31 March 2010

Lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik Jayakan MEB

KUALA LUMPUR 30 Mac - Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) menggariskan lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik bagi merealisasikan hasrat kerajaan menjayakan Model Ekonomi Baru (MEB).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, lapan inisiatif itu akan memberi tumpuan kepada:

· Menyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi;

· Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing;

· Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing;

· Memperkukuhkan sektor awam;

· Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran;

· Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan;

· Meningkatkan sumber pertumbuhan;

· Memastikan pertumbuhan yang mapan.

Perdana Menteri berkata, kesemua lapan inisiatif itu adalah saling melengkapi dan kesannya merentasi semua sektor ekonomi.

''Ketiga-tiga matlamat MEB iaitu berpendapatan tinggi, kemapanan dan keterangkuman memerlukan kita mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih tinggi untuk dekad seterusnya.

''Oleh itu, dasar-dasar yang perlu kita laksanakan mesti menyentuh isu-isu asas bagi memastikan momentum pertumbuhan dapat dipercepatkan melalui pendekatan yang holistik untuk menghapuskan semua halangan," katanya ketika berucap pada persidangan Invest Malaysia 2010 di sini hari ini.

Menurutnya, matlamat itu memberi penekanan kepada bina upaya bukan hanya pembangunan negara semata-mata sebagai langkah mencapai pembangunan yang mapan.

Sebagai tambahan kepada laporan NEAC itu, beliau mahu tumpuan diberikan secara efektif ke atas sektor utama yang spesifik atau dikenali sebagai Aktiviti Utama Ekonomi Nasional (NKEAs).

''Ini adalah bidang di mana ekonomi negara mempunyai potensi untuk terus maju ke arah ekonomi berpendapatan tinggi," katanya.

Berdasarkan pendekatan baru NEAC yang menyatakan bahawa sektor swasta perlu memacu pertumbuhan, Perdana Menteri berkata, kerajaan perlu meningkatkan peranan sebagai fasilitator kepada pihak industri untuk berkembang maju.

Mengulas lanjut, katanya, majoriti inisiatif yang telah diwujudkan adalah berkaitan dengan semua faktor yang penting dalam memperbaiki hala tuju ekonomi negara.

''NEAC telah mengenal pasti sektor utama untuk membolehkan ekonomi negara maju dan berdaya saing dengan rakyatnya menikmati kualiti hidup yang tinggi serta berpendapatan tinggi hasil daripada pertumbuhan yang mapan.

''Banyak lagi yang perlu kita lakukan namun bagi meraih peluang yang ada sepenuhnya, kita perlu memberi fokus ke atas sektor-sektor utama ini," katanya.

- Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Model Ekonomi Baru (MEB) yang bertujuan melonjakkan ekonomi negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020 dan seterusnya meningkatkan pendapatan rakyat secara keseluruhan.

Perdana Menteri berkata, pelbagai strategi akan dilaksanakan melalui MEB yang antara lain melonjakkan kuantum pendapatan perkapita rakyat daripada AS$7,000 (RM23,000) kepada AS$15,000 (RM49,000) setahun dalam tempoh 10 tahun.

"MEB hendaklah dibina dari sini. Ia bukanlah suatu tugas yang mudah, tetapi ia menjanjikan pulangan lumayan jika kita mampu melakukan transformasi ini," katanya semasa berucap pada Persidangan Invest Malaysia 2010 di sini, hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, keutamaan MEB adalah untuk menangani masalah jurang pendapatan dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.

"Sehubungan itu, adalah perlu MEB memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan tahap pendapatan semua golongan yang kurang bernasib baik.

"Ia akan memberi fokus terhadap keperluan seluruh rakyat seperti mereka yang tinggal di rumah panjang di Sabah dan Sarawak, serta golongan miskin luar bandar di Semenanjung Malaysia yang seringkali tersisih daripada aktiviti ekonomi negara.

"Golongan nelayan, peniaga kecil dan petani juga tergolong dalam kategori ini. Begitu juga Orang Asli dan penduduk bandar berpendapatan rendah yang bekerja keras untuk menyara kehidupan dalam keadaan ekonomi yang sukar," katanya.

Sehubungan ini, katanya, laporan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) mencadangkan supaya fokus diberikan terhadap kumpulan 40 peratus strata pendapatan terendah di Malaysia - dari segi individu dan wilayah.

"Merekalah merupakan golongan yang kurang bernasib baik yang masih memerlukan perhatian khusus.

"Matlamat akhirnya, tiada rakyat Malaysia yang hidup dalam kemiskinan, semuanya mendapat peluang saksama untuk berjaya dan berkongsi kemakmuran negara," tambahnya.

Oleh itu, tegas Perdana Menteri, dasar afirmatif yang diperbaharui akan dilaksana berdasarkan empat prinsip yang mesra pasaran, merit, telus dan keperluan.

Najib berkata, sebagai contoh, kerajaan akan mewujudkan proses tender yang telus dengan peraturan jelas bagi golongan bumiputera Melayu dan pribumi lain.

Katanya, secara praktiknya, pendekatan itu bermakna sokongan kepada bumiputera akan dipertingkatkan dan dilakukan berdasarkan kepada keperluan, bukannya mengikut bangsa.

Mengenai usaha mewujudkan negara berpendapatan tinggi, beliau berkata, keadaan itu akan juga memberi kesan kepada upah pekerja yang lebih tinggi di dalam ekonomi.

Katanya, pertumbuhan itu bukan sahaja daripada segi modal, tetapi juga produktiviti yang tinggi melalui penggunaan kemahiran dan inovasi, koordinasi yang diperbaiki, penjenamaan yang kukuh dan mematuhi piawaian antarabangsa dan hak harta intelektual.

"Ekonomi yang berasaskan pengetahuan, pelaburan dalam teknologi baru, kemahiran yang pelbagai, inovasi dan kreativiti, serta peningkatan kecekapan adalah pemacu kepada prestasi sektor awam dan swasta," katanya.

Beliau menambah, pelaburan dan persaingan pasaran untuk mendapatkan bakat terbaik juga akhirnya akan mewujudkan suasana pembayaran upah yang tinggi.

Najib juga menegaskan, dalam memberikan rakyat kehidupan berkualiti, MEB mesti bertunjangkan kepada penjanaan pertumbuhan ekonomi mapan yang mengambil kira kesan ke atas persekitaran dan sumber asli.

"Tidak ada maknanya kita terlalu mengejar masa depan dengan kekayaan yang melimpah-ruah, sekiranya sumber alam dan nilai masyarakat terhakis yang bakal dihadapi oleh generasi akan datang," katanya.

Lembaga Kemajuan Industri Malaysia (MIDA ) akan dikorporatkan bagi membolehkan ia menjadi sebuah agensi promosi pelaburan yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga telah bersetuju untuk memperkasakan MIDA dengan kuasa yang diperlukan untuk berunding secara terus dengan pelabur bagi projek yang disasarkan.

''Selain itu, MIDA akan dilantik sebagai agensi pusat promosi pelaburan untuk sektor pembuatan dan perkhidmatan kecuali perkhidmatan utiliti dan kewangan bagi meningkatkan koordinasi dan kepaduan antara pelbagai badan promosi pelaburan di negara ini,'' katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian Invest Malaysia 2010 di sini hari ini.

Menurut Perdana Menteri, perubahan itu akan membolehkan MIDA meluluskan insentif pada masa benar (real time) dan bertindak dengan lebih pantas untuk menjalinkan hubungan yang lebih efektif dengan pelabur.

Oleh itu, tambah beliau, nama MIDA akan ditukar kepada Lembaga Pelaburan Malaysia (Malaysia Investment Authority) dengan mengekalkan akronim MIDA kerana ia jenama yang telah dikenali.

Tambah beliau, walaupun MIDA telah muncul sebagai institusi yang diiktiraf di kalangan pelabur asing dan domestik namun masanya telah tiba untuk membuat perubahan drastik bagi menjadikan lembaga itu sebagai sebuah agensi promosi pelaburan yang lebih efektif.

Pada majlis yang sama, Najib turut mengumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan untuk melabur lebih banyak aset di luar negara.

Menurut Najib, tindakan tersebut akan membolehkan KWSP mempelbagaikan portfolio dan memberikan lebih banyak ruang pelaburan domestik untuk penyertaan baru.

''Pada masa ini, KWSP mempunyai enam peratus aset pelaburan luar pesisir pantai dan jumlah itu akan meningkat secara ketara.

''KWSP juga akan meningkatkan pelaburan langsung di dalam ekonomi benar Malaysia, sebagai alternatif kepada pasaran pelaburan seperti penglibatan dalam sektor penjagaan kesihatan, komoditi, hartanah dan pelaburan jangka masa panjang yang lain dengan memenuhi keperluan KWSP untuk melindungi nilai pulangan ke atas asetnya,'' jelasnya.

Semalam KWSP menerusi satu kenyataan berkata, ia merancang untuk meningkatkan pelaburan seberang lautnya kepada 10 peratus dalam tempoh satu hingga dua tahun.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Azlan Zainol berkata, tumpuannya adalah terus melabur dalam ekuiti syarikat-syarikat penyenaraian awam.

Menurut Azlan, pihaknya akan meningkatkan pelaburan di Eropah, Amerika Syarikat, Australia, Singapura, Thailand, Indonesia dan Asia Tenggara.

Menurut Najib, pada masa ini KWSP menguasai pasaran ekuiti dan bon tempatan sehingga 50 peratus daripada jumlah dagangan harian bursa tempatan yang diwakili oleh perdagangan berkaitan KWSP, yang mana situasi tersebut tidak sihat untuk pasaran dan juga kumpulan itu.

30 March 2010

Malaysia Kekal Jauh Di Bawah Sempadan Pendapatan Tinggi

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Walaupun unjuran pendapatan Malaysia terus menunjukkan trend meningkat secara beransur-ansur, ia kekal jauh di bawah sempadan "pendapatan tinggi", kata Majlis Penasihat Ekonomi Negara(NEAC).

Ia berkata dalam Laporan Bahagian Satu Model Ekonomi Baharu bagi Malaysia yang dikeluarkan Selasa, beberapa negara termasuk Korea, Poland, Slovakia dan Republik Czech telah berjaya membuat peralihan kepada status berpendapatan tinggi.

Laporan itu berkata sungguhpun kemiskinan mutlak telah dikurangkan, 40 peratus isi rumah masih pada tahap pendapatan yang amat rendah, terutamanya mereka yang berada di luar bandar.

Dalam jangka panjang, ini akan melengahkan mobiliti sosial, sekali lagi menghalang sebahagian besar rakyat Malaysia daripada membangunkan potensi mereka sepenuhnya untuk menyumbang kepada ekonomi.

Pasaran buruh di Malaysia tidak berfungsi dengan baik kerana kos pemecatan yang tinggi di bawah undang-undang buruh membuatkan pelabur keberatan untuk meneroka perniagaan baharu yang mungkin mengakibatkan pemecatan.

Sehubungan itu, beberapa pelabur mendapati adalah menguntungkan untuk menggaji tenaga buruh tidak mahir asing kerana undang-undang buruh tidak dilaksanakan sepenuhnya ke atas mereka.

"Ini, akhirnya, menurunkan tahap upah bagi semua pekerja," kata laporan itu, menambah bahawa ketegaran pasaran harus diperbaiki untuk membolehkan negara menarik lebih banyak pelaburan dalam sumber pertumbuhan yang baharu seperti pelancongan perubatan, teknologi maklumat dan komunikasi, dan produk serta perkhidmatan Islam.

Malaysia mengalami pengaliran keluar tenaga mahir kerana sistem pendidikan yang gagal untuk menghasilkan bakat yang diperlukan, serta kegagalan negara untuk mengekalkan bakat tempatan dari semua kaum mahupun menarik bakat asing akibat kekurangan prospek dan pekerjaan berkemahiran tinggi.

Kekurangan bakat akan melengahkan usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi dalam bidang kekuatan Malaysia seperti elektrik dan elektronik dan minyak sawit.

Laporan itu berkata tanpa bakat tempatan dan asing, Malaysia tidak akan berupaya menghalang hakisan pada kelebihan tradisionalnya dalam bidang komoditi dan pengilangan.

Untuk menggalakkan sektor swasta menjadi lebih anjal dan terus bertahan dalam persekitaran global yang berdaya saing, NEAC mengusulkan pembetulan kepada kelemahan dasar untuk memastikannya memenuhi prospek jangka panjang peniagaan.

29 March 2010

Pintasan Pernah Dengar Pintasan?

Lepas sahaja dari sekolah, tukar pakaian yang khas untuk berlumpur, terus sahaja berjalan kaki ke Pintasan. Sudah tentunya hari itu hari jumaat petang, kerana terpaksa bermalam di Pintasan.Bermalam hingga petang sabtu.

Aktiviti dalam masa 24 jam itu di isi dengan menjala, panikep, gintur, phanariring dan perantau. Hasil aktiviti itu bermacam, termasuklah kerang, ketam bakau, ikan terutama telapia dan kambura, ada juga udang.

Peristiwa ini berlaku antara tahun 1969 hingga tahun 1985, namun kini aktiviti seumpama itu tidak mungkin diteruskan lagi, kerana Pintasan bukan lagi Pintasan yang saya ketahui. Pintasan kini adalah Pintasan yang tidak bermahkluk lagi.

Kenapa Pintasan tidak bermahkluk lagi? Sebabnya penduduk kampung-kampung jiran yang turut melakukan aktiviti, kerana ketamakan, mereka menggunakan alat pemusnah, mahkluk hidup dalam air, agar mereka mendapat tangkapan dengan jumlah yang lumayan dalam masa sesingkat-singkatnya.

Toba adalah pemusnah mahkluk dalam air, ini lah yang mereka gunakan. Akibatnya, aktiviti kampung-kampung yang menjaga Pintasan berkurun lamanya, lenyap kerana kerakusan manusia.

Pintasan sangat penting bagi kampung Tamau, Kota Bongan, namun kini, Pintasan hanya menjadi kampung Pintasan.

Jasa pintasan kepada penduduk kampung Tamau dan Kota Bongan, cukup ketara, kerana selain sumber protein tetapi juga sumber pendapatan.

Tidak terkira ramainya ibu-bapa kampung Tamau dan Kota Bongan yang mendapat sumber pendapatan daripada Pintasan. Tidak perlulah disebut satu persatu, mereka-mereka yang pernah ke menara gading, kerana mendapat pendapatan daripada Pintasan.

Pintasan hanya kenangan. Sebenarnya manusia lah agen perosak yang luar biasa rakusnya di muka bumi ini, termasuk mengundulnya kawasan kayu balak Sabah.

27 March 2010

Kampung Tamau Dulu dan Kini: Dari Kaca Mata Penduduk Asal

Bayangkan di kampung masa itu tiada bekalan litrik. Semua orang kampung hanya guna pelita atau lampu pam.

Namun sekitar 40 pengundi mendapat lampu litrik daripada jetset yang di-on mulai pukul 6 petang hingga tengah malam. 40 orang ini adalah kononnya pengundi PBS, kerana di peti undi Tamau, Kota Belud hanya sejumlah itu yang mengundi PBS pada setiap pilihanraya. Pendeknya pengundi Kg Tamau dari dahulu, hanya mengundi parti yang bercorak islam.

Namun setelah kemasukan UMNO dan Pas, ternyata pengundi kampung ini telah terbagi, ada yang mengundi PAS dan ada juga yang mengundi Umno atau BN. Sehingga tahun 2004, biasanya pengundi yang memilih Umno atau BN lebih 2/3 daripada yang mengundi PAS. Namun pada tahun 2008 atau lebih dikenali sebagai PRU-12, pengundi PAS atau pembangkang menjadi 2/3 dibanding Umno atau BN.

Perubahan pola pengundian ini disebabkan bertambahnya pengundi berpendidikan dan bekerja, samada pekerja swasta mahupun kerajaan. Selain itu, bertambahnya pengundi muda yang bekerja sendiri atau tidak bekerja.

Pola berfikir para pengundi Kg Tamau sekarang telah berubah. Tidak seperti dahulu, pola pengundian masih tertumpu pada pemimpin, namun kali ini bukan lagi. Pola pengundian pengundi kampung Tamau lebih mudah dipengaruhi oleh isu nasional, bukan lagi isu negeri atau daerah.

Jika dahulu, hanya pemimpin peringkat daerah atau negeri sahaja yang diketahui,kerana surat khabar nasional seperti berita harian, utusan malaysia, apa lagi Harakah, jarang-jarang diperolehi oleh para pengundi kampung Tamau. Namun kali ini, boleh dikatakan ramai sudah penduduk melanggan surat khabar nasional bahkah termasuk internet.

Saya berkesempatan melawat seorang rakan yang bekerja sebagai guru atau cikgu. Rakan tersebut tiada surat khabar tempatan, melainkan suratkhabar nasional. Salah satu contoh ini, memang tidak dapat mengambarkan secara signifikan pola perubahan para pengundi Kg. Tamau, namun berasaskan trend semasa, maka ada kemungkinaan persepsi ini ada kebenarannya.

Penduduk Kampung Tamau sebenarnya telah bosan dengan berbagai janji atau perancangan parti yang mereka undi sejak merdeka lagi. Cuba bayangkan, jarak kampung ini dengan Pekan Kota Belud tidak jauh sangat, cuma dalam 30 minit dengan menggunakan kenderaan yang berkelajuan 40 km/jam.

Infra pendikian umpamanya, sangat daif, walaupun ada sekolah baru yang dibina sejak 3 tahun lalu, namun bagunan itu hanya kerangka sahaja. Penyiapannya tidak kunjung tiba. Bayangkan, kalau peperiksaan UPSR, murid-murid kampung ini akan disamaratakan dengan sekolah cluster atau sekolah lengkap, mampukah murid-murid sekolah ini mencapai keputusan cemerlang? Sebagai rekod sejak sekolah sk Tamau Kota Belud Sabah, mula beroperasi, tiadapun murid mecapai keputusan cemerlang, misalnya 5A.

Pemilik blog ini adalah bekas murid sk Tamau, dahulu dikenali sebagai SRK Tamau. Apabila pemeriksaan darjah 6, dahulu disebut demikian, pemilik blog ini pun tidak tahu bagaimana mendapat markah 76%, sedangkan 4 orang yang lain hanya mendapat 58%, 54%, 51% dan 50%. Hanya 5 orang murid produk tahun 1966 lulus darjah 6 masa itu daripada 46 murid.

Bayangkan sejak itu, pemilik blog ini tidak merasakan apa itu air bersih hingga kini. Lampu litrik terasa pada tahun 1991 apabila Umno masuk Sabah.

Kampung Tamau terletak di kawasan mengundi P-169 Kota Belud, kini di wakili oleh Datuk Rahman Dahalan, mantan Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, mantan setiausaha pemuda Umno Malaysia dan kini sebagai setiausaha agong Barisan Nasional Sabah.

Sebelum Datuk Rahman, P-169 Kota Belud di wakili oleh Mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak (1994-2008), (1985-1990- Maidom Pansai-PBS, zaman berjaya oleh Datuk Yahya Lampung dan zaman Usno oleh Tun Mustapha.

Bagi ADUN pula, daerah mengundi Tamau dari dahulu kala dimasukkan dalam DUN-6 Tempasuk, yang kini diwakili oleh Datuk Musbah Jamli.

DUN Tempasuk ini pernah diwakili oleh para pemimpin giant seperti Datuk Mohd Noor Mansor zaman Berjaya, Tan Sri Pandikar 1994-1999 dan 2004-2008, Musbah Jamli 1999-2004 dan 2008-kini.

Apa kah slogan Najib melalui 1Malaysia, Rakyat Didaulukan, Pencapaian Diutamakan dan Pemimpin Turun Padang, dapat menzahirkan hak penduduk kampung ini yang telah lama tidak tertunaikan. Sayang di sana sini, para pemimpin kita menghulur bantuan berjuta-juta demi membangun kawasan-kawasan yang menolak kerajaan, namun para pengundi yang senantiasa menyokong senantiasa di ketepikan. Mungkin berbaloi juga lah bahawa pada PRU-12 lalu, semua calon BN-UMNO kalah di peti undi daerah mengundi Tamau.

Bagaimana pula pola pengundian pengundi daerah mengundi kampung Tamau pada PRU-13 akan datang? Belum terlambat bagi Datuk Rahman dan Datuk Musbah, masih ada masa 2 tahun lagi untuk menzahirkan impian para pengundi kampung ini.

Pengundi daerah mengundi kampung Tamau, tidak ramai hanya di atas 1000, namun, jumlah ini ada juga pengaruhnya. Fikir-fikirkan lah

25 March 2010

Telaga Minyak Terbesar Di Malaysia Di Jumpai Di Sabah

Hasil minyak negara akan pupus pada tahun 2017, jika tiada penemuan telaga baru. Pada masa kini Malaysia mengeluarkan 600,000 barel sehari, hanya sebahagian kecil daripada pengeluaran minyak dunia.

Namun Sabah adalah salah satu sumber pengeluar minyak negara di samping Sarawak dan luar pantai Terengganu.

Di beritakan satu telaga minyak terbesar telah dijumpai 90km daripada perairan Sabah dan dikatakan telaga minyak terbesar di Malaysia setakat ini.Telaga minyak itu dijumpai oleh KABABANGAN PETRORELUM OPERATING COMPANY (KPOC) HASIL usahasama antara Petronas (40%), Shell (30%) dan ConocoPhillips (30%).

Pengeluaran minyak itu nanti akan di salurkan melalui paip sepanjang 130KM melalui terminal gas Sabah di Teluk Kimanis dan di hubungkan ke Bintulu Sarawak.

Di Bintulu Sarawak, hyadrocarbon yang merupakan sisa minyak akan di proses untuk pasaran Jepun.

Dianggarkan telaga minyak yang dijumpai itu akan mula beroprasi pada tahun 2014.

23 March 2010

Janji Pemimpin Politik Kota Belud

SMS sipulan simulan. Propaganda mesti dispin. Seruan dan slogan yang sebelumnya telah direka dispin dan dispin.

Boss kita punya masa depan yang cerah.Jika menang pasti dapat jawatan tinggi. Apabila jawatan telah dapat, maka kuasa telah ada. Apabila boss ada kuasa pasti akan tolong kita. Pasti tolong.

Apa lagi Sidaburas mati-matian spin isu. Isu menjanjikan bulan dan bintang.

Nah sekarang jawatan dah dapat kuasapun dah ada. Mari kita tengok kesudahannya.

Cuba kita diskusi tentang janji politik. Berikut saya tampilkan definisi janji politik. Janji politik adalah sejumlah langkah strategik untuk memperoleh kedudukan politik yang mampu membangun blok politik dan segmen pendukung atau pemilih yang setia dan fanatik.

Janji politik adalah visi, misi dan program yang disampaikan seorang kandidat kepada masyarakat yang secara efektif memiliki daya serap dengan tingkat penerimaan yang tinggi dari masyarakat.

Jadi, janji politik merupakan janji apa yang akan dilakukan oleh seorang kandidat jika ia terpilih menjadi pemimpin.

Agar sebuah janji politik mampu mengikat masyarakat ada beberapa hal yang harus diperhatikan oleh seorang kandidat, yaitu janji politik itu bernilai penting, istimewa, mudah dikomunikasikan, tidak mudah ditiru, mempunyai daya imajinasi, daya tarik, daya perspektif dan daya ikat terhadap masyarakat.

Janji politik, ketika kandidat telah terpilih seringkali tidak dapat dipenuhi dikeranakan situasi dan kondisi telah berubah.

Dalam memenuhi janji politik bajet menjadi penghalang.Sebab apa, bajet bukan ditentukan oleh kandidat yang menang itu. Namun ditentukan oleh sang pemimpin (eksekutif) tetapi juga oleh kelompok penekan, legislatif dan yang lain. Ketika sang pemimpin akan memenuhi janjinya, mereka akan pula berperan menentukan apakah suatu kegiatan dapat dilaksanakan atau tidak.

Jadi, jika janji politik itu ternyata bertentangan dengan kepentingan kelompok penekan atau legislatif atau bahkan mungkin eksekutif itu sendiri maka sebuah janji politik tidak akan dapat dipenuhi. Jadi, banyak faktor yang menyebabkan janji politik itu tidak dapat dipenuhi.

Idealnya, sebuah janji harus diupayakan sepenuh hati untuk dapat dipenuhi. Ketika sang pemimpin terpilih ia berusaha memenuhi janjinya dengan cara membuat langkah-langkah nyata untuk mewujudkan janjinya itu. Janji diwujudkan ke dalam Rencana Strategis yang disusun oleh pemimpin terpilih.

Rencana Strategis itu harus telah delesai disusun paling lambat tiga bulan setelah ia terpilih.

Rencana Strategis itu kemudian dijabarkan lebih rinci dalam Rencana Pembangunan Jangka Menengah (RPJM) yang merupakan dokumen kebijakan publik yang merupakan pedoman dalam penyusunan pembangun di mana sang pemimpin itu menang.

Dalam proses pemenuhan janji politik itu, pihak eksekutif harus menunjukkan langkah-langkah positif. Pihak eksekutif harus mampu meyakinkan berbagai pihak yang berkepentingan bahwa janjinya akan mampu meningkatkan kesejahteraan bagi masyarakat. Pihak eksekutif hendaknya tidak ikut larut ke dalam kepentingan pribadi, kelompok atau golongan saja.

Jika kita kaji selintas, janji politik lebih banyak tidak dipenuhi ketika seorang pemimpin terpilih. Ia tidak punya komitmen untuk memenuhi janjinya. Bahkan ada yang mengatakan bahwa janji politik hanyalah sebuah kempen untuk menarik pemilih seramai-ramainya, dan setelah terpilih merasa tidak ada kewajiban untuk memenuhinya.

Tegasnya janji politik hanya bersifat sementara alias bohong atau retorik, yang ketika calon pemimpin itu terpilih tidak merasa berkewajiban untuk memenuhinya.

Seringkali, mereka yang berambisi untuk jadi pemimpin bukan terdorong oleh niat untuk memajukan suatu daerah tetapi lebih sering untuk meraih tahta dan harta serta mungkin saja wanita atau pria (?) bagi wanita.

Mereka berkilah untuk menang dalam pertandingan modalnya banyak, sehingga wajar jika mereka ketika berjawatan berusaha untuk mengembalikan modal, bunga plus keuntungan yang banyak.

Akibatnya, mereka hanya memikirkan bagaimana mereka dapat mengembalikan modal. Mereka hanya memikirkan bagaimana memenuhi janji mereka kepada tim sukses. Mereka hanya memikirkan bagaimana keluarga besar mereka mendapat kedudukan dan kekayaan.

Akibatnya, mereka hanya memikirkan kegiatan-kegiatan yang menguntungkan mereka tanpa memikirkan kesejahteraan rakyat yang seharusnya dipikirkan. Fenomena ini sangat nyata tetapi sulit dibuktikan di pengadilan.

Lepas dari semua fenomena yang menggiriskan, bagi masyarakat yang bersedia untuk menjadi pengawas terhadap janji politik sang pemimpin, ada beberapa tahapan yang perlu diperhatikan yaitu, 1) pelajari dan analisis visi, misi dan program saat berkempen, 2) pelajari dan analisis Rencana Startegik, 3) pelajari bajet, 4) perhatikan dan analisis pelaksanaan di lapangan, 4) buat rekomendasi.

Kepada para pemimpin dimana saja, penuhilah janji anda kepada masyarakat. Tanpa janji politik pun anda sebagai pemimpin sudah seharusnya lebih memperhatikan kesejahteraan masyarakat atau publik daripada kesejahteraan anda, keluarga dan kelompok anda sendiri.

Seorang pemimpin seharusnya tidak akan merasa tenang manakala masih ada rakyatnya miskin, menderita dan belum sejahtera.

Anda sebagai pemimpin harus siap untuk miskin demi kesejahteraan rakyat anda. Masih adakah pemimpin yang seperti khalifah Abubakar atau Umar? Masih adakah pemimpin seperti Gajah Mada, yang tidak akan bermewah-mewah sebelum Nusantara berada di bawah naungan Majapahit? Semoga masih ada harapan.

Pemimpin Berjiwa Pemimpin; Pemimpin Berjiwa Rakyat Itu Semua Retorik

Retorik (bahasa Greek: pemidato, guru) merupakan seni atau teknik memujuk melalui bahasa lisan, visual atau tulisan.

Definisi retorik sudah diperluas sejak retorik dijadikan satu bidang kajian di universiti. Oleh itu, retorik klasik (iaitu yang didefinisikan di atas) berbeza dengan retoik komtemporari yang turut melibatkan analisis teks tulisan dan visual.

Konsep retorik telah diperluas daripada bidang politik, undang-undang, hubungan awam, melobi, pemasaran dan pengiklanan kepada bidang lain seperti kemanusiaan, agama, sains sosial, kewartawanan, sejarah ,kesusasteraan, kartografi dan seni bina.

Konsep retorik bukanlah sesuatu yang baharu tetapi telah diketahui dan dibincangkan semenjak zaman Plato dan Aristotle.

Plato mendefinisikan retorik sebagai seni mempesonakan jiwa, iaitu seni memenangi hati dan jiwa melalui wacana.

Aristotle juga menyatakan bahawa retorik ialah seni memujuk dan berhujah. Rumusannya, retorik merupakan alat yang berkuasa dan sebagai seni menggunakan bahasa memujuk dalam pengucapan yang baik. Ia mengemukakan pengalaman dan berkomunikasi dengan orang lain di samping menggunakan simbol-simbol tertentu untuk menjalankan kegiatan. Retorik juga merupakan penggunaan strategi komunikasi, lisan mahupun tulisan untuk mencapai matlamat tertentu.

Sebagai contoh terdapat pihak politik yang bertanding dan berpihak kepada yang pembangkang tetapi mereka seperti ‘fighting a losing battle’ – melawan sesuatu yang mereka tahu tidak membawa faedah kepada diri sendiri.

Contoh Retorik politik misanya yang digunakan oleh menteri dan kesemua ahli politik dalam pemerintahan Singapura adalah sesuatu yang padat. Sukar bagi masyarakat mahupun pihak pembangkang untuk menjatuhkan sistem mereka itu.

Barisan Nasional (BN) yang menjadi tunjang kepada pentadbiran Kerajaan Persekutuan sejak kemerdekaan negara dicapai, telah membuktikan bahawa percaturan dalam setiap agenda bukanlah permainan politik sebaliknya kesungguhan sebagai sebuah kerajaan.

Begitu juga apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mewujudkan gagasan 1Malaysia untuk dihayati oleh setiap warga apatah lagi tujuan utamanya adalah untuk terus memupuk perpaduan nasional.

Lebih mudah lagi, 1Malaysia ini menekankan dua aspek utama yang perlu diterapkan di kalangan rakyat berbilang bangsa iaitu perpaduan dan nilai-nilai aspirasi yang dapat menggembling rakyat bersatu padu ke arah negara maju.

Dalam memahaminya, ia bukanlah satu pertentangan dengan apa-apa konsep dan dasar yang pernah diperkenalkan oleh Kerajaan atau pemimpin sebelum ini tetapi gagasan 1Malaysia ini adalah kesinambungan dasar yang diperkenalkan sebelumnya.

Lantaran itu, 1Malaysia ini adalah nilai yang mendasari dan turut sama menyokong Wawasan 2020 sebagai matlamatnya. Apa yang pasti, setiap aspek yang dilakukan oleh BN sejak lebih 50 tahun lalu bukanlah satu sandiwara seperti mana yang selalu diperbesarkan oleh pihak pembangkang.

Begitu juga dengan pengumuman sambutan Hari Malaysia pada 16 September setiap tahun yang diisytiharkan sebagai cuti umum mulai tahun hadapan. Sebagai langkah utama, Perdana Menteri telah menerangkan bahawa Hari Malaysia ini akan dirayakan dengan acara-acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum dan pencapaian masyarakat dalam semua aspek.

Dalam hal ini, tanggungjawab dan amanah yang tergalas di bahu BN tidak pernah gagal dimanifestasikan malahan BN tidak gentar berdepan dengan segala macam realiti biarpun selalunya akan dimanipulasikan oleh pihak pembangkang.

Apa yang pasti, BN tidak pernah mengambil endah setiap tuduhan liar termasuk provokasi dan retorik politik para pembangkang kerana sedar bahawa amanah rakyat lebih besar khususnya dalam hal kebajikan, keselamatan dan kesinambungan kesejahteraan negara.

Mencipta isu menjadi senjata penting parti politik menambat hati rakyat dan pengundi supaya sentiasa sedar tentang kehadirannya dan kewujudan pemimpinnya. Dari masa ke semasa isu baru perlu dicipta atau membaharui isu lama yang boleh mendorong sensitiviti rakyat supaya sedar tentang keaktifan parti itu yang sentiasa tidak kering dengan idea menghidupkan minda rakyat.

Tanpa mencipta isu – apalagi yang panas dan sensasi – pemimpin sesebuah parti itu dianggap tidak bijak berpolitik dan secara perlahan-perlahan boleh dilupakan kehadirannya kecuali parti lawannya juga menunjukkan prestasi yang sama.

Tetapi jika pihak lawan sudah jauh ke hadapan dengan segala agenda pembangunan dan slogan kemajuan yang menyuntik kesedaran rakyat khususnya golongan bawahan, kehadiran parti itu boleh "disenyapkan" dan mungkin dilupakan begitu saja.

Maka itu parti patut segera bangkit mengatur startegi mencari isu baru yang berkualiti bagi menangkis dan mematahkan perancangan parti lawannya. Atau pemimpin parti itu mencipta isu-isu baru yang boleh menyakinkan rakyat dengan perancangan yang teratur.

Jika ini dapat dibuat, parti itu kelihatan hidup dan sentiasa dalam ingatan rakyat. Namun, isu yang dibangkit harus dapat dilaksanakan untuk kebaikan rakyat dan bukan semata-mata retorik politik yang sedap didengar tetapi gagal direalisasikan.

Isu yang diutarakan harus relevan dan menyakinkan kerana rakyat boleh menilai sendiri sesuatu isu itu benar-benar memberi faedah kepada mereka atau sebaliknya.

Isu yang diketengahkan harus mengarah kepada keuntungan rakyat terbanyak secara keseluruhan dan bukan gimik politik atau cakap-cakap kosong yang semata-mata dibuat bagi menyedapkan hati mereka.

Isu yang dibangkit juga harus boleh mengubah persepi hidup rakyat kepada kehidupan yang lebih nyata dan realistik bersandarkan perancangan fakta yang boleh direalisasi dan bukan janji-janji manis yang tidak boleh dicapai.

Rakyat tidak boleh dikelirukan dengan isu yang kononnya bagus, panas dan membangkitkan semangat mereka tetapi mempunyai agenda tersembunyi yang menguntungkan pemimpin tertentu saja serta segelintir penyokong yang setia.

Rakyat tidak boleh disogokkan dengan isu-isu yang popular dan menyerang peribadi tertentu untuk menangkap minda rakyat. Ia harus mendedah situasi sebenar dan fakta kejadian yang betul supaya rakyat mendapat gambaran tepat dan rasa tidak tertipu tentang sesuatu isu itu untuk dinilai dan dikaji secara objektif.

Seringkali isu yang didedah tidak melebar kepada kepentingan rakyat terbanyak seperti yang diharapkan kerana pemimpin itu menggunakan isu untuk perluasan pengaruh dan cengkamannya kepada parti akibat dari merosotnya populariti serta keyakinan rakyat terhadap kepimpinannya.

Ada juga pemimpin yang sengaja mencipta isu untuk menutup kelemahan diri akibat daripada kemasyhuran pemimpin pihak lawan yang semakin mendapat perhatian rakyat.

Isu sepatutnya dicipta demi kebaikan rakyat dan untuk rakyat yang sudah memberi undi kepercayaan kepada parti yang menang dalam pilhan raya lalu.

Rakyat mahu melihat hasil dan perkotaan kata dan janji yang sudah ditabur dalam Pilihan Raya Umum ke-12 lalu dan mahukan perlaksanaannya. Pemimpin yang menang tidak boleh menyalahkan parti lawan tanpa melihat ke dalam diri tentang kelemahan dan sumbangan mereka kepada rakyat secara objektif.

Permainan isu yang bukan benar dan sengaja diada-adakan tanpa asas kukuh boleh mengelirukan dan merosakkan fikiran rakyat. Walapun pada mulanya ia mungkin boleh diterima, tetapi lambat laun ia menjadi bahan ejekan dan sindiran yang memakan diri dan parti sendiri.

Ketika ini kebanyakan rakyat semakin bijak dan melihat situasi yang berlaku di depan mata dengan fikiran terbuka dan kritis.

Retorik politik ada had dan waktunya. Pada awalnya ianya memang menyeronokkan dan sedap didengar. Tetapi apabila waktu berlalu dan kesedaran rakyat wujud, cakap-cakap politik yang tidak bermakna menjadi cemuhan rakyat yang boleh menjejas kredibiliti pemimpin serta peluang parti itu dalam pilihan raya akan datang.

Kerana itu anggapan bahawa ada pemimpin yang berjiwa pemimpin dan ada pemimpin yang berjiwa rakyat sebenarnya semuanya retorik. Jangan lah terpenagruh dengan tindak tanduk pemimpin yang berpura-pura bersifat pemurah kerana mempunyai wang ringgit yang banyak, demikian juga jangan terpenagruh dengan pemimpin yang berpura-pura berjiwa rakyat,namun perjuangannya hanya mendapat semaksima peluang terhadap mandat yang diberikan rakyat.

22 March 2010

MEB Masih Merupakan Konsep: Keberkesanaannya Masih Tanda Tanya

WALAUPUN sejak kebelakangan ini, perbincangan atau percakapan mengenai Model Ekonomi Baru (MEB) hangat diperkatakan, namun ianya masih merupakan konsep. Keberkesanaannya nanti masih tanda tanya.

Sesuatu konsep akan diketahui keberkesanaannya jika ianya telah berjalan sekurang-kurangnya sepenggal.

Konsep MEB ini muncul sebaik Najib dilantik sebagai Perdana Menteri ke-6 negara pada 3 April tahun lepas.Konsep ini lahir apabila Najib mahukan product Malaysia bernilai tinggi, bukan bernilai tambah. Selain itu matalamat konsep ini adalah untuk menjadikan Malaysia negera berpendapatan menengah tinggi.

Keterkaitan konsep ini dengan daerah Kota Belud masih samar,kerana konsep pembangunan kawasan Kota Belud masih pada tahap infant. Konsep agropolitan dan jelapang padi adalah projek printis yang diilihamkan semasa kerajaan Tun Abdullah badawi yang masih berteraskan kepada nilai tambah.

Sekiranya konsep jelapang padi dan agropolitan telah wujud 10 atau 15 tahun yang lalu, memasukan konsep ini dalam Model Ekonomi Baru, mungkin ada relevansinya. Namun, sayang, jelapang padi dan agropolitan hanya terealisasi sejak 3-4 tahun kebelakangan ini.

19 March 2010

Kabinet Akan Putuskan Apa Kah Perlu Anwar Dirujuk Kepada Jawatankuasa Khas Parlimen: Isu Dakwaan: 1Malaysia Serupa 1Israel

Jemaah menteri akan bermesyuarat hari ini untuk memutuskan sama ada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu diheret ke jawatankuasa mengenai hak dan keistimewaan Parlimen.Tindakan berkenaan berhubung dengan dakwaan ketua umum PKR itu yang 1Malaysia adalah diciplak daripada 'One Israel'

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata: “Saya akan membawa perkara ini ke pengetahuan kabinet berhubung dakwaan itu kerana kami berpendapat ia adalah keterlaluan.

"Jawatankuasa khas itu kemudiannya akan memutuskan sama ada tindakan perlu diambil ke atas ketua pembangkang kerana meluahkan kenyataan palsu di dalam Dewan, khusus berhubung perkara yang tidak benar mengenai perdana menteri,” katanya.

Ditanya mengenai hukuman yang bakal dikenakan ke atas Anwar jika beliau didapati bersalah, Nazri berkata beliau tidak mahu membuat seberang spekulasi.

"Bagi seorang pemimpin Islam untuk dikaitkan dengan Zionis adalah perkara yang serius. Seperti yang diketahui, kita menyokong Palestin dan kita menentang Zionis dan juga pentadbiran Israel, jadi untuk mengaitkan dengan Zionis Israel adalah serius," katanya.

Apa-apa yang diluahkan oleh ahli parlimen ketika sidang Dewan Rakyat dilindungi oleh imuniti dan tiada tindakan yang boleh dikenakan, termasuk didakwa di mahkamah kecuali dihadapkan ke jawatankuasa khas itu.

"Di Dewan Rakyat, mereka ada imuniti, tetapi masih ada peraturan dan ada perkara yang tidak boleh dilakukan. Sebab itu ada jawatankuasa khas, ia badan yang paling sesuai untuk menentukan perkara seumpama itu," terang Nazri.

Sekiranya Anwar didapati bersalah, beliau boleh digantung daripada menghadiri sidang dewan rakyat.

Semasa ucapan lebih tiga jamnya ketika hujah penggulungan terima kasih ke atas titah Yang di-Pertuan Agong, semalam, Anwar mendakwa Apco Worldwide, sebuah agensi perunding dilantik oleh kerajaan Malaysia adalah syarikat yang sama melakarkan slogan "One Israel'.

Menurut beliau, Apco pada 1999 menasihatkan perdana menteri Israel ketika itu, Ehud Barak untuk memperkenalkan slogan 'One Israel'.

Bagaimanapun, Apco dalam satu kenyataan hari ini menafikan pembabitan pihaknya dengan konsep "One Israel' itu.

Sementara itu di London, masih mengatakan bahawa konsep 1Malaysia ada kaitan dengan konsep 1Isreal. Anwar memberi ulasan, bahawa penafian APCO itu bercorak urusan bisnes. Anwar masih mempertikai kenapa kerajaan Malaysia membuat bayaran kepada APCO.

18 March 2010

Rakyat Perlu Wakil Rakyat Seperti Zaharin Hashim

Rakyat perlu wakil rakyat seperti Zaharin Hashim. Rupanya wakil rakyat ini keluar daripada PKR kerana tidak tahan dengan pembohongan dan kemungkaran yang ada dalam parti itu.

Di dewan rakyat semalam, wakil rakyat Bayan Baru Pulau Pinang itu mendedahkan bagaimana Anwar Ibrahim memperdaya dan membohongi wakil-wakil rakyat PKR, DAP dan Pas mengenai rancangan 16 September 2008, yang kononnya Pakatan akan menumbangkan BN melalui perlompatan 30 wakil rakyat BN kepada Pakatan.

Zaharin juga mendedahkan bahawa Anwar mempergunakan nama Yang Dipertuan Agong, yang kononnya dia telah berjumpa YDP Agong, dan kononnya Agong telah bersetuju agar dia dilantik menjadi perdana menteri ke-6 Malaysia.

Selain nama agong, Anwar juga mempergunakan panglima tentera, yang kononnya panglima tentera Malaysia berserta anggota tentera telah merestuai perlantikkannya sebagai Perdana Menteri.

Pendedahan Zaharin bagaikan bom atom kepada Anwar. Disebabkan tidak tahan dengan pendedahan ini, Anwar terlalu gelisah duduk di kerusinya dalam dewan rakyat. Anwar terpaksa keluar dewan, walaupun tindakannya mendapat kecaman daripada wakil rakyat BN agar Anwar jangan keluar dewan dan terus mendengar pendedahan Zaharin.

Zaharin juga melalui ucapan sulungnya sebagai wakil rakyat bebas selain membuat pendedahan mengenai Anwar, wakil rakyat itu mengulangi pendedahan mengenai tindakan Lim Guan Eng,ketua menteri Pulau Pinang yang menghina islam, pemimpin diktator, chauvinis dan berfikiran komunis.

Zaharin juga mendedahkan berbagai tipu helah Pakatan untuk memesongkan rakyat demi mendapatkan undi.

Zaharin akan menyambung ucapannya di dewan rakyat hari ini, setelah sidang dewan rakyat di tangguhkan semalam pada pukul 5:30 petang.

17 March 2010

Jika PRU-13 Esok BN Sabah Akan Hilang 10 Kerusi

Jika PRU-13 esok, BN Sabah akan kehilangan Sri Tanjung (sudah pun hilang-kini disandang DAP) Parlimen Kota Kinabalu (telahpun hilang kini di tangan DAP), Kuala Penyu, Sandakan, Kepayan, Bingkor,Inanam,Likas, Luyang, dan Merotai.

Pada PRU-12 lalu Di DUN Sri Tanjong, DAP merampas kerusi berkenaan apabila calonnya, Wong Sze Phin @ Jimmy menewaskan penyandang dari BN, Samson Chin Chee Tsu, selain calon PKR, Datuk Kong Hong Ming.Jimmy memperoleh 5,359 undi manakala Samson (4,187) dan Kong (3,090) sekali gus membolehkan Jimmy menang dengan undi majoriti 1,172.

Yang jelas, jumlah keseluruhan undi diperoleh calon DAP dan PKR 8,449 jauh mengatasi undi diperoleh Samson. Bayangkan jika pembangkang mencapai kesepakatan untuk mencalonkan hanya seorang daripada mereka untuk menentang Samson.

Dengan pengundi Cina seramai 74.21 peratus daripada keseluruhan 19,536 pengundi dan Bumiputera Islam (22.81 peratus), Bumiputera Bukan Islam (2.67 peratus) dan etnik lain (0.31 peratus), Jimmy mengatasi Samson yang menang pada pilihan raya 2004 dengan undi majoriti 3,907.

Di kerusi Parlimen Kota Kinabalu, keadaan yang sama dapat dilihat melalui undi diperoleh calon DAP dan PKR yang jauh mengatasi calon BN, Chin Teck Ming dari Parti Bersatu Sabah (PBS).

Chin yang pertama kali dicalonkan, terpaksa akur kepada 8,420 undi yang diperolehnya manakala calon DAP, Dr Hiew King Chew memperoleh 9,464 undi dan calon PKR, Christina Liew Chin Jin (9,358) dan calon Bebas, Kong Yu Kiong (341).

Walaupun berhadapan dengan Chin dan Christina serta Kong, Dr Hiew menang dengan undi majoriti 106 berbanding undi majoriti diperoleh calon BN pada Pilihan Raya 2004, Datuk Dr Yee Moh Chai sebanyak 10,860 undi.

Calon BN di Parlimen Sandakan, iaitu Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Liew Vui Keong yang pertama kali melangkah ke gelanggang pertarungan pilihan raya, harus berterima kasih kepada ketidaksepakatan calon DAP, Shanty Chong Chui Lin dan calon Bebas, Fong Vun Fui.

Liew memperoleh 8,297 undi berbanding Shanty (8,121) dan Fong (2,929), sekali gus membolehkan BN merampas semula kerusi berkenaan dengan undi majoriti hanya 176.

Jelas, kehadiran calon Bebas itu membolehkan BN menguasai semula kerusi Parlimen Sandakan yang sebelum ini dikuasai calon Bebas, Chong Hon Min yang menang pada pilihan raya 2004 dengan undi majoriti 1,330.

Di DUN Kepayan (dalam Parlimen Penampang), calon BN yang juga calon tunggal MCA, Datuk Edward Khoo Keok Hai memperoleh 6,162 undi, manakala calon DAP, Stephen Jacob Jimbangan (4,100) dan calon PKR, Datuk Chau Chin Thong @ Chau Chin Tang (3,658).

Di DUN Kuala Penyu (dalam Parlimen Beaufort), calon BN, Teo Kwan Chin @ Teo Mau Sing merampas semula kerusi berkenaan daripada calon Bebas yang juga penyandang, Datuk Johan @ Christopher O T Ghani.

Bagaimanapun, Teo yang memperoleh 4,416 undi hanya menang dengan undi majoriti 257 berbanding Ghani (4,159 undi) dan calon PKR, Guandee Koh Hoi (889 undi).

Sekali lagi pertelagahan meletakkan calon pembangkang menyebabkan peluang Ghani mempertahankan kerusi berkenaan digagalkan dengan kehadiran Guandee.

Di DUN Bingkor (dalam Parlimen Keningau), peluang Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan untuk merampas kerusi itu daripada penyandang, Justin Guka dari BN, digagalkan dengan kehadiran dua calon Bebas, masing-masing Victor Leornadus @ Victor Leonardus dan Uling @ Thomas Anggan.

Jeffrey tewas dengan kekurangan 171 undi. Victor memperoleh 129 undi, manakala Uling memperoleh 164 undi. Jika kedua-dua calon Bebas itu memberi laluan kepada Jeffrey untuk berdepan dengan Justin, besar kemungkinan DUN Bingkor dirampas pembangkang.

Keadaan sama dapat dilihat di DUN Inanam, Likas, Luyang dan Merotai. Ketidaksepakatan calon DAP, PKR dan Bebas menyebabkan calon BN menang di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, dengan kemenangan pembangkang di lima negeri di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pembangkang di Sabah dikatakan sudah mula celik. Pembangkang di negeri itu dikatakan mula melihat Sabah akan dijadikan sasaran selepas ini.

Namun, BN Sabah awal-awal lagi sudah bersedia menangkis serangan pembangkang.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman ketika diminta mengulas mengenainya selepas majlis mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada Ahad lalu, menegaskan BN Sabah sudah menyediakan perisai menghadapi serangan itu.

Bagaimanapun, BN Sabah berjaya membuktikan bahawa parti itu bukan setakat terus menerima keyakinan rakyat, malah menyediakan 24 kerusi Parlimen untuk BN kekal membentuk kerajaan pada peringkat Persekutuan.

Usaha gigih perlu dilakukan BN Sabah bagi mengekang serangan pembangkang selepas ini yang pastinya mencemburui 24 kerusi berkenaan.

16 March 2010

Kalau PRU-13 Esok Siapa Yang Bertanding Mewakili BN Untuk Kawasan Kota Belud

JIKA PRU-13 esok,apa kah ada perubahan status quo wakil rakyat kawasan Kota Belud?

Kawasan parlimen yang kini disandang oleh Datuk Rahman Dahalan, Usukan oleh Datuk Japlin Akin, Tempasuk oleh Datuk Musbah Jamli dan Kedamaian oleh Datuk Herbert Timbun Lagadan.

Berasaskan ketersepaduan para wakil rakyat kawasan Kota Belud, difikirkan adalah tidak patut mengubahnya.

Jarang sekali berlaku ketersepaduan antara wakil-wakil rakyat Kota Belud, hanya kali ini ketersepaduan itu sangat menyerlah.

Politiking antara wakil-wakil rakyat jarang kita dengar, yang kita dengar adalah kerjasama erat antara mereka. Ke-empat-empat wakil rakyat ini saling memerlukan antara satu sama lain, saling lengkap melengkapi, demi membawa apa sahaja pembangunan untuk kawasan Kota Belud.

Jika Herbert Timbun Lagadan ditugaskan untuk mengenal pasti rakyat miskin yang perlu diberi bantuan, YB ini telah senaraikan mereka melalui e-kasih atau disenaraikan oleh tindakan kementerian-kementerian tertentu baik negeri mahupun pusat.

Isu pendidikan misalnya diperjuangkan oleh ahli parlimen Kota belud, isu pembangunan infrastruktur oleh Japlin Akin dan pembangunan ekonomi oleh Musbah Jamli.

Ibarat satu sistem, ke empat-empat wakil rakyat ini merupakan satu sistem yang satu, mempunyai arah yang satu, mempunyai hala tuju yang satu, yakni membangun kawasan Kota Belud.

Syogianya lah pimpinan negeri yang di ketuai oleh Datuk Musa Aman dan pusat oleh Datuk Najib dan TS Muhyiddin, mempertahankan ke empat-empat wakil rakyat ini, se tidak-tidaknya se penggal lagi, demi menyempurnakan misi dan visi mereka.

Menukar di tengah perancangan dan pelaksanaan adalah sesuatu yang tidak sesuai, kerana melihat kemampuan seseorang wakil rakyat itu dalam masa sepanggal ada lah sukar.

Bisik-bisik mahupun secara terbuka, gandingan 4 wakil rakyat ini cukup jitu di kawasan Kota Belud. Memberi mereka kesempatan sepenggal lagi adalah kehendak majoriti rakyat kawasan ini.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels