Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau meluluskan banyak peruntukan kepada Sabah kerana sangat komited untuk membangunkan negeri berkenaan.
Najib yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata tindakan untuk meluluskan pelbagai peruntukan ketika membuat lawatan kerja ke Sabah bukan disebabkan pilihan raya umum semakin dekat.
"(Sebaliknya) Saya ingin memastikan jurang pembangunan antara Semenanjung dan Sabah dapat dirapatkan. Kita bukan macam pembangkang yang hanya tahu jual janji. Kita adalah kerajaan yang sudah terbukti melalui trek rekod.
"Kerajaan BN berjaya memastikan kestabilan politik di Sabah, mewujudkan keamanan dan keharmonian, mentransfomasikan Sabah serta memastikan keselamatan Sabah terus terjamin...itulah kejayan kerajaan BN," katanya ketika berucap di Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Masyarakat Sabah, di Kota Kinabalu malam tadi.
Turut hadir, Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, menteri-menteri Kabinet Sabah dan pemimpin parti komponen BN di semua bahagian di Sabah.
Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan terus menambah peruntukan untuk membela nasib rakyat Sabah pada masa akan datang.
Sementara itu, Najib meminta BN Sabah mengetahui kecenderungan pengundi baharu di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di negeri berkenaan, dalam usaha meraih undi mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
"Saya lihat pada pilihan raya lepas ada kawasan di Sabah yang mendapat majoriti undi tidak sampai 1,000 dan kini kita lihat ada jumlah pengundi baharu di sesebuah kawasan mencecah 6,000 dan ia melebihi majoriti yang kita peroleh.
"Oleh itu, jentera BN di semua kawasan perlu menggunakan semua saluran yang ada untuk meraih pengundi baharu. Kita tidak boleh bergantung dengan anggota parti sahaja kerana ia belum cukup untuk menjamin kemenangan," katanya.
Najib berkata asas kekuatan BN adalah melalui jenteranya termasuk Jalinan Rakyat Plus di semua kawasan Parlimen dan DUN di Sabah, namun beliau menggesa asas kekuatan itu diperkuatkan dengan mengenal pasti pengundi yang menyokong BN.
"Kita mesti merancang untuk berjaya dan mengambil tindakan untuk berjaya...lakukan apa sahaja sampai tutup hari pengundian dan kerja kita selesai,” katanya.
Perlu 'mentaliti menang'
Sementara itu, Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dalam ucapanfnya berkata BN Sabah perlu mempunyai mentaliti ‘menang’ dalam semua aspek ke arah menghadapi PRU14.
Musa yang juga pengerusi BN negeri, berkata PRU14 perlu dianggap penting dalam memastikan BN terus menerajui kerajaan.
“Ada yang panggil PRU14 ini 'ibu segala pilihan raya' dan 'bapa segala pilihan raya'. Apa pun, ia penting kepada setiap kita.
“Kalau mahu menang, kita mesti ada cara untuk menang, mesti berfikir untuk menang dan bertindak untuk menang,” katanya.
Musa seterusnya mengingatkan anggota BN supaya tidak bersikap sambil lewa, sebaliknya perlu memantapkan gerak kerja, kerjasama dan toleransi antara anggota bagi memastikan parti itu meraih kemenangan.
Perlu turun padang
“Kita, BN perlu turun padang untuk menerangkan dan menjelaskan kepada rakyat mengenai kemampuan BN.
“Kita juga perlu menjelaskan mengapa kita menyokong Perdana Menteri kerana banyak manfaat kita dapat daripada kepimpinannya..ini fakta,” katanya.
Musa turut menjelaskan sejak Najib menjadi perdana menteri, banyak peruntukan diluluskan kerajaan pusat yang membantu Sabah melaksanakan pembangunan yang pesat.
Antaranya projek pembinaan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) yang dijangka siap akhir tahun ini, projek Pembangunan Eko Tanjung Aru dan Lebuhraya Pan Borneo.