13 March 2013

Krisis Lahad Datu: Pandangan Pemimpin Cina terhadap Anwar

He NEVER come, NEVER offer words of comfort but he is busy singing - "Sabah Dah Goyang Sabah Dah Hilang." How cruel!!!! We Sabahan must tell Anwar that Sabah 'Tak Akan Hilang' - LONG LIVE SABAH. Dipetik daripada Wall FB- Datuk Liew Vui Keong-Presiden LDP- parti kaum cina Sabah.

Jika kenyataan di atas ditelaah dengan lapang dada, jelas Anwar Ibrahim seseorang yang tiada perasaan, kerana Krisis Lahad Datu mengorbankan kaumnya sendirinya yakni melayu, kecuali seorang bumiputera daripada Sarawak.

Anwar tiada simpati langsung, bukan sahaja kepada perwira yang gugur, akan tetapi kepada keluarga yang ditinggalkan.

Malah rakan-rakan Anwar seperti Tian Chua, menuduh krisis Lahad Datu merupakan satu sandiwara. Kini, pula pembangkang mengutuk pasukan keselamatan sebagai kurang risikan taktikal, sehingga menyebabkan krisis Lahad Datu berlanjuatan sehingga sebulan.

Dakwaan demi dakwaan kepada pasukan keselamatan, sehingga ada memperlekeh tahap risikan mereka. Pembangkang mempersoalkan mengapa krisis Lahad Datu berlaku.

Perlu diingat, kerbau seribu mudah dikawal, manusia seorang sungguh sukar. Ini yang berlaku di Lahad Datu. Pengganas tidak datang berkumpulan. Mereka datang berperingkat. Mereka datang dengan orang-orang tua termasuk wanita dan kanak-kanak. Mereka datang tidak bersenjata. Mereka datang menyamar seperti merka yang benar-benar susah, tidak berkeupayaan.

Satu perkara, pengganas tidak mungkin termampu menjalankan tindakan pencerobohan tanpa dalang. Seperti kata Presiden Filipina, individu yang dikatakan punca daripada pencerobohan Lahad Datu adalah seorang yang papa kedana.

Seorang yang papa kedana mampu menyediakan persenjataan yang canggih yang sudah tentu berharga ratusan ribu. Pengganas mampu membeli rumah sebagai sarang di Kg Sri Jaya Simunul, Semporna, bukan sebuah tetapi 9 buah, pembelian secara tunai pula tu.

Kalau tiada dalang, tidak mungkin, Agbimuddin dapat bertahan lebih seminggu daripada gempuran pasukan keselamatan. Sudah tentu orang yang paling dikehendaki itu mempunyai jalinan dengan penduduk tempatan, sehingga memudahkan dia mengelak sebarang serbuan.

Tiada orang yang akan bersimpati tindakan seperti ini, kerana nyawa adalah taruhan, namun kerana kekuatan wang, maka seseorang itu sanggup bertindak.

Pengaruh wang, merupakan tindakan pengganas sulu berlaku. Atas sebab apa? Nothing To Lose bagi mereka. Misalnya Komonder Pangganas itu Haji Musa Abdulla hanya tinggal di sebuah gubuk buruk di Simunul Tawi-Tawi, demikian juga Jamalul Kiram III hanya tinggal disebuah rumah usang di Taguig City selatan Manila.

Demikan juga Ernesto Sambas, yang menyertai Haji Musa Abdulla ke Lahad Datu pada 9 Februari lalu, hanya mempunyai rumah usang di Tawi-Tawi.

Seperti kata pengganas, diawal perundingan dengan pihak Polis, bahawa kedatangan mereka adalah untuk memuktamadkan satu perjanjian. Perjanjian apa itu? sudah tentu berkaitan dengan wang.

Sebelum 21 Februari, apabila pengganas pada mulanya bersetuju mahu meninggalkan tanah Sabah, namun mahu berjumpa seseorang pemimpin Pembangkang berprofile tinggi; siapakah pemimpin itu? sehingga kini, belum ada pengesahan siapa pemimpin itu.

Namun, melihat kepada komen Presiden LDP itu, jelas, hingga kini, Anwar lah pemimpin yang tidak pernah mengeluarkan kata-kata mengutuk penerobohan pengganas itu. Komen Anwar hanya berkisar kepada mengutuk kerajaan dan pasukan keselamatan, dengan berbagai dakwaan.

Sesuatu yang jelas, apabila seseorang enggan mengutuk, maka seseorang itu merupakan sebahagian daripada kejadian itu. Anwar tidak selamanya mampu bertukar rupa; keggagalan mengutuk pengganas sulu, adalah salah satu kegagalan itu.

Satu Pengalaman semasa bertugas Di Sempora (1987-1988)

PADA satu pagi yang nyaman dan dingin, kerana hembusan angin  sepoi-sepoi bahasa daripada utara.

Pekan Semporna tiba-tiba ditawan oleh sekumpulan lelaki bersenjata dengan dilengkapi senjata M16 dan granade.

Balai polis semporna, yang hanya 500 meter daripada Pekan, menjadi sasaran pertama, namun  granade sebesar buah nenas, bentuknya juga seperti buah itu, tidak meletup, maka terselamatlah balai polis itu.

Pekan Semporna ditawan sepenuhnya. Dalam kejadian itu, tiada penduduk atau pasukan keselamatan yang terkorban, kerana nampaknya tiada perlawanan.

Lelaki bersenjata itu pada mulanya menggunakan satu keluarga sebagai tebusan, agar supaya pihak polis tidak dapat bertindak. Mereka hanya menghamburkan tembakan ke udara.

Lelaki bersenjata itu beredar tengah malam itu juga tanpa berlakunya pertumpahan darah.

Dengan mudahnya pasukan bersenjata masuk bukan sahaja ke parairan Sabah, malah sebuah pekan seperti Semporna.

Pendaratan bersenjata itu, merupakan kali kedua, dalam masa 3 tahun, kerana sebelumnya berlaku rompakan bersenjata di Lahad Datu. Bank Standard Bank menjadi mangsa. Pelakunya hanpir sama, lelaki bersenjata M16 yang datang daripada arah laut pada siang bolong.

Pengalaman bertugas di semporna sungguh mempunyai pengalaman yang pahit. Penulis juga menjadi mangsa rompakan.

Penulis yang tinggal di sebuah rumah dua tingkat berseberangan jalan dengan balai bomba semporna, pernah dirompak. Bayangkan perompak bersenjata itu menyapu bersih semua yang ada di rumah termasuk pinggan mangkok.

Pada pagi berikutnya, penulis ke pekan, hanya berkain pelikat tanpa baju, kerana semua baju, seluar termasuk seluar dalam juga disapu bersih.

Mereka yang merompak, bukan calang-calang, akan tetapi dilengkapi dengan senjata canggih, berpakaian ala komando, bertoping.

Bertahun kejadian itu tidak berulang, selepas adanya perdamaian di Selatan Filipina dengan MNLF, sekurang-kurang antara 1996-2002. Namun selepas Nur Misauari bukan lagi gabenor, tindakan perompak masih berlaku, namun terhad di kepulauan seperti sipadan.

Pendaratan kumpulan bersenjata ke tanah besar Sabah berulang lagi pada 9 Februari, sehingga mereka mampu menawan Kg Tanduo, Lahad Datu pada malam 12 Februari.

Kali ini, modus operandi mereka, sungguh berbeza dengan tahun 1987 di Semporna, kali ini mereka datang dengan tujuan yang lebih besar, yakni menuntut Tanah Sabah.

Jika pada tahun 1990-an, mereka datang hanya memberi amaran, agar jangan menghalau balik saudara-saudara mereka yang menjadi pelarian ke Sabah, kali ini mereka mahu pula berperang untuk mempertahankan tuntutan.

Kalaulah Eastern Sabah Command (ESSCOM) diwujudkan masa itu, mungkin kejadian di Lahad Datu yang berlarutan sehingga lebih sebulan tidak berlaku.

Apa yang malang, bekas-bekas Panglima ATM yang kini telah bersara dan menyertai pembangkang mempersoalkan tindakan pasukan keselamatan, kononnya kerana kesilapan taktikal adalah punca berlarutannya operasi itu.

Penulis tiada keupayaan memberi pandangan berkaitan dengan taktikal kententeraan, atas sebab itu, penulis tidak sudi memberi ulasan.

12 March 2013

Tindakan Pengganas Sulu-Beban kepada Suluk Tempatan dan juga pendatang Tausog

TINDAKAN keganasan pengganas Sulu yang diketuai oleh adik Jamalul Kiram III Agbimuddin Kiram yang juga disertai Jeneral Haji Musa Abdulla dan Ernesto Sambas, bukan sahaja menjadi beban kepada kaum suluk Sabah, juga kepada kaum tausog, kaum pendatang ke Sabah.

Kumpulan tausog yang datang ke Sabah bertujuan untuk membina hidup baru, kerana di kampung halaman mereka sendiri Tawi-Tawi atau kawasan lain, tiada kerja tersedia, tiada rumah tersedia, malah masa depan yang malap.

Sekurang-kurangnya apabila mereka berada di tanah Sabah, mereka mempunyai pekerajaan walaupun sebagai buruh bangunan atau ladang. Bagi mereka, hanya kudrat yang perlu ditanya, disebabkan jumlah kerja yang melambak, sehinggakan mereka tidak perlu berlapar.

Mereka tidak perlu beralaskan tanah dan berbumbungkan langit, sekurang-kurang majikan menyediakan rumah kongsi; kalaupun tidak bernasib baik-misalnya tertangkap, rumah merah tersedia, di mana makanan, minuman, tempat tidur tersedia sepanjang masa.

Keganasan yang berlaku di Lahad Datu, atas tindakan pengganas sulu, sungguh membimbangkan mereka; mereka khuatir, keadaan yang mereka tinggalkan di tanah air mereka sendiri berlaku di sini. Sebahagian besar daripada mereka mengharapkan krisis Lahad Datu secepatnya berakhir, agar mereka tidak merasa diburu, tidak tenteram dan kemungkinan ditangkap kerana disyaki sebagai simpatisan pengganas sulu.

Setakat ini hampir 200 orang telah ditahan, samaada yang disyaki atau mereka yang ditangkap kerana memasuki kawasan larangan. Mereka yang ditahan itu termasuk mereka yang beruniforam dan pemimpin politik tempatan.

Bagi kaum suluk tempatan pula, kerana tindakan keganasan itu, maka timbul persepsi bahawa kaum itu tidak setia kepada negara ini; walaupun pada zahirnya kaum suluk tempatan, berbeza sekali dengan kaum tausog.

Meskipun suluk dan tausog berbahasa sama, namun lingkungan yang dialami kaum suluk sejak tahun 60-an adalah lingkungan aman damai, sehingga sifat memberontak dan dendam pada kaum itu sedikit demi sedikit telah ludes, berlainan dengan kaum tausog di filipina, di mana mereka terdedah kepada lingkungan  perang, kekacauan, sehingga mendorong perlakuan mereka kepada pemberontakan dan keganasan.

Sabah sangat berbangga apabila perjanjian antara MILF dan kerjaan Filipina termeterai pada 29 Oktober 2012; ekoran kepada perjanjian damai itu, pihak perniagaan dan usahawan, membayangkan bagai mana kawasan BIMPEAGA akan menjadi kawasan perekonomian yang berkembang pesat. Malah, cadangan membina CIQ di utara Sabah akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Selain itu, keamanan di kawasan itu, akan muncul bentuk perekonomian baru, terutama daripada minyak dan gas. Menurut kajian industri minyak; kawasan selatan Filipina yang dikuasai Bangamoro, kaya dengan minyak dan gas, di mana setakat ini, masih perawan.

Melalui keamanan, dan apabila Kerajaan autonomi Bangsamoro berkuatkuasa pada tahun 2014, maka akan wujud hub islam terbesar di bahagian pantai timur Sabah dan Selatan Filipina; selain itu, kawasan itu akan menjadi kawasan kerajaan Islam terbesar di kawasan ini, malah lebih besar berbanding dengan Malaysia.

Berasaskan faktor-faktor inilah, ada pihak tertentu, cemburu dan curiga dengan terwujudnya regional ekonomi baru yang dikuasai penganut islam. Atas sebab itu, untuk membendungnya, maka kekacauan perlu diwujudkan. Melalui kekacaun itu, maka akan timbul perasaan dendam, benci, curiga. Dengan adanya kekacauan maka dalang itu akan bertempik.

11 March 2013

Impak Krisis Lahad Datu terhadap sikap pengundi Sabah

Dibenak rakyat Sabah umumnya dan pengundi khasnya, satu perkara yang terpancar adalah, kriris Lahad Datu adalah usaha terancang pihak tertentu menganggu memontum jentera piliharaya barisan nasional.

Dalang kepada krisis ini, agar para pemimpin tidak mampu berfikir, menghalang bertugas dan menghalang bersua muka dengan para pemimpin, kerana tertumpu pada krisis tersebut.

Benar juga! sejak krisis Lahad Datu yang bermula pada 12 Februari dan puncaknya pada 1 Mac, Ketua Menteri Sabah, yang juga Pengerusi Keselamatan Negeri, bersama para pemimpin lain "sleepless" malah Ketua Menteri Sabah berkampung di IPK Kepayan termasuk di Ground Zero, Felda Sahabat.

Para pemimpin lain terutama mereka yang mewakili kawasan-kawasan yang terlibat operasi memusnah pengganas sulu, juga berkampung di kawasan masing-masing, memantu, memberi semangat kepada pasukan keselamatan dan membantu logistik kepada penduduk yang terpaksa berpindah pada kawasan yang selamat.

Krisis Lahad Datu, menjadikan mobilasi ketenteraan negara ini berskala besar yang pernah dilakukan sejak negara merdeka tahun 1957.

Bermula pada 1 Mac, 7 batilion tentera di hantar ke Sabah; bukan sahaja para troopers, juga disertai dengan peralatan canggih termasuk kereta perisai, penggunaan kapal terbang canggih seperti F18.

Keselamatan rakyat di Sabah benar-benar diambil perhatian, bercanggah dengan dakwaan setengah pihak. Kesediaan kerajaan mengwujudkan Kawasan Keselamatan Khas, daripada Kudat ke Tawau, merupakan tindakan kekal kerajaan mengwujudkan suasana selamat dan terkawal di kawasan tersebut.

Sejak krisis bermula, rakyat kini menilai, bahawa kerajaan yang mereka sokong selama ini, bukan sahaja memberi pembangunan fizikal, tetapi juga memberikan keselamatan, agar suasana kehidupan seharian dapat diteruskan tanpa gangguan.

Krisis Lahad Datu, bukan sahaja menyebabkan beribu keluarga menjadi panik dan takut, malah menganggu kehidupan harian mereka.

Namun yang paling menyedihkan akbiat krisis Lahad Datu, ada anggota keselamatan yang terkorban, akibat tindakan ganas penceroboh. Apa yang tidak boleh dimaafkan, dikala pasukan keselamatan mengambil pendekatan aman, diperintah untuk tidak melepaskan tembakan, dikala itu lah mereka terbunuh.

Perancangan dalang kepada pencerobohan Lahad Datu, agar rakyat memberi tomahan kepada kerajaan, kini makan tuan. Semangat rakyat menyokong kerajaan bertambah kental, bukan sebaliknya.

Tomahan pihak pembangkang, kononya krisis Lahad Datu satu sandiwara, adalah pendekatan songsang yang mereka gunakan, kerana sebenarnya niat mereka  melakukan huru hara konon untuk mendapat sokongan, bertukar kepada kebencian.

Akibat krisis Lahad Datu yang melibatkan kaum tausog daripada Filipina, kini menjadikan kaum suluk di Sabah menjadi sasaran kecurigaan daripada rakyat lain, walaupun sebenarnya mereka tidak terlibat langsung. 

Tidak dinafikan ramai yang menjadi tali barut atau simpatisan, melalui bukti tertangkapnya lebih 97 orang keturunan Tausog/ suluk yang disyaki sebagai tali barut, bersubahat dengan pengganas.

Satu perkara yang paling mustahak yang perlu ada dikalangan semua rakyat Sabah, sokonglah kerajaan yang ada sekuat mungkin, agar kejadian seperti ini tidak akan berulang. Melalui sokongan yang padu sahaja, dalang yang mahu membuat huru hara, tidak akan sanggup berbuat angkara, kerana dia tahu, bahawa rancangannya tidak akan mendapat sokongan.

10 March 2013

Bila kah suasana kehidupan kembali tenang di Lahad Datu?

KERANA Jamalul Kiram maka suasana kehidupan di Lahad Datu terutama di kawasan kampung yang diceroboh pengganas sulu  menjadi tidak tenteram.

Sehingga kini lebih 2000 penduduk yang mendiami kampung Tanduo, Tanjung Batu dan Tanjung Labian terpaksa berpindah ke tempat-tempat penampungan, kerana kampung-kampung mereka diistiharkan sebagai kawasan merah.

Penduduk yang tadinya berhijrah ke Sabah kerana mengelak konflik di negaranya yang berlangsung berdekad, kini seolah-olah dikejar oleh keadaan itu.

Mereka ke sini semata-mata untuk menumpang kehidupan, kerana di negara mereka sendiri, perit dan kesusahan tidak memungkinkan meneruskan kehidupan.

Dikeranakan tindakan Jamalul Kiram III, yang berpunca daripada hasutan pihak-pihak tertentu dalam negara, maka keadaan di Selatan Filipina cuba di bawa ke Sabah. Kejadian itu bukan sahaja menimpa penduduk yang asal akan tetapi juga penduduk yang berhijrah itu.

Tindakan pengganas sulu memang sesuai dengan skrip dalang itu. Tindakan ganas yang tiada taranya terhadap pasukan keselamatan negara, adalah untuk mengwujudkan dendam yang mendalam dan sangat berbekas.

Dengan dendam kesumat yang amat dahsyat, maka kerharmonian yang ada selama ini terus tergugat. Panas setahun dihabiskan oleh hujan sehari.

Kini, walaupun keamanan akan kembali seperti sedia kala menjelang hari hari mendatang, namun suasana kehidupan tidak akan sama lagi. Sebagai Contoh, ADUN Lahad Datu Datuk Datu Nasrun Mansor, mengeluarkan kenyataan, bahawa berikutan dengan kejadian di Lahad Datu, maka beliau memutuskan semua hubungan dengan kaum tausog. 

Pengistiharan Kawasan Keselamatan Khas bagi kawasan Pantai Timur Sabah yang meliputi Kudat, Sandakan, Lahad Datuk, Kunak, Semporna dan Tawau tepat masanya, walaupun kawasan baru itu tidak akan mengembalikan lagi keadaan sebelum pencerobohan Lahad Datu.

Kerana matalamat politik, maka Sabah dijadikan korban. Dalang kepada kejadian pencerobohan Lahad Datu, tidak mahu suasana negeri aman damai, apatah lagi kawasan Pantai Timur Sabah adalah Bank Votes kerajaan Barisan Nasional.

Walaupun secara keseluruhan jumlah pengundi daripada suku suluk yang terdapat dalam daftar undi yang boleh mengundi pada PRU-13 sekitar 80 ribu, namun undi mereka boleh menentukan kemenangan atau menggugat kemenangan calon-calon Bn.

Krisis Lahad Datu, memang dirancang oleh pihak-pihak tertentu untuk menganggu memontem pemimpin BN terutama menjelang PRU-13. Usaha mereka itu, nampaknya telah berjaya, kerana Ketua Menteri Sabah, Menteri Dalam Negeri, Menteri Pertahanan, Menteri Pembangunan Kemajuan Luar Bandar dan meneteri-menetri kabinet mahupun pusat dan negeri tertumpu masa mereka ke Ground Zero, malah ada yang berkampung sehingga kini.

Twit Datuk Hishamuddin pada pukul 1.30 pagi tadi, menyatakan bahawa beliau masih berada di Ground Zero memantau keadaan.

Pasukan keselamatan kini, hampir menyelesaikan tugas mereka. Tindakan pemberishan saki baki pengganas sulu masih diteruskan. Keterlambatan ini disebabkan kawasan yang luas, sebagai contoh satu rancangan Felda sahaja lima kali besar negara Singpaura.

Kawasan Ladang yang luas dan hutan yang tebal, memperlambat usaha pembersihan kawasan yang diistiharkan merah. Akan tetapi, lambat laun pemebersihan kawasan itu akan berjaya juga. Hanya menunggu masa.

Namun satu persoalan yang pasti, suasana kehidupan kawasan itu tidak akan seperti biasa lagi, sekurang-kurang dalam tempoh 2-3 tahun.

9 March 2013

Dalang Pencerobohan Lahad Datu: Manila Mula Siasat Penasihat Kiram

Jamalul Kiram III
MANILA: Biro Penyiasatan Nasional Filipina (NBI) pada Jumaat memulakan penyiasatan ke atas keganasan Sabah, dan memanggil penasihat Sultan Sulu 'Boy Saycon' untuk disoalsiasat Selasa hadapan.

Media di Filipina melaporkan sapina akan dikeluarkan dalam usaha NBI mencari bukti dakwaan konspirasi berlaku dalam konflik bersenjata antara pasukan keselamatan Malaysia dan “tentera diraja” Sulu di Sabah, yang terletak di timur Malaysia itu.

Memetik kenyataan jurucakap Sultan, Abraham Idjirani, 'The Philippine Star' berkata ini adalah permulaan tindakan oleh pihak kerajaan ke atas pengikut Sultan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, dan akan didakwa kerana mencetuskan pemberontakan di Sabah.

Akhbar itu melaporkan bahawa sapina yang ditandatangani timbalan pengarah Jabatan Risikan, Reynaldo Esmeralda, dihantar jam 4 petang Jumaatke pejabat Saycon di Makati oleh ajen NBI.

Saycon, setiausaha agung Majlis Perhubungan Filipina (COPA), telah dikaitkan dalam plot menghancurkan kestabilan pentadbiran lalu, menurut laporan yang dipetik daripada laman sesawang ABS-CBN News.

"Saya syak kerana perkembangan terbaru dan kemasukan ke Sabah," kata Saycon kepada The Philippine Star, walaupun beliau masih belum menerima sapina tersebut.

"Sudah dijangkakan bahawa penyokong sultan akan didakwa. Mereka sekarang sedang menyediakan lebih banyak sapina, kerana ugutan terhadap kerajaan sudah mula berleluasa dalam masa dua minggu ini."

Penganalisis strategi politik juga dilaporkan berkata Sultan Sulu sudah membentuk sepasukan peguamnya bagi membantu penyokongnya yang mungkin disiasat atau dihadapkan ke mahkamah kerana keganasan di Sabah, yang didakwa pihak berkuasa Malaysia pada Khamis meragut 52 warga Filipina dan lapan rakyat Malaysia.

"Saya fikir kerajaan ada konspirasi tanpa sebarang sebab, dan mahu menuduh orang ramai dan bukannya menyelesaikan krisis yang sedang meruncing di Sabah," dakwa Saycon menurut akhbar berbahasa Inggeris itu.

Menurut laporan sebelumnya, Saycon mengaku menjadi penasihat keluarga Kiram dalam hal ehwal luar, ekonomi dan budaya selama sedekad tetapi menafikan memberi nasihat untuk tentera diraja Sulu mengambil alih Sabah.

The Philippine Star melaporkan pengarah NBI Nonnatus Rojas tidak dapat dihubungi untuk memberi komen ke atas tujuan sapina terbabit, tetapi mengatakan baru-baru ini beliau mengatakan beliau sedang menyiasat "siapa yang terlibat di belakang insiden Sabah."

Akhbar tersebut itu melaporkan bahawa kerajaan Filipina berkata semalam orang-orang Kiram di Sabah hanya menyertai tentera Sulu selepas disogok wang.

"KIta sudah melihat laporan di media, sesetengah dari mereka (tentera diraja), dibayar $600, dan dijanjikan untuk dibayar $600. Mereka juga dijanjikan tanah, dan kedudukan dalam kesultanan, ini tidak boleh dinafikan lagi," kata jurucakap presiden Edwin Lacierda.

Adik Jamalul, Agbimuddin Kiram, yang mendakwa dirinya sebagai 'putera raja' Kesultanan Sulu, sedang mengetuai 200 pemberontak bersenjata di Sabah, dimana mereka sudah berada di situ sejak 9 Februari.

Puak bersenjata itu berhadapan dengan pasukan keselamatan Malaysia pada Jumaat dua minggu lalu, selepas perbincangan secara aman gagal, dan pertempuran minggu lalu menyaksikan penceroboh Sulu ramai yang terbunuh, dan juga lapan orang anggota polis Malaysia.

Malaysia melancarkan serangan besar-besaran sejak Selasa lalu, termasuk serangan udara yang menyaksikan bom dan dan artileri menghujani Kampung Tanduo, tempat penceroboh itu berlindung.

Setakat ini, jumlah kematian penceroboh Sulu mencecah 53 orang menurut laporan pihak berkuasa Malaysia, dengan 32 orang terbunuh dalam pertempuran berikutan serangan udara Selasa lalu.

Krisis Lahad Datu: Anwar Puas Hati- Pihak Asing Campur Tangan

Bukankah ini yang Anwar mahu. Campur tangan pihak asing dalam menyelesaikan insiden berdarah yang berlaku di Lahad Datu...

Sebab tu Anwar beriya iya membuat kenyataan pada media luar mengatakan kerajaan Malaysia gagal menangani pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu..

Sebelum ini pihak inteligen Manila, mengatakan sepertimana laporan media negara itu, Anwar merupakan dalang kejadian di Lahad Datu. Jika benar laporan itu, ucapan tahniah pada beliau kerana berjaya menjadi punca dalam insiden yang telah mengorbankan 8 nyawa anggota keselamatan negara..

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon bertemu dengan wakil Malaysia ke badan dunia itu ketika beliau meneruskan usahanya untuk menyelesaikan krisis di Sabah.

Satu kenyataan pada halaman Ban di PBB berkata beliau memberitahu Hussein Haniff, wakil tetap Malaysia, bahawa "usaha perlu dibuat untuk memastikan hak asasi manusia akan dihormati dan kehilangan nyawa dapat dielak" ketika pasukan keselamatan Malaysia meneruskan operasi mengusir pengikut kesultanan Sulu yang mendarat di Sabah awal bulan lepas untuk menuntut wilayah tersebut.

"Setiausaha agung mengambil maklum usaha-usaha yang telah dibuat oleh kerajaan Malaysia dan Filipina untuk mencari penyelesaian secara aman terhadap keadaan tersebut," kata kenyataan itu.

Operasi, yang telah berpusat di sekitar pekan Lahad Datu, setakat ini telah meragut nyawa 53 penceroboh dan lapan anggota polis Malaysia, walaupun kesultanan Sulu hanya mengesahkan 10 pengikutnya terbunuh, empat cedera dan 10 ditangkap. Kira-kira 200 pengikut kesultanan Sulu datang ke Sabah, dengan diketuai oleh putera mahkota, Agbumddin Kiram yang kini dianggap orang yang paling dikehendaki.

Pada hari Khamis, Jamalul Kiram III mengumumkan bahawa beliau telah mengarahkan pengikutnya di Sabah untuk mematuhi gencatan senjata unilateral.

Bagaimanapun, para pegawai Malaysia, yang diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, menolak gencatan senjata itu dan berkata satu-satunya cara untuk menamatkan krisis ialah untuk pengikut sultan menyerah diri tanpa syarat.

Pada hari Jumaat, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jen Zulkifeli Mohd Zin berkata mereka percaya kumpulan Azzimudie telah bersembunyi untuk mengelak bertembung dengan pasukan keselamatan Malaysia.

Sementara itu, Human Rights Watch yang berpangkalan di New York menggesa Malaysia supaya memberikan "maklumat yang jelas dan tepat" mengenai krisis tersebut

8 March 2013

Pencerobohan Lahad Datu Pembuka Mata kepada Rakyat Negara ini

UNTUK sampai ke Lahad Datu bagi mereka yang jarang atau untuk pertama kali berkunjung ke Pekan ini, terutama menuju tempat dimana perncerobohan berlaku, sudah tentu dapat menikamti pesisir pantai yang indah dan menarik.

Di tepi pantai itu, pada keadaan cuaca cerah, dengan jelas dapat melihat Pulau Tawi-Tawi yang merupakan sebahagian daripada Wilayah Filipina, termasuk bangunan-bangunan di  Ibu Kotanya Bongao. Majoriti penduduknya adalah orang Islam dan pekan ini dikatakan sedang pesat membangun. Ia hanya mengambil masa 20 minit sahaja menggunakan bot laju untuk tiba di Sabah. Itulah gambaran betapa dekatnya kita secara fizikal dengan sempadan Filipina.

Tetapi pada masa yang sama, ada satu dimensi lain kepada jarak yang dekat antara kita dengan wilayah Filipina ini.

Penduduk tempatan misalnya gemar memberitahu orang luar bahawa menjadi lumrah kepada sanak keluarga mereka di Filipina untuk datang berkunjung ke Sabah hanya untuk bermain bola atau bola tampar dan selepas itu naik bot semula dan kembali ke Filipina pada hari yang sama.

Sudah tentulah, ini semua berlaku tanpa perlu melalui proses imigresen terlebih dahulu.

Pengaruh Filipina ke atas masyarakat tertentu di negara kita Sabah sangatlah besar dan kuat sehinggakan pada sesetengah tempat kedai runcit dirujuk sebagai "sari-sari" dalam bahasa Suluk.

Malah jika kita berada di perkampungan nelayan Danggan Tungku, kita boleh melihat dengan jelas Pulau Sibutu yang merupakan sebahagian daripada kepulauan Tawi-Tawi.

Hakikatnya, pantai yang mengadap Laut Sulu dan kawasan sekitarnya senantiasa menjadi kawasan yang diancam bahaya lanun dan juga puak militan yang menuntut kemerdekaan wilayah Mindanao.

Lanun yang mengganas di kawasan ini khabarnya dilengkapi dengan senjata canggih dan menggunakan bot laju berkuasa tinggi.

Mereka menjadi popular kerana berupaya merompak kapal kontena yang besar dan memiliki sejarah menculik pelancong malah pernah menyerang bandar-badar persisiran pantai di Sabah.

Pada tahun 1996, bandar Semporna pernah diserang oleh segerombolan lanun sebanyak dua kali termasuklah menyerang balai polis menggunakan senjata moden M-16.

Mereka datang dalam kumpulan yang besar antara 10 hingga 20 orang.

Kemudian pada tahun 2000, kumpulan Abu Sayyaf telah melancarkan gerakan menculik 21 orang pelancong dan pekerja resort di Pulau Sipadan milik Malaysia.

Lahad Datu pula terletak di daerah Tawau iaitu salah satu bandar besar di timur Sabah.

Bandar ini terletak kurang lebih 400km dari Kota Kinabalu dan mengambil masa sejam perjalanan dengan pesawat.

Pada 11 Februari lalu, sekumpulan puak Sulu yang bersenjata dari Filipina telah muncul di pekan Lahad Datu lalu 'menawan' Kampung Tanduo. Sejak itu seluruh dunia mengenali di mana terletaknya Lahad Datu.

Serangan ke atas wilayah timur Sabah ini telah turut membuka mata sebahagian besar rakyat Malaysia buat pertama kalinya tentang sejarah dan geografi kawasan ini.

Sebahagian besar daripada kita mungkin belajar untuk mengetahui buat pertama kalinya tentang etnik tertentu yang selama ini kurang dikenali atau didengari.

Misalnya etnik Bajau, Bisaya, Kadazan Dusun, Murut, Dumpas, Irranun, Kwijau, Maragang, Orang Cocos, Orang Sungai, Rungus dan kini sudah tentunya etnik Tausug atau Suluk.

Sebahagian daripada etnik ini telah bermastautin di Sabah sejak era kedatangan masyarakat Cina dari Laut Selatan lagi.

Atas sebab ini jugalah maka kita akan dapati, sebahagian besar daripada penceroboh yang membuat kacau di Sabah kini sangat arif dengan kedudukan geografi dan kawasan sekitar berbanding dengan kita semua.

Dan berdasarkan maklumat inteligensia, kumpulan penceroboh tersebut sangat mendalami kawasan persekitaran mereka mendarat.

Kesimpulannya ialah mereka pernah atau acap kali menziarahi kawasan ini dan mengetahui selok belok persekitarannya.

Dua daripada anggota polis kita diserang hendap dan ditembak mati di kawasan ini manakala enam lagi terbunuh ketika memasuki kawasan rumah air di Semporna yang mana adalah disyaki terdapat penduduk kampung memberi laluan atau perlindungan kepada mereka untuk bersembunyi dan memasang perangkap kepada anggota keselamatan untuk memasuki perangkap itu.

Warga Filipina ini tidak menunjukkan sebarang belas kasihan apabila mereka menyerang anggota keselamatan kita.

Mereka memenggal kepala dua daripada anggota polis kita dan bertindak kejam sebelum melakukan pembunuhan itu termasuklah mencungkil keluar mata salah seorang daripada anggota polis yang terkorban itu.

Ketaksuban dan kesediaan kumpulan ini untuk mati atas nama perjuangan mereka yang mendorong pasukan keselamatan kita melancarkan serangan habis-habisan.

Insiden terbaru ini hanya memberi satu pengajaran berguna kepada kita semua. Sementara kita mengakui pantai Sabah adalah begitu luas dan besar tetapi realitinya ia mendedahkan Malaysia kepada bahaya ancaman musuh luar.

Jaminan daripada pihak berkuasa bahawa segala-galnya selamat dan terjamin hanya akan bermakna sekiranya langkah konkrit diambil untuk menangani isu ini secara serius.

Mahu tidak mahu negara perlu melabur untuk menjaga keselamatan di sepanjang 4,675km persisiran pantai termasuklah di Zon Ekonomi Eksklusif di luar persisiran pantai kita.

Pencerobohan yang berlaku di Sabah menunjukkan betapa terdedahnya negara kita sekiranya menerima ancaman daripada luar dan kali ini ancaman tersebut datangnya dari sekumpulan pemberontak negara luar yang lengkap dengan latihan dan senjata.

Amatlah membimbangkan jika serangan itu dilakukan oleh pasukan tentera asing.

Kita tidak boleh lagi menganggap mudah bahawa Malaysia adalah bebas daripada sebarang ancaman luar.

Ya benar, negara kita telah dirahmati oleh keamanan dan kestabilan tetapi insiden yang berlaku di Sabah adalah satu amaran yang jelas dan nyata.

7 March 2013

Sejarah Silam Sabah: Kaitan Dengan Tuntutan Kesultanan Sulu

Hanya bahagian berwarna hijau dalam peta ini yang pernah berada di bawah kekuasaan Kesultanan Sulu dan Malaysia patut menghentikan bayaran RM5000.00 setahun kepada waris-waris Sultan Sulu kerana kesultanan ini sudah pupus.

Bahagian Sabah yang pernah berada dalam Kesultanan Sulu ialah bahagian timur sahaja, khususnya bahagian dari Sungai Pandasan di barat laut hingga Sungai Sibuku di selatan.

Hanya bahagian timur Sabah saja dalam peta ini yang terlibat dalam tuntutan Filipina atau tuntutan waris-waris Sultan Sulu ke atas Sabah. Apabila Sultan Sulu pajak wilayahnya di Sabah pada Baron Von Overbeck pada 1878, hanya bahagian timur saja yang terlibat kerana bahagian itu saja milik Kesultanan Sulu.

Sehingga 1658, seluruh Sabah adalah milik Kesultanan Brunei. Sultan Brunei menyerahkan bahagian timur Sabah pada Kesultanan Sulu pada 1658 sebagai ganjaran untuk Sulu kerana membantu Brunei mematahkan satu pemberontakan di Brunei.

Pada 1878 pula, Kesultanan Sulu pajak bahagian timur Sabah kepada Gustavus Von Overbeck, seorang rakyat Austria. Pajakan ini dibuat melalui sebuah syarikat milik Alfred Dent, rakan kongsi niaga Von Overbeck, dan kemudian melalui Syarikat Borneo Utara British. 

Untuk pajakan ini, Syarikat Borneo Utara British bayar RM5000.00 setahun pada Sultan Sulu. Pada 1885, Britain, Jerman dan Sepanyol menandatangani Protokol Madrid yang mengikitiraf kedaulatan Sepanyol di seluruh Kepulauan Sulu dengan syarat Sepanyol menarik semua tuntutan ke atas Borneo Utara. 

Pada tahun 1888, Sabah sepenuhnya menjadi tanah lindungan Britain. Kesultanan Sulu pula pupus pada 1917, di era penjajahan Amerika di Filipina yang turut meliputi Kepulauan Sulu. Dengan kepupusan ini, Kesultanan Sulu sudah tidak wujud. 

Yang wujud hanya bekas Sultan, yakni orang yang menjadi Sultan Sulu terakhir sebelum kesultanan ini pupus. Sultan terakhir Sulu mati pada 1930-an dan British menghentikan bayaran pajak. Sabah diserap dalam Malaysia pada 1963 melalui pembentukkan Malaysia. 

Filipina dan Indonesia menentang pembentukkan Malaysia. Indonesia melancarkan konfrontasi. Filipina pula secara rasmi memulakan tuntutan ke atas Sabah pada 1962, setahun sebelum Malaysia. Beberapa calon sultan dicari untuk diistiharkan sebagai Sultan Sulu bagi membolehkan Filipina tuntut Sabah bagi pihak Kesultanan Sulu yang pupus. 

Namun, Filipina sendiri tidak pernah berhasrat untuk mewujudkan semula Kesultanan Sulu. Jika Filipina mendapat Sabah sekalipun, ia sekadar akan menjadi wilayah baru Filipina tetapi Kesultanan Sulu tetap tidak akan diwujudkan. Sultan Sulu hanya relevan pada Filipina sebagai alat menuntut Sabah tanpa sebarang niat pada Filipina untuk mewujudkan semula kesultanan ini.

Malaysia sepatutnya berhenti membayar RM5000.00 setahun pada waris Sultan Sulu kerana kesultanan ini sudah pupus dan Sultan terkahir sudah mati. Sekarang ini ada 60 orang yang mengaku mereka Sultan Sulu, semata-mata hanya untuk tuntut Sabah demi kekayaannya.

6 March 2013

Disebalik Pencerobohan Lahad Datu

Jamalul Kiram III
PUNCA sebenar daripada krisis pencerobohan Lahad Datu adalah hasutan daripada pihak tertentu yang berpunca daripada terkeluarnya MNLF pimpinan Nur Misuari daripada perjanjian antara kerajaan Filipina dengan MILF pimpinan Jen, Murad Ibrahim pada 29 Otober 2012.

Selain itu, janji pembangkang yang memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika mereka mengalahkan kerajaan Bn dan menguasai Putrajaya, mendorong kepada isu tuntutan ke atas Sabah.

Ironinya, individu yang menuntut Sabah yakni Jamalul Kiram III, meskipun waris kepada Sultan Sulu, namun bukanlah pewaris yang layak, kerana beliau tidak termasuk dalam sembilan pewaris Sultan Sulu.

Pewaris yang termasuk sembilan itu adalah Dayang-Dayang Piandao Taj-Mahal Kiram-Tarsum Nuqui, Putli Nurhima Kiram-Forman, Siti Ayesha K.H Sampang, Sulatan Fuad A. Kiram, Dayang-Dayang Sheramar T. Kiram, Puteri Permaisuri Kiram Guerson dan Sitti Jenny K.A Sampang.

Sultan Jamalul Kiram II yang mangkat pada tahun 1936, sebenarnya tidak meninggalkan waris takhta secara langsung, atas sebab itu padjakan dihentikan. Namun, atas permintaan sembilan pewris itu, maka satu keputusan dibuat pada tahun 1939, untuk penyambungan padjakan. Padjakan yang berjumlah mexcion gold 5,000 kemudian dilanjutkan oleh Malaysia sehingga kini, akan tetapi dalam ringgit malaysia.

Kesulitan hidup yang membayangi Jamalul kiram 76, yang masih mendapat rawatan dialisis buah pinggang dengan bantuan kerajaan Filipina, menyebabkan beliau menerima hasutan daripada pihak tertentu, untuk melakukan kekacuan di Sabah, terutama menjelang PRU-13 agar supaya mempercepat tuntutannya.

Tuntutan ke atas Sabah, hanya gimik untuk mendapatkan pampasan yang banyak, malah bekas Ketua Menteri Sabah, menyarankan RM200 juta untuk bayaran pampasan, untuk memuktamadkan tuntutan.

Menurut perkiraan yang menghasut Jamalul Kiram, beliau akan mendapat pampasan itu, kerana Malaysia terkenal dengan pendekatan yang lembut, dan tidak akan melakukan tindakan kekerasan terhadap mereka. Nasihat ini dapat mempengaruhi Jamalul Kiram III, apatah lagi kos tindakan itu dibiayai oleh dalang tersebut.

Di lain pihak, dalang itu mempunyai niat politik, kerana jika tindakan kekerasan diambil terhadap penceroboh itu, maka mereka akan mendapat keuntungan politik.

Pertemuan Jamalul Kiram III dengan Datuk Amir Kahar Tun Mustapha hampir membuahkan hasil, dan dikhabarkan Jamalul Kiram III sudah bersetuju untuk menarik semua pencoroboh dari bumi Sabah. Namun, matalamat dalang kepada pencerobohan ini, bukan lah secara damai, atas sebab itu, taktik kotor digunakan, agar supaya pasukan keselamatan negara melaksanakan operasi ketenteraan.

Pada pagi Jumaat 1 Mac, empat jam sebelum pertemuan antara Amir Kahar dengan Jamalul Kiram, satu taktik kotor dilakukan. pihak pencoroboh pura-pura mengangkat bendera putih tanda menyerah, tetapi sebaliknya menyerang anggota keselamatan sehingga mengorbankan dua anggota dan mencederakan tiga yang lain.

Pasukan keselamatan tiada pilihan, melainkan membalas tembakan dan berjaya membunuh 12 penceroboh. 

Sebahagian daripada penceroboh yang berpecah kepada tiga kumpulan pada malam 12 Februari, lari ke Kg Sri Jaya Pulau Simunul, Semporna. Akibat kematian rakan-rakan mereka di Kg Tanduo pada 1 Mac, maka satu muslihat dilakukan mereka pada petang 2 Mac, sehingga mengorban enam anggota polis melalui serangan hendap.

Kerajaan Malaysia melalui Pasukan keselamatan dari awal-awal lagi tidak mahu melakukan kekerasaan terhadap penceroboh, atas sebab itu perundingan berlarutan sehingga 23 hari. 

Disebabkan niat dalang kepada pencerobohan ini berniat jahat untuk kepentingan politik, maka penceroboh itu perlu dijadikan umpan dan perlu mati, agar supaya motif mereka tercapai.

Perancangan pencerobohan Lahad Datu ini, dirancang dengan rapi, melibatkan berbagai pihak diluar kawalan pasukan keselamatan negara.

Penceroboh mulai menyusup ke Sabah seawal bulan januari, sebaik sahaja kapal Perang Amerika USS Guardian terkandas di utara Pulau Pahlawan. Terkandasnya kapal itu, menyebabkan kapal tentera laut Filipina tertumpu di kawasan itu, sehingga di bahagian selatan, kawalannya longgar.

Penceroboh itu masuk diserati oleh orang-orang lanjut usia dan wanita untuk mengabui pihak keselamatan negara dan juga Filipina.

Mereka bertolak daripada Filipina tanpa senjata, namun di tengah laut mereka mendapat senjata moden seperti M16, M14 daripada sendikit penjual senjata haram, terutama daripada Pulau Basilan.

Menurut sumber bermula daripada 3 Februari, mereka mula berkumpul dan pada 7 Februari (wakil Anwar Ibrahim ke Manila kononnya untuk menemui double agent) satu arahan agar mereka menampakan diri sebagai kumpulan, dan hanya pada malam 12 Februari kehadiran mereka diketahui pihak keselamatan negara.

Pada malam 12 Februari, kumpulan lebih 100 orang yang disertai lelaki bersenjata sudahpun menduduki Kg Tandau, Lahad Datu.

Selama 23 hari, pihak pasukan keselamatan negara memberi peluang, sehingga lanjutan demi lanjutan diberikan kepada penceroboh itu meninggalkan bumi Sabah. Pihak Polis Malaysia telah menamatkan rundingan pada 21 Februari, untuk itu, hanya menunggu arahan untuk bertindak.

Pada pagi Jumaat, hari H telah berlaku. Kini, krisis pencerobohan itu berlanjutan. Nyawa pasukan keselamatan negara 8 telah melayang. Malah pemimpin Pembangkang Tian Chua, menggambarkan kematian anggota pasukan keselamatan itu mati katak, kerana krisis Lahad Datu adalah mainan Umno.

Pembangkang menggunakan psiokologi songsang, agar rakyat tertipu, namun sebenarnya merekalah perancang kepada krisis Lahad Datu, seperti mana laporan prisik kerajaan Filipina seperti mana di laporkan oleh Manila Times dan The Inquire News.

Pendedahan Hubungkait Anwar dengan Nur Misuari


Untuk apa Anwar perlu mengupah pakar bom, pakar penembak tepat, pakar taktikal, pakar serangan terroris dari Filipina sebagai pengawal peribadi beliau ...



spyanwar9
Daniel Cruz

Berkhidmat selama lima tahun sebagai Pegawai Kes dengan National Intelligence Coordinating Agency (NICA) dan lima tahun sebagai Penyiasat Penjenayah dengan US Drug Enforcement Administration (DEA) di Kedutaan Amerika Syarikat di Manila. 

spyanwar8
Noel Del Rosario

Berkhidmat dengan Pasukan Polis Kebangsaan Filipina selama lebih dua puluh tahun dengan tugas utamanya adalah dalam Special Weapons And Tactics (SWAT). 

spyanwar5
Alfred Sese

spyanwar7
Bong Oteyza


spyanwar1
Empat pengawal peribadi upahan dari Filipina bersama-sama pengawal peribadi Anwar Ibrahim yang lain.

Keempat-empat pengawal peribadinya ada bersama-sama Anwar Ibrahim ketika Ketua Umum PKR itu berceramah bersama-sama beberapa orang bekas pegawai tinggi ATM di Taman Rekreasi, AU3 pada 16 Februari 2013.

Turut hadir beberapa orang bekas pegawai tinggi ATM mulai seperti anjing sawan yang kelihatan takut-takut di hadapan Anwar Ibrahim. 

1) Abdul Hadi Al-Khattab yang sebelum ini turut dikaitkan dengan skandal penjualan enjit jet tempur F-5E.
2) Imran Abdul Hamid yang sebelum ini dikaitkan dengan pembinaan friged di Lumut
3) Abdul Ghafir Abdul Hamid yang dikaitkan dengan beberapa kontrak dan tender pembekalan untuk Tentera Darat

Dengan keempat-empat pengawal peribadi Anwar Ibrahim dan ketiga-tiga bekas pegawai tinggi ATM berada setempat, adakah Anwar Ibrahim sedang memberi isyarat kepada pegawai-pegawai ATM yang lain terutama yang memang mempunyai ‘kes’ agar bekerjasama dengannya kalau mahu selamat?



spyanwar2

spyanwar3

spyanwar4

spyanwar6
Keempat-empat pengawal peribadinya juga turut bersama-sama Anwar Ibrahim ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat yang lalu.

Tampak ada hubungkait yang cukup kuat di antara keempat-empat pengawal peribadi dengan MNLF, Nur Misuari dan Jamalulu Kiram III. Banyak duit lu Anwar bayar gaji 4 pengawal peribadi dari Filipina ...

Pencerobohan Lahad Datu memang satu konspirasi

SATU persoalan besar yang perlu dijawab, Sultan Jamalulul Kiram, 76 yang papa kedana, sanggup membeli persenjataan yang banyak, sanggup menyediakan keperluan logsitik untuk menceroboh Lahad Datu, sedangkan rawatan dialisis buah pinggangnyapun dibiayai oleh kerajaan Filipina.

Laporan perisik Manila yang disiarkan oleh Inquirer News dan The Manila Times baru-baru ini mengsahkan bahawa dalang pencerobohan Lahad Datu adalah pihak pembangkang negara, dan nama Anwar Ibrahim turut dikaitkan.

Malah kerajaan Filipinapun tercari-cari  siapa yang sebenarnya mengirimkan ratusan orang Sulu ke Lahad Datu, Sabah. Ini kerana, biaya untuk menyewa kapal feri demi mengirimkan mereka tidak murah. Selain itu Presiden Filipina juga mengakui ada dana besar yang membiayai mereka dari Tawi-Tawi ke Sabah. 

Tujuan dalang ini memang bermotifkan politik terutama menjelang PRU-13. Dalang itu tahu betul, bahawa kawasan Pantai Timur Sabah adalah bank Votes kepada Barisan Nasional. Dari segi politik, sukar bagi pembangkang menembusi Pantai Timur, termasuk kawasan yang mempunyai separuh penduduk kaum cina, seperti Sandakan dan Tawau.

Cara mudah untuk mengubah lanskap sokongan adalah membangkitkan emosi, marah dan dendam. Kini, selepas kejadian tembak menembak, kerana pencerobohan itu, yang mengakibatkan terkorbannya anggota keselamatan dan penceroboh sendiri, maka mudah bagi dalang itu membangkitkan emosi suku suluk.

Memang, persatuan suku suluk yang bermastutin di negara ini membuat kenyataan akan senantiasa menyokong kerajaan Bn, namun disebalik itu, perasaan suku kaum tidak mungkin diselami sepenuhnya oleh persatuan itu. Rambut sama hitam hati lain-lain.

Tujuan dalang kepada pencerobohan Lahad Datu adalah untuk melonggarkan sokongan kaum suluk terhadap Bn, hanya itu, walaupun terpaksa mengorbankan nyawa.

Matalamat dalang itu, dicapai kerana ada yang sanggup melaksanakannya, iaitu kumpulan Jamalul Kiram III. Bagi mereka, nothing to lost dalam pengelibatan mereka dalam konspirasi ini, walaupun melibatkan nyawa kumpulan mereka, kerana tujuan mereka adalah survival dari segi kewangan, manakala  motif dalang itu survival dalam politik.

Tiada yang boleh menafikan, bahawa krisis Lahad Datu khasnya dan Pantai Timur Sabah amnya, yang diuntungkan adalah pembangkang, termasuk dalang itu.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels