27 October 2013

Tamu Besar Kota Belud: Wadah Perpaduan Berbagai Suku Kaum

Datuk Rahman Dahalan-MP Kota Belud Merangkap Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerjaan Tempatan Persekutuan bersimbang dengan peniaga cilik di Tapak Tamu Besar Kota Belud pada Ahad.

Antara peserta Usungan dengan Pakaian Tradisi Masing-masing

Penunggang Kuda-Tradisi kaum Bajau dan Iranun turut memeriahkan acara Tamu Besar

reka bentuk Usungan Yang Turut Bertanding
Tamu besar merupakan wadah perpaduan rakyat tanpa mengira latar budaya dan agama.

Tamu Hari Ahad, sepertimana yang dikenali sebelum merdeka, kini dijadikan sebagai satu kalender pelancongan. Bukan itu sahaja, Tamu Kota Belud, kini menjadi acara tahunan daerah itu, dan disambut sebagai Tamu Besar.

Pada tahun ini, Tamu Besar Kota Belud yang bermula semalam, dan puncaknya hari adaalah acara ditunggu-tunggu oleh bukan sahaja penduduk tempatan, malah pelancong dalam dan luar negara kerana keunikan dan kepelbagaian yang dihidangkan kepada pengunjungnya.

Tamu besar sejak diwujudkan beratus tahun dahulu telah mengalami pelbagai transformasi sehingga menjadi salah satu produk pelancongan dan daya tarikan daerah ini saban tahun.

OKB masih teringat ucapan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman semasa melancarkan Tamu Besar Kota Belud 2011 berkata bahawa kerajaan negeri untuk terus menyokong dan membangunkan potensi setiap daerah di Sabah termasuk memajukan sosioekonomi, pelancongan dan kebudayaan masyarakatnya yang unik.

“Menurut Musa, acara seperrti tamu besar akan terus menjadi lambang perpaduan rakyat berbilang bangsa dan agama di samping menonjolkan dan memelihara kebudayaan masyarakat Kota Belud yang unik dan pelbagai.

Beberapa acara seperti pertandingan usungan yang diperkenal pada tahun 2011, kini menjadi acara tarikan utama, bukan sahaja daripada jumlah perserta, namun berbagai inovasi atau reka bentuk usungan menjadikannya daya tarikan ribuan pengunjung tempatan dan pelancong asing bagi menyaksikan keunikannya termasuk cara usungan diarak.

Usungan merupakan kenderaan membawa pengantin lelaki berketurunan bangsawan daripada kalangan suku Iranun dan Bajau di Kota Belud.

Kenderaan itu dibuat seolah-olah sebuah perahu besar yang dihiasi dengan pelbagai motif tenunan yang ditampilkan dengan penuh kreativiti.

Tamu besar mempunyai sejarah panjang iaitu diwujudkan pada 1887 oleh Residen British pertama, William Pretyman bagi daerah Tempasuk dengan tiga tujuan utama iaitu bagi memudahkan masyarakat Tempasuk bertemu dengannya untuk membincangkan permasalahan yang dihadapi.

Kedua, memberi peluang kepada tiga suku yang terbesar iaitu Bajau, Iranun dan Dusun bertemu dengan perasaan penuh muhibah sambil memupuk integrasi antara mereka yang berlainan latar belakang.

Yang terakhir, ia bagi membolehkan masyarakat Tempasuk menjalankan aktiviti perniagaan yang mampu meningkatkan taraf hidup masing-masing.

Tamu itu selain menjadi medan perniagaan, ia turut menjadi gelanggang mempersembahkan keunikan adat dan budaya pelbagai etnik di Kota Belud.

Perlancaran Tamu Besar Kota Belud tahun ini dilancarkan oleh TYT Sabah- Tun Juhar Mahiruddin.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels