10 April 2013

PRU-13: Apa kata kaum cina?

Seorang individu cina yang bernama Thomas Lee, 66 asal Karamunting Sandakan, terdaftar mngundi di tempat yang sama, namun kini menetap di Kota Kinabalu. 

Penulis sempat berjumpa denga beliau semalam, dalam acara ngambi di sebuah restoran di Luyang Kota Kinabalu. 

Mr Lee memberitahu saya, minggu lepas, beliau dan isterinya pulang ke Sandakan untuk menghadiri satu majlis perkahwinan keluarga, selepas 13 tahun tidak pernah pulang ke tempat kelahirannya. 

Wooo katanya, keadaan Sandakan tidak seperti yang beliau bayangkan. Sandakan begitu maju. Beliau terperanjat dengan jalanraya berkembar daripada lapangan terbang ke Bandar. Selain itu, kadar pembangunan, katanya sungguh di luar dugaan, sehingga beliau tersesat jalan, kerana tidak biasa lagi dengan suasana. 

Taman-taman perumahan dan kawasan rumah-rumah kedai baru telah tumbuh bagaikan cendawan. 

Tetapi yang paling mustahak adalah komennya berkaitan pilihanraya ke-13. Karamunting katanya akan mendapat calon baru, seorang akauntan daripada LDP. Calon itu bernama Pang juga, kerana anak kepada abang kepada Peter Pang, mantan ADUN Karamunting yang tidak dapat mempertahankan kerusi tersebut, kerana bertukar parti. 

Dun Karamunting adalah kawasan LDP, atas sebab itu, pada PRU-13 ini, parti komponen BN itu mempertahankan kerusi itu bagi pihak BN. 

Apabila ditanya peluang BN mempertahankan kawasan Sandakan, semua kawasan kata Thomas Lee akan dimenangi BN, kecuali Tanjong Papat jika Datuk Raymond Tan masih bertanding di kawasan itu. Mr Lee tidak memberi sebab-sebab yang jitu, mengapa menyebut secara khusus nama Raymond Tan. Malah beliau secara berseloroh, kalau beliau bertanding, boleh mengalahkan mantan DUN Tanjong Papat itu. 

Calon-calon lain kata beliau akan menang, termasuk Datuk VKLiew di Parlimen Sandakan tetapi calon BN itu perlu berkerja keras. VK Liew kemungkinan akan berdepan dengan calon DAP Wong Thien Fatt 52, nama baru dalam dalam arena politik. 

Menurut Thomas Lee, rata-rata kaum cina berpuashati dengan kerajaan, terutama pengwujudan kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM). Kaum cina merasa aman dengan terwujudkan agensi kerajaan itu. 

Selama di Sandakan, ramai kaum cina bercakap dengan kadar pembangunan Sandakan, termasuk “upgrading” Lapangan Terbang Sandakan. Mereka melihat Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman yang merupakan mantan ADUN Sibuga, memang banyak membawa pembangunan di Sandakan dan mencipta alam perniagaan untuk semua. Kaum cina menghargainya, demikian kata Mr Lee. 

Sambung Mr Lee, apa yang kaum cina mahu dengan komposisi kerusi DUN yang ada sekarang? 32 DUN bumiputra islam, 20 DUN bumiputra bukan islam dan 8 kaum cina. Kaum cina perlu berpihak kepada majoriti. 

Kaum cina Sabah kata beliau, tidak perlu terikut-ikut kaum cina Semenanjung, kerana keadaan yang berbeza. Di Sabah katanya, kaum cina perlu berafiliasi dengan kaum majoriti.

46 comments:

Teruterubozu said...

Presiden Parti Liberal Demokratik, Datuk V.K Liew membidas kenyataan-kenyataan pihak pembangkang yang mendakwa masyarakat Cina tidak menyokong Kerajaan Barisan Nasional.

Teruterubozu said...

Katanya, masyarakat Cina di Malaysia, terumtama di Sabah masih menyokong BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Teruterubozu said...

“Kaum Cina di Sabah dan negara ini masih memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan Najib. Pengundi Cina akan ketahui perkara ini selepas Najib mengumumkan senarai nama calon di kemudian hari.

Teruterubozu said...

“Ini semua adalah hasil transformasi yang dilaksanakan beliau berlandaskan slogan 1Malaysia,” katanya.

Teruterubozu said...

Beliau yakin bahawa rakyat mampu melihat dan menilai sendiri dengan teknik-teknik yang dilakukan pihak pembangkang.

Teruterubozu said...

Menurutnya, pembangkang juga mendakwa bahawa di Semenanjung Malaysia sudah berubah dan di Sabah harus mengikuti perkara itu. Ianya semua hanyalah penipuan semata-mana untuk mengelirukan masyarakat Kaum Cina di Sabah.

Teruterubozu said...

“Saya percaya rakyat tahu menilai bahawa semua yang diperkatakan oleh pembangkang hanyalah taktik mereka memesongkan rakyat kaum Cina sedangkan kaum ini sentiasa memberikan sokongan penuh kepada pentadbiran Najib.

Teruterubozu said...

“Malaysia mempunyai asas ekonomi yang kukuh dibawah tranformasi ekonomi yang dilaksanakan berbanding negara utama di dunia yang mengalami kemelesatan ekonomi,” tambahnya.

mantera said...

potensi untuk BN menang di Sabah khususnya sandakan amat tinggi.

mantera said...

suasana di Sabah dan semenanjung tidak sama, penduduk Sabah hidup bersatu padu walaupun berlainan kaum

Hidup Di Sabah said...

Hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh memperjuangkan pendidikan untuk rakyat, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Hidup Di Sabah said...

Katanya kerajaan BN meletakkan pendidikan sebagai keutamaan dalam negara dan ia tiada tandingan. Ini termasuk langkah yang diambil untuk meningkatkan peluang pendidikan, standard dan infrastruktur di semua sekolah.

Hidup Di Sabah said...

Ongkili berkata portfolio pelajaran bukan sahaja dipegang oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tetapi pendidikan juga salah satu daripada enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Hidup Di Sabah said...

"Pendidikan sememangnya tidak ternilai dan amat penting bagi kita muncul sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi dan maju. Kerajaan menganggap pendidikan sebagai satu pelaburan," katanya.

Hidup Di Sabah said...

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, seorang yang berkeyakinan dan dipuji kerana pengurusan kewangan negeri yang mantap dan kecemerlangan Barisan Nasional (BN) Sabah dalam pilihan raya umum 2008, sekali lagi dijangka memimpin parti gabungan itu dalam PRU menentang pakatan pembangkang yang tidak sehaluan di negeri ini.

Hidup Di Sabah said...

Dalam 'ledakan' pertama yang dibuat selepas pembubaran Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah semalam, Musa, yang juga pengerusi BN negeri, menggesa penduduk Sabah tidak memperjudikan masa depan mereka dengan membuat ujikaji dengan sebuah kerajaan pembangkang.

Hidup Di Sabah said...

"Berfikirlah dengan bijak sebelum membuat keputusan, dan memperjudikan masa depan anak serta negara kita," Musa dipetik sebagai berkata.

Hidup Di Sabah said...

Musa, pemimpin yang berkarisma, mengetuai BN negeri dalam melakar kejayaan besar dalam pilihan raya umum lepas, dengan menguasai 24 daripada 25 kerusi parlimen dan 59 daripada 60 kerusi Dun, meninggalkan DAP kerusi Parlimen Kota Kinabalu dan Dun Sri Tanjung (Tawau).

Hidup Di Sabah said...

Dengan rundingan bagi kemungkinan pertandingan satu lawan satu atau bersemuka antara BN dan pakatan pembangkang yang sepadu di Sabah tidak menampakkan hasil, BN kini berada dalam kedudukan lebih baik untuk memberi pukulan maut berganda terhadap lawannya bagi pilihan raya parlimen dan negeri.

Hidup Di Sabah said...

Benih ketidaksefahaman mula bercambah dalam kalangan pembangkang apabila Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan di sini baru-baru ini bahawa pakatan pembangkang akan berdepan BN secara sendiri tanpa sokongan parti yang berpusat di Sabah dalam pilihan raya umum akan datang.

Hidup Di Sabah said...

Ini tidak diterima baik oleh pemimpin Parti Maju Sabah (SAPP), sebuah parti tempatan yang meninggalkan BN pada 17 Sept, 2008, yang mengharapkan perikatan strategik untuk berdepan kekuatan jentera pilihan raya BN.

Hidup Di Sabah said...

Dalam apa yang dilihat sebagai satu tamparan kepada pembangkang, setiausaha agung SAPP Datuk Richard Yong kemudiannya menyifatkan pengumuman Anwar sebagai membayangkan "pakatan pembangkang terlebih yakin".

Hidup Di Sabah said...

"Mereka meletakkan diri mereka terlalu tinggi sehinggakan tidak memerlukan kerjasama daripada parti di Sabah untuk berkempen menentang Barisan Nasional. Mereka tidak mengendahkan hasrat rakyat supaya pembangkang menentang BN satu lawan satu dalam pilihan raya akan datang," Yong dipetik sebagai berkata.

Hidup Di Sabah said...

Lebih memburukkan keadaan, Pengerusi Parti Reformasi Negeri Sabah (Star) Datuk Dr Jeffrey Kitingan mengesahkan menyertai persaingan itu, dan menjangkakan partinya terlibat dalam pertandingan tiga penjuru atau lebih bagi sebahagian besar kerusi parlimen dan negeri. Tanpa menyebut bahawa ini mungkin memecahkan lagi undi pembangkang dan memberi kelebihan kepada parti pemerintah, Jeffrey berkata "setiap parti politik bebas meletak calon dalam pilihan raya memandangkan ia sejajar dengan prinsip demokrasi yang diamalkan di Malaysia".

Hidup Di Sabah said...

Seorang penganalisis politik, Salman Nurillah, berkata berdasarkan senario politik yang berlaku di negeri ini, dengan perpecahan dan ketidaksepakatan antara parti pembangkang, BN nampaknya mempunyai kelebihan untuk memerintah Sabah bagi tempoh lima tahun lagi. Salman, seorang bekas penjawat awam berkelulusan ijazah undang-undang dari Universiti Malaya dan ijazah sarjana dari UiTM, berkata dengan SAPP dan STAR menyertai saingan itu dan memberi tumpuan khas terhadap isu agenda Autonomi Borneo, ini sudah tentu memberi lonjakan untuk BN mengulangi kejayaannya pada pilihan raya umum ke-12.

Hidup Di Sabah said...

"Kelebihan semestinyalah di pihak BN, kerana dalam arena politik, apabila berlaku perpecahan atau ketidaksepakatan dalam kalangan pembangkang, parti pemerintah akan sentiasa meraih manfaatnya," katanya. Menyebut contoh keputusan pilihan raya umum 2008 bagi kerusi DUN Likas, Kepayan dan Inanam di Sabah, Salman berkata perpecahan undi pembangkang memberi kemenangan kepada BN.

Hidup Di Sabah said...

"Saya percaya perkara seperti ini akan berlaku lagi dalam pilihan raya akan datang," katanya dan menambah sama ada calon pakatan pembangkang, atau SAPP atau malah STAR akan menjadi pengacau bagi undi pembangkang dalam apa cara sekalipun. Satu lagi faktor yang memberi kelebihan kepada parti pemerintah ialah keseriusan kerajaan BN mengendalikan isu keselamatan, khususnya pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

Hidup Di Sabah said...

"Saya berpendapat ini adalah 'rahmat yang terselindung' dari sudut keselamatan yang sebelum ini diambil mudah. "Dengan keputusan kerajaan meningkatkan jumlah anggota keselamatan untuk melindungi kedaulatan negeri ini, terutamanya di pantai timur di samping pelaksanaan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), ia membangkitkan keyakinan rakyat, khususnya pengundi, kepada kerajaan.

Hidup Di Sabah said...

"Mereka berasa selamat kerana keadaan keselamatan terkawal dan yakin dengan usaha bersepadu kerajaan untuk mengelak insiden serupa daripada berulang," katanya. Salman berkata faktor menyenangi pentadbiran kerajaan Sabah yang baik di bawah kepimpinan Musa, lebih-lebih lagi dalam membawa pembangunan dari semua aspek kepada rakyat dan penerimaan dasar transformasi baharu yang dilaksanakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mengilhamkan gagasan 1Malaysia, akan turut menyumbang kepada kejayaan dalam pilihan raya.

Hidup Di Sabah said...

Beliau sependapat dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin bahawa Najib bekerja keras bagi BN dan negara sebagai perdana menteri dari segi transformasi politik dan ekonomi sejak mengambil alih teraju kepimpinan. Sementara itu, Salman meramalkan BN akan berdepan cabaran getir untuk memenangi semula kerusi Kota Kinabalu dan Sri Tanjung yang dikuasai DAP selain bakal diberi tentangan sengit pembangkang di kawasan bandar dan sub-bandar.

Hidup Di Sabah said...

Pergerakan Wanita Umno Bahagian Sandakan sudah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 dan jenteranya tiada masalah apabila berdepan dengan mana-mana parti lawan. Ketuanya, Asnah Haji Tahlil, berkata keyakinan itu berdasarkan aktiviti turun padang yang dilaksanakan seperti ‘Salam Sayang’ berjaya mendekati semua golongan sekali gus memudahkan mereka mengenal pasti apa jua keperluan masyarakat setempat.

Hidup Di Sabah said...

Beliau berkata, aktiviti tertumpu di dua kawasan iaitu Zon Tanjung Papat dan Zon Elopura yang mana sepanjang program menunjukkan masyarakat terutamanya golongan wanita amat gembira dengan pendekatan murni wanita Umno. Katanya, komitmen yang tinggi ahli-ahli banyak memberikan manfaat terhadap jentera parti apabila aktiviti turun padang menambahkan lagi keyakinan rakyat untuk meneruskan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Hidup Di Sabah said...

“Saya yakin dan percaya bahawa BN akan menang mudah di Parlimen Sandakan ekoran sokongan rakyat tidak pernah berbelah-bagi … ia dapat dibuktikan menerusi program yang kami laksanakan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat di peringkat akar umbi. “Sudah pasti kejayaan ini akan menambah kekuatan jentera sedia ada yang sentiasa digerakkan bersama-sama dengan sayap penting parti lain … namun begitu, kami tidak mudah berpuas hati sebaliknya melipatgandakan usaha ke arah memperkukuhkan kekuatan kita menjelang PRU-13 nanti,” jelasnya.

Hidup Di Sabah said...

Sehubungan itu, Asnah menegaskan komponen BN mesti melakukan kerja sebagai satu pasukan untuk memastikan kemenangan calon-calon BN di kawasan tersebut. Ini ujarnya, usaha dan kerja berpasukan tentu sekali tidak akan memberi peluang kepada pihak pembangkang yang sentiasa mencari peluang untuk menggugat BN.

Hidup Di Sabah said...

Begitu pun, beliau berpuas hati dengan tahap kerjasama di kalangan rakan-rakan komponen yang sentiasa bergerak bersama sekali gus menyumbang kemenangan mudah kepada calon BN kelak. “Jentera Wanita Umno Sandakan kini di peringkat siapsiaga untuk menghadapi PRU-13 nanti … kita tidak gentar untuk berdepan dengan mana-mana pihak lawan. “Sebaik pengumuman pembubaran, kita akan bergerak dengan misi mencapai kemenangan mutlak bagi ketiga-tiga kerusi iaitu Parlimen Sandakan, Tanjung Papat dan Elopura,” jelasnya.

unknown said...

There is no need to change an existing Government which has brought effective changes for the betterment of the nation and people, said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

unknown said...

despite having the right to choose change, he said this was not necessary if the desired changes were effectively brought about by the Government's transformation.

unknown said...

Barisan Nasional leadership had decided that the Karamunting state seat will be given to the party in the election, polling of which is on May 5.

unknown said...

Barisan Nasional appears to be in a comfortable position to retain Sabah in the general election as the opposition is in disarray, said an academician.

unknown said...

Universiti Teknologi Mara (UiTM) political science lecturer Dr Arnold Puyok said the ruling coalition should be able to retain its two-thirds majority with ease though it may face stiff challenge in Chinese and non-Muslim bumiputra areas.

unknown said...

mno, which leads the coalition, will hold on to its seats while helping its partners retain their seats where Muslim bumiputras form an influencing and sizeable number.

unknown said...

“Umno will remain a force in state politics as the opposition has yet to provide any credible or popular alternative leadership for the Muslim bumiputras.

unknown said...

On PKR, he said it appears to have failed to take the Muslim bumiputra support from Umno, saying there was a lack of credible and popular Muslim leaders.

unknown said...

The Barisan state seats are currently divided among Umno (32), PBS (13), Upko (five), Gerakan (three) and one each from the PBRS and MCA. The other seats are held by SAPP (two) and DAP (one).

unknown said...

The MPs from Sabah are from Umno (13), Upko (four), PBS (three), SAPP (two) and one each from PBRS and DAP.

jackie said...

BN akan mempertahankan kerusi di Sandakan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

countries

   

Labels

Labels