5 September 2012

Faktor Kota Belud pada Politik Sabah

TELAH dua orang Perdana Menteri pernah berkunjung ke Kota Belud, selepas Sabah menyertai Malaya, Sarawak dan Singapura membentuk Negara Malayssia pada 16 September 1963.

Perdana Menteri yang pertama melawat Kota Belud adalah Datuk Abdullah Badawai (kini Tun) dan kedua adalah Datuk Seri Najib Razak. Secara kebetulan, kedua-dua lawatan itu bertempat, di Kampung Rampayan Laut.

Kota Belud yang dikenali sebagai COWBOY TOWN OF THE EAST kerana suatu ketika kenderaan utama penduduk adalah menunggang kuda.

Sebelum tahun 1991, Kota Belud tidaklah begitu terkenal, hanya penduduk Pantai Barat Sabah sahaja yang mengetahui daerah ini, ekoran “Tamu” mingguan setiap hari ahad.

Walaupun Kota Belud pernah diwakili oleh pimpinan utama Sabah, antaranya bekas Ketua Menteri dan Tuan Yang Terutama Sabah, namun status daerah Kota Belud hampir sama dengan status daerah-daerah lain di Negara ini.

Pada tahun 1991, Kota Belud menjadi terkenal, ekoran lahirnya anak sulung Umno di Sabah bertempat di Kota Belud.

Pada tahun 1991- Kota Belud menjadi anak sulung Umno, ekoran kemenangan calonnya dalam pilihanraya kecil (PRK) Usukan. Kerusi DUN Usukan kosong berikutan kawasan tersebut diistiharkan kosong berikutan ADUNnya Tun Datu Mustapha Datu Harun menyertai Umno. (Tun Mustapha menang pada PRU1990 atas tikit USNO).

Undang-undang anti-lompat sebelum tahun 1994, masih berkuatkuasa di Dewan Undangan Negeri Sabah.

Ekoran bertapaknya Umno di Sabah sejak 21 tahun lalu dan menjadi tulang belakang kerajaan negeri sejak tahun 1994, Umno telah mematangkan dan menstabilkan keadaan politik di Sabah.

Ekoran kestabilan politik itu, maka pembangunan semakin rancak, sehingga menghapuskan kedudukan Sabah sebagai negeri termiskin di Malaysia.

Pendapatan negeri bukan sahaja saban tahun meningkat, malah kadar pelaburan asingpun meningkat. Berikutan pendapatan negeri yang meningkat, maka bajet kerajaan negeripun meningkat, sehingga bajet tahun 2012 merupakan rekod dengan jumlah bajet melebihi RM4 bilion ringgit.

Dikeranakan Kota Belud sebagai anak sulung Umno, maka perhatian pembangunannya oleh kerajaan negeri mahupun pusat dipertingkatkan. Atas sebab itu berbagai projek mega dijalankan di Kota Belud.

Projek Jelapang Padi yang bernilai RM2bilion dengan spin masa sehingga tahun 2015, projek Agropolitian dan Projek Minyak dan Gas (MIGAS) serta projek pelancongan merupakan hadiah kerajaan kepada penduduk Kota Belud.

Usaha para pemimpin Kota Belud terutama yang berjawatan Kerajaan seperti Datuk Musbah Jamli, Datuk Rahman Dahalan, Datuk Timbon Lagadan Dan Datuk Japlin Akim menyusun pembangunan Kota Belud, sedikit demi sedikit membawa hasil.

Kestabilan politik yang diterajui Datuk Salleh Tun Said sebagai Ketua Umno Bahagian, mengurangkan politiking, sehingga semua tenaga diberbagai peringkat digembeling untuk membangun Kota Belud.

Lawatan Perdana Menteri di Kota Belud pada Ahad dengan sambutan luarbiasa rakyat, menggambarkan politik Kota Belud sangat relevan terhadap persada politik negeri sebagai anak sulung Umno.

Tanpa Kota Belud, yang menjadi testing ground bagi Umno pada tahun 1991, tiadalah para pemimpin dari Sabah yang telah mencapai pemimpin bertaraf nasional seperti Datuk Seri Safie Apdal, Datuk Musa Aman, Tan Sri Pandikar Amin dan lain-lain.

Akibat kehadiran Umno, maka ramai pemimpin muda menjadi pemimpin peringkat nasional, antaranya Ketua Putri umno, mantan-matan Ketua Pemuda umno negeri antaranya Haji Nizam Abu Bakar Titingan.

Kerana jasa Umno dalam pembangunan negeri dan kestabilan politik, maka sejak tiga pilihanraya umum (1999, 2004 dan 2008), rakyat Sabah terus memberi sokongan padu kepada barisan nasional yang ditunjangi Umno.

Berasaskan kepada keadaan terkini, nampaknya sokongan rakyat terhadap BN di Sabah masih tidak berbelah bahagi. Keadaan ini terlihat semasa bulan puasa dan rumah terbuka para pemimpin BN, yang mendapat sambutan luarbiasa segenap lapisan masyarakat.

Usaha pembangkang untuk mematahkan sokongan rakyat terhadap BN dengan membangkitkan isu-isu sejarah dan berbagai janji retorik, tidak menggamit sokongan rakyat jelata.

Nampaknya Sabah tetap sebagai “Fixed deposit” BN, hanya BN Semenanjung perlu bertepuk dada Tanya selera, apakah masih boleh mempertahankan Putrajaya.

8 comments:

mantera said...

Kota Belud adalah kubu kuat UMNO an UMNO Sabah pun dilahirkan di KB.

Hamdan Hadillah said...

Kehadiran PM ke Kota Belud ini satu berita yang baik dan beliau akan dapat melihat sendiri apa yang patut dibantu dikawasan tersebut.

Hamdan Hadillah said...

Sudah dua PM melawat Kota Belud? Memang Kota Belud ini tempat politik yang kuat pada masa dahulu.

Mumbai said...

Tun Mahathir yang 22 tahun mememrintah negara ini tidak pernah pula melawat KB..

Mumbai said...

banyak anugerah dan pengiktirafan diberikan kepada kerajaan negeri sabah pimpinan Datuk Musa Aman.. dari segi pengurusan kewangan, pembangunan ekonomi, pembangunan prasarana(walaupun masih banyak kekurangan), pengurusan hutan dan pembasmian kemiskinan.. banyak perkembangan positif sebenarnya, tapi sengaja dinafikan oleh pihak pembangkang..

Unknown said...

Patut Kota Belud ni mendapat kemajuan yang lebih berbanding daerah2 lain.

Caldina said...

KB bakal menyumbang kerusi kepada BN.

Caldina said...

KB perlu dimajukan lagi tapi kekalkan ciri2 semula jadinya yang menjadi daya tarikan selama ini.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels