7 May 2013

Analisis Awal Kabinet Baru Sabah

PRU-13 yang baru sahaja melabuhkan tirainya pada 5 Mei lalu, dan menyaksikan BN Sabah tidak dapat mengulangi pencapaian dua PRU lalu.

Pada PRU-13 yang diketahui keputusannya pada pagi 6 Mei, menunjukkan bahawa BN Sabah berjaya membentuk kerajaan dengan kuasa 2/3 apabila menang 48 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sabah yang mempunyai 60 DUN, di mana sebelum DUN dibubarkan BN mempunyai 57 ADUN dan 21 Ahli Parlimen.Selepas PRU-13 tersebut, BN Sabah berjaya menang 22 kerusi Parlimen, namun kehilangan 9 kerusi Dun.

Dalam PRU tersebut, calon-calon BN Sabah yang menduduki kabinet negeri serta pembantu menteri tidak berjaya mempertahankan kerusi masing-masing. 

Antara calon-calon yang tidak berjaya mempertahankan kerusi masing-masing adalah Datuk Yee Moh Chai- Timbalan Ketua Menteri kuota kaum cina bagi Dun Api-Api. Selain itu, Datuk Edward Khoo Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri bagi kawasan dun Kapayan. Datuk Jahid Jahim Pembantu Menteri di Dun Tamparuli, dan Datuk Hebret Timbon Lagadan-Pembantu Menteri di dun Kedamaian.

Dengan kekalahan Yee Moh Chai, maka daripada enam kawasan yang dimenagi kaum cina, ada dua nama yang mempunyai kedudukan dalam parti masing. Datuk Raymond Tan ADUN Tanjong Papat adalah Naib Presiden Parti Gerakan Malaysia, di mana parti itu mengalami tsunami politik gelombang kedua di Semenanjung, Selain Raymond adalah ADUN Tanjong Kapor Datuk Teo Chee Kang- Setiausaha Agung LDP. Dari dua nama ini kemungkinan salah satu daripada mereka akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri kuota kaum cina.

Di pihak KDM, sudah tentunya Tan Sri Pairin akan mengekalkan jawatan.

Namun yang menjadi perhatian adalah kedudukan Timbalan Ketua Menteri bagi kuota Bumiputera islam. Sebelum ini jawatan itu disandang oleh Datuk Yahya Hussien Setiauasaha Agung Umno Sabah.

Kembalinya Datuk Dr Salleh Tun Said ke arena pilihanraya, maka jawatan Timbalan Ketua Menteri kuota bumiputera islam kini berkisar antara ADUN Usukan itu dengan dengan Datuk Yahya.

Melihat kepada hieraki kedudukan dalam parti, Salleh adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah. Biasanya jawatan Timbalan Ketua Menteri kuota bumiputera islam tersebut akan disandang berasaskan kedudukan dalam parti. Jika demikian, maka pilihan akan jatuh kepada Datuk Dr Salleh Tun Said.

Selain itu, berasaskan keputusan PRU lalu, dimana kebanyakan penyandang jawatan kabinet negeri mahupun pembantu menteri telah menang, maka tidak akan berlaku rombakan kabinet yang sangat ketara. Apa yang berlaku adalah perlantikan baru, bagi menggantikan mereka yang gagal mempertahankan kerusi.

Ada juga kemungkinan satu-dua pembantu Menteri akan dinaikan pangkat ke menteri penuh, berasaskan merit, kerana ada pembantu menteri yang mencapai tahap kejayaan yang sungguh baik lima tahun lalu; atas sebab itu wajar dinaikan ke jawatan menteri penuh.

Untuk makluman, beberapa jawatan pembantu menteri dan menteri yang kosong- Jawatan pembantu menteri yang dikosongkan oleh Datuk Japlin Akim, kerana tidak bertanding, Jawatan pembantu Menteri yang dikosongkan oleh Datuk Jahid Jahim, Datuk Edward Khoo, Datuk Hebert Timbon Lagadan, Jawatan menteri yang dikosongkan oleh Datuk Azizah Dun Banir dan jawtan Menteri yang dikosongkan oleh Datuk Yee Moh Chai, serta jawatan Menteri yang dikosongkan oleh Datuk Ewon Ebin.

Perlantikan jawatan Menteri dan Pembantu Menteri adalah kuasa penuh Ketua Menteri. Sama-sama kita menunggu siapa-siapa yang bakal dilantik.

Nota: KEPUTUSAN PENUH PRU-13 SABAH- KLIK DISINI

84.84 peratus Mengundi pada PRU-13

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan bahawa 84.84 peratus atau 11,257,147 daripada jumlah 13,268,002 pengundi berdaftar keluar mengundi bagi 222 kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Ahad.

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata bagi 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), jumlah yang keluar mengundi ialah 9,742,254 orang atau 85.82 peratus.

Menurutnya berdasarkan daftar pemilih yang diwartakan untuk PRU-13, daripada 13,268,002 pemilih berdaftar, pengundi biasa terdiri daripada 12,885,434 orang manakala pengundi pos (146,742) dan pengundi awal (235,826).

"Bagi kerusi Dewan Rakyat, BN memperolehi 5,237,699 undi, PKR (2,254,328 undi), PAS (1,633,389), DAP (1,736,267), Bebas (86,935), STAR (45,386), BERJASA (31,835), SWP (15,630), SAPP (10,099), PCM (2,129), KITA (623) dan BERSAMA (257).

"Bagi kerusi DUN pula, BN memperoleh 4,513,997 undi, PAS (2,133,944), DAP (1,442,298), PKR (1,303,457), Bebas (67,129), STAR (43,793), SAPP (31,324), PSM (8,136), BERJASA (4,756), KITA (1,791), BERSAMA (823) dan PCM (216)," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Kamaruddin berkata daripada 579 calon yang bertanding di keruswi Dewan Rakyat, 128 calon hilang wang deposit pilihan raya, dengan calon Bebas mencatatkan jumlah paling ramai, iaitu 75 orang.

Bagi keputusan 222 kerusi Dewan Rakyat, BN memenangi 133 kerusi, PKR (30), PAS (21) dan DAP (38), manakala bagi kerusi DUN, BN memperoleh 275 kerusi, DAP (95), PAS (86) dan PKR (49).

Beliau berkata secara keseluruhan SPR berpuas hati dengan proses pengundian yang berjalan dengan lancar, tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku yang menjejaskan proses pilihan raya.

"Dalam melaksanakan urusan pilihan raya, SPR sentiasa mengikut lunas undang-undang dan mencuba sedaya mana yang boleh untuk menjadikan PRU-13 sebagai yang terbaik, pelbagai cabaran yang tidak diduga terpaksa dihadapi," menurutnya.

Katanya SPR akan mengkaji segala kelemahan terutama mengenai kaedah untuk mengatasi kesesakan pengundi pada waktu pagi serta kehadiran warga emas yang di luar jangkaan dan beliau memberi jaminan bahawa SPR akan menambah baik segala kelemahan yang dikenal pasti.

6 May 2013

PRU-13 Sabah: Kekalahan kawasan yang kalah telah dijangka-Kecuali Parlimen Sandakan

Suara Rakyat gagal membuat analisis hanya dua kawasan iatu Parlimen Sandakan dan Pensiangan. Sebelum ini, Suara Rakyat pernah menulis, bahawa Parlimen Pensiangan akan dimenangi pakatan rakyat, namun tidak bagi Parlimen Sandakan.

Apa yang pelik, dua Dun yang terletak di Parlimen Sandakan iatu N45 Elopura dan N46 Tanjong Papat semua dimenangi BN.

Kawasan-kawasan lain seperti Parlimen Penampang dan Kota Kinabalu, memang menepati ramalan awal, bahawa kawasan itu akan dimenangi Pakatan Rakyat.

Bagi Dun-dun pula, hanya Dun Tamparuli berlaku kejutan apabila penyandang kawasan itu Datuk Jahid Jahim daripada PBS kalah kepada Ketua APS Datuk Welfred Mojilip Bumburing.

Kawasan Matunggong, Kedamaian, Inanam, Likas, Api-Api, Luyang, Kepayan, Moyog, Klias, Bingkor dan Sri Tanjong memenapti ramalan awal, bahawa kawasan-kawasan itu akan jatuh ke tangan pembangkang.

Sebenarnya, Dun Kiulu juga termasuk dalam ramalan awal bakal jatuh ke tangan pembangkang, namun atas faktor penggantian calon, maka kawasan itu masih dimenangi BN.

Di kawasan-kawasan lain yang kalah, tidak banyak yang boleh dilakukan, kecuali Dun Kedamaian; jika berlaku penggantian calon, mungkin kawasan itu berjaya diselamatkan.

Dun Sabah kini, mempunyai 48 ADUN Bn dan 12 ADUN Pembangkang.

2 May 2013

PRU-13 Kawasan Kota Belud

Salah Satu Poster Calon BN Kota Belud- Poster Datuk Musbah di kg Linau
ADALAH dijangka kawasan-kawasan DUN bagi kawasan Kota Belud akan dimenangi dengan mudah oleh calon-calon BN.

Kawasan Kota Belud yang mempunyai 51,467 pengundi yang terbagai kepada 18,698 bagi Dun Usukan, 16,866 bagi Dun Tempasuk dan 15,903 bagi Dun Kedamaian.

Pada PRU-12 lalu, semua kerusi yang dipertandingkan dimenangi calon-calon BN.

Pada PRU-13 ini, walaupun ada desas desus akan belaku perubahan, namun pengelibatan semula Datuk Dr Salleh Tun Said dalam pilihanraya dapat meneturisasikan desas desus itu.

Pesta demokrasi yang terbesar dalam negara yang dilaksanakan melalui pilihanraya, melibatkkan berbagai lapisan masyarkat, baik di peringkat akar umbi mahupun pimpinan. 

Pengelibatan akar umbi membabitkan pengwujudan markas-markas, sementara di peringat pimpinan melibatkan jentera parti dan pimpinan.

Sejak penamaan calon pada 20 April, berpuluh markas di wujudkan yang tersebar di berbagai Pusat Daerah Mengundi. Markas-markas itu digerakan oleh pimpinan peringat akar umbi.

Bagi Suara Rakyat, yang berbekalkan senarai daftar pengundi terkini, mudah mengetahui sikap pengundi apabila mengunjugi markas-markas dengan bertanya sikap para pengundi berasaskan kaedah rambang.

Suara Rakyat mengunapakai angka 10, untuk memudah simulasi matematik. 

Kini, selepas masa berkempen memasuki fasa-fasa akhir, bolehlah dilakukan analisis awal keputusan PRU-13 bagi kawasan Kota Belud.

Suara Rakyat belum memuktamadkan angka-angka, namun secara umumnya semua kerusi akan dimenangi calon-calon BN termasuk kerusi Parlimen.

Kerusi Parlimen Kota Belud yang dikatakan panas, namun, acah para pengundi yang pada pertengahan musim berkempen mempertikai perilaku calon ketika mewakili mereka, namun faktor-faktor itu dapat diputihkan oleh Jenama Parti serta pemimpin yang ada di Kota Belud seperti Salleh, Pandikar, Musbah dan Japlin.

Sebenarnya, para pengundi tidak dendam terhadap calon parlimen Kota Belud, namun apa yang mereka inginkan bahawa pada masa akan datang 'SIKAP TIDAK PEDULI' wakil rakyat itu akan berubah, sesuai dengan tuntutan zaman.

Sikap pengundi pada pertengahan musim kempen, kini teryata hanya CARIK-CARIK BULU AYAM.

Temuan Suara Rakyat sehingga semalam, sikap para pengundi terhadap calon-calon BN sungguh positif. Menang itu tetap menang, namun jumlah majoriti belum ditabulasikan.

29 April 2013

PRU-13: Parlimen Kota Belud milik siapa?

Sebagai perai undi BN bagi kawasan Kota Belud, penulis agak bimbang berkiatan parlimen Kota Belud. Para pengundi bukan melihat soal parti, melainkan calon. Bermacam-macam alsaan diberikan.para pengundi yang ditemui. 

Apa yang pelik, mereka setia pada BN, tapi tidak suka kepada calon. Kalaulah dipaparkan alasan yang diberikan, hingga esokpun artikel ini tidak dapat disiarkan.

Maklumat seperti ini, sudahpun diberikan kepada jentera BN, agar usaha pemutihan dapat dilakukan sebelum pembuangan undi pada 5 Mei.

Parlimen Kota Belud mempunyai tiga Dun- Dun Tempasuk, Dun Usukan dan Dun Kedamian. Pengundi berdaftar 51,467.

Penulis pernah melakukan analisis keputusan awal, selepas tempoh berkempen masuk hari ke-5. Pada analisis itu, calon BN bagi kawasan Parlimen, Datuk Rahman Dahalan, akan mengekalkkn kawasan tersebut sekurang-kurangnya dengan majoriti 7,000. Namun sehingga semalam, selepas kempen berjalan rancak,  nampaknya analisis itu jauh meleset.

Trend pengundian, antara DUN dan Parlimen, berbeza. Enam puluh peratus pengundi menyatakan akan mengundi calon Bn bagi Dun, namun tidak bagi parlimen.

Jika trend ini berkekalan sehingga pembuangan undi, dikhuatirkan kawasan parlimen Kota Belud dalam bahaya.

Belum terlambat bagi jentera Bn terutama calonnya sendiri memperbaiki kencenderungan ini. Masih ada peluang. Pertingkat gerakan agar, trend ini berubah pada 5 Mei.

28 April 2013

Salleh tidak jangka cabaran kuat di Usukan

Bekas Ketua Menteri Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said kembali ke arena politik dengan bertanding di kerusi Usukan, iaitu kubu kuatnya.

Berdepan dengan dua calon yang tidak dikenali dari PKR dan Star, Salleh yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Belud selama tiga penggal, dijanga akan menang mudah walaupun adanya "desas desus" perubahan di Kota Belud".

Selepas seminggu berkempen, nampaknya sambutan terhadap kempen-kempen BN sangat memberangsangkan, bukan sahaja di kawasan Usukan, akan tetapi juga di dua kawasan lain.

Semalam, di Kg Tambulion Kota Belud, semasa siri kempen Anwar Ibrahim di Sabah, kehadiran rakyat mencerimankan, bahawa calon-calon daripada PKR tiada impak terhadap kemenangan calon-calon BN.

Berbeza dengan sambutan rakyat Kota Belud pada ceramah Anwar sebelum pembubaran Dewan Rakyat, semalam ceramah Anwar hanya dihadiri kira-kira 600 orang. Kota Belud mempunyai pengundi berdaftar 51,467 bagi PRU-13 ini.

Usukan yang mempunyai 18,698 pengundi yang majoriti daripada kaum bajau dijangka akan memberi sokongan kepada Speaker dewan negeri Sabah itu.

Pada PRU-12, Dun Usukan dimenangi oleh calon BN Datuk Japlin Akim dengan mengalahkan calon PKR Abdul Shukor Mumin. Shukor pada PRU-13 berkempen hanya untuk Salleh, atas kapasitinya sebagai pemimpin Usbo.

26 April 2013

PRU-13 Kota Belud: Menepati Janji Membawa Harapan, Mencapai Harapan

SEBENARNYA tiada keraguan terhadap Bn. Sebenarnya tiada keraguan berkaitan calon-calon. Semua calon merupakan individu yang menenpati JANJI, MEMBAWA HARAPAN, MENCAPAI HARAPAN.

PRU-13 Kota Belud: Spin doctor di kampung

SELEPAS enam hari berkempen- Didapati Hujah Pembangkang Cukup lucu. Antara hujah calon Pembangkang- SELAMA 49 TAHUN SABAH MERDEKA MELALUI MALAYSIA, TIADA PEMBANGUNAN YANG BERJAYA DI BAWA OLEH KERAJAAN KE DAERAH KOTA BELUD.

Berasaskan hujah itu- fakta nyata bahawa calon-calon Pembangkang itu- TIDAK PERNAH TURUN PADANG. TIDAK PERNAH MENGIKUTI PERKEMBANGKAN KAMPUNG. TIADA TAHU LANGSUNG APA YANG BERLAKU DI KAMPUNG. TIDAK TAHU LANGSUNG APA YANG DICAKAP.

KESIMPULAN: CALON-CALON PEMBANGKANG INI HANYA PULANG KAMPUNG SEMATA-MATA UNTUK MENJADI CALON DAN MAHU MENDAPAT GELAR YANG BERHORMAT.

KALAU SAYA BOLEH MENGWAKILI SELURUH PENGUNDI..PASTI KOSONG UNDI UNTUK MEREKA.

25 April 2013

PRU-13: Analisis Awal Keputusan Kawasan Kota Belud


SELEPAS 5 hari berkempen, nampaknya calon-calon BN Kota Belud diperkirakan akan mempertahan 2 Dun dan satu Parlimen, kecuali Dun Kedamaian yang masih dinggap kelabu bagi calon BN Datuk Hebert Timbon Lagadan. Kemasukan  Ketua Cabang PKR Kota Belud Saidil Semoi  ke dalam Umno pagi tadi tidak memberikan sebarang impak kepada calon Bn itu.

Khabar gembira juga, apabila semua pemimpin Kota Belud turun padang termasuk Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia dan mantan ADUN Usukan Datuk Japlin Akim.

Walaupun Tan Sri Pandikar tidak secara terang terangan berkempen, namun kehadirannya di kawasan Kota Belud memberi semangat kepada jentera BN terutama bagi Pusat Daerah Mengundi Iranun.

Sebagai catitan sejarah, pada PRU-12 lalu, semua peti undi kaum iranun, PDM Rampayan Ulu dan Laut, PDM Tamau, PDM Merabau dan PDM Peladok, semua calon-calon Bn kalah di peti-peti undi tersebut.

Melihat perjalanan kempen selama 5 hari, nampaknya memontum di pihak BN senantiasa tinggi, dengan pengelibatan semua calon-calon bertali arus mengadakan perjumpaan di berbagai markas, dari pagi hingga ke malam.

Apa yang dapat dilihat oleh penulis selama lima hari berada di Kota Belud, gerakan calon-calon pembangkang masih kaku dan perlahan. Mereka mengadakan perjumpaan secara kecil-kecilan yang meliputi orang-orang tertentu sahaja. Perjumpaan pembangkang hanya disertai penyokong bergerak mereka dari satu tempat ke satu tempat.

Di atas kertas, suasana kempen di Kota Belud tidak hangat seperti PRU-PRU lalu, kemungkinannya, adalah disebabkan calon-calon pembangkang yang tiada pengalaman bedepan dengan pilihanraya.

Di antara calon-calon Pembangkang hanya Peter Marajim daripada SAPP di Kedamaian dan Suwah Buleh daripada STAR di Tempasuk yang menampakan cara berkempen sesuai dengan suasana pilihanraya, manakala calon-calon PKR nampak kaku terutama calon PKR di peringkat Parlimen Munirah Majalis.

Nampaknya calon-calon pembangkang berdepan dengan ranjau-ranjau yang tebal untuk bersiang dengan calon-calon BN.

Di kawasan Tempasuk, calon PAS Laiman Ikin, penampilan keduanya dalam pilihanraya, sukar untuk mendapatkan semula undi yang diperolehinya pada PRU-12 yang menggunakan lambang PKR.

Assessment Penulis di kawasan Tempasuk misalnya, bagi pengundi kaum KDM, daripada 10 pengundi 6 memilih BN sementara 4 lagi terbagi untuk calon-calon pembangkang. Manakala daripada kaum bajau, daripada 10 pengundi, 7 memilih BN, manakala 3 lagi samada pembangkang atau bebas.

Manakala bagi suku iranun, di Usukan, daripada 10 pengundi, 7 memilih BN, manakala 3 lagi tidak menentu. Sementara di Tempasuk, daripada 10 pengundi iranun, 5 memilih BN, manakala 5 lagi akan memangkah calon Pas, bebas atau parti pembangkang lain.

Keadaan ini mungkin berubah menjelang 2 hari sebelum pembuangan undi. Namun diperkirakan perubahan itu tidak jauh daripada assessment awal penulis.

Jika berasaskan perkiraan rambang, di Usukan misalnya, daripada 18,698 pengundi, jika 80 peratus turun mengundi atau 14,958 orang, maka calon Bn akan mendapat undi 10,470 dan perkiraan majoriti bagi calon BN Datuk Dr Salleh Tun Said diperkirakan melebihi angka 4 ribu, ini kerana undi terdekat akan diperoleh calon PKR antara 2,800-3,400.

Manakala di Tempasuk daripada 16,866, jika 80 peratus yang turun mengundi atau 13,490, maka calon Bn akan mendapat undi 8770 dan diperkirakan majoriti juga akan meningkat berbanding PRU-12 lalu. Pada PRU-12, calon BN bagi kawasan Tempasuk Datuk Musbah Jamli menang dengan majoriti 2.432 undi.

Sementara di P169 Parlimen Kota Belud, daripada 51.467 pengundi, diperkirakan peratusan yang turun mengundi adalah 79 peratus atau 40,800 orang. Daripada jumlah ini calon Bn akan mendapat 23,600 undi dan calon terdekat yang mendapat undi terbanyak adalah PKR dengan jumlah 15,800 dan selebihnya diperoleh oleh calon-calon lain. Berasaskan perkiraan awal ini, calon BN Parlimen Kota Belud akan menang dengan majoriti antara 7,000-8,000 undi dan ini merupakan satu penigkatan.

Perlu diketahui bahawa trend pengundian antara DUN dan Parlimen tidak selari disebabkan berbagai faktor.

Sementara di Kedamaian, penulis belum sempat ke kawasan itu, namun berasaskan assessment Setiausaha Bahagian PBS Daimin Sulukan daripada 15,903 pengundi keseluruhan, diperkirakan 78 peratus akan turun mengundi atau 12,404 orang dan daripada jumlah ini 5,190 akan memilih BN. Jika calon Star dan SAPP boleh memperoleh undi di atas 1,800, ada kemungkinan calon BN akan menang, jika tidak, maka Dun Kedamaian bakal mendapat Wakil Rakyat yang baru daripada PKR saudara Ukuh.

24 April 2013

Lawatan PM Terpaksa Dibatal Kerana Cuaca Buruk

Datuk Salleh Ketika Mengumumkan Pembatalan Kedatangan PM
Manusia merancang Tuhan menentukan,’ Barangkali itulah ungkapan tepat untuk mengubati kekecewaan lebih kurang sepuluh ribu penyokong Barisan Nasional, apabila Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Panglima Mohd Najib Tun Razak terpaksa membatalkan  lawatannya ke Kota Belud petang tadi kerana faktor cuaca.

Penyokong BN yang datangnya dari jauh dan dekat itu seawal jam sebelas pagi lagi itu,merasa hampa sekali kerana mereka datang semata-mata mahu mendengar amanat penting daripada pemimpin No 1 negara. 

Kehangatan Pilihan Raya Umum ke 13 yang sedang berjalan ini, amanat dari ketua pemimpin negara dan ketua parti Barisan Nasional amat dialu-alukan oleh semua lapisan rakyat tidak mengira apa fahaman siasah. 

Markas utama Barisan Nasional(BN), N6 Tempasuk yang ditempatkan di Dewan Terbuka Datuk Musbah, telah dibanjiri orang ramai dari pelbagai kaum. 

Untuk meredakan rasa terkilan dan rasa kekecewaan para penyokong BN, Datuk Najib Abdul Razak telah memohon kemaafan dan memberi kata-kata semangat kepada calon-calon BN supaya berkerja keras untuk mempastikan kemenangan BN dalam PRU 13 menerusi perbualan langsung dari telefon bimbitnya jam 4 petang.

Pembatalan lawatan Perdana Menteri ke daerah Kota Belud, mendapat pelbagai reaksi dari masyarakat setempat. Bagi penyokong BN, mereka mudah menerima kemaafan dari Datuk Najib seiklasnya, tapi  daripada penyokong pembangkang mereka mempergunakan pembatalan dengan mendakwa  Datuk Najib takut datang ke Kota Belud. Penyokong pembangkang berandaian kononnya, itu petanda parti pembangkang semakin mendapat sokongan dari rakyat.

22 April 2013

PRU-13 Kota Belud: Lamsil Pemusnah Atau Mempermudah?

Kencenderungan pengundi melihat calon serba sedikit mempengaruhi keputusan bagi kawasan Kota Belud. Lawan Datuk Rahman bagi kawasan P.169 Kota Belud adalah mereka yang tidak mempunyai nama, ertinya pengundi sedikit mengetahui latar belakang mereka, kecuali calon Bebas mantan ahli Umno Lamsil Hamidsor( Foto).

Abdul Rahman menghadapi persaingan lima penjuru dengan Isnaraissah Munirah Majilis (PR), Jalumin Bayugoh (STAR) dan Kanul Gindol (Bebas) selain Lamsil.

Lawan Rahman tiada yang perlu diperkatakan, ertinya zero defect. Manakala Rahman banyak sekali disebut, kerana merupakan penyandang bagi Parlimen Kota Belud.

Jika semuanya berfikiran terbuka, maka sepatutnya calon BN itu mempunyai kelebihan daripada semua segi, baik pengalaman, jumlah peruntukan yang berjaya di bawah ke Kota Belud, mahupun daripada segi jalinan dengan rakyat.

Dari jenama atau trade mark, Rahman mengatasi semua calon.

Namun, yang mencercatkan jenama Rahman adalah daripada segi persepsi. Persepsi yang terbina sejak lima tahun lalu, yang dipermudah oleh beliau sendiri.

Sebenarnya jenama Rahman itu cukup baik, namun kealfaan di peringkat awal yang tercipta kerana mainan politik yang tidak sempat dirungkai dan diatasi menyebabkan nama Rahman seolah-olah merupakan liabiliti.

Isu-isu yang dispin yang pada awalnya kecil, namun dibiarkan merebak sehingga menggunung, sehingga menjadi halangan kepada jenama Rahman untuk melangkah. Bebanan yang berat itu, mempengaruhi "speed"nya untuk mencapai penamat, meskipun tiada manusia lagi berada di depannya.

Bernasib baiklah Rahman, kerana Kota Belud merupakan kubu kuat BN. Apapun onek-onek pengundi, namun akhirnya akan memangkah juga, kerana lambang bersama Rahman adalah lambang BN.

Bagi mereka yang terlajak, kini ada pilihan, yakni memangkah Lamsil, tidak sama seperti PRU-12, di mana tiada calon yang boleh dipangkah melainkan calon PKR. Atas sebab itu, pada PRU-12, undi yang diperolehi calon PKR begitu tinggi. Keadaan juga berlaku di Tempasuk, tetapi tidak di Usukan.

Suara Rakyat menafsir, pencalonan Lamsil merupakan hikmah kepada calon BN, kerana melalui cara ini, kemungkinan majoriti BN bagi Parlimen Kota Belud akan meningkat.

Berasaskan pirasat Suara Rakyat, keputusan PRU-13 bagi kawasan Parlimen Kota Belud akan mengulangi keputusan PRU-2004, di mana Datuk Dr Salleh Tun Said merupakan calon.

Pada kali ini, Salleh merupakan Ketua Jentera BN kawasan Kota Belud. Suara Rakyat yakin, berasaskan prestasi Salleh yang lalu, semua kawasan di Kota Belud akan mengalami pertambahan majoriti; walaupun pada keadaan awal kempin ini, sikap sebenar para pengundi belum membayangkan diri.

Sikap Pengundi Sabah: Pengundi Luar Bandar Lebih Cenderung Kepada Personaliti Yang Bertanding

ADA kebenaran bahawa percaturan memilih calon mempunyai pengaruh kuat terhadap kemenangan. Sejak penamaan calon Suara Rakyat turun padang, dan fakta yang ditemui, rata-rata pengundi lebih suka bercakap soal-soal personaliti calon berbanding parti yang diwakili.

Pada PRU-PRU lalu, kebanyakan pengundi kurang memberi perhatian kepada personaliti, namun pada PRU-13 ini, personaliti lebih dominan berbanding parti yang diwakili.

Bagi kawasan Kota Belud misalnya; para pengundi bukan bercakap soal parti tetapi bercakap soal calon. Selepas bercakap soal calon kemudian merebak kepada kaum. Situasi ini berlainan dengan PRU-PRU lalu. 

Kalau pengundi bercakap soal parti, maka mudah untuk mematahkannya, namun apabila bercakap soal personaliti calon kemudian diikuti dengan kaum, maka sukar untuk membuat hujah.

Namun, bagi peraih undi BN, terpaksa perpaksi kepada parti. Dengan mengunakan parti sebagai media untuk menggamit sokongan agak mudah untuk berhujah. Atas sebab itu, kempen pada kali ini, tidak akan memberi kesan yang besar kalau melalui kempen secara perjumpaan melalui majlis. Pendekatan yang jitu adalah secara berkelompok, kerana sasaran yang berbagai.

Setidak-tidaknya ini lah intipati temuan Suara Rakyat semenjak penamaan calon.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels