5 July 2018

KES MAHKAMAH DS NAJIB RAZAK AKAN MENGAMBIL MASA YANG PANJANG

DALAM kes jenayah diperlukan pembuktian yang saksama. Melihat kes yang dituduh kepada DS Najib Razak, ianya akan melibatkan bertimbun dokumen, melibatkan ramai saksi, bagi mengwujud kes tanpa keraguan, untuk memanggil OKT untuk mempertahankan diri.

Nampaknya pihak pendakwaan memerlukan sekurang-kurangnya setahun untuk menutup kes, kemudiannya pihak pedakwaan pula mengemukakan hujah pembelaan, sebelum mahkamah tinggi membuat keputusan. Jika mahkamah tinggi mendapati ada prima facie, maka perbicaraan sebenar berjalan, dan akan memakan masa. 

Nampaknya, sehingga PRU-15, kes DS Najib Razak tidak akan selesai.

Dalam proses perbicaraan adalah peluang terbaik mantan Perdana Menteri itu membersihkan nama, asalkan perbicaraan mengikut lunas undang-undang, tanpa campur tangan daripada pihak kerajaan yang memerintah.

Empat pertuduhan terhadap DS Najib Razak yang dibacakan di Mahkamah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada Rabu, 4 Julai, 2018, dijadualkan didengar pada Februari-Mac tahun 2019, memandangkan pihak pendakwaan belum bersedia membuat pendawaan.

Penangguhan merupakan satu tindakan penyeksaan terhadap tertuduh, bukan sahaja daripada segi mental akan tetapi daripada segi kebebasan.

Bagi DS Najib, walaupun mahkamah menahan pasport beliau sebagai syarat tambahan kepada jaminan, ianya tidak membawa makna apa-apa kerana beliau dilarang keluar negara.
Post a Comment

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels