5 April 2013

PKR Sabah Bergolak: Calon PKR: Kumpulan Ansari Ketepi Pilihan Anwar

PADA 25 Mac bertempat di Hyatt Kota Kinabalu, Anwar bertindak seperti supermo, dengan menamakan bakal-bakal calon PKR semasa PRU-13. 

Nama-nama yang sudah sinonim dengan PKR Sabah seperti Ansari Abdullah, Dr Chong Eng Leong, Mazhry Nasir, Anthony Mandiau, Musalim Tanjul, Saidil Semoi dan Jonathan Yassin, langsung tidak tersenarai sebagai bakal-bakal calon PKR.

Alasan yang diberikan Anwar pada mereka yang tidak dicalonkan itu, bahawa mereka bukanlah calon yang boleh menang.

Kesetian kepada parti perkara lain kata Anwar, kemenangan dalam pilihanan raya perkara lain. Oleh itu, bagi mereka yang pernah bertanding beberapa kali, namun masih gagal menang, maka jangan memaksa diri lagi untuk bertanding. Demikian serba sedikit alsaan yang Anwar berikan kepada ketua-ketua Cabang PKR yang tidak dicalonkan itu.

Namun keputusan Anwar itu, mendapat reaksi negatif daripada ketua-ketua cabang itu. Mereka mendakwa, sepatutnya calon-calon Sabah perlu ditentukan sendiri oleh pemimpin Sabah, bukannya oleh pemimpin daripada semenanjung. Kerana menurut mereka, pemimpin PKR Sabah dan Semenanjung adalah rakan, bukan hubungan antara ketua dan pengikut. Kerana PKR sudah berjanji bahawa Sabah diberikan kuasa autonomi. Namun, sejak akhir-akhir ini, seolah-olah kuasa autonomi itu sudah dilupakan, dan Anwar menunjukkan bahawa dia adalah supermo PKR.

Disebabkan nama-nama pemimpin PKR Sabah itu diketepikan oleh Anwar, maka mereka membuat deklarasi  awal bahawa mereka akan terus bertanding bagai kawasan masing-masing. Ansari Parlimen Tuaran, Dr Chong Eng Leong Parlimen Sepanggar, Mazhry Nasir Parlimen Putatan, Anthony Mandiau Parlimen Kota Marudu, Musalim Tanjul Parlimen Kudat, Saidil Semoi Parlimen Kota Belud fan Jonathan Yassin Parlimen Ranau.

13 comments:

mantera said...

PKR Sabah bergolak akan beri kelebihan kepada BN

Blackforest said...

Persaingan telah bermula tetapi isu perebutan kerusi yang berterusan menyebabkan keadaan semakin panas.

Blackforest said...

Strategi Pakatan Rakyat menamakan calon-calon dalam cara berperingkat pada program jelajah di seluruh negara menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli, dengan sesetengah daripada mereka mengancam untuk berpaling tadah.

Blackforest said...

Masalah timbul akibat perebutan untuk kerusi boleh dilihat di Johor, Terengganu. Pulau Pinang, Perlis, Negeri Sembilan dan Sabah.

Blackforest said...

Di Johor, isu ini lebih kepada pencalonan ketua PKR negeri, Datuk Chua Jui Meng akhirnya diselesaikan selepas beberapa minggu spekulasi mengenainya berikutan pengumuman Penasihat DAP Lim Kit Siang akan bertanding di parlimen Gelang Patah yang beliau telah melobinya.

Blackforest said...

Di Terengganu, pengumuman ketua PKR negeri, Azan Ismail pada Rabu lepas bahawa parti itu akan bertanding di 11 negeri dan tiga kerusi Parlimen telah disangkal oleh Pesuruhjaya PAS, Abdul Wahid Endut.(9 April 2013)

Blackforest said...

Abdul Wahid pada hari berikutnya berkata PAS akan bertanding tujuh daripada lapan kerusi parlimen, meninggalkan hanya satu kepada PKR, menyebabkan Azan tidak berpuas hati.

Blackforest said...

Di Pulau Pinang, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Rawa berkata, calon PAS akan bertanding Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Achehi.Ini disangkal oleh Naib Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Abdul Kassim.

Blackforest said...

Di Perlis, PKR dan PAS merebut kerusi Kangar, secara tradisinya ditandingi oleh PKR.

Pengerusi Negeri PKR, Mohd Faisol Abd Rahman berkata, beliau kecewa bahawa Pesuruhjaya PAS Perlis Hashim Jassin baru-baru ini mengumumkan Baharuddin Ahmad sebagai calon bagi kerusi itu.

Blackforest said...

Di Sabah, kepimpinan Pakatan sedang cuba untuk berbincang bagi berkongsi kerusi dengan sekutunya Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pakatan Perubahan Sabah (PPS).

Blackforest said...

Dalam apa yang dilihat sebagai langkah awal begitu mengejutkan, Ketua PKR Tuaran, Ansari Abdullah pada Khamis lalu mengumumkan bahawa beliau akan bertanding di Tuaran yang bertentangan dengan kenyataan Anwar yang akan mengumumkan Ketua APS Datuk Seri Wilfred Bumburing sebagai calon bagi kerusi itu.

Blackforest said...

Ansari mempertahankan tuntutan beliau, termasuk enam kerusi lain untuk PKR, dengan ancaman bahawa beliau akan bertanding sebagai calon bebas sekiranya permintaan itu tidak dipenuhi.Sejak pelancaran manifesto pada 25 Februari, majlis kepimpinan Pakatan Rakyat berulang kali memberi jaminan bahawa peruntukan kerusi Parlimen telah dimuktamadkan dengan hanya perubahan kecil yang dibuat.

Blackforest said...

Majlis menyatakan bahawa PAS akan bertanding di 76 kerusi, 96 untuk PKR (untuk dikongsi bersama dengan sekutu-sekutunya APS dan PPS) dan DAP (50 kerusi).Bagaimanapun, majlis itu gagal untuk mengumumkan senarai calon akhir walaupun banyak yang menantikannya.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels