APAKAH Kepimpinan Datuk Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Perhubungan Umno Sabah tergugat? kerana para pemimpin kanan Umno siri berganti memberikan sokongan secara terbuka.
Ikrar sokongan pertama dizahirkan oleh Ketua Bahagian Umno Kota Belud merangkap Speaker Dun Sabah dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah, kemudian diikuti oleh Ketua Bahagian Umno Tuaran, Ketua Bahagian Umno Ranau, Ketua Bahagian Umno Papar dan terkini Ketua Bahagian Umno Putatan. Sebelum kenyataan dikeluarkan oleh para Ketua Bahagian itu, Ketua Bahagian Umno Kota Kinabalu juga menzahirkan sokongan yang sama; kemudian dikuti oleh Ketua-ketua Bahagian yang lain, yang keseluruhannya 24, tidak termasuk Ketua Bahagian Umno Libaran yang diketui oleh Musa sendiri.
Apa kah selepas 11 tahun Musa menjadi Ketua Menteri, maka para pemimpin parti perlu memperbaharui sokongan secara terbuka; atau kah memang ada gerakaan terselindung yang digerakkan agar supaya Ketua Menteri itu akan lalai, kerana di atas kertas dan terbuka beliau mendapat sokongan?
Sejauh mana keikhlasan para pemimpin itu? kerana keadaan pernah berlaku kepada para Ketua Menteri Sabah sebelumnya, sebelum terlepas jawatan, para hulu balangnya juga memberi sokongan padu.
Musa perlu berhati-hati dalam fenomina sokongan ini, kerana adanya sokongan yang membawa rebah.
Musa perlu meneliti, sokongan mana kah yang benar-benar ikhlas, kerana jika tersalah nilai, maka akan berlaku seperti sokongan kepada Pak Lah sebelum PRU-12.
Musa perlu bertanya pada diri sendiri, mengapa sokongan terbuka dizahirkan oleh mereka-mereka ini, sedangkan sebelum ini jarang-jarang berlaku.
Apa yang OKB harapkan, agar sokongan yang diberikan benar-benar ikhlas, bukan ekor berkait; kerana percakapan di luar kedengaran lain ceritanya. Saban hari, diputar-putar, bahawa akan berlakuknya pergantian Ketua Menteri Sabah seawal bulan oktober 2014 atau selewat-lewatnya penghujung tahun; ironinya mereka yang bercakap itu bukan ahli politik, tetapi ahli-ahli perniangaan atau orang-orang awam.
OKB banyak terdengar, sebelumpun masa-masa Mesyuarat Umno diadakan, ramai yang bercerita soal pergantian Ketua Menteri; namun sebab sebab pergantian itu tidakpun disebutkan; tiada asas kokoh malah menurut pandangan OKB tiada justifikasi.
Dalam politik ada aksi maka ada reaksi. Reaksi kepada cakap-cakap itu; maka melalui Mesyuarat Umno bahagian, maka lahirlah kenyataan terbuka menyokong kepimpinan Musa di peringkat negeri dan Najib di peringkat pusat.
Sebagai penulis dan blogger, OKB telah mengikuti perjalanan semua Ketua Menteri Sabah; setiap Ketua Menteri yang diturunkan kecuali semasa era pengiliran Ketua Menteri; rakyat mempunyai justifikasi dan alasan; namun untuk Musa, setakat ini OKB belum terjumpa sebab musabab untuk beliau digantikan.
Musa sejak dilantik sebagai Ketua Menteri berjaya membawa Sabah ke era pembangunan moden, beliau berjaya memperkaya negeri; juga beliau mampu mengwujudkan kestabilan politik.
Untuk masa ini, bagi OKB tiada keperluan menggantikan Musa; beliau perlu meneruskan sebagai Ketua Menteri Sabah, sebagai CEO untuk merealisasikan HALA TUJU SABAH. Namun, ibarat makanan, jika jenis makanan itu sahaja dihidangkan, maka akan timbul juga bosan, untuk mengatasi kebosanan itu, adalah difikirkan, Musa perlu merombak kabinet; untuk mengetengahkan pemain baru; agar pemerintahan negeri menjadi segar dengan tenaga baru. Seperti dalam pasukan bola sepak, setiap pergantian pemain, keadaan permainan akan lain, akan lebih rancak kerana adanya gaya permainan yang baru. Rakyat Sabah suka menonton permainan yang rancak dan segar. Fikir-fikirkan lah.