19 April 2011

Tan Sri George Chan Presiden SUPP hanya kekal hingga hujung tahun ini

George Chan (kiri-bercermin mata)
Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP ), Tan Sri Dr George Chan Hong Nam yang mahu berundur dari arena politik akan kekal sebagai peneraju parti itu sehingga perhimpunan agung akhir tahun ini.

Bendahari SUPP, Datuk David Teng memberitahu demikian kepada pemberita di sini Isnin.

Sebelum itu, Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu menolak surat peletakan jawatan Dr. Chan dan Setiausaha Agungnya, Datuk Sim Kheng Hui.

CWC dalam perjumpaan mereka memutuskan kedua-dua pemimpin SUPP berkenaan akan terus memegang jawatan mereka sehingga pemilihan pimpinan pada kongres parti itu akhir tahun ini.

Terdahulu Dr. Chan berkata, beliau membuat keputusan tersebut ekoran tewas kepada calon DAP, Ling Sie Kiong di Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau di sini dengan majoriti 1,590 undi dalam pilihan raya negeri, Sabtu lalu.

Ling memperoleh 5,998 undi manakala Dr Chan yang juga penyandang meraih 4,408 undi. Keputusan ini adalah kejutan terbesar dalam pilihan raya negeri ke-10.

17 comments:

fazlin said...

Tan Sri George Chan membuat keputusan ini ekoran keputusan yang diperoleh pada pilihanraya negeri Sarawak yang bart lalu.

fazlin said...

SUPP perlu lebih bekerja keras pada masa akan untuk mengembalikan sokongan rakyat terhadap mereka.

ferlo said...

mungkin dah tiba masanya untuk Tan Sri George Chan berundur. apapun harap perjuangannya akan diteruskan.

Gopuk said...

jika beliau sudah bertekad untuk berhenti, biarkan sahaja beliau. Relakan sahaja keputusan beliau.

Gopuk said...

Kemungkinan perletakkan jawatan beliau akan membawa seorang penganti yang lebih cekap dalam mengendalikan semua pekerjaan.

Smookiekins said...

Jika tu yang terbaik.

Radzis said...

Tan Sri George Chan tidak harus berputus asa begitu sahaja.Sebaliknya, dia seharus bekerja keras untuk mengembalikan sokongan rakyat.

Radzis said...

Apapun, ia terpulang kepada Tan Sri George Chan untuk membuat keputusan.

Mohd Ishak said...

Selamat berjuang setelah keluar nanti.

shiro said...

sebaiknya Chan mempertimbangkan keputusannya.mungkin beliau masih boleh memperbaiki pencapaian SUPP pada PR yang akan datang.

shiro said...

semoga SUPP akan terus berjuang dan berusaha memperbaiki kelemahan mereka sebelum ini.

evan medhousky said...

memang patut beliau berundur dari arena politik dan patut memberi laluan kepada muka2 baru untuk menerajui SUPP.

evan medhousky said...

bagi saya keputusan beliau ini adalah langkah berani dan patut dipuji dan dihormati oleh semua pihak. saya harap SUPP tidak akan putus asa malah akan terus menyumbang kepada rakyat dan negeri sarawak..

Hanroizin said...

Apa pun semua itu tidak kita jangkakan. Kerana itu pilihan rakyat. Yang penting sekarang. seharusnya Datuk Chan memberikan semangat kepada parti itu untuk terus berjuang untuk rakyat.

mandau said...

bgslah jika berundur, ini memberi peluang kepada muka baru yang mgkin dpt memberi idea2 yang lebih baik.

Elisha Emanuela Jones said...

Takpa, lain kali boleh berusaha lagi untuk kembalikan sokongan rakyat.

Paquin said...

Terpulanglah kepada Tan Sri George Chan sendiri. Yang penting beliau lakukan secara sukarela.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels