1 April 2011

Kenapa sebahagian besar penduduk Kota Belud miskin?

Kota Belud tidak mempunyai sumber asli, seperti kayu balak. Kota Belud hanya kaya dengan tanah landai dan bukit serta laut yang luas.

Disebabkan sistem pertaniannya belum moden, maka hasil pertanian juga kurang.

Penduduk Kota Belud bukan malas, namun usaha mereka mengerjakan tanah hanya untuk keperluan hidup, belum mengarah kepada komersial. Pertanian komersial boleh dijalankan, namun infrastrukur untuk pertanian belum tersedia.

Selepas merdeka, sehingga kini-sistem pertanian daerah ini masih di peringkat tradisional.

Melihara binatang misalnya, masih dibiarkan berkeliaran tanpa terurus. Jangan bilang di kampung, malah di pekan Kota Beludpun masih terdapat lembu-lembu berkeliaran di pekan itu-saban hari.

Tahun 2009- Kota Belud menerima perkhabran yang sungguh mengembirakan penduduk daerah itu, apabila Kerajaan Persekutuan melalui menteri Pertanian dan Asas Tani- Datuk Noh Omar mengumumkan peruntukkan RM 1 billion untuk membangunkan projek Jelapang Padi Kota Belud. Tambahan kepada projek itu-Ketua Menteri Sabah pula mengumumkan bahawa Daerah Kota Belud merupakan salah satu kawasan terpilih untuk projek Agropolitan.

Mendapatkan peruntukkan daripada kerajaan tidak lah semudah apa yang difikirkan. Kajian yang menyeluruh perlu dilakukan mengenai apakah sesuatu projek itu berdaya maju. Pihak EPU Jabatan Perdana Menteri tidak akan mudah bersetuju pada sesuatu projek, jika kajian yang menyeluruh tidak dijalankan.

Apabila projek Jelapang Padi Kota Belud serta projek Agropolitan dipersetujui oleh Kerajaan, dan peruntukkanpun mula disalurkan, ada dikalangan pemimpin Kota Belud tidak akur dengan projek tersebut, malah dakwaan dan tomahan negatif terhadap kejayaan projek itu. Di satu peringkat-misalnya-Projek Agropolitan mahu dibatalkan oleh bahagian Teknikal atas nasehat juruperunding- yang kurang arif mengenai projek tersebut. Namun, ketangkasan pemimpin yang mengilhamkan projek itu, akhirnya projek tersebut diteruskan semula.

Bagi OKB-jika kita tidak akur pada sesuatu, maka kita mesti siap sedia dengan alternatif yang lebih baik, bukan memberi alasan nakal--- jangan teruskan projek itu, kerana prrojek itu membuatkan kepala sakit.

Selepas projek skim Jawi-Jawi yang dilaksanakan pada tahun 70-an, selepas lebih 40 tahun, baru lah berulang projek mega di bawa semula ke Kota Belud-yakni projek Jelapang Padi, Agropolitan, sangkar gergasi untuk pemeliharan ikan di laut serta projek pelancongan.

Seharusnya semua pemimpin Kota Belud berganding tangan dan bahu menyokong sepenuhnya projek-projek tersebut.

Jelapang padi selain mengeluarkan beras untuk keperluan negeri, ianya juga untuk keperluan negara. Jerami padi boleh diproses menjadi makanan ternakan seperti lembu tenusu dan pedaging. Terdengar khabar daripada Jabatan Haiwan Negeri Sabah- bahawa Kota Belud akan dijadikan tempat pemeliharan lembu tenusu yang menggunakan teknologi moden. Baka-baka lembu yang diperlihara adalah-baka lembu yang boleh mengeluarkan 20-30 liter air susu sehari. Bayangkan jika 10,000 lembu diperlihara! Sehari mengeluarkan 200,000 liter. Harga selitar adalah RM2.50; jadi pendapatan sehari untuk 10 ribu lembu sebanyak RM 500,000; sebulan RM15 juta; setahun RM180 juta, itu kalau 10,000 ekor!!

Kota Belud hanya boleh maju dengan memanfaatkan sumberdaya yang ada, yakni tanah, laut dan pemandangan semulajadi.

Seharusnya para wakil rakyat kita mempunyai matalamat dan visi ini, sebelum menjadi wakil rakyat. Jangan hadir di Parlimen-sibuk dengan perkara remeh, seperti sibuk membela syarikat swasta seperti Airasia. Syarikat itu, telah maju, kalaupun ada impaknya terhadap pembangunan Kota Belud, hanya sedikit.

Wakil rakyat Kota Belud perlu memikirkan projek yang berimpak terus terhadap pembangunan masyarkat-jika tidak 20 tahun akan datang, taraf kehidupan penduduk kota Belud, tetap akan sama.

15 comments:

antap said...

projek2 yamg boleh menjana ekonomi perlu diteruskan bagi memastikan pembangunan penduduk kota Belud.

joey said...

usaha untuk membangunkan KB perlu terus dilakukan agar ianya dapat membantu mengembangkan ekonomi penduduk KB.

joey said...

potensi atau peluang ekonomi yang ada haruslah diterokai agar dapat menjana pendapatan penduduk dan ekonomi KB.

Kris Jr said...

Nampaknya YB2 kawasan KB perlu berusaha lagi gigih untuk menaik tarafkan penduduk KB.

Radzis said...

Para wakil rakyat haruslah berusaha untuk membantu penduduk.

Radzis said...

Diharapkan wakil rakyat memenuhi tanggung jawab mereka dengan bersungguh-sungguh. Jangan kecewakan penduduk kota belud!

Larry said...

I'm sure Kota Belud will become a more developed area in the near future if the people continues to work harder and unite. Hope that the government will provide some aids to them.

Larry said...

All the best for KB.

mike said...

harus ditukarkan cara hidup sara diri kepada komersil yang mendatangkan keuntungan lebih banyak..namun bukan mudah untuk mengubah cara hidup yang sekian lama diamalkan..lagipun kemudahan, infrastruktur belum ada untuk memungkinkan perubahan tersebut dapat direalisasikan.

mike said...

diharap wakil rakyat KB akan dapat melakukan sesuatu untuk meningkatkan pendapatan rakyat di KB.

Paquin said...

Usaha untuk menanggani kemiskinan harus dilakukan bagi memastikan KB bebas daripada kemiskinan.

Paquin said...

Justeru, semua pihak terutamanya para pemimpin harus melipat gandakan usaha bagi memastikan Kota Belud dapat dibangunkan:)

Hosie Masie said...

Kota Belud harus dimajukan lagi bagi menangani masalah kemiskinan dikawasan tersebut.

evan medhousky said...

penduduk kota belud patut menerima apa sahaja projek mega yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan. dan dalam masa yang sama kerajaan juga perlu memastikan projek tersebut tidak memberikan impak negatif kepada penduduk sekitar.

shiro said...

dengan tanah landai dan bukit serta laut yang luas,sebahagian penduduk Kota Belud yang miskin itu mampu menjana pendapatan bila kerajaan menjalankan projek-projek yang lebih banyak dan terancang.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels