Sabah dan Sarawak memperolehi bajet yang lebih berbanding negeri-negeri lain. Hakekat itu, kita perlu perhalusi dalam membincangkan royalti minyak, ulas Menteri itu.

Kita perlu menerima hakekat bahawa pendapatan Sabah dan Sarawak bukan hanya daripada royalti minyak tetapi juga peruntukan daripada kerajaan pusat. Atas sebab itu, membincangkan royalti minyak perlu melihat kepada peruntukan yang disalurkan kerajaan Pusat. Kerana kita perlu menerima hakekat, walaupun royalti hanya 5% akan tetapi peruntukan yang disalurkan jauh lebih daripada 5%.

Rahman yang juga Setiausaha Barisan Nasional Sabah melihat, bahawa pembangkang secara terancang memainkan isu royalti minyak untuk kepentingan politik, malangnya ada sebahagian daripada parti atau pemimpin BN terikut rentak pembangkang itu.

Rahman menambah, Anwar berjanji untuk menaikan royalti minyak untuk negeri-negeri pengeluar minyak kepada 20% dan kenaikan itu pada satu-satu masa akan melibatkan jumlah kewangan tidak kurang RM12.5 bilion. Namun Anwar tidak menjelaskan daripada mana wang itu dan bagaimanakah mekanisme pengiraan pembayaran royalti 20%?

Sebelum ini Rahman mengulas panjang lebar disini bahawa Petronas lambat laun akan muflis kerana tidak berdaya maju jika sekiranya membayar 15% royalti apatah lagi 20%.
Dalam perkembangan yang lain Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong yang juga MP Kota Kinabalu menyatakan bahawa ADUN DAP bersedia mengemukakan usul di Dewan Undangan Negeri Sabah pada Persidangan dewan itu bulan depan. Juga, difahamkan ADUN Bingkor Dr Jeffery Kitingan telah menghantar usul itu kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah. Apa kah usul itu ditolak? atau tidak, maka sama-sama kita tunggu.

30 March 2014

PEMBANGUNAN PESAT SABAH HASIL PERUNTUKAN BERBILION RINGGIT K'JAAN PERSEKUTUAN - MUSA


Berikut sebuah kenyataan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Musa tahun 2013 diambang pembuangan undi PRU-13 5 Mei 2013. Melalui kenyataan ini, nyata telah disambut baik oleh rakyat Sabah semasa PRU-13 itu, dengan memberikan kemenangan 2/3 di dewan Undangan Negeri, selain menyumbang banyak kerusi bagi Parlimen.
Manifesto Pakatan Rakyat dan juga Star  antara lain menaikan royalti minyak jika  menang pilihanraya, tidakpun mendapat sambutan rakyat Sabah, meskipun beberapa kerusi BN jatuh ke tangan mereka, atas berbagai isu.

Mengapa kah selepas BN diberi mandat yang cukup gah? akhirnya ada pemimpin BN ikut rentak Pembangkang, terutama yang berkaitan dengan royalti minyak?  Apa kah permintaan ini, memang telah dirancang, menunggu BN di Semenanjung dalam keadaan yang tidak kuat? Sebab pada masa BN di Semenanjung kuat, seolah-olah melupakan Sabah dan Sarawak?

OKB meminta pembaca merenungkan kenyataan Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Dr Musa pada 29 April 2013, di Tawau, Sabah.

TAWAU, 29 April (Bernama) -- Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata pembangunan pesat dinikmati Sabah selama ini, antara lain adalah hasil peruntukan berbilion ringgit setiap tahun daripada kerajaan pusat.

Beliau berkata ia dipermudahkan lagi menerusi kerjasama erat antara kerajaan negeri dan persekutuan yang ditadbir Barisan Nasional (BN).

Musa yang juga Pengerusi BN negeri berkata dasar dan pelbagai inisiatif kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang jelas memberi manfaat langsung kepada rakyat juga merupakan faktor sokongan kuat rakyat kepada BN.

Berdasarkan faktor berkenaan, beliau yakin BN akan dapat membentuk kerajaan baharu selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad ini, katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan kaum Tionghoa di sini hari ini.

Sokongan berterusan rakyat kepada kerajaan BN selama ini adalah manifestasi daripada kebijaksanaan rakyat ''Negeri Di Bawah Bayu'' ini dalam menilai kepimpinan yang diinginkan untuk membela kepentingan mereka, katanya.

Katanya sokongan rakyat negeri ini terhadap Najib dan BN terserlah berdasarkan sambutan meriah rakyat terhadap lawatan pemimpin BN sama ada negeri atau pusat termasuk perdana menteri pada program pemimpin bersama rakyat.

"Saya sudah menjelajah seluruh Sabah, ke Keningau, Tenom, Sipitang, Beaufort, Sandakan, Beluran dan banyak lagi. Saya boleh rasa sambutan rakyat sangat meriah, sangat baik. InsyaAllah, kita (BN) sekali lagi akan bentuk kerajaan," katanya.

Katanya Najib merupakan seorang perancang yang baik serta pemimpin yang penyayang dan dengan itu hubungan baik kerajaan negeri dan pusat yang sekian lama terjalin perlu dikekalkan demi kebaikan rakyat Sabah.

Ketua Menteri berkata sumbangan masyarakat Tionghoa dalam pembangunan ekonomi Sabah dan Malaysia amnya tidak dapat dinafikan dan berharap masyarakat itu terus menyokong kerajaan BN yang sentiasa peka dalam menyediakan persekitaran kondusif untuk perniagaan.

Musa yakin melalui kerjasama erat dan saling membantu antara kerajaan dan masyarakat Tionghoa, akan membawa lebih banyak kemajuan dan pembangunan kepada Sabah untuk dinikmati rakyat pelbagai suku dan kepercayaan.

Katanya sejak beliau menjadi Ketua Menteri Sabah, bantuan kerajaan kepada sekolah jenis kebangsaan, sekolah mubaligh, gereja serta kuil telah meningkat kepada sebanyak RM30 juta setahun berbanding sebelumnya antara RM1 juta hingga RM2 juta setahun.

Ketika menghadiri program pemimpin bersama rakyat di Balung, Musa mengingatkan rakyat supaya menolak pakatan pembangkang yang hanya tahu menabur janji namun gagal menepatinya sehingga ada rakyat di negeri ditadbir pembangkang menyaman kerajaannya sendiri. sumber

Apakah Minyak dan Gas Sabah Akan Ikut Jejak Kayu Balak?

Kayu balak pada tahun 1970-an merupakan senjata ampuh para pemimpin. Malah ianya digunakan sehingga awal pemerintahan Umno di Sabah. Hanya selepas tahun 2003, pemberian kawasan balak kepada orang-orang politik dihentikan. Kini, kayu balak tiada lagi untuk pemimpin politik, yang ada hanya konsensi Yayasan Sabah. Pendapatan daripada balak menurun, di mana biasanya menyumbangkan sehingga 2 bilion ringgit kepada pendapatan Sabah. Kini, pendapatan daripada kayu balak, tidak sampaipun 200 juta ringgit.

Terlihat juga, bahawa sejak adanya projek-projek Petronas yang bernilai ratusan juta, malah bilion, siapa yang menikmatinya? siapa yang mendapatkannya? Projek-projek sokongan kepada projek-projek itu, siapa yang mendapatkannya? Tidak keterlaluan, mereka yang ada link sahaja yang mendapat projek itu, modus operandinya akan sama dengan pemberian kayu balak suatu ketika dahulu.

Dengan memilik negerikan produksi minyak dan gas, tentunya lingkaran kepada siapa yang bakal mendapat projek-projek berkaitan minyak dan gas akan lebih kecil, tidak seperti sekarang, di mana lingkarannya cukup besar, sebab apa? masih melibatkan orang ke tiga.

Memang menguntungkan kerajaan negeri, jika royalti minyak diperbesar, atas sebab wang itu akan terus masuk ke perbendaharan negeri, ertinya, kerajaan negeri yang mengaturnya, seperti yang berlaku sekarang. Satu persoalan, apakah menaikan peratusan royalti kepada Sabah daripada 5% ke 20 % misalnya, tidak akan mengurangkan peruntungkan di pihak lain? mislahnya Peruntukan daripada Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri atau Kementerian Kesihatan, Kementerian Kesahjeraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan? seperti analisis Dato Rahman dan disini sebagai asas kepada tulisan ini.

Salah satu cara memberikan peruntukan kepada Sabah, yang masih terbelakang daripada semua segi, walaupun merdeka 51 tahun lalu, adalah menyalurkan peruntukan terus kepada bendahari Sabah, atas sebab apa? tujuannya agar tidak berlaku pertindihan daripada segi prioritas pembangunan; Kerajaan negeri, lebih faham berkaitan dengan keperluan negeri, berbanding pemimpin persekutuan apatah lagi daripada negeri-negeri lain. Namun, persoalannya? apakah kerajaan negeri mampu? kerana untuk mengimplitasikan berbagai projek memerlukan tenaga yang ramai, bukan itu sahaja, gaji juga akan bertambah, sesuai dengan jumlah kaki tangan. Bukan sahaja gaji, akan tetapi faedah pencenpun bertambah.Ok baik untuk Sabah, sebab peluang pekerjaan bertambah; ertinya peruntukan tahunan kerajaan negeri membayar gaji dan faedah lain juga bertambah dan seterus-seterusnya.. sebagai orang Sabah, siapapun tidak sanggup menolak impak jika royalti dinaikan!!!!

Pelaksanaan sesuatu projek apa tah lagi bernilai ratusan juta, bukan sahaja memerlukan tenaga yang ramai, juga kepakaran; ok, mampulah kiranya, Apa kah selepas itu, apa yang berlaku dengan tenaga pekerja itu? apakah dengan mudah di lay off? tentunya tidak atas sebab pembangunan terus berjalan, sehingga tiada lagi pembangunan, dan lebihan wang boleh digunakan pula melabur ke luar negeri berbentuk FDI.. Bertuahnya Sabah!!!

Satu perkara lagi, dalam soal minyak dan gas, berapa potensi yang ada pada Sabah? Ada yang mengatakan 300,000 barel/day? Sampai bila produksi itu? Sesuai dengan analisis Dato Rahman, kos produksi minyak melibatkan berbagai kos dan sokongan lain. Atas sebab itu, meneurut menteri itu, jangankan 20%, 15% pun Petronas akan muflis; OK lah Sabah akan take over!!!! persoalannya, kos yang terlibat tetap sahaja ditanggung; tentu Sabah tidak mampu berdiri sendiri, kaedah yang sama akan digunapakai, sepertimana analsisis Dato Rahman. Hanya bezanya, kerajaan Persekutuan tidak mendapat 5% seperti mana praktik sekarang.

Jika dilihat pada analisis MP Kota Belud itu, boleh sahaja Petronas memberikan royalti 15-20%, akan tetapi syarikat itu akan lumpuh, ertinya lambat laun akan muflis. Bagi mereka, yang beria-ia sangat menuntut kenaikan royalti minyak sambil mengambil contoh bagaimana BJ Habibie, sebaik sahaja dilantik Presiden Indonesia tahun 1998, kemudian memberi Dana Bagi Hasil (DBH) bagi minyak dan gas (migas) kepada DI Acheh kepada 70 peratus, untuk tempoh 8 lapan tahun; ertinya sekarang dasar itu sudah berakhir. Sebab mengapa dikemukakan masa itu, Acheh adalah pengeluar minyak terbesar Indonesia, namun ketinggalan di semua bidang, untuk mengejar itu, maka perlu diluncurkan dana lebih besar, agar DI itu, boleh membangun setara dengan propensi lain di Indoensia.

Mungkin, pendekatan ini boleh diambil bagi Sabah dan Sarawak untuk tempoh masa tertentu, agar supaya pembangunan Sabah dan Sarawak boleh mengejar pembangunan di Semenanjung.' selain itu, Petronas tidak lah sampai muflis. Fikir-fikirkan lah. baca pengalaman DI Acheh

Apa Kah Kali Ini Kuala Lumpur Akan Gagal?

Ingat!!! Kejatuhan Tun Mustapaha ketika memerintah Sabah tahun 1976, adalah berkaitan isu royalti minyak. Kemudian kejatuhan yang menggantikan kerajaan Tun Mustpaha digerakan oleh rakyat Sabah sendiri, atas sebab isu Labuan. Ingat kejatuhan Kerajaan berikutnya adalah disebabkan gerakan sebahagian rakyat Sabah terutama beragama islam dengan bantuan Kuala Lumpur.

Kejatuhan PBS antaralain atas perjunangannya berkaitan royalti minyak. Dr Jeffery salah seorang pemimpin PBS yang begitu lantang bercakap berkaitan royalti minyak, malah membangkitkan perkara 20, asas pembentukan negara. Ekoran itu, Jeffery ditangkap dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan meringkuk di Kamunting untuk sekian lama. Selepas keluar, meskipun untuk sementara berdiam atas sebab menyertai parti BN, akan tetapi, apa yang tersimpan dihatinya sekian lama tidak padam-padam. Selepas ISA dimansuhkan, beliau terus membangkitkan isu itu, malah perkara itu diceduk Pakatan Rakyat, sehingga adanya deklarisi Kuching, yang menyebut, jika Pakatan Rakyat berjaya menduduki Putrajaya, maka royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak akan dinaikan kepada 20 peratus.

Mendakapi deklarisi itu, seorang MP BN- Dato Rahman Dahalan, mengulas dengan disokong data, bahawa menaikan kadar royalti 15% sahaja akan memufliskan Petronas, apa tah lagi 20%. Malah MP Kota Belud, bertanya kepada MP Pakatan di Parlimen, bagaimana kah mereka boleh sampai kepada angka 20%?, menurut MP itu yang kini Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan, pembangkang tidak dapat mengemukan perincian mereka, malah jawapan mereka hanya merenung TAJAM kepadanya.

Kini, isu royalti minyak, bukan sahaja terus diangkat Dr jeffery, malah Tan Sri Adenan Satem Ketua Menteri Sarawak yang baru telah mengangkatnya. Ekoran itu, pemimpin Sabah Datuk Dr Salleh "echo" kepada pandangan itu. Malah semalam di Kota belud, Speaker Dewan undangan Negeri sabah itu, merangkap Timbalan Penegrsui Umno Sabah dan juga ADUN Usukan, memberi pandangan, adalah wajar pemimpin persekutuan mengambilkira pandangan generasi muda, Sabah berkaitan tuntutan kenaikan royalti minyak. Malangnya pandangan generasi muda itu, adalah daripada kaum KDM. Kita tahu, bahawa sejak 1985, kaum KDMlah yang memperjuangkan berkaitan royalti minyak melalui PBS. Walaupun padangan kini daripada berbagai parti PBS, UPko, PBRS, namun hakekatnya semuanya berpunca hanya pada satu kumpulan. Mana pandangan/desakan daripada pemuda Umno? sedangkan Umno merupakan tulang belakang kepada kerajaan negeri.

Jika kita ikuti penjelasan/urian daripada Dato Rahman berkaitan dengan royalti minyak, sudah tentu kita akan dapat menghayati mengapa royalti minyak, sejak tahun 1976, tidak pernah bertambah bagi negeri-negeri pengeluar minyak, klik disini pendapat Dato Rahman

Apa kah kecenderngan pemimpin Sabah yang sedang memerintah melihat, bahawa pada kali ini, Kuala Lumpur akan gagal menyekatnya, ekoran tsunami politik yang melanda Semenanjung sejak tahun 2008. Kerajaan BN, yang ada wujud kerana sokongan kuat oleh Rakyat Sabah dan Sarawak.

Apa kah dengan kenaikan royalti minyak ke atas Sabah dan Sarawak akan timbul sepertimana analisis Dato Rahman? sehingga harapan kita menggunakan hasil minyak untuk membangun, akan terbantut, atas sebab Petronas tidak berdaya maju lagi? Pada akhirnya, akan mengikuti pendapatan daripada Kayu Balak di mana suatu masa dahulu sebagai pendapatan utama negeri, namun kini, bukan lagi???

Kita kena, buka minda, kita fikir ke depan, impak kepada semua ini?

28 March 2014

Jangan Terperangkap Permainan " Political Animal"

Nampaknya sejak akhir-akhir ini terdapat ahli politik daripada Sabah yang menggunapakai kaedah political animal, hanya semata-mata untuk menghidupkan kedudukan.

Nampak halus cara itu, misalnya memperkatakan sesuatu isu yang dekat dengan hati rakyat; tetapi melalui pendekatan yang penuh tersirat, terselubung agenda untuk mempertahankan kuasa dan kedudukan.

Pendekatan seperti itu, seolah-olah pemimpin itu masih tegak dengan moto politik asalnya, namun sebenarnya, kaki sebelah sudah melangkah menyeberang.

Kita amati, perjalanan politik pemimpin itu, senantiasa tumpang tui, senantiasa bersama parti yang memerintah.

Melihat keadaan politik yang tidak menentu, sejak PRU-12, kemudian dilanjutkan pada PRU-13, kemudian dilihat pada PRK selepas itu, nampaknya keadaan politik dalam negara macam tiada kepastian lagi. Semacam hanya menunggu masa untuk berganti. Atas faktor itu, poltical animal tahu bagaimana mencatur kedudukannya, kerana itulah kepakarannya. Political animal tahu benar bagaimana memperdaya rakyat, untuk mencapai hasratnya. Rakyat akan senantiasa terpukau, kerana political animal itu, tahu mempergunakan sentiman yang ada pada rakyat, yang ironinya, poltical animal tahu benar, bagaimana mempergunakan situasi dan kondisi itu, seolah-olah political animal itu dianggap menjuarainya.

Political Animal itu, melihat kedudukan kerusi di Semanjung di mana daripada 165 kerusi parlimen itu, kedudukan hampir seimbang antara BN dan PR. BN hanya menang, atas sebab sumbangan kerusi Sabah dan Sarawak. Political animal melihat, secara undi popular, PR mengatasi BN; keadaan itu tidak pelik jika kerusi juga berpihak kepada PR. setidak-tidaknya itulah yang dilihat oleh political animal itu.

PRU-14, adalah pilihanraya mencabar bagi BN. Pada pilihanraya itu, isu pembangunan bukan lagi pilihanan rakyat. Sama seperti tahun 1985 di Sabah, bahawa isu pembangunan bukan pilihan rakyat, akan tetapi sentiman menguasai pilihan mereka.

Demikian juga, apabila PBS hanya menang tipis pada PRN Sabah tahun 1994, sentimen yang menguasai rakyat. Sentimen boleh mengalahkan apa sahaja kebaikan kerajaan. Kini, sentiman menguasai pikiran rakyat, mereka tidak lagi melihat apa yang dilakukan kerajaan. Atas sebab sentimen begitu kuat, maka political animal memanfaatkannya.

Sesebuah kerajaan tidak akan jatuh kerana pembangkang. Sesebuah kerajaan akan jatuh kerana orangnya sendiri. Peranan political animal amat penting dalam menjatuhkan sesebuah kerajaan. Kerajaan Usno jatuh oleh orangnya sendiri, Berjaya jatuh oleh orangnya sendiri, demikian juga PBS jatuh oleh orangnya sendiri. melihat fakta-fakta itu, political animal itu, memperkirakan bahawa pada PRU-14 akan berlaku perubahan kerajaan pusat, atas sebab BN Sabah dan Sarawak tidak akan mampu mengimbangi kehilangan kerusi di Semenanjung; atas sebab BN Sabah dan Sarawak juga akan kehilangan kerusi.

Political Animal, melihat bahawa negeri-negeri seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Terengganu akan kehilangan banyak kerusi pada PRU-14, manakala di Selangor, Pulau pinang, Kelantan akan terus diperkukuh oleh PR, sementara di Sabah dan Sarawak akan kehilangan kerusi bagi kawasan-kawasan marjinal; seperti yang berlaku pada PRU-13 lalu. OKB pernah meramalkan pada tahun 2009, bahawa Sabah akan kehilangan 16 kerusi DUN Pada PRU-13, walaupun ramalan itu meleset.

Political animal itu, bermula sebaik sahaja keputusan PRU-13 diketahui, sudah mengatur strategi dan perancangan, antaranya menyakitkan hati penyokong tegar BN, dengan memberi pengitirafan kepada penyokong pembangkang, walaupun tidak terang-terangan. Tujuannya, agar penyokong tegar Bn itu marah, maka positiflah kepada pembangkang. Percayalah apabila berlaku perubahan kerajaan, political animal itu kalau bukan orang pertama, akan tetapi tiada lagi orang didepannya mendahului bersama parti lawan. Sebabnya, jalan sudah dirintis, sudah ada kesepakatan awal-awal lagi, bahawa political animal itu, akan menjadi policy maker bagi kerajaan baru yang dibentuk.

27 March 2014

Duri-Duri Pembentukan Malaysia Memanas Lagi

Duri-duri pembentukan Malaysia memanas lagi. Bermula apabila terbocornya kenyataan Pehin Seri Taib Mahmud sebelum meletakan jawatan Ketua Menteri Sarawak 28 Februari lalu.
Ketua Menteri terlama Sarawak itu dalam pesanan akhirnya kepada pemimpin politik negeri itu, agar menjaga kepentingan Sarawak dalam negara ini, walau apapun caranya.

Kenyataan itu, diperkuat oleh penggantinnya Tan Sri Adenan Satem, bahawa pembentukan Malaysia adalah persetujuan antara beberapa negara berdaulat, ertinya Sabah dan Sarawak serta Singapura adalah partner dalam pembentukan Malaysia. Singapura dikeluarkan daripada perkongsian itu pada tahun 1965.
Terbaru kenyataan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah- Datuk Dr Salleh Tun Said menerusi blognya- antara petikan kenyataan itu "Ini pandangan peribadi saya dan mungkin pandangan pihak lain berbeza. Yang penting ada semangat saling hormat-menghormati dan bersetuju bahawa Sabah adalah rakan pembentukan negara dan seharusnya mempunyai kuasa autonomi.
Perbezaan intepretasi adalah perkara biasa. Pokoknya, sebagai orang Sabah, kita harus sama-sama mempertahankan kepentingan dan keistimewaan yang ada seperti dipersetujui semasa merdeka dahulu. Ini penting kerana kita bertanggungjawab menentukan jalan di hadapan." Kenyataan Penuh sila KLIK

Bagi Sarawak, sejak pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, memang bernasib baik, atas sebab terus diperintah oleh parti Sarawak sendiri, malah tidak pernah bertukar kerajaan. Para pemimpin Sarawak terus bersatu, sehingga sukar dimanipulasi. Demikian juga Malaya, sejak pembentukan Malaysia, malah sejak dimerdekakan pada 31 Ogos 1957, belum pernah bertukar kerajaan, ertinya Umno, MCA dan MIC terus memerintah sehingga kini. Namun, bagi Sabah keadaan itu tidak berlaku. Sabah bertukar-tukar kerajaan. Pada awalnya Sabah diperintah parti Usno sehingga tahun 1976. Kemudian Berjaya sehingga tahun 1985. Diikuti PBS sehingga tahun 1994, kemudian Umno sehingga kini. Kenapa Umno? atas sebab parti itu merupakan tulang belakang kerajaan sejak tahun 1994.

Mengapa Sabah terus bertukar-tukar kerajaan?

Kerana ada pemimpin yang mahu mendapatkan kuasa. Usno dijatuhkan oleh pemimpinnya sendiri. Demikian juga Berjaya dijatuhkan oleh pemimpinnya sendiri. PBS juga dijatuhkan oleh pemimpinnya sendiri. Mengapa parti-parti itu dijatuhkan oleh pemimpin sendiri? jawapannya, pucuk pimpinan yang ada kuasa lupa diri, sehingga pemimpin yang mahu mendapatkan kuasa memanfaatkan suara rakyat yang tertindas,

Di Sabah kini, selepas Umno memerintah sejak tahun 1994 dengan bantuan serpihan parti-parti yang memerintah sebelumnya, kemudian, semua parti bergabung, sehingga BN Sabah yang ditunjangi Umno menjadi simpanan tetap Bn setiap pilihanraya. Walaupun, kelihatannya Bn cukup stabil, namun perkara lama berlaku, bahawa ada pemimpin mengulangi cara apa yang pernah dilakukan pemimpin terdahulu. Mula melupakan siapa pejuang asal, sebaliknya memberi keutamaan kepada mereka yang merupakan peniaga politik. Peniaga politik adalah mereka yang memberi sokongan kerana hanya memerlukan sokongan ekonomi. Mereka ini akan berpaling tadah, jika sekiranya melihat ada pemimpin yang mereka fikir akan mendapat sokongan. Atas sebab itu, dalam kerajaan Bn sekarang, mereka yang ditentang sebelum Bn mengambil alih kerajaan, kini mereka juga merupakan tulang belakang kerajaan.
Bukan sahaja mereka yang berjawatan politik, akan tetapi juga pegawai-pegawai kerajaan yang dahulunya pelaksana kepada penindasan kaum-kaum tertentu, terutama rakyat yang beragama islam, kini merupakan pembuat kebijakan dalam kerajaan BN yang ditunjangi Umno.
Mereka yang berjuang menentang PBS, bukan sahaja berkorban masa, tenaga, kewangan, malah darah. Namun, mereka itu kebanyakannya, tidak tersenarai sebagai pembuat kebijakan, malah terlupakan langsung. Bagi mereka yang terlibat menjatuhkan PBS yang bermula tahun 1989, kini, dianggap sebagai "hantu politik" bukan sahaja diketepikan, malah ditakuti untuk didekati, bukan kerana mengancam kedudukan, akan tetapi takut mereka-mereka ini mohon perhatian.
Keadaan politik Sabah kini, agak berbeza. Atas sebab apa? jika selama 30 tahun, setiap 9 tahun akan berlaku pertukaran kerajaan, namun selepas sahaja Umno menjadi tulang belakang (Umno masuk atas jemputan Usno, kemudian Usno dibubarkan) tidak lagi berlaku penggantian kerajaan, walaupun berlakunya pergantian Ketua Menteri setiap dua tahun, dan berakhir pada tahun 2004.
Memandangkan keadaan itu, isu yang membolehkan pergantian kerajaan sukar berlaku kerana tiada lagi "god father" sepertimana berlaku sebelum ini, maka penekanan kepada asas pembentukan Malaysia, diangkat sebagai asas menukar persepsi rakyat. 

Membangkitkan asas pembentukan negara, seperti perakara 20 serta kandungannya, difikirkan akan merangsang minda rakyat yang sudah celik; membandingkan apa yang terkandung dalam perkara itu dengan fakta lapangan, sehingga timbul istilah ADA YANG MUNGKIR JANJI.

Nampaknya isu pembentukan Malaysia akan diangkat menjadi isu utama bermula daripada sekarang hingga pilihanraya ke-14. Masing-masing pihak samada kerajaan yang memerintah mahupun pembangkang, melihat tiada isu utama yang perlu dijual kepada rakyat melainkan isu yang terkandung dalam perkara 20. 

Rakyat kini sudah celik, sudah mampu mendapat maklumat, sudah nampak perbezaan, sudah nampak derap pembangunan antara Malaya dan Sabah. Rakyat sudah tahu, bahawa emas hitam hasil yang dikorek di negeri ini, bukan untuk negeri ini, akan tetapi perlu dikongsi oleh semua orang. Rakyat tahu, bahawa hasil yang berpunca daripada tanah utara borneo ini perlu dikongsikan dengan penduduk lain, tetapi yang paling malang, kebanyakan hasil itu bukan milik penduduk negeri, melainkan rakyat daripada negeri2 lain.

Isu seumpama ini akan menghantui pemikiran pemimpin, walaupun pada masa ini cuba dikaunter dengan berbagai alasan, namun hakekatnya, saban hari, isu-isu yang dibangkitkan semakin melekat dihati rakyat.

Terlihat, sejak akhir-akhir ini, bagaimana pemimpin seperti Datuk Salleh mengangat isu ini. Seolah-olah berlaku ketimpangan. OKB tidak ingat masa dan tarikhnya, namun Timbalan Pengerusi Umno Sabah itu pernah berkata, semasa dikunjungi oleh Barisan pemuda Umno Sabah yang diketuai Hafiz Musa, bahawa pemuda perlu menjaga dan memperjuangkan kepentingan Sabah dalam negara.  Jika diperhalusi kenyataan itu, apa yang mahu diperjuangkan lagi? dan apa yang dipertahankan? sedangkan Sabah diperintah oleh sebuah Parti yang menjadi tunjang belakang kepada Kerajaan Persekutuan.
Nampaknya Salleh terbaca perasaaan rakyat Sabah menjelang PRU-14 atau PRU-15, bahawa pada masa itu, isu pembangunan atau sebarang pembelaan berbentuk wang ringgit, tidak akan dapat menawan hati rakyat; sebaliknya isu seperti yang terkandung dalam Perkara 20, akan menjadi pertimbangan utama. Untuk itu, agar Umno atau Bn masih lagi pilihan rakyat, maka pemimpinnya perlu menjuarainya, jika tidak, maka alamat ditumbangkan rakyat akan menjadi kenyataan.
Para pemimpin Bn Sabah menyedari, walaupun bukan semuanya,  bahawa untuk mengaharapkan sokongan rakyat, Bn termasuk pemimpinnya perlu menyesuaikan diri dengan harapan rakyat. Jika tidak, pihak lain akan menjuarainya.

Nampaknya, kematangan politik pemimpin Sabah telah mengambil iktibar kepada kepimpinan Sarawak. Sejak merdeka, kepimpinan Sarawak tidak dapat ditembusi dalang dan peniaga politik. Atas sebab itu, kepimpinan negeri itu hingga kini bersifat autonomi. Mereka memutuskan siapa pemimpin mereka. Berlainan dengan Sabah, yang terpaksa menagih simpati, kerana tiadanya autonomi itu. 

Sebenarnya, kehilangan autonominya pemimpin Sabah, atas sebab ada pemimpin yang mampu dipengaruhi atau dimanipulasi dalang dalam politik; ini terbukti, apabila Sabah sejak merdeka berlaku 4 kali pertukaran kerajaan.

Namun, politik Sabah kini tidak sama lagi dengan keadaan politik 40 tahun lalu. Generasi muda pasca merdeka, tidak lagi berfikiran seperti yang difikirkan oleh ibu bapa mereka; mereka berfikir tentang sesuatu yang telah hilang, mereka memikirkan tentang hak mereka yang telah hilang. Perkara utama sandaran mereka adalah melalui Perkara 20. Mereka meneliti apa yang terkandung dalam perkara 20 itu, walaupun ianya bukan suatu perjanjian, akan tetapi sebagai terma rujukan, namun mereka berfikir itulah asas kepada pembentukan negara.

Mungkin itulah penyebab mengapa pemimpin seperti Datuk Dr salleh mengangkat isu ini, agar supaya pemimpin Bn negeri ini menjuarainya.

Berikut catatan berkaitan Perkara 20

Pada fakta awalnya, idea penubuhan MALAYSIA ini dicetuskan oleh Tunku Abdul Rahman dalam satu majlis Jamuan Persatuan Wartawan-wartawan Luar negeri Asia tenggara di Singapura pada 27 Mei 1961. Idea itu kemudiannya berjaya direalisasikan kemudiannya pada 16 september 1963. Penggabungan 11 negeri di Tanah Melayu dan dua buah negeri di Borneo iaitu Sabah dan Sarawak. Ini turut menggabungkan pelbagai dokumen termasuk Rang Undang-Undang Malaysia iaitu Akta Malaysia 1963 dan juga syarat-syarat penyertaan dan peraturan perlembangaan terhadap Sabah, sarawak yang dikenali sebagai syarat 20 Perkara. Perjanjian Malaysia juga tertakluk kepada kemahuan negeri-negeri ini bagi membentuk Malaysia yang dianggap sebagai satu gabungan rakan-rakan kongsi yang bersatu padu untuk membentuk sebuah negara baru dengan ciri-ciri masing-masing.

Namun begitu, sebelum pembentukan Malaysia, satu siri perbincangan dan penyiasatan telah diadakan di antara bulan Mei 1961 dengan tarikh penubuhan Malaysia berhubung denagn syarat-yarat yang sesuai untuk persekutuan bagi menjamin kepentingan negeri-negeri Melayu termasuk Sabah, Sarawak yang pertama kali bergabung dengan Malaysia. Peringkat awal perkara telah dibincangkan oleh para pemimin dari lima buah negeri iaitu Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Sarawak dan Brunei dalam Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Serantau yang diadakan di Singapura pada bulan Julai 1961. Ekoran daripada mesyuarat ini, pada bulan Febuari 1962, sebuah Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia (MSCC) telah mengeluarkan sebuah memorandum yang menyokong Malaysia dan memperlihatkan beberpa syarat am untuk Persekutuan. sebuah suruhanjaya penyiasatan juga telah dibentuk pada Januari 1962 iaitu Suruhanjaya Cobbold berikutan lawatan Tunku Abd. Rahman ke London pada bulan Oktober 1961. Suruhanjaya ini dipengerusikan oleh Lord Cobbld iaitu bekas Gebenor Bank England. Sementara ahli-ahlinya terdiri daripada Dato' Wong Pow Nee dan Mohd Ghazali Shafie yang dilantik oleh kerajaan Tanah Melayu dan Antony Abell serta Watherston bai mewakili kerajaan British. Tujuan penubuhan suruhanjaya ini adalah untuk meninjau pendapat penduduk Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia dan menerima lebih 2200 memorandum dari pelbagai pihak. Mengemukakan laporan pada bulan Jun 1962.

Hasil daripada tugas yang dijalankan ini didapati lebih kurang 80% penduduk Sabah dan Sarawk menyokong penubuhan Malaysia iaitu kebanyakan terdiri daripada Bumiputera dan 20% menenteng. Laporan ini diperolehi setelah suruhanjaya ini Telah menemui 4000 orang dan menerima tidak kurang dari 2200 pucuk surat dan memorandum daripada parti-pati politik, ahli-ahli mesyuarat kerajaan dan undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum, lembaga bandaran, majlis bandaran, pemimpin-pemimpin agama, kesauan sekerja dan sebilangan besar orang ramai. Majoriti rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju menertai Malaysia, menerimapakai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, menerima Islam dan bahasa Melayu sebagai agama dan bahasa rasmi.

Suruhanjaya Cobbold telah mengsyorkan supaya Perlembagaan Tanh Melayu yang ada dijadikan asa bagi membentuk perlembagaan Persekutuan Malaysia yang baru. Namun, beberapa pindaan perlu digubal untuk disesuaikan denga kemasukan negeri-negeri baru ke dalam Persekutuan. sehuibungan itu, jaminan-jaminan mustahak perlu dibuat bagi memastikan kepentingan khas negeri-ngeri Borneo terjamin. Oleh itu, negeri Sabah dan Sarawak diminta menyediakan laporan mereka untuk meyertai Malysia. Laporan ini dikaji oleh satu jawatankuasa yang diwakili oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Britain, Sabah dan Sarawak. Maka terbentuknya satu jawatankuasa yang dikenali sebagai jawtankuasa Antara-Kerajaan atau Inter-Governmental Ccommittee pada bulan Ogos yang diberi tugas untuk menyusun perlembagaan Persekutuan yang baru dan perlindungan khas untuk Borneo Utara dan Sarawak.

Jawatankuasa ini dipegerusikan oleh Lord Landsdowne dan timbalannya ialah Tun Abdul Razak. Anggota lain terdiri daripada Donald Stephen, Abang Haji Mustaffa, Temenggung Jugah, seorang wakil Britain dan seorang wakil Persekutuan Tanah Melayu. Sebanyak lima buah jawatankuasa kecil berkenaan hal-hal perlembagaan, kewangan, undang-undang, perkhidmatan awam, dan membentuk kerajaan Persekutuan Malaysia diwujudkan untuk mempertimbangkan hal ini.

Sementara Sabah dan Sarawak mula mengkaji untuk membuat beberapa tuntutan yang munasabah untuk menjaga kepentingan mereka sebagai Bumiputera sebelum memasuki Malaysia. Tuntutan ini dikenali sebagi 20 Perkara Sabah dan ia merupakan syarat-syarat Borneo Utara memesuki Malaysia. Kebanyakan syarat-syarat ini diterima oleh IGC dan telah dimasukkan di dalam Perjanjian Malaysia.

Tuntutan 20 Perkara Sabah Dan Kepentingan Kepada Sabah Dan Sarawak
Tuntutan 20 Perkara Sabah merupakan memorandum MSCC yang diusulkan oleh USNO, UNKO United Parti, Demokratik Parti dan United Pasok Momogun Organisation dan isinya adalah soal perlindunagan dan syarat-syarat Borneo Utara dan Sarawak menyertai Malaysia terutama dalam hal-hal kebebsan agama, bahasa-bahas lain (selain Melayu), migrasi dan kepentingan-kepentingan Bumiputeranya.

Perkara satu - Agama
Di dalam tuntutan 20 perkara disebut:
" walau pun tidak ada banthan terhadap agama Islam menjadi agama rasmi Malaysia, tetapi tidak ada agama rasmi di Sabah dan Sarawk. Oleh itu, hendaklah diadakan jaminan untuk kebebsan agama."

Setiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tiap-tiap kumpulan agama adalah berhak menguruskan hal-hal agamanya sendiri, menubuh dan menyelenggara yayasan bagi maksud-maksud agama dan memperolehi serta memegang dan mentadbir mengikut undang-undang. Semua kebebasan di atas juga tidak membenarkan apa-apa prbuatan yang berlarutan dengan undang-undang atau mengenai ketaatan awam, kesihatan awam atau akhlak.

Bagi menjamin kebebasan agama ini terdapat undang Persekutuan yang memberi bantuan kewangan kepada Institusi Islam atau pekerjaan Islam, maka peruntukan yang seimbang juga diberikan kepada tujuan-tujuan kebajikan masyarajat di wilayah-wilayah Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.

Perkara dua- Bahasa ( Perkara 152 dalam perlembagaan)
" bahasa Melayu hendaklah menjadi bahasa Kebangsaan Persekutuan. Bahas Inggeris akan terus digunakan untuk tempoh sepuluh tahun selepas hari Malaysia. Bahasa Inggeris hendaklah menjadi bahsa rasmi Borneo Utara untuk semua tujuan baik pada peringkat negeri mahupun Persekutuan had tempohnya. ( 20 perkara-16)

berdasarkan perkara ini, Bahasa Melayu hendaknya menjadi kebangsaan Persekutuan dan Bahas Inggeris terus digunkan untuk temph sepuluh tahun selepas hari Malaysia di Saah dan Sarawak. Sementara itu juga Bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi bagi Sabah dan Sarawak untuk semua tujuan baik di peringkat negeri mahu pun peringkat persekutuan. syarat ini, telah diterima oleh semua IGC dan telah pun mendapat tempat dalam perlembagaan dalam perkara 152. Syarat ini, dikemukakan kerana bahasa boleh digunakan sebagai alat menyatupadukan rakyat pelbgai kaum dan pelbagai sukuan terutama di Sarawak dan Sabah.

Perkata tiga- Imigrasi
" kawalan kemasukan orang ke mana-mana kawsan di Malaysia dari luar adalah terletak di bawah kuasa kerajaan Pusa tetapi kemasukan ke Borneo Utara perlu mendapat kelulusan kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan tidak boleh mengahklang kemasukan orang ke Borneo Utara untuk tujuan keraja Negeri kecuali atas sebab keselematan. Borneo Utara hendaklah mempunyai kuasa yang tidak terbatas bagi mengawal pergerakan orang-orang dari kawasan kawasan lain di Malaysia ke dalam Borneo Utara , selain daripada yang bekerja dengan kerajaan Persekutuan di Borneo Utara. (Hlm 30)

imigrasi hendaklah tetap dalam senarai Persekutuan tetapi undang-undang hendaklah digubal oleh Parlimen untuk menentukannya, kecuali perkara-perkara tertentu, seperti permintaan masuk ke negeri-negeri Borneo ini mestilah diluluskan oleh negeri-negeri berkenaan. Undang-undang ini tidak boleh dipindah atau dihapuskan melainkan dengan persetujuan negeri -negeri tersebut. Borneo Utara juga hendaklah mempunayi kuasa yang tidak terbatas bagi mengawal pergerakan orang-orang dari kawasan-kawasan lain di Malaysia ke dalam Borneo Utara, selain daripada yang bekerja dengan Persekutuan di Borneo Utara.

Perkara ini dikemukakan demi menjaga kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak supaya peluang-peluang yang terdapat di kedua negeri ini tidak diperolehi oleh orang luar. Ini memberi keuntungan kepada Sabah dan Sarawak kerana peraturan ini akan menyekat kemasukan orang-orang luar dn sesiapa yang mahu memasuki negeri-negeri ini perlu mendapat kebenaran kecuali yang bekerja dengan kerajaan Persekutuan.

Perkara empat - Pelajaran
" sistem pendidikanyang ada di Borneo Utara sejkarang hendaklah dikekalkan dan diletakkan di bawah kuasa kerajaan Negeri."

Pelajaran sebenarnya hendaklah djadikan perkara Persekutuan, tetapi polisi dan sistem pentadbiran pelajaran di Sabah dan Sarwak berdasarkanperkara ini dikekalkan sepertimana kemahuan kerajaan negeri-negeri terebut sehinggalah kerajaan ini bersetuju mengubahnya. Dalam hal ini memberi peluang kepada kerajaan negeri menkaji perkara tersebut sebelum mengubahnya tau meminda sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak untuk kepentngan rakyatnya sendiri.

Perkara lima - Perkhidmatan Awam
" Pengambilan perkhidmatan Awam oleh rakyat Borneo hendaklah dilaksanakan dengan secepat mungkin"(hlm 41)

tuntutan 20 perkara menekankan supaya pengambilan pegawai-pegawai baru di Borneo Utara hendaklah diberi keutamaan kepada penduduk di wilayah itu. Ini adalah bertujuan membuka peluiang kepada Bumiputera dan mengelakkan bukan Bumiputera terutama kaum Cina daripada menguasai perkhidmatan ini kerana kaum ini lebih maju dalam pemdidikan berbanding penduduk tempatan .

dalam perkara ini dinyatakan juga pelbagi hal yang menyentuh bidang perkhidmatan awam persekutuan, perkhidmatan awam persekutuan dengan negeri-negeri, pinjaman-pinjaman pegawai-pegawai, sekatan mengenai pembuangan kerja, penurunan pangkat kakitangan awam dan suruhanjaya-suruhanjaya dalam perkhidmatan awam. Selain itu suruhanjaya perkhidmatan awam berasingan hendaklah ditubuhkan di tiap-tiap negeri. Bagi menjaga kepentingan perkhidmatan awam di negeri-negeri Borneo, pegawai-pegawai yang ada termasuk pegawai-pegawai dagang dinaikkan pangkat untuk ditukarkan ke perkhidmatanPersekutuan, tetapi tidak boleh ditukarkan keluar dari wilayah-wilayah Borneo tanpa persetujuan mereka.

Perkara enam– Kerakyatan
"saranan-saranan dalam perenggan 148 (k) Laporan Suruhanjaya Cobbold hendaklah merangkumi hak-hak kewarganegaraan rakyat Borneo Utara dalam Persekutuan tertakluk kepada pindaan-pindaan berikut:
a) perenggan kecil (I) tidak harus mengandungi peruntukan menetapkan selama lima tahun.
b) Demi menyelaraskan kepada undang-undang kita, perenggan kecil (ii) (a) hendaklah berbunyi "tujuh daripada sepuluh tahun" dan bukannya "lapan daripada dua belas tahun"
c) Perenggan kecil (iii) seharusnya tidak mengandungi sekatan berhubung dengan kewarganegaraan ibu-bapa- seseorang yang lahir di Borneo Utara seleas Malaysia metilah menjadi warganegara Persekutuan. hlm 52

Berdasarkan syarat kerakyatan yang dikemukan ini, tidaklah sewenang-wenangnya untuk menjadi warganegara Sabah dan Sarawak. Syarat ini juga dapat menghad sesiapa yang layak sahaja untuk menjadi warganegara kedua-dua negeri ini.

Perkara tujuh- Dewan Undangan Persekutuan
" ini hendaklah mengambil kira bukan sahaja jumlah penduduk Borneo Utara tetapi juga saiz dan pretasinya dan dalam apa keadaan tidak harus kurang daripada Singapura."

Dalam perkara pemilihan dewan Undangan Persekutuan pertimbngan bukan sahaja diberikan ke atas bilangan penduduk, tetapi juga kepada potensi dan prestasi negeri tersebut. Perlantikan juga tidak boleh kurang aripada Singapura, oleh itu tiap-tiap masjlis Undangan di Borneo hendaklah memilih 2 orang ahli Dewan Undangan Negara. Sebagai tambahan, bilangan Dewan Undangan yang dilantik hendaklah ditambah 6 orang lagi kerana kemasukan Sarawak dan Sabah. Ahli-ahli baru yang dipilih dari Sabah ialah 16 orang dan Sarawak seramai 24 orang. (kerusi percantuman di antara Persekutuan dengan Singapura telah diperuntukan 15 kerusi untuk Sinagapuara)

Perkara lapan- Perlembagaan Negeri-negeri.
"ketua -ketua Menteri hendaklah dipilih oleh anggota Majlis Perundangan tidak rasmi. Sistem Menteri yang sempurna hendaklah diwujudkan di Borneo Utara,"

Berdasarkan perkara ini Ketua-ketua negeri Borneo yang pertama hendaklah dilantik oleh baginda Queen dan Paduka Baginda Dipertuan Agung sebelum hari Malaysia untuk bertugas selam dua tahun. Sistem Menteri yang sempurna juga hendaklah dilaksanakan di Borneo Utara. Di Sarawak, ketua negeri telah dikenali sebagai Gabenor dab di Sabah sebagai Yang Dipertuan Negeri. Sementara masalah mengenai Perlembagaan Negeri dan Perlembagann Persekutuan akan ditentukan oleh Mahkamah. Perubahan-perubahan alin yang tertentu berkenan Perlembagaan Negeri Sabah sebagai Majlis tertinggi (Supereme Council) dan Majlis Undangan sebagai Council Negeri.

Perkara sembilan– Kuasa Membuat Undang
Pembahagian kuasa persekutuan dan Negeri seperti tercatat dalam Jadual 9, perlembaggaan Malaysia:
Senari 1: di bawah Kuasa Persekutuan
Senarai 2: Di bawah Kuasa negeri.
Senarai 2A: Tambhan kepada senarai negeri bagi negeri-negeri di Borneo
Senarai 3: Di bawah kuasa bersama dan
Senarai 3A: Tambahan kepada senarai bersama bagi negeri-negeri Borneo.

Pembahagian kuasa membuat undang-undang dibahagikan kepada Majlis Undangan Persekutuandan Negeri. Majlis Undangan Persekutuan menentukan hal-hal ehwal luar, pertahanan, keselamatan dalam negeri, undang-undang sivil dan jenayah, peraturan dan pentadbiran keadilan, kerakyatan , jentera kewangan kerajaan, perdagangan, perniagaan dan perusahaan, perkapalan, perhubungan dan pengangkutan, kerja raya dan tenaga, ukur, buruh, koperasi hari-hari kelepasan, surat khabar, dan penyiaran dan syarikat-syarikat kerjasama.

Sementra Majlis Undangan Negeri berperanan dalam perkar-perkara seperti undang-undang Islam, dan adat istiadat orang-orang asli, tanh, pertanian, hutan, kerajaan negeri, penyelidikan, ganti rugi dan sebagainya, bagi perkar-perkara yang termasuk dalam senarai bersama ialah kebajikan masyarakat, biasiswa, perlindungan binatang liar, ternakan, perncangan bandar dan luar bandar, pengemis-pengemis dan penjaja, kesatuan dan kebersihan awam, parit, dan tali air dan pemulihan tanah-tanah lombong.

Perkara sepuluh– Hak Keistemewaan Bumiputera
Pada prinsipnya suku kaum Bumiputera di Borneo Utara hendalah menikmati hak-hak istimewa seperti yang dinikmati oleh kaum Melayu ketika ini tidak semestinya boleh digunakan untuk Borneo Utara.

Hak kedudukan istimewa Bumiputera ini disediakan dalam Perkhidmatan Awam termaktub dalam Artikel 161 A Perlembagaan Persekutuan. dalam Artikel ini memberi kedudukan Bumiputera di Borneo Utatara dengan hak keistimewaan orang Melayu di bawah perkara 153.

Perkara sebelas- Peraturan Dalam Masa Peralihan
"tempoh peralihan hendaklah tujuh tahun, dan dlam tempoh itu kuasa perundangan hendaklah diserahkan pada negeri Borneo Utara oleh Perlembagaan dan tidak sekadar diamanahkan kepada kerajaan negeri oleh kerajaan Persekutuan." hlm 82

Perkara ini dimasukkan ke dalam Perjanjian Malaysia atau Perlembgaan Persekutuan. tempoh peralihan diberi selama tujuh tahun dan kuasa perundangan adalah di bawah kuasa kerajaan Negeri. Tujuan tempoh peralihan ini adalah untuk membolehkan peningkatan kesedaran politik di kalangan rakyat negeri Sabah supaya mereka faham akan tangungjawab mereka sebagai pemimpin kerana mereka belum lagi mempunyai pengalaman dalam mentadbir negeri sendiri sebelum penubuhan Malaysia.

Perkara dua belas- Undang-undang KUasa Kini
"undang -undang mengenai perkara-perkara Persekutuan yang baru sahaja dikuatkusakan dalam sesebuah Borneo sebelum hari Malysia, hendaklah dijalankan dan diteruskan walau pun di dapati tidak sesuai dengn sebarang peruntukan dalam perlembagaan sehingga diubah atau dibatalkan oleh kuasa tertentu."

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels