26 March 2013

Pandangan Pemimpin Cina terhadap Anwar


"Throughout the history of the world, this would be the first anyone can ever be sued for singing a song", per Anwar Ibrahim in response to his infamous song 'Sabah dah hilang.'. ..Why is this so called PM in-waiting so defensive and fond of using the word "sue". He has been 'suing' those critics of him by filing rm100 mil suits. He never feel sorry for Sabahans. Now only he come bu CAKAP KOSONG saja... IF he ever becomes a PM, he will sue everyone who criticise him. How can be a fair and just PM?
"Throughout the history of the world, this would be the first anyone can ever be sued for singing a song", per Anwar Ibrahim in response to his infamous song 'Sabah dah hilang.'. ..Why is this so called PM in-waiting so defensive and fond of using the word "sue". He has been 'suing' those critics of him by filing rm100 mil suits. He never feel sorry for Sabahans. Now only he come bu CAKAP KOSONG saja...  IF he ever becomes a PM, he will sue everyone who criticise him. How can be a fair and just PM?
Like ·  ·  · 8 minutes ago via BlackBerry · 

54 comments:

Caldina said...

Inquirer News mendedahkan wujudnya kumpulan ketiga dalam isu pencerobohan ke atas Sabah oleh pengganas Sulu membabitkan pembangkang Malaysia, yang sedang bersiap sedia untuk pilihan raya umum yang mungkin akan dipanggil sebelum Jun. Pegawai perisikan Filipina berkata, salah seorang ahli pembangkang politik Malaysia yang bersekutu dengan Anwar Ibrahim telah bertanding bagi jawatan di Sabah. Rupa-rupanya, ahli politik ini adalah salah seorang dari orang-orang yang bercakap dengan Kiram. Beliau didakwa mewakili parti pembangkang yang menyokong Kiram membuat tuntutan ke atas negeri Sabah.

Caldina said...

Malah, satu laporan The Philippine Star telah mendedahkan pencerobohan ke atas Sabah ini adalah sabotaj kepada usaha rundingan damai kerajaan Aquino dan mengaitkannya dengan nama-nama Cojuangco, Tingting, Moro National Liberation Front atau Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari dan Norbeto Gonzales, bekas penasihat keselamatan negara Filipina.

Caldina said...

Portal ABS.CBN juga mengulangi kenyataan wujudnya tiga kumpulan yang memperalatkan tuntutan Jamalul Kiram III untuk kepentingan masing-masing. Kumpulan pertama ialah mereka yang ada kepentingan kewangan, kedua ialah kumpulan yang anti-Aquino dan ketiga ialah parti pembangkang Malaysia. Maka, jika merujuk kepada kenyataan Inquirer News, Portal ABS.CBN dan The Philippine Star, adalah amat mustahil isu pencerobohan di Lahad Datu didalangi oleh UMNO dan Barisan Nasional seperti yang diwar-warkan pakatan pembangkang.

Caldina said...

Agensi berita antarabangsa, Reuters pada 14 Februari yang memetik kenyataan pegawai tinggi tentera Filipina mendakwa, pencerobohan pengganas Sulu berlaku atas jemputan pemimpin pembangkang di negara ini.

Caldina said...

Akhbar dalam talian, The Manila Times pula mendakwa, pencerobohan tersebut ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia untuk memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak.

Caldina said...

Satu komunikasi dari Kedutaan Amerika Syarikat di Manila ke Jabatan Negara di Washington bertarikh 11 Mei 2007 telah didedahkan oleh Wikileaks. Komunikasi tersebut mengenai perkembangan terbaharu pengasas dan bekas pengerusi MNLF, Nur Misuari. Ketika itu, dia sedang mendapatkan perintah mahkamah untuk membenarkannya bertanding kerusi Gabenor Sulu. Wikileaks mendedahkan hubungan Nur Misuari dengan Anwar dan kemarahannya terhadap Malaysia kerana menyerahkannya kepada pihak Filipina ketika ditangkap pada 2002. Dia juga masih menaruh harapan untuk mengambil kembali Sabah termasuk perancangan untuk menakluki secara ketenteraan.

Caldina said...

Tindakan Anwar menyanyikan lagu “”Tanya Sama Pokok” yang diubahsuai liriknya bagi mengaitkan dengan Sabah berulang kali sejak tahun lalu mencetuskan pelbagai persoalan. Ketua Pembangkang itu menyanyikan lagu tersebut dalam setiap ceramahnya sejak Disember lalu, malah dalam lirik menyebut ‘Sabah bakal hilang’. Jelas Anwar, apabila Sabah hilang, UMNO selaku parti teras dalam kerajaan BN akan melayang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal menjadi Ketua Pembangkang. ““Tanya sama Najib apa sebab goyang, nanti jawab Najib, Sabah nak hilang,” dendang Anwar berulang kali dalam setiap ceramahnya sejak 2 Disember tahun lalu sambil mengajak penyokong pembangkang menyanyi bersama. Dalam ceramah pada 29 Januari lalu, Anwar turut menyanyikan lagu sama dan kali terakhir dikesan pada 14 Februari lalu iaitu dua hari selepas Kampung Tanduo, Lahad Datuk Sabah, diceroboh kumpulan pengganas Sulu.

Caldina said...

Aquino sendiri hairan bagaimana Jamalul Kiram III tiba-tiba boleh ada ada wang yang banyak untuk menghantar bala tenteranya menceroboh Sabah sedangkan sebelum ini dia nak buat rawatan (dialisis) penyakit buah pinggangnya pun tak mampu sehingga terpaksa ditanggung oleh sebuah badan amal di negara itu. “Jika berkaitan kesihatannya sendiri dia memerlukan bantuan, saya dimaklumkan untuk menyewa bot besar ke Sabah memerlukan ratusan ribu peso dan sekurang-kurangnya dua buah bot digunakan dalam kejadian itu. “”Jadi, di mana dia mendapat dana untuk menyewa bot dan mendapatkan makanan,” kata Aquino dipetik daripada Malaya-Business Insight.

Caldina said...

“Saya hanyalah seorang sultan yang paling miskin di dunia,” kata Jamalul kepada pemberita AP ketika ditemui di kediamannya di kampung Maharlika, Manila. Tidak seperti keluarga diraja lain di dunia, hanya duduk di istana dan bergaya, hidup pula mewah, ‘kerajaan’ Sultan Jamalul Kiram III hanya mampu tinggal di rumah uzur dua tingkat dalam komuniti rakyat miskin Islam di Metro Manila.

Caldina said...

Dua pemimpin kanan pakatan pembangkang yang disahkan pergi ke Filipina sebelum tercetusnya pencerobohan di Lahad Datu menggusarkan banyak pihak kerana kedua-dua individu terbabit dikatakan mempunyai rekod ‘buruk’ pada masa lampau dalam usaha pemecahan wilayah. Kedua-dua pemimpin kanan itu pernah memainkan peranan penting yang membawa kepada pemisahan wilayah Timor Timur yang kini dikenali sebagai Timor Leste daripada Indonesia. Mereka berusaha ‘membebaskan’ wilayah Timor Timur dengan memberi tekanan politik kepada kerajaan Indonesia pimpinan Presiden Suharto dengan menganjurkan persidangan Asia-Pacific Conference on East Timor (APCET) di Kuala Lumpur pada November 1996.

Caldina said...

Tindakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali meramalkan bosnya, Anwar bakal ditangkap dalam masa terdekat yang dilaporkan Free Malaysia Today, juga dikatakan ‘skrip lama’ pembangkang untuk mengelak Penasihat PKR itu daripada dikaitkan dalam pembabitan isu-isu tertentu termasuk terbaharu, isu pencerobohan Lahad Datu. Dulu, Anwar menyatakan dia akan dibunuh, dia pun lari ke pejabat Duta Turki… satu sandiwara filem Tamil yang cukup hebat. Skrip lama yang diperbaharui. Ingat tak kita kepada beberapa skrip masa Anwar ditahan di penjara Sungai Buloh ? Kononnya, Anwar akan disuntik dengan racun arsenik. Bila keluar, siap dengan topang dagu kata leher sakit. Hairan ya, Anwar boleh bersenam semasa di penjara, tapi katanya sakit belakang. Kemudian, dia dibawa ke Jerman untuk rawatan sakit belakangnya. Dan sehinggalah dia ‘pulih serta-merta’.

Caldina said...

Menurut sumber yang boleh dipercayai, pengganas Sulu yang menceroboh masuk ke Kampung Tanduo, dipercayai telah melakukan perancangan rapi dan sebenarnya merancang untuk melakukan serangan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan. Penceroboh yang turut didalangi penduduk tempatan itu mahu mengambil kesempatan daripada proses pilihan raya berkenaan bagi menjadikan negara kucar-kacir.

unknown said...

Positif saja tu.

unknown said...

Datuk Seri Najib Tun Razak has arguably been the busiest politician in the run-up to the general election. But the Prime Minister is not the only one with a tight schedule as both Barisan Nasional and Pakatan Rakyat intensify their campaigning without waiting for the Dewan Rakyat to be dissolved.

unknown said...

Politicians based in the rural Malay heartland in particular have their hands full with numerous weddings and other community events.

unknown said...

Politicians in urban and semi-urban areas said that school holidays made no difference to their hectic schedule.

unknown said...

MCA vice-president and Deputy Finance Minister Datuk Donald Lim also said that he had received a lot more invitations recently, but had only so much time to attend the functions.

unknown said...

DAP politicians said the holidays had not affected the turnout at their party functions.

unknown said...

Party colleague and Selangor Assembly Speaker Datuk Teng Chang Khim said the DAP had been campaigning hard for the last two years.

unknown said...

Deputy Higher Education Minister Datuk Saifuddin Abdullah said he had been working up to 17 hours a day, often going from house to house.

unknown said...

Deputy Minister in the Prime Minister's Department Datuk Dr Mashitah Ibrahim said she had been visiting single mothers, old folks homes and orphanages.

unknown said...

More than 1,000 opposition supporters here have declared their support for the Barisan Nasional government since BN took over the constituency in 2010.

unknown said...

He said the opposition had during the 2008 election made many promises, like giving free water and assistance to preschool children, but nothing was implemented.

unknown said...

The 1Malaysia People's Aid (BR1M) and other initiatives implemented by BN, he said, were introduced because there was a need.

unknown said...

They are now convinced that the Najib (Datuk Seri Najib Razak) administration can bring about change and a better future

unknown said...

BN has a fair chance to win a two-thirds majority and preferred Najib as PM. He said the right thing at the right time

Hidup Di Sabah said...

Pasti ramai yang telah mendengar mengenai keputusan Anwar Ibrahim yang terkenal dengan jolokan pemimpin ‘ANUgerah Tuhan’ untuk tidak mempertahankan kerusi Permatang Pauh dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Hidup Di Sabah said...

Anwar melalui kenyataannya baru-baru ini berkata, ‘ada cadangan’ yang meminta agar dia bertanding di Selangor dan Perak. Namun antara kedua negeri tersebut, dia mengatakan lebih cenderung memilih untuk bertanding di salah satu kerusi Parlimen di Perak berbanding Selangor.

Hidup Di Sabah said...

Namun melalui analisa yang dijalankan, keputusan Anwar itu disebabkan penolakkan yang kuat di kalangan pengundi Melayu kerana mula sangsi dengan kredibiliti dan intergriti Ketua Pembangkang itu. Maka ia bukan soal ‘ada cadangan’ yang meminta dia bertukar tempat, tetapi sebenarnya dia ‘TERPAKSA’ untuk berpindah.

Hidup Di Sabah said...

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas mengenai keputusan Anwar itu berkata Malaysia negara bebas dan “Anwar boleh pergi ke mana saja yang dia mahu, tetapi untuk menang, satu cerita lain.”

Hidup Di Sabah said...

“Maksud saya jika beliau mahu LARI daripada Permatang Pauh, tak mengapa. Ini jelas menunjukkan keyakinan beliau terhadap (mengekalkan) kerusi Parlimen Permatang Pauh semakin hari semakin berkurangan”.

Hidup Di Sabah said...

Malah menurut salah seorang pengundi Pas di kawasan Permatang Pauh, tindak-tanduk yang jelas kemaruk untuk menjadi perdana menteri itu, dilihat amat membimbangkan. Pendekatan ‘matlamat menghalalkan cara’ yang digunakan sebagai strategi meraih simpati juga dilihat amat bertentangan dengan ajaran Islam.

Hidup Di Sabah said...

Beliau turut menjelaskan yang ditolak ialah Anwar Ibrahim dan bukannya pakatan rakyat, kerana sekiranya ketua umum PKR itu berjaya dikalahkan peluang Pas untuk menobatkan Hadi Awang sebagai perdana menteri terbentang luas.

Hidup Di Sabah said...

Tambahan pula ia selari dengan keputusan Dewan Pemuda di dalam muktamar baru-baru ini yang membawa usul untuk memilih Presiden Pas sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya merampas Putrajaya.

Hidup Di Sabah said...

Akhbar China Press bertarikh 26 Mei 2012 menyiarkan artikel mengenai dakwaan terbaru Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bahawa ramai pemimpin politik Sabah akan berpaling tadah untuk menyokong pembangkang.

Hidup Di Sabah said...

Artikel bertajuk ‘Mulut Anwar Ibrahim celupar lagi’ tulisan Tan Wei Min disiarkan dalam ruangan Kedai Kopi Orang Ramai halaman C17.

Hidup Di Sabah said...

Ramalan Anwar sekali lagi kecundang dan ini menyebabkan beliau menerima pelbagai kritikan daripada kalangan orang-orang Cina.

Hidup Di Sabah said...

Beliau berkali-kali berbohong dengan mencipta isu untuk mendapatkan tiket undi kasihan. Pada mulanya ramai orang menyokong dan mempercayai beliau, tetapi kini mereka yang sudah bosan dengan pembohongan terbabit tidak lagi yakin terhadap beliau.

Hidup Di Sabah said...

Tiga tahun lepas iaitu pada 2008, Anwar menyebarkan berita menyatakan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan melompat parti bagi menyertai Pakatan Rakyat.

Hidup Di Sabah said...

Beliau mendakwa kerajaan BN akan tumbang pada tarikh 16 September 2008. Akhirnya Peristiwa 916 tidak berlaku dan tidak kesampaian. Ia adalah satu pembohongan besar dalam arena politik. Kesan daripada perbuatan beliau, orang ramai sudah hilang kepercayaan terhadap dirinya.

Hidup Di Sabah said...

Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan semua kata-kata Anwar itu adalah satu pembohongan dan menyindir Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kerana menggunakan taktik berkenaan bagi mencapai impiannya untuk menjadi Perdana Menteri.

Hidup Di Sabah said...

Menurut Abdullah: “Saya sudah lama kenal Anwar, beliau pandai berkata-kata untuk menarik ramai hadirin datang mendengar ceramah beliau dan masih ramai orang mempercayai kata-katanya."

mantera said...

jgn sokong Anwar

Blackforest said...

He NEVER come, NEVER offer words of comfort but he is busy singing - "Sabah Dah Goyang Sabah Dah Hilang." How cruel!!!! We Sabahan must tell Anwar that Sabah 'Tak Akan Hilang' - LONG LIVE SABAH. Dipetik daripada Wall FB- Datuk Liew Vui Keong-Presiden LDP- parti kaum cina Sabah.

Blackforest said...

Jika kenyataan di atas ditelaah dengan lapang dada, jelas Anwar Ibrahim seseorang yang tiada perasaan, kerana Krisis Lahad Datu mengorbankan kaumnya sendirinya yakni melayu, kecuali seorang bumiputera daripada Sarawak. Anwar tiada simpati langsung, bukan sahaja kepada perwira yang gugur, akan tetapi kepada keluarga yang ditinggalkan.

Blackforest said...

Malah rakan-rakan Anwar seperti Tian Chua, menuduh krisis Lahad Datu merupakan satu sandiwara. Kini, pula pembangkang mengutuk pasukan keselamatan sebagai kurang risikan taktikal, sehingga menyebabkan krisis Lahad Datu berlanjuatan sehingga sebulan.Dakwaan demi dakwaan kepada pasukan keselamatan, sehingga ada memperlekeh tahap risikan mereka. Pembangkang mempersoalkan mengapa krisis Lahad Datu berlaku.

Blackforest said...

Perlu diingat, kerbau seribu mudah dikawal, manusia seorang sungguh sukar. Ini yang berlaku di Lahad Datu. Pengganas tidak datang berkumpulan. Mereka datang berperingkat. Mereka datang dengan orang-orang tua termasuk wanita dan kanak-kanak. Mereka datang tidak bersenjata. Mereka datang menyamar seperti merka yang benar-benar susah, tidak berkeupayaan.

Blackforest said...

Satu perkara, pengganas tidak mungkin termampu menjalankan tindakan pencerobohan tanpa dalang. Seperti kata Presiden Filipina, individu yang dikatakan punca daripada pencerobohan Lahad Datu adalah seorang yang papa kedana.Seorang yang papa kedana mampu menyediakan persenjataan yang canggih yang sudah tentu berharga ratusan ribu. Pengganas mampu membeli rumah sebagai sarang di Kg Sri Jaya Simunul, Semporna, bukan sebuah tetapi 9 buah, pembelian secara tunai pula tu.

Blackforest said...

Kalau tiada dalang, tidak mungkin, Agbimuddin dapat bertahan lebih seminggu daripada gempuran pasukan keselamatan. Sudah tentu orang yang paling dikehendaki itu mempunyai jalinan dengan penduduk tempatan, sehingga memudahkan dia mengelak sebarang serbuan.Tiada orang yang akan bersimpati tindakan seperti ini, kerana nyawa adalah taruhan, namun kerana kekuatan wang, maka seseorang itu sanggup bertindak.

Blackforest said...

Pengaruh wang, merupakan tindakan pengganas sulu berlaku. Atas sebab apa? Nothing To Lose bagi mereka. Misalnya Komonder Pangganas itu Haji Musa Abdulla hanya tinggal di sebuah gubuk buruk di Simunul Tawi-Tawi, demikian juga Jamalul Kiram III hanya tinggal disebuah rumah usang di Taguig City selatan Manila.

Blackforest said...

Demikan juga Ernesto Sambas, yang menyertai Haji Musa Abdulla ke Lahad Datu pada 9 Februari lalu, hanya mempunyai rumah usang di Tawi-Tawi.Seperti kata pengganas, diawal perundingan dengan pihak Polis, bahawa kedatangan mereka adalah untuk memuktamadkan satu perjanjian. Perjanjian apa itu? sudah tentu berkaitan dengan wang.

Blackforest said...

Sebelum 21 Februari, apabila pengganas pada mulanya bersetuju mahu meninggalkan tanah Sabah, namun mahu berjumpa seseorang pemimpin Pembangkang berprofile tinggi; siapakah pemimpin itu? sehingga kini, belum ada pengesahan siapa pemimpin itu.

Blackforest said...

Namun, melihat kepada komen Presiden LDP itu, jelas, hingga kini, Anwar lah pemimpin yang tidak pernah mengeluarkan kata-kata mengutuk penerobohan pengganas itu. Komen Anwar hanya berkisar kepada mengutuk kerajaan dan pasukan keselamatan, dengan berbagai dakwaan.

Blackforest said...

Sesuatu yang jelas, apabila seseorang enggan mengutuk, maka seseorang itu merupakan sebahagian daripada kejadian itu. Anwar tidak selamanya mampu bertukar rupa; keggagalan mengutuk pengganas sulu, adalah salah satu kegagalan itu.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels