21 September 2013

Pemilihan Umno Kota Belud: Tindakan Awad adalah Tindakan KAMIKAZI POLITIK

DATUK DR Salleh Tun Said yang mempertahankan jawatan Ketua Bahagian, mungkin berdepan dengan dua calon pencabar. 

Timbalan Ketua Bahagian Saudara Awadnir Matanggal, akan mencabar beliau pada pemilihan kali ini, selain pendatang baru- Saudara Rosmin Kassan.

Salleh yang berjaya merebut Jawatan Ketua Bahagian pada tahun 2008, selepas mengalahkan penyandang jawatan itu- Datuk Musbah Jamli.

Pada pemilihan kali ini, Musbah hanya bertanding jawatan Timbalan Ketua Bahagian.

Di peringkat Umno Kota Belud, ramai yang memperkatakan, tindakan Awad menentang Salleh untuk jawatan Ketua Bahagian, ekoran Musbah bertanding jawatan Timbalan.

Musbah dan Awad pernah bertembung merebut jawatan Timbalan Ketua Bahagian, di mana dalam pertembungan itu, Awad adalah pemenang.

Apa kah tindakan Awad melawan Salleh pada pemilihan kali ini merupakan tindakan KAMIKAZI? Ertinya, sama ada beliau menang atau kalah membawa erti pengakhiran politik bagi kedua belah pihak.

Apa kah pertembungan antara Salleh dan Awad membawa kemenangan kepada Rosmin, ataukah Rosmin boleh mengakibatkan antara satunya kecundang?

Di atas kertas, Salleh mempunyai kelebihan segala-galanya, selalin ADUN Usukan, beliau juga merupakan Sepeaker Dewan Undangan Negeri; Merangkap Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri.

Namun, apa yang OKB nampak, tindakan AWAD dan ROSMIN menentang Salleh ada agenda sendiri, bukan untuk kepentingan Umno secara keseluruhannya, akan tetapi TINDAKAN memalukan Speaker Dewan Undangan Negeri itu.

Jika berlaku, pertembungan antara Salleh dan Musbah, hanya boleh dilihat sebagai kepentingan parti, namun kerana 'pengaturan" maka pertembungan itu tidak berlaku.

Pada pemilihan Parti tahun 2008, Awad menyebelahi Musbah dalam pertandingan antara Salleh dan Musbah; namun pada kali ini kelihatan melalui pengaturan, Salleh dan Musbah merupakan dalam kem yang sama.

Apa kah tindakan Awad melanggar Salleh, satu keputusan yang kecewa? ataupun seperti mana di katakan di di atas atas unsur KAMIKAZI?

Walau bagaimanapun, keputusan adalah di tangan perwakilan Umno Kota Belud, apa kah akan berlaku KAMIKAZI? atau sebaliknya.


19 September 2013

Pemilihan Umno: Malang Sungguh Nasib Minoriti

Nasib kaum minoriti terutama dalam parti yang besar seperti Umno, adalah senantiasa akur dengan keputusan majoriti. Tidak seperti di Semenanjung, meskipun ahlinya daripada berbagai kaum, namun semuanya dikategorikan sebagai Melayu.

Ada juga daripada etnik yang minoriti, mampu berbicara dalam Umno, malahan menjadi pemimpin kawakan. Faktornya, adalah latar belakang pemimpin itu yang telah berjaya dalam dunia perniagaan atau bisnes lain sehingga mempunyai kekuatan kewangan sebelum mencebur diri dalam arena politik.

Nampak sangat pada hari ini, sesiapa sahaja pemimpin Umno daripada golongan minoriti yang berjaya menjadi pemimpin , atas sebab kekuatannya dalam segi kewangan. Hakekat yang perlu diterima, bahawa sebahagaian besar pemimpin yang ada, adalah sebab sokongan kaumnya yang majoriti.

Ambil contoh di Kota Belud, disebabkan tiadanya kaum minoriti yang berjaya sebelum menyertai politik, maka sepanjang masa, mereka itu, hanya merupakan pemimpin pelengkap, bukan pemimpin utama. Ertinya, keberadaan mereka itu, boleh langsung tiada, boleh juga ada. Penyertaan mereka dalam kumpulan pemimpin, hanya kerana ikhsan dan gimik politik.

Pemilihan Umno Bahagian pada 19 Oktober ini, walaupun sebulan lagi baru berlangsung, namun keputusannya sudah pun ada. Para pemenang yang bakal diumumkan adalah daripada kalangan penduduk majoriti. Keadaan ini, akan berterusan, sehinggalah ada individu daripada kaum minoriti timbul kelak, dengan segala kemampuan, mengatasi serba serbi kemampuan pemimpin yang ditonjolkan oleh kaum majoriti.

Persoalannya bila kah kemunculan pemimpin yang berasal daripada kaum minoriti itu? Kata orang seperti harapan setengah fanatik agama.. menunggu ketibaan imam mahadi.

16 September 2013

Betapa Manisnya Kemerdekaan

50 Tahun sudah KITA Merdeka.50 tahun juga kita merasakan pahit manisnya kemerdekaan. Bagi yang lahir sebelum hari merdeka, sudah tentunya bagaikan semalam, wajah-wajah hari gelap itu masih terbayang-bayang.

Penulis mula bersekolah pada tahun 1966, lambat setahun daripada sepatutnya. Bukan kerana tidak mahu ke sekolah, akan tetapi kemudahan itu, memang belum ada.

Jalan tanah berwarna merah, kalau musim kering sudah tentunya berdebu, musim hujan sudah tentunya berlumpur; merupakan jalan yang dilalui, berdekad lamanya. Hanya tahun 1990, jalan itu diaspal dan tetap beraspal hingga kini.

Jika dahulu, sehari suntuk, belum tentu dapat melihat kenderaan, namun di kala ini, selang 5 minit, malah lebih singkat daripada itu, kenderaan mendrom silih berganti.

Jika dahulu, tiba sahaja magrib, seluruh kampung bergelap, hanya kelihatan dari kejauhan, nyala lampu pum atau pelita minyak tanah dari rumah-rumah penduduk. Di sepanjang jalan, hanya kelip-kelip sebagai teman.

Kini, nostalgia itu, tiada lagi, kawasan kampung terang benderang, bagaikan siang. Itulah limpahan kemajuan yang dikecapi, akibat kemerdekaan.

Kalau dahulu, biasa di lihat penduduk berjalan kaki dari satu kampung ke kampung lain, kini fenomina itu, jarang ada lagi, kalaupun keliahatan mereka yang berjalan, bukan kerana kemahuannya, akan tetapi berjalan demi kesihatan. Malah ada kawan di facebook berkata, jarak 100 meterpun perjalanan yang ditempoh, perlu kenderaan. Sungguh manjanya badan kata teman itu. Itulah erti kemerdekaan, rakyat ikut maju dan badan ikut manja.

Jika dahulu, menunggu esok hari mengetahui berita-berita daripada kawasan-kawasan lain, kerana surat khabar akan terbit keesokannya, namun kini, boleh dikatakan, apa sahaja bentuk berita, baik di kawasan sejagad, seolah-olah on time. Maklumat hanya di hujung jari. Jika dahulu menunggu jam-jam tertentu siaran berita baik melalui radio mahupun TV, kini, masa-masa itu tidak ditunggu-tunggu lagi. Betapa manis kemajuan, betapa manisnya kemerdekaan.

Jika dahulu, terlalu sukarnya pendapat dikongsi dengan orang lain, malah jarang sekali berlaku perkongsian pendapat antara warga, namun kini, ontime, perkongsian pendapat dapat berlaku, kerana hanya mengisi wall Facebook atau uodate twitter atau menulis dalam blog, secara online-perkongsian pendapat boleh berlaku. Jika dahulu, jika mahu ada perbincangan, diperlukan meja bulat dan perlu bertemu empat mata, namun kini, keadah itu seolah-olah tidak perlu lagi; alam maya menjadi meja bulat persidangan. Manisnya kemajuan, manisnya kemerdekaan.

Kini mereka yang menyesali kemerdekaan, adalah mereka-mereka yang memanfaatkan kemerdekaan itu, dengan mempergunakan semua kemudahan yang tersedia, mengungkit proses kemerdekaan itu. Mereka memandamkan hasil kemajuan kerena kemerdekaan, dan mengajak orang lain menyempitkan minda, agar supaya tidak membuka mata, melihat hasil kemajuan kerana kemerdekaan.

Jika dahulu, merentas antara benua, antara negara, hanya boleh dilakukan sekali seumur hidup untuk mereka yang berkesempatan atau berpeluang, malah ada di antara mereka, sampai kembali ke liang lahadpun, belum merasakan suasana negara lain, namun kini, bila-bila masa sahaja, jika ada hasrat, semua itu boleh dilakukan merentasi waktu. Betapa manisnya kemajuan. Betapa manisnya kemerdekaan.

Jika dahulu, menunggu berminggu-minggu malah bulan, mendengar khabar daripada keluarga yang merantau, kini, khabar boleh diketahui, bila-bila masa, tanpa mengira waktu. Malah dapat bercakap, berkomunkiasi seolah-olah berdepan, waima, berjauhan beribu batu. 

Bagi mereka yang mempersoal kemajuan Kita selama 50 tahun, sebenarnya disudut hati mereka, mereka bangga, namun kerana ego, menafikan segalanya. Inilah warga mederka yang munafik dan hipokrit.

Syukur, kerana jumlah mereka itu, hanya debu-debu dijalanan, dan tidak signifikan untuk diberi perhatian.

Selamat MENYAMBUT USIA NEGARA YANG KE 50.

14 September 2013

Pemilihan Umno Bahagian Kota Belud

NAMPAKNYA cakap-cakap di ruang Facebook menjadi juga. Kalau berasaskan bakal calon yang mengambil BORANG pencalonan bagi maksud Pertandingan Bahagian Umno Kota Belud, didapati HANYA dua bakal calon mengambil borang untuk JAWATAN Ketua Bahagian, Satu Bakal Calon untuk Timbalan Ketua Bahagian.

Bakal calon untuk Ketua Bahagian, sudah tentunya Datuk Dr Salleh Tun Said, kerana beliau mempertahankan jawatan, dan seorang lagi, Ketua Cawangan Umno Pantai Emas- Saudara Rosmin Kassan.

Bagi Jawatan Timbalan Ketua Bahagian, hanya seorang sahaja yang mendapatkan Borang Pencalonan- ADUN Tempasuk- Datuk Musbah Haji Jamli.

Perbincangan awal yang dijalankan bagi Umno Kota Belud, untuk mengembalikan kedudukan sebelum tahun 2004, rupanya BERJAYA juga.

Jika tiada aral melintang,  Barisan Pemimpin Umno Kota Belud bagi sesi 2013-2017 adalah seperti berikut: Ketua: Datuk Dr Salleh Tun Said; Timbalan Ketua: Datuk Musbah Haji jamli; Naib Ketua: Saudara Awad Madtingal. Datuk Japlin Akim, yang diuar-uarkan sebelum ini akan bertanding Naib, akan dilantik sebagai Ketua Penerangan.

Walaupun Mesyuarat pemilihan hanya akan berlangsung pada 19 oktober 2013, pada asasnya penumpuhan pemilihan itu, hanya berkisar kepada pemilihan Ahli Jawatan kuasa Bahagian, dan Perwakilan untuk Perhimpunan Agung pada Disember.

Walaupun DALAM demokrasi, SEMUA kemungkinan BOLEH berlaku, namun OKB mendahului UCAPAN TAHNIAH kepada KETUA BAHAGIAN (menunggu); TIMBALAN (menunggu) dan NAIB (menunggu).

12 September 2013

Bahang Pemilihan Bahagian Umno Kota Belud

MEMANG parti mahu melaksanakan TRANSFORMASI. Dalam takrifan banyak ahli, TRANSFORMASI yang dimaksudkan adalah mengantikan pemimpin lama dengan yang baru, ertinya menggantikan pemimpin yang berumur dengan yang lebih muda. Mengganti pemimpin yang kurang pendidikan dengan yang berpendidikan. Menggantikan pemimpin yang kurang berdaya maju dengan pemimpin yang mempunyai wawasan. Menggantikan pemimpin yang hanya membawa HARAPAN, kepada pemimpin yang MAMPU mengwujudkan KENYATAAN. Setidak-tidaknya inilah PENGERTIAN ahli akar UMBI berkaitan dengan TRANSFORMASI yang ingin diwujudkan dalam parti, agar supaya parti terus kekal dan RELEVAN.

NAMUN, adalah juga MENGERTIKAN TRANSFORMASI dalam parti, melalui PERUBAHAN sistem pemilihan melalui pemansuhan KUOTA, bahawa setiap AHLI parti, dengan SESUKA HATI, boleh bertanding sebarang JAWATAN dalam pemilihan PARTI asalkan SESEORANG itu LAYAK berbuat demikian.

Individu yang bertanding itu, TIDAK mengambilkira PENGERTIAN transformasi itu sendiri, malah LEBIH cenderung kepada TUJUAN pribadi.

TELAH menjadi rahsia UMUM bahawa JAWATAN dalam parti boleh MENJADI sebagai BATU LONCATAN untuk mencapai HASRAT pribadi. Atas sebab itu, ADA niat untuk menduduk JAWATAN dalam parti melalui berbagai cara, malah yang cukup DIKESALKAN ada INDIVIDU yang MAHU membeli kedudukan itu.

Di BAHAGIAN UMNO Kota belud, sejak akhir-akhir ini WUJUD para individu yang MAHU menawarkan BERTANDING jawatan dalam pemilihan PARTI 19 Oktober ini, sebenarnya TIADA perjuangan SEBELUM INI, namun KERANA mereka merasakan MEMPUNYAI kekuatan daripada SEGI kewangan, maka MEREKA terfikir untuk MEMBELI kuasa DENGAN masuk bertanding bagi MEREBUT salah satu JAWATAN dalam Bahagian.

Kedudukan SESEORANG  dalam mana-mana segmen Parti, baik daripada PERINGKAT cawangan, mahupun BAHAGIAN sebenarnya mempunyai NILAI tertentu, atas SEBAB partilah yang membetuk KERAJAAN. Di negara ini, parti adalah yang MEMBETUK kerajaan, atas sebab itu, kedudukan dalam parti SUNGGUH besar nilainya.

DENGAN pemahanan DEMIKIAN, maka individu yang BERTANDING sanggup mengeluarkan ratusan ribu ringgit untuk mendapatkan jawatan, malah dalam KES UMNO., pernah berlaku SESEORANG yang merebut JAWATAN ketua bahagian pernah membelanjakan RM6 juta, sehingga SESEORANG itu mendapat jolokan SIX MILLION DOLLAR MAN.

Malah, dalam pemilihan Peringkat CAWANGAN juga di Bahagian Kota Belud, SESEORANG calon yang bertanding itu, dikhabarkan menghabiskan wang lebih RM100 ribu, namun tetap tewas dalam perebutan Ketua Cawangan.

Dikhabarkan, pada PEMILIHAN  Umno bahagian pada kali ini, ADA seseorang ahli INGIN bertanding JAWATAN, KERANA menghandalkan KEKUATAN KEWANGANNYA, hasil daripada PROJEK-PROJEK yang diperolehinya baik melalui KERAJAAN NEGERI mahupun KERAJAAN Persekutuan, terutama daripada KEMENTERIAN KKLW.

Pada SUATU masa yang lalu, individu itu PERNAH menyatakan, BAHAWA pemenang JAWATAN bahagian, akan tergantung KEPADA kekuatan KEWANGAN seseorang calon. Untuk itu, BELIAU sangat yakin, akan MENANG JAWATAN yang ditandinginya.

Selain itu, ada juga INDIVIDU yang mahu masuk GELANGGANG pertandingan ATAS sebab ALASAN pribadi, kerana TIDAK mendapat KEINGINAN kerana menyokong SESEORANG PEMIMPIN. Inilah KES yang berlaku, ke atas  SAUDARA ROSMIN KASAN yang mahu BERTANDING JAWATAN KETUA BAHAGIAN.

ROSMIN, menurut SEORANG kawan, TELAH bersumpah dengan nama ALLAH, akan terus BERTANDING Ketua Bahagian, selagi PENYANDANG jawatan itu, DATUK DR SALLEH TUN SAID mempertahankan JAWATANNYA.

MASUKnya ROSMIN bertanding JAWATAN KETUA BAHAGIAN, bukan memenuhi SEMANGAT TRANSFORMASI dalam parti, melainkan AGENDA pribadi.

TIDAK salah, sesiapa sahaja AHLI boleh masuk BERTANDING asalkan memenuhi SYARAT, namun KENALAH difikirkan, BAHAWA TINDAKAN itu apakah MENCERIMINKAN kehendak TRANSFORMASI dalam parti?

TINDAKAN ROSMIN, bertanding JAWATAN Ketua Bahagian, KONONNYA, ramai PEMIMPIN besar pernah KALAH OLEH seseorang yang TIDAK  bernama, SEPERTIMANA berlaku ke atas, Datuk Harris Salleh semasa PILIHANRAYA SABAH TAHUN 1985. Demikian juga, KEKALAHAN DATUK ALI RUSTAM DI PARLIMEN BUKIT KATIL PADA PRU-13 LALU.

Memang BERLAKU, kejutan pada SEBARANG pertandingan berasakan DEMOKRASI, tetapi KEJUTAN-KEJUTAN itu, jarang-jarang BERLAKU.

CALON-CALON yang BAKAL bertanding akan DIKETAHUI pada 21 September ini. APAKAH Rosmin akan MASUK bertanding? akan diketahui PADA HARI ITU.

Namun, bagi OKB, BUKAN faktor ROSMIN yang BAKAL menyemarakan PERTANDINGAN ITU, akan TETAPI akan BERLAKU KEJUTAN  di mana SEORANG PEMIMPIN akan masuk GELANGANG pertandingan MEREBUT jawatan KETUA BAHAGIAN. Jika itu yang berlaku, maka SUHU pertandingan itu akan menjadi PANAS.

OKB, berpendapat, SEBAGAI penyandang KETUA BAHAGIAN Datuk Dr Salleh mempunyai STRATEGINYA yang tertentu untuk mengekalkan JAWATAN, namun, yang JELAS jika PERTANDINGAN BERLAKU BERBAGAI PENJURU BAGI jawatan KETUA BAHAGIAN, perhatian akan TERTUMPU kepada Datuk salleh dan Pemimpin itu. SAMA-SAMA KITA TUNGGU apa yang bakal terjadi pada 19 Oktober.


8 September 2013

Kuasa Ketiga Dalam Umno Kota Belud

Apabila memerhatikan keputusan-keputusan pemilihan cawangan-cawangan peringkat Bahagian Kota Belud, nampaknya wujud kuasa ketiga dalam bahagian itu, di mana ketua-ketua cawangan yang baru dipilih tidak berafiliasi dengan pemimpin-pemimpin tertentu.

Perkembangan ini, seharusnya tidak disalah tafsir oleh pihak-pihak tertentu, kerana kewujudan kuasa ketiga dalam bahagian itu, menunjukkan satu kematangan politik secara amnya di kawasan itu.

Sementara semakin ramai ahli akar umbi berbicara berkaitan dengan “warlord” di sesebuah bahagian, cawangan-cawangan Kota Belud berani tampil, dengan menjauhkan diri daripada kuasa “warlord” dengan memilih sebagai kuasa ketiga.

Tidak perlulah disebutkan, cawangan-cawangan mana memilih sebagai kuasa ketiga, kerana bagi mereka yang mengikuti perkembangan Umno bahagian itu, dengan mudah dapat meneka, cawangan-cawangan mana yang memisahkan diri daripada “warlord” di bahagian itu.

Apa kah kewujudan kuasa ketiga itu, mampu mencorak bahagian itu pada pemilihan 19 Oktober ini? kerana sebagai rekod sejak bertapaknya Umno di Kota belud pada tahun 1991, mereka yang menganggotai bahagian, adalah terdiri daripada mereka yang bertuankan pemimpin-pemimpin tertentu; atas sebab itu, siapapun yang diluar lingkaran itu, sukar untuk menang sebarang jawatan dalam pemilihan.

Apa kah pemilihan pada kali ini, bahagian itu mampu melahirkan pemimpin di peringkat AJK yang berwibwa, bertenaga dan mempunyai aspirasi? sama-sama kita tunggu.

Pemilihan Umno Kota belud

TIDAK boleh dinafikan, untuk Umno Kota Belud, hanya ada dua nama yang menjadi perhatian perwakilan- Datuk Dr Salleh Tun Said dan Datuk Musbah Haji Jamli.

Sebabnya adalah kedua-dua pemimpin itu pernah menyandang jawatan ketua bahagian, malah Salleh kini adalah penyandang jawatan itu.

Pada awal bertapaknya Umno di Kota Belud, Salleh adalah Ketua Bahagian, walaupun diperingkat penyajaan, Tun Mustapaha adalah Ketua Bahagian penyaja.

Semasa Salleh menjadi Ketua Bahagian, Musbahlah Timbalannya, walaupun satu ketika ADUN Tempasuk itu pernah tewas merebuat jawatan itu; namun selepas itu, Musbah kekal pada jawatan itu sehingga tahun 2004. 

Apabila Salleh tidak mempertahankan jawatan Ketua Bahagian pada tahun 2004, Musbah bertanding jawatan itu berdepan dengan Datuk Yahya Lampong. Keputusan pertandingan itu Musbah menang dengan majoriti besar.

Pada pemilihan tahun 2008, Salleh kembali bertanding jawatan Ketua Bahagian, dalam pertandingan itu, beliau menang walaupun dengan majoriti tipis.

Pada pemilihan yang bakal berlangsung 19 Oktober ini, dikatakan, bahawa kedudukan lama dalam bahagiam itu akan kembali, di mana Salleh akan bertanding Ketua Bahagian, manakala Musbah bertanding Timbalan. Sementara untuk kedudukan Naib, akan ditandingi mantan ADUN Usukan, Datuk Japlin Akim.

Di atas kertas, ketiga-tiga calon itu, akan mudah menang, walaupun dikhbarkan untuk kedudukan Naib Ketua bahagian, akan berlaku pertandingan berbagai penjuru.

Pemilihan Umno bahagian, dirasakan sepi dan kalem-kalem saja, kerana pertembungan bagi kerusi Ketua antara Salleh dan Musbah yang disebutkan tidak akan berlaku, tujuannya adalah untuk pemantapan parti secara keseluruhannya.

Bagi OKB, apa yang perlu bagi bahagian Kota Belud, adalah terpilihnya ramai calon-calon di peringkat Ahli Jawatan kuasa bahagian, yang mewakili akar umbi dan sudah tentunya calon-calon yang bakal menang itu mampu membantu, Ketua dan timbalannya dalam memertabatkan parti.

Kepada perwakilan, inilah masanya keluar daripada kepompong di mana yang menang, yang itu-itu juga, supaya jangan berulang.

Pilihlah pemimpin yang mempunyai wawasan dan mampu mengetengahkan berbagai idea untuk kemajuan parti.

3 September 2013

Dekat Sahaja Pilihanraya- Rakyat Dapat Habuan Macam-macam

Kerana sifat mudah lupa rakyat, maka peluang itu dimanafaatkan, bagi memberi habuan kepada rakyat menjelang pilihanraya.

Sudah menjadi kebiasaan sesebuah kerajaan menjelang pilihanraya; berbagai “peaks’ ditawarkan kepada rakyat. Atas sebab itu, usai sahaja pilihanraya, maka “peaks” tidak mudah sudah untuk dinikamti.

Menjelang pilihanraya, para pemimpin disebarang peluang dan kesempatan akan mengumumkan peruntukan untuk itu dan ini. Namun, selepas sahaja pilihanraya, khabar seperti itu terlalu sukar untuk didengar.

Bukan itu sahaja, cadangan pembangunan untuk rakyat yang merupakan keperluan mendesak bagi sesuatu kawasan, terlalu mudah untuk ditolak, dengan alasan peruntukan untuk projek seumpama itu belum dalam senarai cadangan atau dengan kata lain, peruntukan projek seumpama itu belum tersedia.

Namun, apa yang menarik, adalah senarai yang berada di Kementerian-kementerian terlalu mudah jatuh ditangan pelobi projek. Para pelobi ini, tiada kerja lain atau tugas, selain untuk mendapatkan senarai Tajuk SULIT dan kemudian dengan Tajuk yang tersenarai itu digunakan oleh mereka yang mempunyai lesen memohonnya, dan ironinya, pelobi projek juga yang mengemukakan permohonan itu.

Untuk itu, jangan pelik apabila ada orang tertentu, jika dilihat daripada sumbangannya terhadap pembangunan atau politik atau pentadbiran negeri memang kecil daripada jarum, namun kerana mempunyai kepakaran sebagai pelobi projek, maka bisa kayaraya, mempunyai berbagai asset yang luarbiasa bagaikan seorang usahawan yang berjaya.

Seni apa yang digunakan oleh pelobi projek sehingga boleh menjadi kaya? Pertama mempunyai backing kewangan daripada tauke-tauke, Kedua berani memberi pelicin urusan, ketiga Tunai janji selepas projek diluluskan. 

Bagi pelobi projek, yang penting masukan, kerana mereka tidak menggunakan modal apa-apa, cuma hubungan dengan pihak tertentu yang mempunyai kuasa memberikan Projek dan kesanggupan backing daripada segi kewangan.

Seorang pelobi projek yang penulis kenal, secara gamblang berbicara, bahawa beliau berjaya mendapat puluhan juta nilai projek daripada Kementerian tertentu, bukan kerana beliau mempunyai kepakaran, namun keberanian “berjudi” kerana belumpun projek yang dipohon menjadi kenyataan, tetapi berani melabur 10 peratus daripada jumlah yang dipohon sebagai wang muka.

Para pelobi projek hanya mempergunakan lesen syarikat yang kompeten dan sudah tentunya syarikat yang berani melabur.

Bayangkan nilai projek RM10 juta misalnya, komisyen para pelobi antara 3-5 persen; para pelobi ini bukan hanya tergantung kepada 1-2 projek, malah ada sebahagiannya puluhan dalam setahun.

Satu perkara yang menarik untuk dikopas berkaitan pelobi projek, sebenarnya tugasan ini, tidak mudah dilakukan, kerana sipelobi itu, perlu ada dua pihak yang terlibat yang berkaitan dengan kepercayaan. Pertama kepercayaan daripada backing kewangan, kedua kepercayaan daripada mereka yang mempunyai akeses dalam pemberian projek. Si pelobi, perlu mempunyai peranan win-win bagi kedua belah pihak; dan sudah semestinya, bahagiannya antara 3-5 peratus senantiasa terperlihara.

Sebenarnya seseorang pelobi mempunyai “trademark” masing-masing dikalangan yang terlibat. Untuk itu, memotong jalan pelobi yang mempunyai “trademark” tidak mudah untuk dilakukan.

Tugas pelobi projek adalah memerlihara kepentingan berbagai pihak, terutama daripada segi habuan kewangan; untuk itu menjadi pelobi projek seperti kenalan penulis itu tidak mudah diikuti, kerana bagi pelobi projek, yang mempunyai “trademark’ seperti itu mampu melakukan apa sahaja asalkan semua urusan sesuai dengan tadbir urus yang sedang berkuatkuasa.

Satu kesenian yang ada pada pelobi projek yang mempunyai “trademark” adalah kemampuan memintas permohonan orang lain. Disebabkan, telah wujud jalinan yang sudah “menahun” maka, biasanya permohonan pelobi seperti itu senantiasa mendahului masa. Jadi, tidak mungkin wujud bantahan, daripada pemohon “asal” kerana daripada segi tarikh dan sepertinya, permohonan pelobi yang mempunyai “trademark” itu, seperti yang dinyatakan… senantiasa mendahului pemohon lain.

Mempersoalkan keupayaan lesen yang digunapakai oleh pelobi projek yang “bertrademark” memang tidak mudah dipertikaikan, kerana disemua segi mempunyai kemampuan, pengalaman dan semua titik bengik yang diperlukan sebagai pelaksana sesuatu projek.

Tugasan para pelobi projek memungkinkan seseorang itu mampu mendapat puluhan projek dengan menggunapakai berbagai lesen syarikat yang berlainan, namun syarikat-syarikat itu telah ‘dipoll” pada sebuah syarikat yang kuat daripada segi kewangan.

Sebenarnya semua ini, telah menjadi rahsia umum, atas sebab itu suatu ketika penulis pernah mempunyai lesen bertaraf bumiputera dalam klasifikasi Kelas D, sehinggalah syarikat itu ditutup, tidak pernah mendapat tawaran kerja daripada mana-mana pihak dalam negara ini. Bah kata orang, setiap pagi membuka surat khabar, membeli naskah-naskah tawaran sebut harga, atau memohon secara langsung sudah acap kali dilakukan, namun selepas 5 tahun, semuanya gagal, maka tiada pilihan, maka ditutuplah syarikat itu.

Sebenarnya, berniaga mengejar projek, perlu ada kepakaran tertentu, seperti mana penulis sebutkan di atas, iaitu kepakaran yang dimilki oleh pelobi projek yang bertrademark atau berjenama. Tanpa itu, tugasan mengejar projek adalah sesuatu yang nampak dekat tetapi terlalu jauh untuk digapai.

Pendek kata, selepas sebuah pilihanraya, hanya pelobi projek sahaja akan memonopoli projek-projek kerajaan; memangpun projek-projek itu untuk rakyat secara tidak langsung; namun program yang berisi projek yang bersifat langsung, perlu ditunggu setidak-tidaknya setahun menjelang pilihanraya umum.

29 August 2013

Pemilihan Umno: 'Electoral College' Diguna

Walaupun kira-kira 150,000 perwakilan akan mengundi pada pemilihan Umno yang akan bermula 7 September ini, undi sebenar yang penting adalah menerusi perwakilan daripada 191 bahagian di seluruh negara.

Ini kerana Umno akan menggunakan sistem Electoral College, di mana setiap bahagian merupakan satu undi untuk setiap jawatan.

Setiausaha agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sistem yang dipilih untuk pemilihan parti itu, buat pertama kalinya akan menyaksikan kira-kira 150,000 perwakilan mengundi ahli majlis tertinggi (MT) parti kerana ia dianggap paling praktikal kerana sebilangan besar pengundi terlibat.

"Kami menjelaskan kepada ahli parti bagaimana sistem ini berfungsi. Walaupun setiap bahagian mewakili satu undi, peringkat akar umbi masih menjadi penentu kerana mereka yang akan mengundi bagi memilih calon yang akan dipilih bahagian mereka," katanya kepada The Star.

Sebelum ini, 191 bahagian akan menghantar kira-kira 2,500 perwakilan pada perhimpunan agung untuk mengundi kepimpinan parti tetapi kali ini, proses pengundian akan diadakan semasa mesyuarat bahagian masing-masing pada 19 Oktober, menjelang perhimpunan agung tahunan parti itu yang dijadualkan pada 2 hingga 7 Disember.

Tengku Adnan berkata, seorang calon mesti memperolehi kebanyakan undi daripada perwakilan di setiap bahagian dalam usaha mendapat undi tunggal bagi bahagian tersebut.

Sistem sama, katanya, akan turut digunakan untuk pemilihan sayap pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri pada 12 Oktober ini.

Tengku Adnan berkata keputusan pemilihan parti akan diumumkan pada hari sama di ibu pejabat Umno.

Katanya, pengiraan undi akan bermula sebelah petang dengan keputusan akan diumumkan beberapa jam kemudian.

Sistem Electoral College adalah satu bentuk sistem kiraan undi yang diperkenalkan dalam pemilihan Presiden Amerika Syarikat yang mana dalam konteks pemilihan kali ini, jika seorang calon Majlis Tertinggi itu menang di Bukit Bintang misalnya, kemenangan tersebut akan dikira sebagai mewakili satu undi bagi calon itu walaupun jumlah perwakilan yang hadir mengundi misalnya berjumlah 450 orang.

Umno kesemuanya mempunyai 191 bahagian di seluruh negara (kecuali Sarawak).

28 August 2013

Naib Presdien Umno: 21 Bahagian Umno Menghantar Mesej

MEMANG ramai pemimpin Umno Sabah maklum, bahawa Pengerusi Perhubungan Umno Sabah tidak menaruh minat untuk bertanding bagi merebut salah satu jawatan Naib Presiden Parti sempena pemilihan parti 19 Oktober ini, namun majoriti Bahagian Umno Sabah menghantar mesej, bahawa di Sabah hanya ada seorang pemimpin yang menjadi Ketua parti, iaitu Datuk Musa Aman.

Tujuan mesej yang dijelmakan oleh 21 Bahagian parti, yang menyuarakan sokongan tidak berbelah bagi, kepada Musa jika beliau bersedia bertanding merebut salah satu jawatan Naib Presiden, menunjukkan, bahawa pada Umno Sabah hanya Musa diiktiraf sebagai ketua.

Adalah tepat bagi Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah- Datuk Dr Salleh Tun Said yang menyuarakan gema dan pendirian sebahagaian besar bahagian Umno Sabah, agar jelas kepada pucuk pimpinan, bahawa di Sabah Musa adalah ketua parti.

Kenyataan kononnya, Ketua Menteri Sabah itu, tidak senang dengan cubaan pihak tertentu yang kononnya berkepentingan dan cuba mengadu-dombakannya dengan bebeberapa pemimpin Umno Sabah, termasuk Datuk Safie Apdal, yang mempertahankan jawatan Naib Presiden Umno, adalah kenyataan NAKAL, daripada pihak tertentu. 

Walaupun Musa tidak menyatakan kesanggupannya bertanding sesuai dengan gesaan dan gema daripada akar umbi daripada 21 bahagian parti, adalah tidak masuk akal, bahawa beliau mengambil pendirian dengan rasa "tidak senang" dengan pendirian sebahagian besar ahli parti.

Ironinya, walaupun 21 bahagian Umno Sabah tidak pernah menyatakan tidak menyokong Datuk Safie Apdal yang mempertahankan jawatannya, namun beberapa pemimpin yang menyokongnya MELATAH DAN GELABAH, malah Safie sendiri SANGGUP mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya adalah calon lebih AFDAL berbanding calon lain daripada Sabah.

Semangat Pemilihan Parti 19 Oktober ini yang menggunapakai kaedah baru pemilihan adalah untuk menghasilkan barisan pemimpin parti yang benar-benar mewakili ahli akar umbi. Kalaulah sokongan 21 bahagian Umno Sabah itu mencerminkan sokongan akar umbi, maka Musa adalah pilihan rakyat. Ertinya akar umbi parti menerima semangat perubahan perlembagaan parti.

OKB bersetuju dengan kenyataan Salleh sempena Rumah Terbuka wakil-wakil Rakyat BN Kota Belud 24 Ogos lalu, seharusnya tidak timbul kenyataan yang mempersoal pendirian 21 Bahagian Umno Sabah yang mahukan Pengerusi Perhubungannya bertanding jawatan Naib, kerana pemimpin yang diminta itu belum menyuarakan hasrat apatah lagi persetujuan. 21 bahagian Umno Sabah, akar akur apa sahaja keputusan Musa berhubung jawatan yang bakal ditandingi.

Salleh dengan jelas, menyatakan bahawa Musa adalah pemimpin yang komited kepada kepimpinan berpasukan, bukannya berasaskan kepada emosi.

27 August 2013

Pemilihan Umno Kota Belud: Apa kah berlaku pertandingan Ketua Bahagian?

MESYUARAT Bahagian Umno seluruh negara telah ditetapkan pada 19 Oktober ini. Pemilihan adalah serentak dengan pemilihan Ahli Majlis Tertinggi termasuk Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

Bahagian Umno Kota Belud, yang juga turut bermesyuarat serentak, bakal menyaksikan ramai pemimpin akar umbi menyertai pemilihan itu. 

Satu tanda tanya, apa kah Jawatan Ketua Bahagian juga turut dipertandingkan? setakat ini, hanya di peringkat maya khususnya Facebook ada acah yang menyatakan mantan Pegawai Kemajuan Rakyat (PKR) Usukan- Saudara Rosmin Kasan akan menyertai pertandingan itu.

Dua tahun lalu, ada desas desus bahawa mantan Ketua Bahagian- Datuk Musbah Haji Jamli akan bertanding bagi merebut jawatan itu, selepas terlepas di tangannya semasa pertandingan parti pada tahun 2008.

Pada pertandingan tahun 2008, Musbah sebagai penyandang kalah tipis kepada mantan Ketua Bahagian kawasan itu Datuk Salleh Tun Said (Kini Datuk Dr).

Maklumat yang sampai kepada OKB, bahawa pemilihan Bahagian Kota Belud akan berlaku 'PERUNDINGAN" di mana berlaku "KESEPAKATAN" bahawa jawatan daripada KETUA BAHAGIAN, TIMBALAN DAN NIAB akan berlaku SENERAI yang telah disepakti; tujuan HASIL perundingan itu, agar supaya semua pemimpin berada dalam SATU PASUKAN yang kukuh demi pemantapan parti, terutama berdepan keadaan suasana poltik yang mencabar.

Kalaulah KESEPAKATAN itu menjadi REALITI, maka Ketua Bahagian akan ditandingi penyandangnya Datuk Dr Salleh Tun Salleh Said, Timbalan akan ditandingi Datuk Musbah Jamli dan Naib oleh Datuk Japlin Akim.

Walau bagaimanapun, tiada yang boleh mengsyahkan PERUNDINGAN ini, hanya cakap-cakap tersirat daripada para pemimpin yang terlibat itu. 

Bagi OKB, jika kesepakatan dan perundingan itu menjadi realiti, maka adalah suatu PERKEMBANGAN yang menarik, kerana untuk pertama kalinya berlaku satu kesepakatan antara para pemimpin Kota belud, yang disifatkan sebagai "warlord" parti bagi kawasan anak sulung Umno Sabah itu.

Namun, kepastian apakah PERUNDINGAN itu menjadi kenyataan akan diketahui pada 28 September ini, apabila senerai yang bertanding diketahui.

26 August 2013

Naib Presiden Umno: Apa Mesej 21 Bahagian Umno Sabah

SABAH mempunyai 25 Bahagian Umno, daripada itu, 21 Bahagian berdiri di belakang Datuk Musa Aman, jika Ketua Menteri Sabah itu mahu menyertai pemilihan parti pada 19 Oktober ini.

Sebelum ini, 21 Bahagian Umno Sabah telah membuat cadangan, agar Pengerusi Perhubungan Umno Sabah itu menyertai pemilihan parti bagi menduduki salah seorang daripada tiga Naib Presiden parti. Hanya tiga bahagian menyokong MP Semporna, merangkap Menteri KKLW yang juga penyandang jawatan NP- Datuk Safie Apdal, iaitu Bahagian Semporna di mana Safie adalah Ketua bahagiannya, Bahagian Kalabakan dan Kinabatanan.

Sebenarnya Umno Sabah tidaklah sangat kemaruk dengan jawatan parti, namun apa yang perlu kepada Umno Sabah adalah perhatian dalam pengagihan peruntukan pembangunan, kerana keadaan Sabah yang masih terbelakang berbanding Semenanjung.

Dikeranakan Umno adalah tunjang kepada kerajaan, maka dirasakan kedudukan dalam parti merupakan salah satu peluang menyuarakan, mencorakan hala tuju parti terutama yang berkaitan dengan Sabah.

Atas pertimbangan itulah, majoriti bahagian parti di Sabah merasakan perlunya Pengerusi Perhubungan Umno Sabah duduk di kerusi Naib Presiden.

Selain itu, berasaskan kepada suara bahagian-bahagian, jelas dan terang, hanya Pengerusi Perhubungan Umno Negeri adalah pemimpin utama di peringkat negeri, bukannya pemimpin lain.

Melalui mesej yang disuarakan oleh 21 bahagian (tidak termasuk Bahagian Libaran di mana Datuk Musa Aman adalah Ketua bahagiannya), bahawa Umno Sabah hanya mengiktiraf Musa sebagai pemimpin Utama parti; atau dengan kata lain, Musalah pemimpin yang mendapat sokongan majoriti ahli-ahli parti.

Jika mesej ini dapat dimengerti, maka seharusnya, apa-apa sahaja bentuk pembangunan untuk kepentingan rakyat Sabah, maka sayogianya dicorakan oleh Ketua Perhubungan Umno Negeri yang juga Ketua Menteri Sabah.

Memang benar, banyaknya peruntukan daripada persekutuan masuk ke Sabah, terutama daripada KKLW atau Pendidikan, namun disebabkan pelaksanaannya masih bersifat sentralisasi, maka bukan kadangkala lagi sasaran kepada peruntukan itu tersasar jauh daripada target atau dengan kata lain, tidak berasaskan kepada prioriti atau kesegeraan.

Kalau dilihat di atas kertas (kejayaan pelaksanaan projek) yang merupakan tolok ukur kepada Key Performance Index (KPI) maka tidak syak lagi, kejayaan membelanjakan peruntukan yang disediakan cukup tinggi, namun pertanyaannya, apa kah menepati sasaran?

Disebabkan sasaran yang tidak tepat dalam pelaksanaan projek-projek daripada kerajaan persekutuan, maka menjadi penyebab utama kepada terganggunya pembangunan Sabah secara umumnya. 

Saban tahun, peruntukan khas daripada jabatan ketua menteri, terpaksa ditambah, demi menutup pembangunan yang seharusnya termasuk dalam skop pembangunan yang dibiayai kerajaan persekutuan. Sekiranya peruntukan daripada persekutuan disalurkan melalui kerajaan negeri, maka adalah mudah bagi kerajaan negeri mengagih-agihkan peruntukan pembangunan menurut sasaran dan keperluan. Sebabnya, kerajaan negerilah yang mempunyai maklumat berkaitan dengan pembangunan demi kepentingan rakyat.

Bagi peruntukan keselamatan dan keamanan, OKB bersetuju agar ianya terus dikelola oleh pihak persekutuan, kerana ianya bersifat skala besar, namun bagi projek-projek ekonomi dan infrastrukutur dan pendidikan, seelok-eloknya diberikan kepada kerajaan negeri, untuk mengelak projek-projek yang tidak menepati sasaran dan mengurangkan projek-projek terbengkalai.

Sebenarnya, sedikit uraian di atas adalah mesej daripada 21 bahagian kepada pucuk pimpinan parti, dalam suasana pemilihan parti oktober ini.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels