16 March 2013

Yang Paling Mustahak adalah Undi Parti

KALAU kita mahu, pemimpin kita naik, maka undi parti. Pemimpin akan naik kerana parti. Dalam parti semua ada peranaan. Dalam parti semua ada peluang. 

Kalau kita tergantung kepada calon, maka kekalahan akan mendekati kita, atas sebab; mungkin calon itu ada yang tidak suka. Tiada calon yang dikatakan paling popular, kerana calon adalah manusia yang terdedah kepada kelemahan.

Calon terdedah kepada suku bangsa. Calon terdedah kepada banyak masalah. Atas sebab itu, apabila kita lebih condong melihat kepada calon, suatu kawasan yang dianggap selamatpun boleh kalah.

Kalau kita memilih parti, maka semangat berpasukan akan hidup. Parti akan hidup kerana sokongan ramai. Parti tidak pernah salah dalam semua segi, kalau semua yang terlibat dalam parti mempunyai sifat muafakat, berdidikasi, berhemah, jujur serta amanah, maka parti akan selamat selama-lamanya.

Pemimpin boleh datang dan pergi, namun parti akan tetap. Parti yang mempunyai matalamat yang bersih akan rosak kerana tindakan pemimpin tertentu di dalamnya. Atas sebab itu, jangan hukum parti, kerana perbuatan individu, jangan bakar kelambu kerana seekor nyamuk.

Pemimpin yang berjiwa parti, dapat dilihat daripada segi sumbangannya kepada parti. Dapat dilihat daripada segi gerak kerjanya terutama yang berkaitan dengan rakyat umumnya dan penyokong khasnya.

Sebab apa? pemimpin seperti itu merasa bertanggungjawab kepada parti, pemimpin seperti itu tidak mahu menjadi penyebab susu sebelanga rosak kerana nila setitik.

Pemimpin yang berjiwa parti, kita dapat lihat melalui komtimennya. Mempunyai komiten bukan bermusim, tetapi sepanjang masa. Inilah tolok ukur seseorang yang berjiwa parti. Namun, kadangkala, pemimpin seumpama ini, kadang-kadang tidak terpilih sebagai calon pilihanraya; mungkin ada sebab-sebab tertentu yang tidak diketahui; mungkin kerana komitmennya, maka jauh sekali perbuatannya bersifat mengampu; atas sebab itu kadang-kadang nama pemimpin ini terlupakan, kerana pucuk pimpinan senantiasa terdedah kepada pemimpin pengampu.

Antara sifat-sifat pemimpin pengampu adalah, dimana sahaja puncuk pimpinan berada, pasti dia berusaha turut ada. Kata orang muka tembok, muka tebal. Senantiasa mencari peluang untuk mendapat perhatian pucuk pimpinan. Ada kala melalui kenyataan puji-pujian, atau pun berbagai kaedah yang boleh menarik perhatian pucuk pimpinan.

Nah disinilah timbul masalah, kalau pemimpin seumpama ini dipilih menjadi calon, maka penyokong akar umbi menjadi marah kepada parti, sehingga kerana protes, maka calon parti itu kalah. Apabila calon parti kalah, maka semua berputih mata, termasuk pemimpin yang disukai tetapi tidak dicalonkan menerima padahnya.

Atas sebab itu, bagi berdepan dengan PRU-13, iaitu PRU yang dianggap sebagai ibu kepada semua PRU, jangan berlaku kerja protes, sehingga tidak mengundi calon parti.

19 comments:

Teruterubozu said...

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, kejayaan mana-mana parti politik dalam pilihanraya akan datang amat bergantung kepada pemilihan calon yang bersih dan berwibawa.

Teruterubozu said...

Menurut beliau, imej parti tidak memberikan makna tanpa menampilkan calon yang berwibawa, bersih, berakhlak, beramanah serta cenderung kepada kesahjeteraan kerana tanpa calon sebegini, tidak mungkin menjanjikan sesuatu yang baru kepada rakyat.

Teruterubozu said...

“Orang tidak melihat kepada parti semata-mata, bahkan jika parti membawa imej yang tidak baik, katakan kerajaan atau UMNO, jika mahu terus menyambung mandat atau pemerintahan, satu-satunya cara bagi mereka ialah perlu mengemukakan calon yang berwibawa.

“Jika tidak, ia tidak memberi pilihan kepada rakyat,” jelasnya.

Teruterubozu said...

Oleh itu kata beliau, jika Barisan Nasional mengemukakan calon yang berwibawa, maka Pakatan Rakyat juga perlu menampilkan calon yang sebegitu dan calon-calon ini perlu memiliki ciri-ciri tertentu untuk membawa masa depan negara ke arah yang lebih baik.

Teruterubozu said...

“Kita mempromosi supaya rakyat memilih calon yang berkelayakan kerana kemenangan mana-mana parti politik sangat bergantung kepada sejauh mana calon boleh menang,” ujar Ustaz Abdullah Zaik.

Teruterubozu said...

Seperti laporan dari akhbar Sinar Harian bertarikh 25 Januari 2013, beberapa parti politik dijangka terpaksa menggugurkan nama-nama besar daripada menjadi calon mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Teruterubozu said...

Pengguguran itu tidak boleh dielakkan kerana beberapa tokoh itu gagal dalam ujian tapisan yang dilakukan oleh SPRM kerana mempunyai masalah dengan undang-undang.

Difahamkan, ia disedari setelah urusan awal tapisan senarai calon yang diserahkan beberapa parti kepada SPRM untuk tapisan menjelang PRU13 selesai.

Teruterubozu said...

Berdasarkan hasil ujian tersebut, parti-parti yang terlibat telah dinasihatkan tidak meletakkan nama-nama besar yang bermasalah itu sebagai calon mereka.

mantera said...

Rakyat perlu menggunakan kuasa mengundi untuk mengekalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah terbukti berjaya membela rakyat dan membangun negara, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin.

mantera said...

Beliau berkata, pemilih berdaftar perlu keluar mengundi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti kerana setiap undi amat penting kerana ia akan menentukan nasib dan masa depan generasi kita.

mantera said...

Rakyat perlu sedar betapa pentingnya undi mereka kepada BN untuk membentuk kerajaan yang mampu membantu mereka

mantera said...

parti pembangkang setakat ini hanya tahu membuat pelbagai janji yang tidak mampu mereka tunai. Tiada bukti parti pembangkang mampu membela rakyat dengan baik,

mantera said...

parti pembangkang setakat ini hanya tahu membuat pelbagai janji yang tidak mampu mereka tunai. Tiada bukti parti pembangkang mampu membela rakyat dengan baik,

mantera said...

Menurutnya, dengan sokongan padu yang diberikan oleh rakyat pelbagai kaum dan kerjasama erat jentera parti-parti komponen, BN akan dapat mempertahankan kerusi DUN dan Parlimen.

Anak Sabah said...

Datuk Seri Najib Razak berharap pengundi muda yang kali pertama mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) membuat pilihan tepat untuk menjamin masa depan lebih cerah.

Anak Sabah said...

Perdana Menteri berkata, golongan itu seharusnya berfikir secara rasional memutuskan calon dan parti politik yang menjadi pilihan pada hari mengundi nanti.

Anak Sabah said...

“Bagi yang kali pertama mengundi, apabila tiba harinya, bila nak fikir siapa yang nak dipilih, maka ingatlah IM4U kerana falsafahnya memberi peluang kepada generasi muda menyumbang kepada negara menerusi pelbagai cara kesukarelawan,” katanya

Anak Sabah said...

Perdana Menteri berkata, pembabitan generasi muda dalam kegiatan sukarelawan juga dapat memberi manfaat, terutama menjadi pilihan terbaik untuk mendapat pekerjaan. “Tentunya ia juga dapat membentuk keperibadian yang rajin berkhidmat untuk golongan yang memerlukan, kerja berpasukan dan seterusnya dihargai masyarakat,” katanya.

Anak Sabah said...

Beliau turut mengingatkan anak muda negara supaya tidak terpengaruh dengan nilai songsang yang diajar pembangkang. “Kita tidak ajar belia langgar undang-undang tetapi mahu bina masa depan penuh harapan,” katanya.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels