17 August 2018

SELEPAS 100 HARI: MASA DEPAN SABAH MENUJU KEMALAPAN

Dalam ilmu kimia, petanda AKSI yang besar apabila REAKSI ditandai oleh kehadiran KATALIS. Analogi demikian boleh dilihat selepas pergantian kerajaan Sabah selepas PRU-14.

Sebuah kerajaan yang mempunyai perancangan untuk rakyat dan negeri, apabila dapat mengemukakan satu HALATUJU yang jitu bagi pelaksanaan jangka pendek dan panjang, namun selepas 100 hari, TIADA sebarang perancangan jauh sekali berkaitan HALATUJU.

Pada tahun 2003, sebaik sahaja Datuk Musa Aman (kini Tan Sri) dilantik ke jawatan Ketua Menteri, beliau melancarkan HALATUJU Sabah sehingga tahun 2025. Menerusi HALATUJU itu, maka sebahagian besar telah terealisasi, ibarat istilah pekebun, tanaman sudah berbuah, tinggal kini dituai dan yang menuainya adalah Kerajaan Warisan +PH+UPKO.

Penulis suka membangkitkan cerita antara kucing dan harimau. Mengapa harimau marah sangat dengan kucing, dan kucing sehingga kini apabila buang najis, memastikan najisnya ditimbus dengan baik. Ceritanya, kucing hanya mengajar harimau naik pokok, tetapi tidak mengajarnya turun. Inilah yang sedang berlaku pada kerajaan Sabah hari ini, mereka bukanlah pencetus HALATUJU Kemajuan dan Pembangunan Sabah, akan tetapi hanya berperanan sebagai tukang tuai. Sebab itu lah, mereka sibuk membahagi-bahagi 'HARTA RAMPASAN PERANG".

Selama 100 hari, tiada polisi kerajaan yang bercorak pembelaan rakyat, apa yang berlaku adalah pembelaan kepada para penyokong, sedangkan jumlah para penyokong tidak sampaipun 1% daripada jumlah keseluruhan penduduk.

Selain itu, polisi memberi Pas Khas kepada PATI/PATAI bukan lah polisi membela rakyat dan negeri, akan tetapi satu beban kepada rakyat dan negeri, kerana penduduk asal terpaksa berkongsi tanah dan peluang dengan "rakyat baharu".

Satu 'pembaharuan" kerajaan baru, apabila memporak perandakan sistem pentadbiran negeri, apabila melantik seseorang diluar sistem pentadibran, menerusi perlantikan PENGARAH JABATAN AIR SABAH.

Sebuah Kerajaan yang dilihat dapat membantu rakyat, apabila dapat meningkatkan pendapatan/perolehan negeri menerusi Bajet tahunan, dapat mengemuka cadangan bagai mana meningkatkan peluang-peluang pekerajaan, dapat meningkatkan aktiviti perekonomian, namun kerana ketiadaan HALATUJU yang jelas, yang mana kerajaan yang ada terlihat hanya sebagai kerajaan koboi, nampak gaya, masa depan negeri dan rakyat akan menuju kemalapan!!!!

Apa yang pasti, rakyat akan terus berdepan dengan sara hidup yang tinggi, berdepan dengan pengangguran. Dan pasti, jumlah rakyat yang msikin akan bertambah, selepas kadar kemiskinan berjaya diturunkan pada kadar 5% pada tahun 2017 daripada lebih 19% tahun 2009. 

Melihat cara kerajaan semasa memerintah, nampak gayanya, simpangan kewangan negeri yang berjumlah lebih RM3bilion, akan terhakis dalam tempoh 5 tahun, keluasan kayu balak seluas 1.87juta hektar akan terus berkurangan, kerana kepimpinan yang ada, tidak tahu bagai mana menambah pendapatan, kerana pengamalan mereka hanya tahu berbelanja.

Kemajuan dan pembangunan Sabah, akan terkeluar daripada LANDASAN pembangunan & Kemajuan, kerana kerajaan sekarang, ibarat KERA MENDAPAT BUNGA.

14 August 2018

BAGAI MANA STRUKTUR KEPIMPINAN PARTI GABUNGAN BERSATU SABAH (PGBS)?

Apa pun namanya parti atau gabungan parti-parti, yang paling mustahak siapa yang mengetuai.

Diberitakan bahawa Umno, PBS, STAR dan PBRS akan menubuhkan sebuah parti yang dikenali sebagai Parti Gabungan Bersatu Sabah (PGBS), sebenarnya ianya suatu cadangan pasca PRU-14, khususnya selepas Bn plus Star kehilangan kuasa pada 11 Mei 2018, ekoran pengkhinatan salah sebuah parti komponen Bn- UPKO yang bergabung dengan Warisan dan PH.

PGBS yang bakal ditubuhkan itu mempunyai 21 ADUN daripada 60 yang terdiri daripada 11 Umno, 6 PBS, 2 STAR dan 1- Ex UPKO dan 1 PBRS. Kesemua 21 ADUN itu adalah daripada bumiputera Sabah.

Melihat kepada 21 ADUN itu, 11 adalah bumiputera islam dan 10 adalah bumiputera bukan islam. 

Sebelum gabungan itu menentukan siapa yang mengetuai gabungan itu, perlu mengambil kira komposisi DUN Sabah, iaitu 32 kawasan bumiputera islam, 20 kawasan bumiputera bukan islam dan 8 kawasan cina.

Gabungan sebagai parti pembangkang perlu mengambil kira persepsi rakyat berasaskan jumlah kerusi, jika mahu mendapat sokongan majoriti pada PRU-15.

Sebagai asas pertimbangan gabungan itu, Umno sebenarnya mempunyai 17 ADUN pasca PRU-14, namun 5 ADUN telah menjadi KATAK, manakala seorang menjadi ADUN bebas, iaitu ADUN Sukau.

Kalau melihat sokongan pasca PRU-14 memang, asas kepada gabungan baru itu kaum bumiputera islam lebih banyak kerusi berbanding bumiputera bukan islam, dengan komposisi 17:14.

Jika asas itu digunakan untuk menentukan parti mana mengetuai gabungan itu, maka sudah tentunya bumiputera islam. 

Demi keadilan semua pihak, maka gabungan itu dicadangkan berkomposisi Ketua- Bumiputera islam- Timbalan Bumiputera bukan islam, untuk melihat kepada pemimpin parti dalam gabungan itu, maka Datuk Hajiji Haji Noor dijadikan sebagai ketua, dan timbalan-timbalan daripada KDM dan cina. Atau gabungan itu mengwujudkan majlis presiden dengan melantik Pengerusi sahaja. Fikir-Fikirkan.

13 August 2018

ANWAR IBRAHIM PERLU SELAMATKAN MALAYSIA

Penulis bukan lah penyokong Anwar, juga bukan penyokong parti yang beliau pimpin. Namun, melihat kepada senario politik hari ini, penulis nampak hanya Presiden PKR dipilih itu boleh menyelamatkan Malaysia.

Anwar yang berlatar belakangkan pejuang melayu, pejuang islam dan sehingga kini perjuangan itu belum luntur-luntur, maka penulis yakin bahawa menerusi kepimpinan beliau melayu dan agama islam terus terpelihara.

Bangsa melayu dan umat islam terlihat sangat terpinggir dalam Kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui Tun Dr Mahathir, kerana PM ke-7 itu perlu ikut telunjuk pemimpin DAP yang mempunyai perjuangan Malaysian Malaysia.

Sejak PH mengambil alih kerajaan pada 10 Mei, 2018, kedudukan agama islam, Melayu, Bahasa Melayu dan Raja-Raja Melayu banyak dikompromikan.

Bagi membendung bibit-bibit perang saudara dalam negara berlaku, maka tiada pilihan lain, Dato Seri Anwar perlu dengan segera kembali ke Parlimen dan seterusnya mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada parti yang minoriti dalam Pakatan Harapan.

Penulis yakin, berasaskan keadaan sekarang, bukan sedikit penyokong PKR termasuk para wakil rakyat parti itu tidak seiring atau tidak setuju dengan tindakan kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir. Apa tah lagi, cara kerajaan memerintah lebih suka bercakap, membuat berbagai tuduhan terhadap kerajaan lalu seolah-olah mereka masih pembangkang.

Kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir bukan memerintah negera ini sebagai kerajaan akan tetapi kerajaan yang mahu memusnahkan negara.

12 August 2018

DEMOKRASI MALAYSIA MENUJU SISTEM DUA PARTI?

Satu isyarat diberikan rakyat Malaysia pada PRU tahun 2008, bahawa rakyat yang bermastautin di kawasan maju berkenderungan menolak government of the day.

PRU tahun 2008 untuk pertama kalinya Bn kehilangan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat apabila menang 140 daripada 222 kerusi Parlimen- Kuasa 2/3 adalah 148 kerusi.

Pada PRU-13 tahun 2013, kemerostan sokongan kepada Bn beterusan apabila jumlah kerusi yang dimenangi berkurangan kepada 133 kerusi parlimen diikuti kehilangan undi popular.

Pada PRU-14, tahun 2018, Bn kehilangan kuasa selepas memerintah negara hampir 61 tahun, apabila hanya menang 79 kerusi Parlimen, 54 kerusi disumbangkan parti Umno. Jumlah kerusi Umno itu menunjukkan bahawa parti itu kehilangan 24 kerusi berbanding PRU-13.

Daripada 79 kerusi yang dimenangi Bn itu, 32 di kawasan pedalaman, 23 luar bandar, 17 spra bandar dan 7 pinggaran bandar.

Melihat kepada kecenderungan itu, menunjukkan bahawa semakin majunya satu kawasan, maka pengundi bebas memilih parti kerana tidak lagi bertanya apa sumbangan parti terhadap mereka. Makna kata, pengundi mengunakan kuasa demokrasi secara total tidak lagi terikat.

Ambil contoh di Sabah, kawasan-kawasan maju seperti Sepanggar, Penampang, Putatan, Kota Kinabalu, Papar, Tawau dengan pengecualian Kota Belud, Semporna, Tenom, Kalabakan, Silam, Keningau dimenangi parti yang melawan Bn.

Kalau lah dianalisa secara mentah keputusan PRU sejak tahun 2008, menunjukkan bahawa semakin maju sesebuah kawasan cenderung menolak kerajaan of the day. Apa kah kecederungan ini beterusan? sehinggakan demokrasi Malaysia mencontohi sistem dua parti seperti di Amerika?. 

Atau dengan adanya kecenderungan itu, maka penyebab Kerajaan Pakatan Harapan tidak mahu mahu menambah pendapatan rakyat? kerana menerusi peningkatan pendapatan yang boleh dibelanjakan menyebabkan perkembangan ekonomi sesebuah kawasan yang mendorong kepada kemajuan. Dengan menghalang kemajuan, maka memperlambat kewujudan sistem dua parti yang saling berganti setiap PRU?

PRU-15 SABAH: APA PILIHAN RAKYAT?

Sepanjang 5 tahun ini, isu yang sentiasa menyelimuti politik Sabah adalah berkaitan MA63, selain isu royalti minyak dan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Sara hidup yang dikaitkan dengan harga barangan, walaupun dianggap sebagai isu muktabar, namun tidak sehebat tiga isu yang di sebut pada para pertama tulisan ini.

Juga, rakyat akan melihat figura para pemimpin, kerana rakyat akan menilai siapa pemimpin utama.

Berasaskan kepada senario selepas PRU-14, telah jelas figura utama adalah Datuk Shafie Apdal sebagai Presiden Parti Warisan Sabah, sementara di pihak Umno adalah Datuk Hajiji Mohd Noor.

Jika mengimbas kembali pada PRU-14, Shafie mampu mendobrak 15 wilayah Umno, 3 wilayah cina dan 3 wilayah KDM, di peringkat DUN, manakala di Peringkat parlimen sebanyak 7 daripada 14 yang biasanya menjadi wilayah Umno sejak PRU 2004.

Parti Umno Sabah perlu mengakui, bahawa figura Shafie telah menyumbang kepada pencapaian PWS pada PRU-14. Figura Shafie juga telah menyumbang di kawasan-kawasan yang ditandingi PKR dan DAP, sehinggakan mampu menawan 29 kerusi Dun identikal dengan jumlah pencapaian Bn.

Fakta yang perlu diterima juga, bahawa Bn pada PRU-14 secara mutlak ditolak oleh kaum cina. Namun apa yang menarik pada keputusan PRU-14, kaum KDM masih bersama Bn, berbanding dengan kolaborasi PWS, PKR dan DAP.

Berdepan PRU-15, melihat kepada kecenderungan rakyat Sabah, nampak gaya, Umno, PBS dan STAR, tidak akan mampu menembusi kawasan cina, atas sebab itu, tiga parti itu tiada pilihan melainkan fokus kepada kaum bumiputera.

Apa pilihan Umno Sabah? pertama mesti memartabatkan roh MA63, konsisten dengan royalti minyak. Dua isu mudah pendekatannya, kerana hanya mempunyai sasaran, iaitu Kerajaan Persekutuan, namun bagi isu PATI, maka perlu mengambil jalan tengah, kerana berdepan dengan situasi di luah mati bapa, ditelan mati emak. Kegagalan PWS mendapat sokongan kaum KDM kerana berkaitan dengan PATI, di lain pihak pula Umno kehilangan sokongan kerana isu PATI.

Keadaan senario politik Sabah kini, di pihak PWS, juga ada UPKO yang sensitif terhadap PATI, manakala di pihak Umno pula ada PBS dan STAR yang sensitif berkaitan isu yang sama.

Jika kawasan DUN Sabah kekal 60, kawasan yang berimpak berkaitan PATI sebanyak 20 kawasan, iaitu kawasan KDM, manakala 32 lagi, bergantung bagaiaman PWS dan Umno memainkan isu itu.

Jika kawasan KDM yang masih mengekalkan keputusan PRU-14, yang mana kawasan KDM yang masih menyokong BN sebanyak 13 DUN + STAR-2, maka jika Umno/Bn mahu menubuhkan kerajaan, maka perlu menang paling sedikit 16 Dun daripada 32, menrusi jumlah itu, maka Umno/Bn, PBS dan STAR dapat menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah, dan jangan lagi berlaku pengkhinatan seperti mana pada 10 Mei 2018, apabila 4 ADUN Umno dan 2 UPKO berpaling tadah dan menjadi KATAK.

Penulis tidak menidakkan keupayaan PWS dan UPKO serta PKR dan DAP, kerana barisan kepimpinan mereka pada PRU-14 mampu mendapat 29 kerusi Dun, walaupun hanya mempunyai seorang figura, iaitu Shafie Apdal, namun keupayaan mereka itu dibantu oleh tsunami politi tanah air yang dikemudikan oleh Tun Dr Mahathir yang berpaksikan kepada isu ciptaan mereka, khususnya isu yang dikaitkan dengan Dato Seri Najib Razak, selain janji-janji yang sukar ditunaikan, seperti pemansuhan hutang PTPTN, penurunan harga barang yang dikaitkan dengan GST.

Kini, senario telah berubah hampir 360 darjah, dan sudah tentunya jika Umno, PBS dan STAR dapat mempergunakannya sebagai kelebihan, maka peluang rakyat Sabah menyokong semula, cukup terserlah.

PBS dan STAR masih bersandarkan kepada pemimpin lama parti itu, berbeza dengan Umno yang telah berubah, walaupun pemimpin yang menerajui Umno Sabah adalah para pemimpin veteran.

Umno Sabah dinahkodai oleh Datuk Hajiji Noor sebagai Pengerusi, Datuk Bung Moktar Radin-MP Kinabatangan sebagai Timbalan, Setiausaha Agung- Datuk Masidi Manjun, Ketua Penerangan- Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia-mantan Speaker Dewan Rakyat.

Pandikar belum teruji sebagai barisan pemimpin Umno Sabah, kecuali semasa masih Ketua Bahagian Umno Kota Marudu, sebelum tahun 2008.

Sebagai Ketua Penerangan Umno Sabah, mantan Speaker itu mempunyai tugas berat, kerana perlu menggalas tugas sebagai pengempur utama di barisan depan, khususnya di wilayah BUMIS (bajau-ubian-melayu Sabah-Irranun dan Suluk) yang mana 15 kawasan itu telah ditawan PWS pada PRU-14 lalu.

Umno Sabah perlu mengakui, menawan kawasan BUMIS adalah kunci utama bagi Umno dan parti sekutunya menubuhkan kerajaan selepas PRU-15.

Sebab itu lah, PRU-15, apa pilihan rakyat Sabah, sangat bergantung kepada keampuhan barisan pengempur Umno di kawasan-kawasan yang disebutkan. Bagi kawasan pantai Barat pula, ramai pemimpin Umno boleh menjadi sandaran, antaranya Datuk Anifah Aman, Datuk Arifin Arif, di kawasan Beaufort ada Datuk Azizah Mohd Dun Banir, dibantu oleh para pemimpin veteran seperti Datuk Sapawi Ahmad, Datuk Isnin Aliasnih, manakala di Bahagian Tawau, sangat bergantung harap kepada Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Kepada para pemimpin Umno Sabah, termasuk para Ketua Bahagian, bermula daripada sekarang lupakan semua ego, ulasan-ulasan negatif, bersatu lah di bawah kepimpin Datuk Hajiji Noor bersama dengan saf kepiminan Umno Sabah yang baru, tanamkan pada sanubari masing-masing, bahawa MISI PRU-15 adalah merampas semula kerajaan.

11 August 2018

MENAFIKAN SUMBANGAN UMNO/BN: TIDAK ADIL!!!

Tiada siapa boleh menafikan sumbangan Umno/Bn kepada rakyat Malayisa. Mereka yang menafikan sumbangan itu termasuk dikalangan bukan Melayu adalah tindakan tidak adil!!!!

Apabila Umno kehilangan kuasa, maka para pemimpin parti itu yang lupa daratan perlu bermuasabah diri atau dengan bahasa kasar berundur, supaya parti bukan lagi sebagai parti untuk merebut kedudukan dan pangkatl untuk kepentingan diri, akan tetapi Umno yang dilihat oleh rakyat sebagai pembela rakyat dan tanah air.

Umno kena menghakis anggapan, bahawa parti itu dihantui rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pembaziran berleluasa, kerana itu lah persepsi rakyat, sehinggakan kerajaan yang ditunjangi kalah pada PRU-14.

Para pemimpin Umno, pura-pura tidak sedar, bahawa sejak PRU tahun 2008 dan 2013, rakyat sudah memberi isyarat, namun para pemimpin tidak juga sedar-sedar, sebaliknya terus beranggapan bahawa mereka masih mendapat sokongan. Umno lebih suka kepada pemimpin pengampu, pemodek berbanding pemimpin yang boleh menggamit sokongan rakyat.

Kegagalan Umno melihat tindakan Tun Dr Mahathir, memecat Tan Sri muhiyiddin Yassin, menggantung keahlian Datuk Shafie Apdal, memecat Dato Mukhriz Mahathir daripada jawatan Menteri Besar, telah membawa kepada kejatuhan Umno. Demikian juga kegagalan pucuk parti mengenal pasti, kemerosotan sokongan rakyat, seperti mana tindakan Tun Dr Mahathir pada tahun 2003 dan Pak Lah pada tahun 2009. 

Di Sabah pula, para pemimpin yang terang-terangan menjadi liabiti parti, masih juga memakasa menjadi calon, dan akibatnya mereka dimalukan oleh calon-calon tidak bernama.

Di Semenanjung, Orang Melayu pula telah hilang pedoman. Dalam perebutan kuasa itu, mereka bersengketa sesama sendiri dan berpecah belah. Orang Cina melihat keadaan itu, membuat perkiraan, bersatu di belakang DAP untuk menjatuhkan kerajaan BN yang diterajui Umno dan menuntut lebih daripada apa yang mereka perolehi selama ini melalui MCA dan Gerakan, diikuti oleh orang India.

Sebahagian orang Melayu yang tidak puas hati dengan pemimpin-pemimpin Umno dan termakan dengan cacian Tun Dr Mahathir yang melampau itu, tetapi tidak memikirkan mudarat yang lebih besar akibat kejatuhan kerajaan BN yang diterajui Umno di peringkat Persekutuan, beralih mengundi Pakatan Harapan dalam PRU 14.

Maka, pada 9 Mei 2018, tibalah hukuman ilahi terhadap Umno: BN yang diterajui Umno kalah dalam PRU14. Apa yang ditakuti akan berlaku telah berlaku.

Persepsi Umno terkubur?

Tetapi, adakah dengan kekalahan dalam PRU14 itu, Umno sudah terkubur? Saya katakan tidak. Alasannya adalah, pertama, Umno memperolehi lebih banyak undi orang Melayu (40%) daripada HARAPAN (23%) dan PAS (25%). Jika dilihat dalam ruang lingkup Sabah, pun demikian, kerana 30 kawasan Dun yang ditandingi Umno, 15 dimenangi (50%), manakala 14 kawasan Parlimen yang ditandingi parti itu 7 dimenangi (50%).

Secara umum, majoriti pengundi Melayu masih menolak HARAPAN. Jika dicampur pengundi Melayu yang mengundi Umno dan PAS, jumlahnya adalah 65 peratus. Ertinya, jika Umno dan PAS boleh bekerjasama, Umno dan PAS masih boleh mendapat 65 peratus undi Melayu.

Penulis percaya, dengan mengelak pertandingan tiga penjuru di Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu, sebilangan kerusi yang dimenangi HARAPAN boleh dimenangi Umno atau PAS.

Kedua, kebanyakan orang Melayu yang berpindah mengundi HARAPAN dalam PRU14 bukanlah ahli-ahli Umno yang keluar dari Umno dan menjadi ahli PKR, BERSATU atau AMANAH.

Mereka mengundi HARAPAN kerana Tun Dr Mahathir berjaya menjadikan mereka bencikan Datuk Seri Najib Razak. Mereka percaya bahawa Tun Dr Mahathir mampu mengawal DAP seperti mana Umno mampu mengawal MCA dan Gerakan, namun dalam tempoh 100 hari, anggapan itu tersasar jauh, dan faktanya sekarang DAP menguasai Kerajaan.

Mungkin sekarang, ada yang sebahagian daripada mereka mungkin telah menyesal? Namun, nasi sudah menjadi bubur, tidak berlaku terlajak perahu boleh diundur, maka mereka perlu menunggu 5 tahun lagi, jika mereka benar-benar menunjukkan penyesalan, maka akan menolak menyokong PH pada PRU-15.

Namun tindakan-tindakan segelintir pemimpin dan juga ahli-ahli Umno yang merasakan bahawa Umno akan terkubur, maka berlumba-lumba pula meninggalkan parti dan teregih-egih menyertai parti yang telah menang. Mereka yang lari itu adalah bekas-bekas pemimpin tinggi parti yang menjadi kaya raya kerana memperalatkan parti, malah ahli-ahli yang beranggapan bahawa pemimpin yang kalah tidak mampu lagi memberi habuan kepada mereka, juga ikut lari ke parti yang menang.

Bagi penulis, biarkan lah mereka lari, daripada menjadi duri dalam daging, menjadi musang dalam reban ayam.

Apa Kah Perjuangan Umno Masih Relevan?

Adakah perjuangan Umno masih relevan? Perjuangan Umno selepas merdeka adalah untuk memastikan bahawa hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam yang termaktub dalam Perlembagaan, tidak terhakis. Di Sabah pula, perjuangan Umno adalah membela bumiputera Sabah, tanpa mengira latar belakang agama dan suku bangsa.

Jika itulah matlamat perjuangan Umno masih kekal, maka perjuangan parti itu masih relevan.

Satu persoalan apa kah mereka yang menjadi ahli dan penyokong parti mempunyai anggapan, apakah untung dan rugi mereka menjadi ahli, menyokong dan mengundi parti? Penulis berpendapat, tidak lah demikian, pertimbangan rakyat adalah, sebuah parti yang difikirkan paling berkemungkinan memberi lebih banyak apa yang mereka kehendaki adalah parti yang menjadi pilihan mereka. Pada masa ini ia adalah DAP. Manakala di Sabah PWS, bukan lah parti yang menang, meskipun merampas separuh daripada kawasan-kawasan Umno, kerana kawasan KDM majoriti masih dimenangi parti-parti KDM dalam Bn.

Akan tetapi selepas PRU-14, senario politik sekarang, kaum cina dan india dan sesetengah kaum bumiputera Sabah tidak akan menyokong Umno atau Bn, selagi mereka melihat, bahawa DAP masih merupakan tunjang kepada Kerajaan, kerana mereka berpendapat, akan lebih banyak manafaat mereka dapat menerusi parti itu berbanding dengan Umno. Menerusi argumentasi itu, cadangan sesetengah pemimpin muda dalam Umno yang dipelopori Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk mengubah perjuangan Umno (menurut istilah mantan Ketua Pemuda itu- Jalan TENGAH) adalah tidak relevan, kerana kaum cina dan india tidak akan yakin bahawa apa yang nikmati menerusi Umno akan lebih baik daripada DAP. Atau kah Umno ingin mencontohi cara PKR? jika demikian, apa perlunya lagi Umno? bubar sahaja Umno dan semua ahli menyertai PKR!!!! di Sabah pula, bubar sahaja Umno Sabah, dan menyertai samada parti PBS atau Parti Warisan sabah (PWS).

Hakikat perlu diterima, walaupun keahlian PKR terbuka kepada orang bukan Melayu, di Semenanjung Tanah Melayu, setelah dua abad, berapa peratuskah ahlinya terdiri daripada orang Cina dan India? Akan tetapi berbeza di Sabah, PWS mampu menerobos separuh daripada ahli Umno jika dilihat pada keputusan PRU-14 lalu.

Berasaskan keputusan PRU-14, maka Umno perlu mempunyai dua pendekatan, di Semenanjung lain pendekatan, manakala di Sabah lain pendekatannya. 

Pemulihan imej dan kredibiliti

Disebabkan oleh pemimpin-peminpinnya, hari ini, imej Umno berada di paras yang paling rendah dalam sejarah. Pemimpin-pemimpinnya sudah hilang kredibiliti.

Usaha memulihkannya amatlah sukar. Selagi pemimpin-pemimpin yang sudah hilang atau kurang kredibiliti itu masih memegang jawatan dalam Umno, orang akan melihat bahawa tiada apa-apa perubahan yang berlaku kepada Umno.

Maka, pemimpin-pemimpin yang menjadi tanggungan (liabiliti) kepada parti, sama ada kerana persepsi rasuah atau penyalahgunaan kuasa yang tinggi atau oleh sebab-sebab lain, hendaklah mengundur diri daripada memegang jawatan dalam Umno.

Setiap pemimpin hendaklah melakukan muhasabah diri dan menjawab dengan jujur “Adakah aku menjadi tanggungan kepada Umno dalam usaha memperbaiki imejnya?"

Jika jawapannya “Ya”, maka eloklah dia berundur. Tetapi, dalam keadan sekarang, tindakan singkir menyingkir tidak patut dikakukan. Ia akan menyebabkan ketidakstabilan dalam parti dan permusuhan sesama sendiri yang akan melemahkan parti lagi sedangkan inilah masanya untuk bersatu padu dan memperkuatkan semula parti.

Maka, pemimpin-pemimpin yang merasai dirinya juga menjadi tanggungan kepada pemulihan imej Umno tetapi enggan menarik diri atau pun merasakan bahawa perkhidmatan mereka masih diperlukan, eloklah menampakkan bahawa mereka telah bertaubat dan akan menjalani kehidupan baru yang bersih.

Fokus kesilapan HARAPAN

Kempen HARAPAN dalam PRU14 hanyalah tertumpu kepada mencari keburukan kerajaan BN, terutama sekali kesalahan pemimpin-pemimpin Umno. Pengundi termakan umpan mereka. Fokus itu masih diteruskan, meskipun PH telah menjadi kerajaan. Dakwaan-dakwaan berkaitan hutang negara, wang input GST yang berjumlah dikatakan hilang, menunjukkan, bahawa kerajaan PH, masih tidak percaya mereka adalah kerajaan. 

Sekarang mereka memerintah. Dalam masa tiga bulan pun kita sudah dapat melihat konsesi yang diberikan kapada orang bukan Melayu/Islam yang diambil daripada orang Melayu/Islam.

Umno perlu menguna pakai isu-isu itu untuk menyedarkan orang Melayu sebagai penggalas kejahtuan kerajaan PH pada PRU-15.

Parlimen Malaysia telah hilang dekorumnya. Perbahasan telah menjadi pertengkaran. Siaran langsung seolah-olah menggalakkan mereka berbuat demikian, kerana mereka akan dilihat sebagai jaguh oleh pemerisa/penonton.

Penulis berpendapat wakil rakyat Umno tidak mengikut gelagat mereka. Tunjukkan bahawa bangsa Melayu adalah satu bangsa yang beradab sopan, berbudi bahasa, malah dalam berhujah pun, Islam mengajar adabnya. Berhujah bukan bertengar, namun melihat persidangan Parlimen sekarang ini, khususnya daripada PH mereka bukan berhujah, akan tetapi bertengkar seperti mana ditunjukkan oleh MP Jelutong, RS Nyair, yang bertindak seperti manusia yang TIDAK BERTAMADUN!!! Demikian juga istilah-istilah yang digunakan Tun Mahathir dan Lim Guan Eng, bukannya tujuan berhujah, akan tetapi mengwujudkan pertengkaran. Kerana istilah-istilah yang digunakan, maka mengundang reaksi, maka timbullah perkatataan seperti "fuck you" "puki mak" "kepala bapak".

PRU14 berulang 

Dalam keadaan sekarang, jika Umno bersendirian adalah terlalu kecil untuk memberi impak yang secukupnya. Umno kena bekerjasama dengan parti-parti lain. Walaupun, kerjasama Umno-Pas dirintis melalui PRK Sungai Kandis, ianya terhad kepada kerjasama pemimpin, bukannya akar umbi. Akar umbi Pas, belum bersedia menyokong Umno, namun penyokong Umno, apa kah menyokong Pas, akan terlihat pada PRK Seri Setia, kerana Umno tidak meletakkan calon.

Namun dalam politik semua berkemungkinan. Meskipun terlihat sangat, bahawa kerjasama Umno-Pas tidak akan berlaku dalam masa singkat, akan tetapi jika dua belah pihak menyimpan ego masing-masing, ianya bakal berlaku. Jika melihat kebelakang, Pas dapat bekerjasama dengan DAP, jika dilihat daripada kamus dua parti itu, maka kerjasama tidak bakal berlaku. Demkinan juga kerjasama Tun Dr Mahathir dengan Lim Kit Siang dan Dato Seri Anwar Ibrahim, jika dilihat daripada perspektif dua pihak tidak akan berlaku, namun ianya benar-benar berlaku.

Jika Umno dan Pas masih tidak sedar dan mengekalkan pendirian masing-masing, maka keputusan PRU-14 pasti berulang, Umno dan Pas menang sorak, kampung tergadai. Di Sabah pula, pendekatan itu tidak boleh diguna pakai, kerana senario politik Sabah sangat berbeza. Umno Sabah kena bekerjasama rapat dengan parti-parti seperti PBS dan STAR untuk bersaing dengan PWS. 

Di Semenanjung, Umno dan Pas perlu mengelak bertembung sesama, manakala di Sabah Umno-PBS-STAR mengelak bertembung sesama. Jika pendekatan itu dapat dilakukan, tiada yang mustahil dalam politik, PRU-15 Semenanjung akan jadi milik Umno-Pas, manakala Sabah akan jadi milik Umno-PBS-STAR.

Walaupun kerjasama seumpama itu masih angan-angan, kerana bukti dan fakta menerusi PRK Sungai Kandis, nampaknya melayu masih tidak sedar-sedar.

Jika trend PRK Sungai Kandis beterusan di PRK Seri Setia, nampaknya pengusaan DAP akan berlanjutan untuk masa yang panjang.

Rakan parti bukan Melayu

Hakikat yang menjadi kenyataan, bahawa semasa Umno kuat, parti-parti bukan Melayu, melutut untuk bersama-sama dengan Umno. Apabila BN yang diterajui Umno kalah, semua lari. Penulis percaya jika gagasan Umno-PAS dapat diperkuatkan dan PAS keluar daripada kotak pemikiran Kelantan, ada parti bukan Melayu yang akan mendekatinya semula.

Itu jugalah yang berlaku kepada HARAPAN. Selepas menang, parti yang menjadi anggota BN pun ada yang lari untuk menyertainya. Hal yang sama boleh berlaku sebaliknya apabila pakatan Umno kuat semula.

Tiada siapa yang tahu apa akan berlaku di masa hadapan. Manusia hanya boleh mencongaknya, mungkin betul, mungkin tidak. Tetapi, pemimpin-pemimpin Umno kena sedar sendiri apa kesilapan mereka.

Betulkan kesilapan itu, perhati keadaan semasa pada sesuatu masa, sesuaikan strategi dengannya tanpa menjual matlamat dan maruah. Fikir-Fikirkan.

10 August 2018

MP LANGKAWI- SELEPAS TUN MAHATHIR, MAKA DATO SERI ANWAR!!!


Presiden PKR yang dipilih Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi isyarat, bahawa beliau tidak terdesak untuk kembali ke Parlimen dalam masa terdekat. Beliau maklum, bahawa dalam tempoh dua tahun sesuai dengan janji Pakatan Harapan, beliau akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri, dengan syarat berlakunya kekosongan kerana 'kematian", jika tidak berlaku kekosongan kerana "kematian" maka pertukaran kepimpinan akan berlanjutan sehingga tamat tempoh Kerajaan Pakatan Harapan.

Melihat cara Anwar, beliau kurang berminat untuk kembali ke Parlimen menerusi pengosongan kerusi SECARA sengaja , sebaliknya beliau lebih berminat bertanding di Langkawi selepas Tun Dr Mahathir. Isyarat ketidak minatan Anwar itu, apabila isteri dan anak beliau tidak akan mengosongkan kerusi. Namun ada beberapa MP PKR gagal membaca isyarat itu.

Kenyataan Datuk Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah Anwar, bahawa jawatan TPM tidak akan berubah, meskipun Anwar menjadi Presiden PKR, memperkuat isyarat, bahawa Anwar tidak akan kembali ke Parlimen selagi Tun Mahathir Perdana Menteri.

Menerusi isyarat itu maka memperkuat anggapan, bahawa  Anwar tidak akan jadi Perdana Menteri, selagi Tun Dr Mahathir masih hidup!!! Mungkin antara dua pemimpin itu ada "kesepakatan", kerana , sejak Anwar diampunkan, tiada tanda-tanda beliau terdesak untuk menerajui Kerajaan Pakatan Harapan, sebagai Perdana Menteri.

Sebelum ini, Tun Dr Mahathir pernah membayangkan, bahawa beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri selagi rakyat menghendakinya, malah beliau membayangkan isu Anwar menjadi Perdana Menteri tidak penting atau kurang relevan.

9 August 2018

UMNO SABAH MENENTUKAN HALA TUJU SENDIRI

Salah satu reformasi UMNO, adalah memberi kuasa kepada Umno Sabah menentukan hala tuju sendiri. Menerusi kaedah itu, maka Umno Sabah akan ditadbir urus sepertimana parti-parti tempatan lain.

Umno Sabah dirasakan perlu mempunyai haluannya sendiri, sesuai dengan kemajmukan penduduk Sabah yang berbilang kaum dan agama.

Mendasari pendekatan baharu itu, maka soal-soal pemilihan calon pada pilihan raya, sepenuhnya ditentukan oleh Umno Sabah sendiri, dan tidak perlu lagi merujuk kepada Presiden Umno seperti mana kaedah yang diguna pakai sebelum ini.

Pada asasnya, sebelum inipun penentuan calon-calon daripada parti itu ditentukan oleh Pengerusi Perhubugan Negeri, namun ianya perlu persetujuan daripada Presiden.

Menerusi cara Umno Sabah diurus, maka tidak timbul lagi dakwaan, bahawa Umno Sabah masih tergantung dengan pemimpin Kuala Lumpur.

Hanya perbezaan sedikit, bahawa Umno Sabah tidak mempunyai Ahli Majlis Tertinggi, seperti mana lazimnya sesebuah parti, akan tetapi saf kepimpinan diwakili oleh Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi yang terdiri daripada Ketua-Ketua Bahagian, selain jawatan-jawatan exco seperti Pengerusi Perhubungan, Timbalan Pengerusi, Ketua Penerangan, setiausaha dan Bendahari serta officio yang lain.

Bagi penulis, jika apa yang disebutkan di atas digunapakai bagi Umno Sabah, maka rakyat akan lebih mudah memberi sokongan, kerana hala tuju dan haluan Sabah ditentukan sendiri, tanpa terikat dengan mana-mana pihak. Fikir-Fikirkan Lah.

6 August 2018

TIDAK MUSTAHIL BN DAPAT RAMPAS SEMULA PUTRAJAYA

Parti PAS telah buktikan, bahawa sesebuah parti boleh menang semula. 

Menerusi PRU tahun 1999, Pas menang di Terengganu, namun tewas pada PRU-2004. Dua penggal parti itu berusaha, dan hampir-hampir menang pada PRU-2013. Pada PRU-14, tahun 2018, akhirnya parti itu memerintah semula di Terengganu.

Sebenarnya, bukan perkara mustahil bagi sesebuah parti yang kehilangan kuasa untuk bangkit semula.

Di negara ini, meskipun terlalu singkat menilai kerajaan Pakatan Harapan, namun rakyat yang mengundi PH mulai sedar, bahawa mereka berdepan dengan kerajaan seperti kera mendapat bunga, rakyat terperangkap pada guruh di langit di sangka hujan bakal turun, lalu mencurahkan air di tempayan. Rupanya, kerajaan yang mereka sokong, bukan sahaja tidak membela rakyat, akan tetapi parti itu sibuk berebut harta karun!!!.

Dalam masa singkat perbuatan berebut harta karun, belum menimbulkan ketidak puas hatian, kerana berbagai alasan, seperti beri peluang, tak kan kahwin hari ini terus dapat anak dan sebagainya. Namun, lambat laun, rakyat akan tepuh dengan alasan itu. 

Apabila perasaan rakyat tepuh, maka apapun tindakan kerajaan, jika rakyat majoriti membuat keputusan, maka sesebuah kerajaan akan tumbang.

Kerajaan Bn tumbang, kerana rakyat sudah merasa bosan, tepuh, sehinggakan mereka tidak mengunakan fikiran waras semasa mengundi pada PRU-14. Perasaan rakyat itu masih berlarutan, apabila sekali lagi dibuktikan menerusi PRK Sungai Kandis, Selangor.

Pasukan Bn, telah mengutarakan berbagai kelemahan kerajaan PH, termasuklah berkaitan perbuatan para pemimpin PH yang menghina agama islam, menghina kaum melayu, menghina raja-raja melayu, pun demikian belum dapat mengatasi kebosanan dan perasaan tepuh mereka, dan masih memberi kemenangan kepada calon PKR, parti dalam PH.

Tetapi kepada para pemimpin Bn, jangan berputus asa, kerana perasaan bosan dan tepuh, mempunyai jangka masa untuk dineutralisasikan. Ambil ikitbar pada parti Pas, seperti mana tajuk tulisan ini.

5 August 2018

PRK SUNGAI KANDIS- PERPECAHAN MELAYU REAL


Tiada yang mampu dibuat kaum melayu, jika terus berpecah. Selagi kaum itu berpecah, maka kaum lain akan menentukan hala tuju.

Melihat keputusan PRK Sungai Kandis, meskipun calon Bn disokong lebih 9,000 pengundi melayu, akan tetapi jauh ketinggalan daripada segi undi, kerana calon PKR mendapat undi kaum cina lebih 10,000. 

Kemenangan calon PKR ditentukan oleh kaum cina, bukannya kaum melayu, walaupun calon parti itu masih mendapat 3,000 pengundi kaum melayu.

Melihat kepada keputusan PRK Sungai Kandis adalah petunjuk jelas, bahawa kebangkitan Umno sangat bergantung kepada tindak balas kaum melayu.

Kaum cina sangat peka terhadap perpecahan kaum melayu, kerana itulah keadaan yang ditunggu-tunggu sekian lama. Dalam keadaan melayu berpecah, adalah mustahil untuk kaum cina mengubah arah. Dilema ini lah yang terus menghantui Umno.

Menyemak senario politik tanah air selepas PRU-14, jika Umno mahu bangkit, tiada jalan lain, selain menjadikan kerjasama dengan parti PAS secara real. Kerjasama itu bukan diperingkat kepimpinan sahaja akan tetapi di semua peringkat, khususnya pada akar umbi.

Umno dan PAS perlu menjenamakan kerjasama itu, sebagi satu blok yang kuat dan jitu, jika kaum melayu masih mahu menjadi teraju kerajaan di Tanah Melayu!!!.

3 August 2018

PENEMPATAN SEMULA PATAI/PATI- KAUM KDM JANGAN BIMBANG

Penempatan semula pendatang asing tanpa izin (PATI) dan Pendatang asing tanpa IC (PATAI) kerana rumah-rumah setinggan mereka hangus terbakar, hanya di tempatkan di kawasan-kawasan bumiputera islam, seperti kg Darau, Menggatal, supaya nanti kawasan-kawasan seumpama itu menjadi koloni yang sesak dan sempit, kemudiannya dipindahkan semula seperti mana berlaku bagi kawasan Sembulan dan Tanjung Aru, serta Likas. Sejarahnya, Sembulan, Tanjung Aru dan Likas adalah kawasan penempatan bumiputera islam, dan kini bukan lagi.

Kerana kemajuan, kawasan-kawasan tradisi bumiputera islam, akan terus susut. Dengan senario yang demikian, kaum KDM jangan bimbang, kawasan-kawasan anda tidak akan diceroboh. Setakat ini, sejak merdeka, tiada lagi kawasan-kawasan KDM yang hilang daripada peta.

PATI/PATAI sangat penting bagi parti seperti PWS, kerana sokongan daripada kumpulan ini lah yang menyebabkan banyak kawasan dimenangi pada PRU-14. Kemenangan PWS pada kawasan-kawasan bumiputera islam, kerana calon-calon Umno hanya mendapat undian daripada penduduk asal, sedangkan pengundi penduduk asal terbahagi dua, iaitu PWS dan Umno. Oleh kerana PATI/PATAI sungguh benci dengan RCI PATI Sabah yang menggariskan tindakan MEMBURU, MENANGKAP DAN MENGHATAR PULANG serta diiringi dengan tindakan TIADA HARI TANPA OPERASI (THTO) telah menyebabkan mereka bulat untuk PWS, sebab itu kawasan seperti Dun Banggi, Dun Karambunai, Tanjong Aru, Inanam, Petagas, Gum-Gum, Sekong, Tungku, Kunak, Parlimen Putatan, Sepanggar, Silam, calon-calon Bn/Umno kalah teruk. Malah kehadiran mereka di Parlimen Papar, menyebabkan DUN Pantai Manis dan Parlimen Papar hilang daripada genggaman Umno, malah tertempias di Dun Bongawan, dan hampir menawan Parlimen Kimanis.

Kehadiran PATI/PATAI tidak menguggat kaum KDM, yang tergugat hanya kawasan-kawasan bumiputera islam. Malah kehadiran mereka, boleh menyumbang kepada kemenangan besar seperti di Moyog, Kepayan, Tanjong Aru, Petagas, likas, Api-Api dan Inanam, Merotai, Tanjong Papat, Elopura, Batu Sapi dan Sekong, malah calon yang mereka sokong hampir menang di Dun Balung, Tanjong Batu dan Sebatik.

APABILA PEMIMPIN SERUPA HARIMAU SARKAS

Mungkin ramai di antara kita pernah menonton permainan sarkas. Dalam permainan sarkas, sang pemain dengan rotan tali di tangan boleh mengarahkan harimau mengikut kehendaknya. Usai babak, sang harimau masuk kandang,kemudian diberikan "dedak" sementara menunggu pertunjukkan seterusnya.

Fenomina pemimpin bagaikan harimau sarkas tergambar sungguh selepas PRU-14. Pemimpin yang dahulu berdegar-degar dengan berbagai kenyataan, menerusi berbagai saluran, kini telah masuk kandang, mungkin sedang menunggu PRU-15, baru mula beraksi, samalah dengan harimau yang telah masuk kandang, menunggu pertunjukkan seterusnya.

Berpolitik masa sekarang, tidak lagi sama dengan masa-masa lalu, terpaksa masuk kampung keluar kampung untuk menyampaikan mesej. Masa sekarang, berpolitik boleh menerusi berbagai saluran. Pun dengan berbagai saluran itu, sebahagian besar daripada pemimpin yang "jaguh" sebelum kehilangan kuasa, terus menyepi.

Jika diamati, terlalu banyak isu yang berkaitan rakyat pada masa ini, namun seolah-olah tidak mendapat perhatian daripada pemimpin yang suatu masa lalu yang dianggap sebagai pemimpin "heavyweight". 

Apa yang mereka tunggu? Apa kah mereka mahu kerajaan yang ada terus kuat, bertapak, kemudian baru cuba digugatkan? Seharusnya mereka ini, terus memberi kenyataan-kenyataan yang boleh mengamit perhatian rakyat, kerana dalam politik adalah proses saling pengaruh mempengaruhi, dan ianya perlu beterusan.

Mengapa mereka ini, tidak mengambil iktibar apa yang dilakukan Tun Dr Mahathir? PM-7 itu, bangun sahaja, belum berus gigipun, sudah membuat kenyataan. Lihat impaknya, kerajaan Bn yang menerajui negara selama 61 tahun tersungkur pada PRU-14.

Para pemimpin pembangkang, tidak boleh berdiam diri, tidak boleh menyepi, kecualilah, telah kehilangan taji untuk membela rakyat, kehilangan keinginan untuk bangkit, kehilangan kehendak untuk memerintah semula!!!!. 

Wahai para pemimpin, anda jangan risau masih ramai penyokong dan menyokong di luar sana, hanya terletak bagaimana anda mengunakan kad pemimpin yang ada di tangan anda. Fikir-Fikirkan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels