28 September 2013

Ketua Bahagian Umno Kota Belud ditandingi: Apa Muslihat Sebenarnya?

OKB tidak dapat membaca daripada sudut mana Ketua Bahagian Umno Kota Belud ditandingi? Penyandang jawatan Ketua Bahagian adalah Datuk Dr Salleh Tun Said, selain boleh disifatkan sebagai mewakili golongan muda, kerana usia beliau (56 tahun) masih belum masuk umur pencen; selain itu, kedudukan beliau sebagai ADUN Usukan kerana menang pada PRU-13 lalu dan jawatan lain seperti Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah dan juga Spkear Dewan Undangan Negeri Sabah.

Daripada faktor-faktor di atas, sudah jelas, bahawa Salleh masih lagi dalam lingkaran proses transformasi parti; di mana perubahan perlu berlaku dalam parti, iaitu memberi peluang kepada generasi muda membarisi kepimpinan parti.

Kalau iapun, mahukan kepemimpinan mahu digantikan, seseorang calon yang berdepan dengan beliau sekurang-kurangnya boleh menjadi pemimpin alternatif. Ertinya calon itu mempunyai kelebihan yang lebih menonjol, yang mana faktor itu boleh menambah baik perjalanan parti.

Kita ketahui, bahawa Salleh berdepan dengan mantan Timbalan Ketua Bahagian Kota Belud- Awadnir Mantanggal, dan seorang lagi yang tidak ternama.

OKB bukan memperendah mantan Timbalan Ketua Bahagian itu, namun OKB perlu melihat kepada fakta. Kelebihan Awad, hanya mungkin kepada kesetiaanya kepada parti, atas sebab sebagai mantan pemimpin Usno dan telah bersama-sama parti sejak parti bertapak di Sabah pada tahun 1991.

Namun daripada segi pencapaian, tiada trek rekod yang boleh kita tulis dan analisa yang boleh dikaut daripada beliau untuk tujuan penambahbaikan parti. Apatah lagi, parti kini mahu melaksanakan proses transformasi parti; di mana pemimpin yang dianggap sebagai transformer boleh menjadi katalis kepada game changer dalam parti; agar parti kekal relevan sepanjang masa.

Sebenarnya Awadnir gagal membaca erti transformasi parti, dan beliau juga gagal membaca mesej yang disampaikan oleh pengundi Kota Belud pada pilihanraya lalu; selain itu beliau juga gagal mengerti mesej dan tindakan ADUN Tempasuk Datuk Musbah Jamli, yang bertanding Timbalan Ketua Bahagian.

Sekiranya beliau "alert" dengan mesej-mesej yang dipaparkan, sudah tentu beliau tidak akan melakukan tindakan KAMIKAZE bertanding jawatan Ketua Bahagian.

Apa kah yang menyebabkan Awad bertindak tanpa perhitungan itu? Sedangkan beliau dilihat bukan boleh menjadi sebagai faktor transformasi dalam parti, apatah lagi sebagai game changer. Beliau bukan transformer parti, melainkan sebagai ahli parti yang setia, sama seperti ahli parti yang lain.

Apa kah Awad mengalami kekecewaan yang amat berat, kerana jawatannya ditandingi? atau kah sesuai dengan cakap-cakap luaran, ada DALANG atas tindakan beliau itu?

Sehingga penghujung tulisan ini, OKB belum mendapat jawapan pasti, disebalik tindakan Awadnir itu?

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels