16 March 2013

Dunia Siber: Penentu Parti Mana Menang PRU-13: KJ

Dunia siber yang menjadi 'rumah' bagi pelbagai aplikasi media sosial dan blog merupakan gelanggang utama bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), kata Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin.

Justeru, beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno berkata pemuda BN perlu menyediakan diri mereka bagi memerangi segala fitnah dan penipuan ditabur pembangkang dalam dunia siber yang menjadi sumber maklumat utama generasi muda pada masa kini.

"Lebih 80 peratus daripada kira-kira tiga juta pengundi baharu adalah generasi muda di bawah umur 40 tahun, mereka ini selain media arus perdana mendapatkan maklumat daripada media sosial dan blog juga pelbagai aplikasi siber lain.

"Dulu PRU 2004 dan 2008 dunia siber ini merupakan alternatif kepada penyebaran maklumat, namun pada PRU ke-13, ia bakal menjadi medium utama bagi memastikan kemenangan BN," katanya ketika berucap melancarkan Himpunan Aktivis Siber Pemuda BN di Mutiara Damansara, Damansara di sini, Sabtu.

Turut hadir Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong yang juga Ketua Pemuda MCA dan Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk Harridz Mohan pada majlis yang dihadiri lebih 3,000 orang itu.

Khairy berkata pemuda BN perlu menggunakan fakta yang tepat dan benar sebagai senjata dalam memerangi fitnah dan penipuan pembangkang dalam dunia siber.

"Kita jangan sekali-kali tenggelam dengan tahap pemikiran pihak pembangkang dengan menggunakan fitnah dan penipuan bagi memerangi mereka. Kita kena pastikan hujah kita bernas dan kempen kita ini sampai kepada setiap lapisan masyarakat.

"Penipuan terancang pembangkang akan mengalahkan kebenaran sekiranya kebenaran yang ingin kita tampilkan tidak diatur dengan sempurna. Peperangan di siber ini seperti 'permainan di tempat lawan' dalam bola sepak yang kita rasa lebih manis kemenangannya berbanding 'permainan di tempat sendiri'," katanya.

Beliau berkata pembangkang mempunyai kelebihan di dunia siber apabila boleh sewenang-wenangnya menabur fitnah dan penipuan kerana tiada kekangan dan tindakan balas terhadap apa yang dilontarkan seperti yang ada pada media arus perdana.

"Inilah sebabnya pembangkang tidak mampu menguasai media arus perdana, kerana media arus perdana tidak sama sekali berkompromi terhadap fitnah dan penipuan. Berbeza dengan dunia siber, sesiapa sahaja boleh menabur fitnah dan penipuan tanpa menyatakan siapa diri mereka," katanya.

Khairy berkata usaha memerangi pembangkang perlu dilakuakn secara berterusandan terus diperkasa terutamanya semasa menghadapi 'garisan penamat' pada PRU Ke-13.

"Dalam tempoh kempen pada PRU Ke-13 pembangkang perlu terus diperangi, tidak guna kita berperang dengan hebat tiga atau empat tahun lepas PRU 2008 kalau sampai tempoh kempen PRU Ke-13 nanti kita lemah. Pada garisan penamat itu akan terjawab kemenangan kita," katanya. - BERNAMA

21 comments:

Teruterubozu said...

Penganalisis menekankan kempen politik melalui media sosial dan internet tidak akan mempengaruhi sokongan pengundi, khususnya masyarakat luar bandar yang lebih mengutamakan sentuhan peribadi.

Teruterubozu said...

“Media sosial hanya mempunyai impak keatas masyarakat bandar tetapi tidak luar bandar. Pengundi lebih pentingkan isu yang dekat dengan mereka,” kata penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM) Mohd Baharudin Othman.

Teruterubozu said...

“Pendekatan ceramah masih yang terbaik, kerana orang ramai lihat pemimpin dekat dengan mereka,” tambah beliau.

Terdapat kira-kira 13 juta pengguna Facebook di Malaysia, dengan 64 peratus terdiri daripada mereka yang berusia antara 18 dan 34 tahun, menurut sumber Socialbakers yang merupakan sebuah syarikat pemantau media sosial.

Teruterubozu said...

Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff turut menegaskan perkara sama dimana media sosial memainkan peranan kecil kerana pengundi mula meragui ketepatan maklumat dalam media sosial.

Teruterubozu said...

“Ya, media sosial memang ada pengaruh, tapi ia tidak akan memberik kesan besar kepada Malaysia. Saya tidak rasa media sosial akan tumbangkan kerajaan, kerana jika ia mampu sudah lama kerajaan sekarang tumbang,” ujar beliau lagi.

mantera said...
This comment has been removed by the author.
mantera said...

- UMNO harus bersiap sedia menguasai perang siber yang menjadi medium pilihan generasi muda dan pembangkang dalam kempen pilihan Pilihan Raya Umum Ke-13.

mantera said...

Bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, ini kerana medium berkenaan seperti e-mel, blog, Facebook, Twitter dan telefon bimbit mampu memberi kesan besar kepada pengundi termasuk mempengaruhi pendirian mereka di saat-saat akhir.

mantera said...

perubahan yang berlaku dalam kempen itu memerlukan UMNO bekerja keras terutama memastikan ahlinya di peringkat akar umbi bersedia serta dapat memainkan peranan secara serius.

mantera said...

Peranan teknologi siber ini tidak boleh kita nafikan pengaruhnya yang begitu besar terhadap pengundi kerana boleh diakses tidak kira waktu sama ada malam atau siang.

mantera said...

Sehubungan itu, amat perlu jentera parti digerakkan ke arah itu supaya segala janji-janji manis dan dakyah yang dibuat pembangkang semasa kempen berlangsung nanti dapat ditangani dengan berkesan

mantera said...

iklim dan situasi berkempen dalam pilihan raya kali ini terlalu banyak beza jika dibandingkan dalam pilihan raya umum lalu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130128/po_02/UMNO-perlu-kuasai-perang-siber#ixzz2O2yZUzYS
© Utusan Melayu (M) Bhd

mantera said...

Sekarang ini cara berkempen perlu difikirkan bukan dari rumah ke rumah sahaja, tetapi laman sosial yang kita terokai juga perlu lebih ke hadapan dan bergerak pantas.


mantera said...

Oleh itu, anak-anak muda khususnya anak ahli UMNO yang bijak menggunakan komputer dan alam siber perlu sama seiring dengan kita dalam membantu jentera parti memerangi dakyah parti pembangkang

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130128/po_02/UMNO-perlu-kuasai-perang-siber#ixzz2O2ymIHaq
© Utusan Melayu (M) Bhd

mantera said...

dalam masa sama, semua jentera pilihan raya parti juga perlu memberikan sokongan penuh kepada calon BN yang diletakkan di kawasan mereka tanpa mengira siapa calon tersebut dan bekerja keras memastikan kemenangan BN.

Anak Sabah said...

Pengundi muda antara komponen penting bagi sesebuah parti dalam menentukan kejayaan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Anak Sabah said...

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, peranan pengundi muda dipercayai mampu menentukan kemenangan parti dan semua parti berusaha menawan golongan ini.

Anak Sabah said...

Menurutnya, usaha Pas dalam menarik perhatian golongan muda menunjukkan perubahan positif dan keadaan ini menimbulkan kebimbangan kepada pihak lawan.

Anak Sabah said...

“Kira-kira 30 hingga 50 peratus pengundi di negara ini boleh menentukan kemenangan dalam PRU dan perkara ini yang membuatkan Barisan Nasional (BN) takut.

Anak Sabah said...

“Mereka berusaha mendapatkan sokongan orang muda, tetapi Pas sudah berjaya mengubah serta menarik perhatian pengundi muda.

Anak Sabah said...

“Aktiviti seperti Jambori Amal Pemuda Pas yang dianjurkan boleh menemukan golongan muda dan pertemuan adalah ciri penting dalam Islam,” katanya

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels