3 March 2013

Analisis Operasi Lahad Datu

Mungkin ramai yang tertanya – tanya kenapa hanya polis yang mengawal dan dan berperang dalam krisis di Lahad Datu.. kenapa tidak tentera? haa, ini ada jawapannya yang dikongsikan di laman sosial facebook..

Menjawab Isu Pencerobohan dan Mengapa Tidak Tentera?


1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.

2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.

3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.

Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna

1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.

2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan – Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)

3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.

4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.

Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.

Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan

Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?


Nota Tambahan. Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah)yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada YAng Di Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai combatant Perang.

Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.

Tiada ada negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom. Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Gerat wallnya sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu – golongan yang tidak mempunyai sempadan).

Hatta Mekah pun pernah di cerobohi oleh bukan Islam. (tidak ada kaitan dengan kes ini sekadar contoh perbandingan bahawa secanggih mana pertahanan pun dengan izinNya bocor juga)

Komen : Pasukan yang terlibat bukan unit biasa. Unit komando PDRM ialah attachment a-unit tindakan khas(UTK), attachment b-very able trooper 69(VAT69) dibawah pasukan gerakan khas(PGK). UTK lebih menyerupai police SWAT,manakala VAT69 lebih kepada peperangan hutan dan gerila. Komando PGA dikenali sbgai tiger platoon dari 2 Bn PGA…komando di bawah ATM adalah gerup gerak khas(GGK) iaitu 21 RGK,22 RGK,11 RGK dari Tentera darat..PASKAL pula dari TLDM..PASKAU dari TUDM..Ia tertakluk dlm majlis keselamatan negara(MKN) arahan NO. 18.. Pihak keselamatan lebih mengetahui apa yang terbaik dan modus operandi.-

30 comments:

Hidup Di Sabah said...

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat sudah tiba masanya kerajaan mengambil tindakan keras terhadap pihak penceroboh selepas insiden pertumpahan darah di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Hidup Di Sabah said...

walaupun kerajaan berhati-hati dalam menangani isu itu pada peringkat awal dan berharap ia dapat diselesaikan tanpa pertumpahan darah, malangnya ia tidak dihargai oleh mereka sehingga sanggup membunuh anggota pasukan keselamatan negara.

Hidup Di Sabah said...

Sekarang ini saya fikir tidak ada jalan lain melainkan kerajaan melancarkan serangan balas supaya dapat dihapuskan sama sekali pasukan Sulu ini walaupun dengan (tindakan) ini ramai mereka terbunuh, tapi ini tidak dapat dielakkan kerana mereka yang menyerang Sabah, bukan kita yang menyerang mereka.

Hidup Di Sabah said...

Tindakan keras yang diambil mungkin akan menyebabkan ramai daripada penceroboh itu mati serta anggota keselamatan negara akan menjadi mangsa.

Hidup Di Sabah said...

insiden yang berlaku itu tidak akan tamat begitu sahaja kerana pihak penceroboh boleh melakukan serangan-serangan hendap pada masa depan.

Hidup Di Sabah said...

Kerajaan diharap mengadakan persediaan awal menghadapi serangan berturut-turut pada masa akan datang.

Hidup Di Sabah said...

Terutama keperluan terhadap pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk mengawal dan menyekat bot-bot yang datang dari kepulauan Tawi-Tawi yang mungkin membawa pasukan penceroboh atau menyeludup senjata.

Hidup Di Sabah said...

Perkara ini tidak boleh dipandang ringan walaupun pada mulanya kita ingat percubaan mereka itu untuk menawan Sabah sebagai percubaan yang sia-sia tetapi kita tahu mereka akan menjadi gerila dan akan melancarkan serangan pada masa depan.

Hidup Di Sabah said...

Mengenai ada pihak yang mempertikai tindakan kerajaan yang memberi kuasa kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bertindak terlebih dahulu berbanding pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhubung pencerobohan tersebut, Dr Mahathir berkata, negara mempunyai dua bahagian keselamatan.

Hidup Di Sabah said...

Kita bahagi keselamatan kepada dua bahagian iaitu yang datang dari luar yang biasanya tindakan diambil oleh tentera manakala yang berada di dalam negara adalah tanggungjawab polis. Pada mulanya kita tidak anggap pencerobohan itu sebagai serangan luar kerana mereka ini berada dalam wilayah kita.

Hidup Di Sabah said...

Bagaimanapun, apabila pencerobohan dan serangan kini jelas datang dari luar maka difahamkan pihak tentera diarahkan untuk memgambil bahagian dalam tanggungjawab itu.

Hidup Di Sabah said...

Mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan dilihat 'berlembut' dengan pihak penceroboh terbabit memang tidak masuk akal. Kerajaan bukannya berlembut hati. Tapi cuba menangani masalah ini dengan sebaiknya tanpa pertumpahan darah.

Hidup Di Sabah said...

Sememangnya kerajaan tidak mahu mengambil tindakan sehingga membunuh kerana mereka juga mempunyai keluarga dan rakan sebagai warganegara di Sabah.

Hidup Di Sabah said...

Sebab itu kita berhati-hati bertindak begitu pada awalnya, lagipun mereka ini orang Islam, kita orang Islam, kita tidak mahu tergesa-gesa.

Hidup Di Sabah said...

Tetapi mereka tunjukkan niat jahat dengan menembak dua anggota polis kita. Sekarang ini peristiwa ini tidak boleh dianggap boleh diselesaikan dengan rundingan. Jadi kita terpaksa melakukan apa yang patut.

Marimar Pascual said...

Kedutaan Filipina menawarkan bantuan kepada pihak berkuasa Malaysia dalam mencari jalan penyelesaian damai bagi menangani insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Marimar Pascual said...

Tawaran itu disampaikan oleh Duta Besar Filipina ke Malaysia, J. Eduardo Malaya dan Setiausaha Rendah Luar Filipina, Jose S.Brillantes semasa mesyuarat
ringkas dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di Lahad Datu 3 Mac.

Marimar Pascual said...

Malaya berkata mereka berada di Lahad Datu atas misi kemanusiaan konsulat untuk membantu. Beliau turut berkata mereka ingin melihat jika boleh membantu pihak berkuasa tempatan dalam mencari resolusi damai dan mengelak lagi pertumpahan darah, sejajar dengan lafaz Presiden Filipina Aquino III dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Marimar Pascual said...

Sementara itu, Brillantes berkata, mereka juga ingin menghulurkan bantuan konsulat kepada mereka yang cedera dan warga negara lain yang terjejas dalam kejadian tersebut.

Marimar Pascual said...

"Adalah penting untuk kita bekerjasama rapat dalam mencari penyelesaian aman dalam situasi ini. Setiap nyawa adalah berharga dan biar kita cari jalan untuk mengelak lebih banyak kehilangan nyawa," katanya.

Brillantes tiba ke Malaysia pada 25 Februari lalu untuk membantu pihak kedutaan menangani isu pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina itu.

Marimar Pascual said...

Pihak kedutaan turut meminta komuniti Filipina-Malaysia di pantai timur Sabah supaya tenang dan mematuhi garis panduan
yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Marimar Pascual said...

"Kami rasa dan memahami kebimbangan ramai daripada anda dalam keadaan yang sukar ketika ini. Pihak kedutaan akan berkerja dengan pihak berkuasa berkenaan untuk memastikan keselamatan anda. Ini bukan masanya untuk mengambil apa-apa tindakan yang mungkin disalah erti oleh sesetengah pihak," kata kedutaan itu.

Hidup Di Sabah said...

Rasanya bukannya mudah untuk mempertahankan negara dengan tidak mendapat sokongan daripada semua pihak ini.

Hidup Di Sabah said...

Jika semua bersatu rasanya masalah ini pasti akan dapat ditangani dengan sebaiknya.

Hidup Di Sabah said...

Tambahan lagi sekarang ini pembangkang cuba memainkan perkara ini sebagai isu politik mereka.

Hidup Di Sabah said...

nampak sangat yang mana pembangkang sekarang ini semakin hilang kepercayaan pada diri mereka untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat.

Hidup Di Sabah said...

Sampai isu pencerobohan ini pun cuba dikaitkan dengan kerajaan UMNO/BN.

Hidup Di Sabah said...

Beliau memberi jaminan kepada penduduk di kawasan sekitar bahawa keadaan keselamatan di daerah ini, yang terletak kira-kira 200 kilometer dari Lahad Datu, adalah terkawal.

Hidup Di Sabah said...

Ismail berkata operasi yang dijalankan pihak keselamatan di kawasan itu tidak menjejaskan keselamatan penduduk di Semporna yang rata-rata melahirkan kebimbangan mungkin berlaku serangan balas oleh pihak penceroboh di kawasan itu.

Hidup Di Sabah said...

"Kami telah mengetatkan kawalan keselamatan di daerah Semporna terutama di kawasan Kampung Simunul. Pegawai dan anggota polis telah bersiap-sedia dari pelbagai aspek, jadi saya minta orang ramai jangan panik.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels