12 August 2018

PRU-15 SABAH: APA PILIHAN RAKYAT?

Sepanjang 5 tahun ini, isu yang sentiasa menyelimuti politik Sabah adalah berkaitan MA63, selain isu royalti minyak dan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Sara hidup yang dikaitkan dengan harga barangan, walaupun dianggap sebagai isu muktabar, namun tidak sehebat tiga isu yang di sebut pada para pertama tulisan ini.

Juga, rakyat akan melihat figura para pemimpin, kerana rakyat akan menilai siapa pemimpin utama.

Berasaskan kepada senario selepas PRU-14, telah jelas figura utama adalah Datuk Shafie Apdal sebagai Presiden Parti Warisan Sabah, sementara di pihak Umno adalah Datuk Hajiji Mohd Noor.

Jika mengimbas kembali pada PRU-14, Shafie mampu mendobrak 15 wilayah Umno, 3 wilayah cina dan 3 wilayah KDM, di peringkat DUN, manakala di Peringkat parlimen sebanyak 7 daripada 14 yang biasanya menjadi wilayah Umno sejak PRU 2004.

Parti Umno Sabah perlu mengakui, bahawa figura Shafie telah menyumbang kepada pencapaian PWS pada PRU-14. Figura Shafie juga telah menyumbang di kawasan-kawasan yang ditandingi PKR dan DAP, sehinggakan mampu menawan 29 kerusi Dun identikal dengan jumlah pencapaian Bn.

Fakta yang perlu diterima juga, bahawa Bn pada PRU-14 secara mutlak ditolak oleh kaum cina. Namun apa yang menarik pada keputusan PRU-14, kaum KDM masih bersama Bn, berbanding dengan kolaborasi PWS, PKR dan DAP.

Berdepan PRU-15, melihat kepada kecenderungan rakyat Sabah, nampak gaya, Umno, PBS dan STAR, tidak akan mampu menembusi kawasan cina, atas sebab itu, tiga parti itu tiada pilihan melainkan fokus kepada kaum bumiputera.

Apa pilihan Umno Sabah? pertama mesti memartabatkan roh MA63, konsisten dengan royalti minyak. Dua isu mudah pendekatannya, kerana hanya mempunyai sasaran, iaitu Kerajaan Persekutuan, namun bagi isu PATI, maka perlu mengambil jalan tengah, kerana berdepan dengan situasi di luah mati bapa, ditelan mati emak. Kegagalan PWS mendapat sokongan kaum KDM kerana berkaitan dengan PATI, di lain pihak pula Umno kehilangan sokongan kerana isu PATI.

Keadaan senario politik Sabah kini, di pihak PWS, juga ada UPKO yang sensitif terhadap PATI, manakala di pihak Umno pula ada PBS dan STAR yang sensitif berkaitan isu yang sama.

Jika kawasan DUN Sabah kekal 60, kawasan yang berimpak berkaitan PATI sebanyak 20 kawasan, iaitu kawasan KDM, manakala 32 lagi, bergantung bagaiaman PWS dan Umno memainkan isu itu.

Jika kawasan KDM yang masih mengekalkan keputusan PRU-14, yang mana kawasan KDM yang masih menyokong BN sebanyak 13 DUN + STAR-2, maka jika Umno/Bn mahu menubuhkan kerajaan, maka perlu menang paling sedikit 16 Dun daripada 32, menrusi jumlah itu, maka Umno/Bn, PBS dan STAR dapat menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah, dan jangan lagi berlaku pengkhinatan seperti mana pada 10 Mei 2018, apabila 4 ADUN Umno dan 2 UPKO berpaling tadah dan menjadi KATAK.

Penulis tidak menidakkan keupayaan PWS dan UPKO serta PKR dan DAP, kerana barisan kepimpinan mereka pada PRU-14 mampu mendapat 29 kerusi Dun, walaupun hanya mempunyai seorang figura, iaitu Shafie Apdal, namun keupayaan mereka itu dibantu oleh tsunami politi tanah air yang dikemudikan oleh Tun Dr Mahathir yang berpaksikan kepada isu ciptaan mereka, khususnya isu yang dikaitkan dengan Dato Seri Najib Razak, selain janji-janji yang sukar ditunaikan, seperti pemansuhan hutang PTPTN, penurunan harga barang yang dikaitkan dengan GST.

Kini, senario telah berubah hampir 360 darjah, dan sudah tentunya jika Umno, PBS dan STAR dapat mempergunakannya sebagai kelebihan, maka peluang rakyat Sabah menyokong semula, cukup terserlah.

PBS dan STAR masih bersandarkan kepada pemimpin lama parti itu, berbeza dengan Umno yang telah berubah, walaupun pemimpin yang menerajui Umno Sabah adalah para pemimpin veteran.

Umno Sabah dinahkodai oleh Datuk Hajiji Noor sebagai Pengerusi, Datuk Bung Moktar Radin-MP Kinabatangan sebagai Timbalan, Setiausaha Agung- Datuk Masidi Manjun, Ketua Penerangan- Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia-mantan Speaker Dewan Rakyat.

Pandikar belum teruji sebagai barisan pemimpin Umno Sabah, kecuali semasa masih Ketua Bahagian Umno Kota Marudu, sebelum tahun 2008.

Sebagai Ketua Penerangan Umno Sabah, mantan Speaker itu mempunyai tugas berat, kerana perlu menggalas tugas sebagai pengempur utama di barisan depan, khususnya di wilayah BUMIS (bajau-ubian-melayu Sabah-Irranun dan Suluk) yang mana 15 kawasan itu telah ditawan PWS pada PRU-14 lalu.

Umno Sabah perlu mengakui, menawan kawasan BUMIS adalah kunci utama bagi Umno dan parti sekutunya menubuhkan kerajaan selepas PRU-15.

Sebab itu lah, PRU-15, apa pilihan rakyat Sabah, sangat bergantung kepada keampuhan barisan pengempur Umno di kawasan-kawasan yang disebutkan. Bagi kawasan pantai Barat pula, ramai pemimpin Umno boleh menjadi sandaran, antaranya Datuk Anifah Aman, Datuk Arifin Arif, di kawasan Beaufort ada Datuk Azizah Mohd Dun Banir, dibantu oleh para pemimpin veteran seperti Datuk Sapawi Ahmad, Datuk Isnin Aliasnih, manakala di Bahagian Tawau, sangat bergantung harap kepada Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Kepada para pemimpin Umno Sabah, termasuk para Ketua Bahagian, bermula daripada sekarang lupakan semua ego, ulasan-ulasan negatif, bersatu lah di bawah kepimpin Datuk Hajiji Noor bersama dengan saf kepiminan Umno Sabah yang baru, tanamkan pada sanubari masing-masing, bahawa MISI PRU-15 adalah merampas semula kerajaan.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels