MUNGKIN, suasana tepuh politik, meyebabkan sebahagian besar pemimpin (X- Bn) bertindak tunggu dan lihat daripada sebarang kenyataan politik.
Kalau di lihat di dada-dada akhbar tempatan, kenyataan-kenyataan politik dikuasai oleh para pemimpin parti Warisan Sabah, PH (PKR-DAP) dan Presiden STAR- Datuk Dr Jeffery Kitingan.
Tindakan berdiam diri itu, apa kah ada kaitan dengan tempoh 100 hari selepas PRU-14? atau kah terlalu awal membuat kenyataan?
Memang tempoh masa diperlukan untuk menganalisa keadaan. Namun, setidak-tidaknya, mereka membuat kenyataan berkaitan JANJI-JANJI Pakatan Harapan dan PWS semasa PRU-14.
Daripada sekian ramai pemimpin (X-Bn), penulis hanya terbaca tiga kenyataan darpada iaitu, menerusi ADUN Apas- Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan mantan Pembantu Menteri Kewangan Sabah- Datuk Ramlee Marahaban berkaitan dengan simpanan Kewangan Negeri yang dimanipulasi oleh Presiden Parti Warisan Sabah- Datuk Shafie Apdal dan kenyataan ADUN Sook- Datuk Ellron Angin yang menyanggkal kenyataan Tan Sri Harris Salleh berkaitan pembinaan PPNS, SICC dan TED.
Apa kah tindakan kerjaan masa ini, berkaitan pemansuhan sara hidup nelayan, petani, penoreh, tidak lagi relevan kepada para pemimpin (X-BN?). Apa kah pemansuhan geran komunal bagi Sabah- tidak lagi relevan dengan (X-BN?).
Apa kah pemberian Pas Khas kepada PTI/PATI tidak lagi relevan dengan X-BN?
Apa kah kenaikan harga barangan keperluan harian meskipun GST=0% tidak lagi relevan dengan para pemimpin X-Bn?
Atau kah mereka sudah bersetuju dengan tindakan dan polisi-polisi "kerajaan" pada hari ini?
Atau kah semua mereka ini, masih menunggu masa yang sesuai untuk membuat kenyataan? Sama-sama kita tunggu. Tetapi, jangan lupa, politik adalah kerja berterusan, bukannya seperti tumbuhnya cendawan selepas hujan. Apa yang malang lagi, ada pemimpin sanggup membiarkan penyokong yang sekian lama menyokong mereka, yang kini, bagaikan anak ayam kehilangan ibu, malah diminta untuk untuk berubah.